Anda di halaman 1dari 10

Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

1
KEBERKESANAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
MURID TAHUN 3
1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.
Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan
informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya.
( Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh
itu , guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-
murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan
kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa
digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam
Sukatan Pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak
aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan
pelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terdapat tiga kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis . Selain itu terdapat pelbagai kemahiran yang diajar dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu seperti nahu, sendi kata , sendi nama, menulis karangan dan sebagainya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu terdapat pelbagai
masalah yang dihadapi oleh guru. Antara masalah yang dikenal pasti ialah masalah murid
tidak dapat mengenal abjad, membaca suku kata , membaca petikan , menulis karangan dan
sebagainya.
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


2
Kementerian Pelajaran Malaysia begitu mengambil berat terhadap murid-murid
sekolah rendah yang tidak tahu membaca kerana mereka ini bakal menjadi modal insan yang
akan membangunkan negara. Pelbagai perancangan telah diatur antaranya ialah Program
Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M ) dan PROTIM. Program Kelas
Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang
belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.
Hal ini kerana kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran
individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga
selepas alam persekolahan mereka ini akan menjadi sumber kepincangan masyarakat dan
ketidakstabilan sosial.
Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian
tindakan akan diambil bagi mengatasi masalah ini supaya mereka tidak terus ketinggalan
pada masa akan datang. Kajian yang akan dijalankan adalah untuk melihat
keberkesananpermainan bahasa dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-murid.
Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini
sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat
sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi
pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa
bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh
digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada
pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung
kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

2. Latarbelakang Kajian
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


3
Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ( 2006 ) membaca adalah satu
keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.
Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penakulan pelbagai bahan secara
kritis dengan menggunakan pelbagai teknik.
Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia ( 2002 ) menunjukkan bahawa tahap membaca
dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya, agak membimbangkan. Sebanyak
93.8 % rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2 buah buku setahun. Pada tahun 1996
kanak-kanak yang berumur 5 6 tahun hanya 52 % boleh membaca. Di peringkat sekolah
rendah murid dalam lingkungan umur 7 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca .
Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas, sebanyak 93 % boleh membaca .
Pelbagai kaedah dan strategi telah disarankan tetapi tahap yang tidak menguasai
kemahiran membaca masih tinggi. Dalam kajian Zainora Mohd @ Man dari Sekolah
Kebangsaan Merting iaitu Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih
Tubi Menggunakan Suku Kata masih didapati murid tidak mengenal abjad, menulis dan
membaca. Selain itu terdapat 5 % murid yang markah peperiksaan bagi mata pelajaran bahasa
Melayu di bawah 20 %. Masalah ini menyebabkan mereka lambat memahami kehendak
soalan dan menjawab tanpa membaca soalan. Permasalahan inilah yang sering mengganggu
tumpuan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya.
( http://eprintd.utm.my/7904/I/EDUPRES ( F2)8 )
3. Pernyataan Masalah
Sebagai guru yang berpengalaman selama 18 tahun dalam mengajar pelajaran bahasa
Melayu pengkaji menghadapi masalah mengajar murid membaca. Murid-murid ini walaupun
sudah di Tahun 3 tetapi masih belum menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Kesan
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


4
daripada masalah ini, mereka akan ketinggalan dalam semua mata pelajaran kerana mereka
tidak boleh membaca. Kajian ini dijalankan apabila pengkaji mendapati peratusan yang tidak
boleh membaca masih tinggi di Tahap 2. Analisis Ujian Pengesanan 1 Tahun 2014 Sekolah
Kebangsaan Pantai Prai menunjukkan bahawa murid yang mendapat gred D dan E dalam
matapelajaran bahasa Melayu di tahap yang membimbangkan. Murid yang mengikuti kelas
Pemulihan Khas seramai 14 orang berbanding enrolmen sekolah seramai 203 orang dan
kesemua murid ini adalah dalam Tahun 2,3,4,5 .Malah masih terdapat 4 orang murid tahun 6
yang tidak boleh membaca dengan lancar. Perkara inilah yang menyebabkan penyelidik ingin
mengkaji sama ada permainan bahasa dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran
membaca dan seterusnya meningkatkan peratusan pencapaian mata pelajaran bahasa Melayu.
Dapatan-dapatan dari analisis itulah yang menyebabkan pengkaji mencari satu kaedah
untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca dalam bahasa Melayu
supaya peratusan gred D dan gred E akan berkurangan. Kaedah yang pengkaji ingin lakukan
ialah membantu murid-murid membaca melalui permainan bahasa iaitu Domino Suku Kata.
Menurut Kamarudin dalam David Vardel dari Institut Bahasa Universiti
Chulalongkong menyatakan bahawa permainan bukanlah semata-mata merupakan aktiviti
tambahan untuk bergembira, tetapi boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang
telah disampaikan di dalam bilik darjah.
Pada pengalaman pengkaji selaku guru bahasa Melayu yang telah mengajar
pelajaran bahasa Melayu selama 18 tahun , senario yang melanda murid sekolah rendah
yang tidak boleh menguasai kemahiran membaca amat membimbangkan . Tahap kemampuan
membaca amat rendah dalam kalangan murid Tahun 3 walaupun kemahiran itu telah diajar
selama 2 tahun. Penguasaan kosa kata V + KVK dan V+KVKK amat lemah . Sehubungan
dengan itu, penyelidik cuba membuat satu kajian tentang tahap kecekapan membaca
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


5
khususnya murid tahun 3 di sekolah rendah dan cuba untuk menyelongkar apakah punca
sebenarnya masalah ini boleh berlaku.
4. Tujuan Kajian
Tujuan kajian adalah untuk memastikan keberkesanan teknik permainan bahasa iaitu Domino
Suku Kata boleh meningkatkan kemahiran membaca bagi perkataan yang mempunyai suku kata
V+KVK dan V+KVKK dalam kalangan murid Tahun 3
a. Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini diharap akan dapat membuktikan keberkesanan permainan
bahasa iaitu domino suku kata dalam meningkatkan tahap penguasaan membaca dalam
mata pelajaran bahasa Melayu yang diajar.
Berikut merupakan objektif atau matlamat kajian yang dijalankan iaitu :~
i. Untuk menilai keberkesanan teknik permainan bahasa bagi
mengatasi masalah kemahiran membaca.
ii. Menilai keberkesanan penggunaan kad cantuman suku kata sebagai
bahan sumber dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata
V+KVK dan V +KVKK .
b. Persoalan Kajian
i. Adakah teknik permainan bahasa dapat meningkatkan keberkesanan
pembelajaran kemahiran membaca?
ii. Adakah penggunaan kad cantuman suku kata dapat meningkatkan
kemahiran membaca suku kata V+KVK dan V+KVKK?
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


6


c. Hipotesis Penyelidikan
Hipotesis Nol : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang
didedahkan dengan menggunakan teknik permainan bahasa dengan pelajar yang
menggunakan kaedah biasa dalam bilik darjah.
5. Kepentingan Penyelidikan
Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa Melayu
di sekolah rendah. Semoga kajian ini akan dapat mempertingkatkan tahap kecekapan
membaca dan diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongan
dan motivasi kepada murid-murid yang lain. Bagi guru-guru pula diharap dapatan ini
memberi satu alternatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Dapatan ini juga akan menjadi panduan kepada guru-guru supaya lebih berani
untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan kajian ini akan menjadi koleksi sekolah untuk sumber rujukan
guru-guru serta sekolah lain yang memerlukannya.
Selain itu, penyelidikan ini diharapkan dapat menyumbang kepada kekurangan
masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak seklah rendah. Penyelidikan ini juga boleh
menyediakan kepentingan secara menyeluruh peranan permainan bahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu dalam konteks pembelajaran bilik darjah .
Hasil daripada kajian ini juga boleh membantu Kementerian Pelajaran Malaysia
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


7
mempertingkatkan kualiti pendidikan khususnya bagi golongan murid bermasalah dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Adalah amat diharapkan, hasil penyelidikan ini dapat
menyumbangkan perkara-perkara berikut :
5.1 Guru dan Pelajar
Memberi kesedaran kepada guru dan pelajar bahawa dengan menggunakan
pendekatan permainan bahasa dapat memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru serta
memberi rangsangan, motivasi dan minat untuk menguasai kemahiran membaca dalam kelas
mata pelajaran Bahasa Melayu .

5.2 Pihak sekolah
Memberi kesedaran kepada pihak sekolah dan pentadbir tentang masalah yang
dihadapi oleh guru dalam menyediakan medium yang sesuai dalam menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pihak pentadbiran seharusnya memikul
tanggungjawab dalam menyediakan persekitaran dan prasarana yang kondusif dalam
menjayakan agenda kerajaan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam kelas mata
pelajaran bahasa Melayu di seluruh sekolah di Malaysia.

5.3 Kepada Jabatan Pendidikan
Menyedarkan pihak jabatan tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan
dalaman untuk guru yang mengendalikan penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas mata pelajaran bahasa Melayu.
6. Rasional Kajian
Kaedah pengajaran dalam kelas mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan nafas
baru untuk menjaminkan keberkesanannya. Oleh itu, tiba masanya guru-guru yang mengajar
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


8
mata pelajaran Bahasa Melayu mengambil alternatif yang sewajarnya dengan serius tentang
penggunaan teknik permainan bahasa bagi meningkatkan kemahiran membaca. Permainan
bahasa ini adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dan sinonim dengan minat
dan citarasa mereka. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang di antara lain
bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelak, rohani, emosi
dan jasmani, penyertaan aktif para pelajar dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dan melatih mereka berfikir, dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengemukakan rasional penggunaan
permainan bahasa seperti berikut :~
.........Dengan menggunakan permainan bahasa, perkembangan intelek pelajar dapat
dipupuk melalui bahan yang mengandungi pelbagai ransangan dan masalah yang
dikemukan kepada pelajar. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat berinteraksi sesama
sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Semasa berinteraksi pelajar-pelajar
dapat menggunakan bahasa dengan lebih yakin seperti dalam perbincangan, bersoal
jawab, bertukar fikiran bagi mencari jawapan menyelesaikan masalah. Melalui aktiviti ini,
sikap positif seperti sabar, tekun, kerjasama berdisiplin dan sebaginya dapat dipupuk
secara tidak langsung dengan cara bermain....... (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988
:76)
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan alat bantu mengajar sebagai satu alternatif
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan memudahkan mereka fokus
kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
6.1 Definisi / Istilah Operasi
Teknik
6.1.1 Menurut Kamus Dewan edisi ketiga ( 1994), teknik adalah kaedah mencipta
sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


9
6.1.2 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
6.1.3 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
6.1.4 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
( http:// herrummy05.blogspot.com )
7. Batasan Kajian
Kajian ini bersifat tinjauan dan terhad kepada sebuah sekolah sahaja. Kesimpulan
yang diperolehi bukanlah membawa maksud untuk merangkumi seluruh sekolah di
Malaysia dan keputusan yang diperolehi hanya untuk sekolah itu sahaja . Kajian ini
adalah amat terbatas kepada penggunaan alat bantu mengajar menggunakan kaedah
permainan bahasa iaitu kad cantuman sukukata V + KVK dan V + KVKK saja dalam
pembelajaran kelas mata pelajaran bahasa Melayu sahaja.
8. Rumusan
Dalam bab ini penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang
dan pernyataan masalah. Selain itu objektif-objektif dan persoalan kajian turut dinyatakan.
Universiti Utara Malaysia SGRR4013 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


10
Rasional kajian dinyatakan dengan jelas selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
ingin mewujudkan insan yang holistik. Kepentingan dan batasan kajian juga turut
dijelaskan secara ringkas.

RUJUKAN


Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ). ( 1994). Kamus dewan ( edisi ketiga). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM). (2006 ). Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. ( 1996 ). Permainan Bahasa
Untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (1997) Pengajian Melayu III:
Komunikasi Bahasa. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd


Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM). (1988 ). Rancangan Kurikulum Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Raminah Hj. Sabran. ( 1993 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Laporan Kualiti Hidup Malaysia . (2002) Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan
perdana Menteri Malaysia. (atas talian )
http:// www.epu.gov.my/c/document_library

Zainora Mohd @Man. ( 2005 ) Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5.
( atas talian ) http://eprintd.utm.my/7904/1/EDUPRES_(F2)_8

Anda mungkin juga menyukai