Anda di halaman 1dari 13

PENGURUSAN

KESIHATAN,KESELAMATAN DAN
MAKANAN DI PRASEKOLAH

OLEH: PN. HJH FATIMAH BINTI ADAM


JIP, KDRI

PENGURUSAN KESIHATAN
Mengikut WHO kesihatan

didefinisikan sebagai satu keadaan


yang sempurna dari segi fizikal
mental /emosi, rohani dan sosial.
Kesihatan juga merupakan satu
proses dinamik yang sentiasa
berubah serta boleh diperoleh
melalui pemupukan ilmu
pengetahuan, sikap, amalan yang
seimbang dan berterusan.

Sambungan
konsep.
Mengikut Hugh Hawes et.all,

kesihatan merupakan keadaan


kesejahteraan fizikal, mental dan
sosial bukan hanya sekadar bebas
dari penyakit sahaja.
Sekiranya salah satu daripada unsurunsur yang disebutkan mengalami
gangguan bermakna individu
tersebut tidak sihat.

Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak


Mengawal vector dan agen yang menyebabkan

penyakit.
Menyediakan air yang mencukupi
Mewujudkan persekitaran kerja yang sihat.
Mengawal pencemaran.
Mempastikan persekitaran prasekolah
yang sihat,selesa dan selamat.
Mempastikan sanitasi makanan dan minuman yang
baik.

KESELAMATAN DI
PRASEKOLAH
Konsep keselamatan merujuk kepada

langkah-langkah yang dilaksanakan oleh


individu atau kumpulan untuk mengelakkan
kemudaratan seperti kemalangan, kematian
atau kecederaan. Tanpa perlindungan
keselamatan, individu akan berasa takut,
bimbang atau mudah terdedah kepada
sesuatu yang memudaratkannya sama ada
secara sedar atau tidak.

Sambungan.
Tanpa keselamatan yang terjamin, pendidikan tidak

dijalankan secara berkesan kerana dihantui oleh


kebimbangan dan takut yang tidak menentu.
Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil
hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya
dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman,
kedamaian, perlindungan, bebas dari resah, bebas
dari ketakutan di mana semuanya merupakan
aspek keselamatan.
Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu
keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak.

Prinsip keselamatan kanak-kanak:

Bahan Permainan besar dan berbucu bulat.


Soket elektrik tidak dapat dijangkau oleh

kanak-kanak.
Pastikan lantai kelas tidak licin.
Ruang dapur adalah tempat larangan dan
bukan laluan bagi kanak-kanak.
Di ruang luar kelas, longkang perlu bertutup,
alat permainan perlu dipastikan
keselamatannya.
Kawasan perlu berpagar.

Sambungan
Latihan kecemasan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2

kali setahun. Contohnya latihan kebakaran yang mana


prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti :
a ) Pastikan satu kawasan lapang yang agak jauh di
luar bangunan untuk kanak-kanak berkumpul.
b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.
c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan
bergerak secara tenang jika berlaku kecemasan.
d) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan rawatan awal

untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia


merupakan khidmat penjagaan yang diberikan
oleh seseorang yang mengambil berat terhadap
keselamatan mangsa yang malang apabila
berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.
Pertolongan cemas memiliki batasannya yang
tersendiri, kerana bukan semua penyelamat
merupakan ahli paramedik atau pun doktor,
namun begitu ia merupakan satu elemen yang
penting dan amat diperlukan di dalam sistem
perubatan yang menyeluruh.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas


Menyelamatkan nyawa mangsa
Mengelakkan komplikasi atau keadaan
Jangan panik dan perlu bertenang.
Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan
mengikut tertibnya dengan logik.
5. Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi
atau dapatkan bantuan secepat mungkin.
6. Jika kita mengesyaki ada bahagian anggota
yang patah, jangan gerakkan mangsa
tersebut.
1.
2.
3.
4.

PENGURUSAN MAKANAN
Konsep

Makanan dan
Pemakanan

Makanan adalah sesuatu yang secara

fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada


segi warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa.
Pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat
atau khasiat atau nutrien-nutrien dalam
makanan. Biasanya status kesihatan
seseorang akan menentukan keperluan
pemakanannya.

Konsep makanan dan pemakanan


dalam pendidikan di prasekolah
Meningkatkan kesihatan kanak-kanak.
Membina kelaziman dan minat kanak-

kanak supaya makan makanan


berkhasiat.
Meningkatkan proses perkembangan
dan pertumbuhan yang positif.
Memelihara adab sopan dan peraturan
makan.

Sambungan
Berpeluang memperoleh bimbangan

ilmu pengetahuan tentang pemakanan,


vitamin dan nilai-nilai positif di dalam
membina gaya hidup yang sihat.
Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur
dengan rezeki yang diberi.
Memantapkan daya ketahanan kanakkanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.

Anda mungkin juga menyukai