Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI KETIGA TAHUN 2016

BIL 3 / 2016

Tarikh : 28.3.2016
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran : 1. En.Mohd Jasni B. Ramli Guru Besar


2. Tn Haji Abdul Aziz B. Bakar PK Pentadbiran
3. En Shah Final B. Boon PK Hal Ehwal Murid
4. Pn.Siti Fatimah Bt Baharom PK Kokurikulum

AGENDA 1 : PERUTUSAN GURU BESAR

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran.


2. Pengerusi juga menyampaikan taklimat tentang pesanan-pesanan dari pihak jabatan
dan PPD.
3. Pengerusi juga berharap Penolong kanan dapat melaksanakan tangungjawab dengan
baik dan melaksanakan tugas-tugas seperti biasa.
4. Pengerusi berharap semua Penolong Kanan dapat menjalankan tugas dengan
cemerlang seperti mana tahun 2015 dan dapat mengekalkan prestasi sekolah.
5. Beliau juga mengharapkan Guru-guru Penolong dapat membuat pemantauan PKB
dengan lebih kerap terhadap proses PdP guru-guru.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE 3

6. Tuan Haji Abdul Aziz membentangkan minit mesyuarat kali ke 3 tanpa pindaan.
7. Pn. Siti Fatimah mohon disahkan minit mesyuarat yang lalu.
8. Disokong sebulat suara.

Tindakan : Pencatat

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

9. Pihak sekolah cuba mewujudkan sarana ibu bapa namun berhadapan dengan
kekangan sikap oleh ibu bapa.
10. Pemantauan Pemantauan Kurikulum Berkualiti.
10.1.1 Mesyuarat dimaklumkan agar refleksi penting dan wajib ditulis dalam
buku rekod persediaan mengajar setiap kali tamat proses PdP.
10.1.2 Buku latihan murid hendaklah disemak dan dinilai oleh pihak pentadbir
bersama kontrak latihan.
10.1.3 Pemantauan PdP oleh Pentadbir termasuklah perlaksanaan ujian LINUS,
LINUS aliran perdana, LINUS pemulihan serta menjalankan audit linus.
10.1.4 Program Kelas Tambahan dilaksanakan seperti perancangan dan sedang
berjalan.
10.1.5 Pihak SADA tidak dapat menyediakan tangki air seperti dipohon oleh
pihak sekolah.
10.1.6 Mesyuarat Agong PIBG akan dirasmikan oleh Yb. Senator Pn. Shahanim Bt
Mohd Yusof.

Tindakan : Pentadbir
AGENDA 4 : KURIKULUM

E-PRESTASI

11. Mesyuarat dimaklumkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran bahawa mulai tahun ini
Pemantauan PKB hendaklan diisi sebanyak dua kali iaitu bulan Jun dan November.
12. Guru Penolong Kanan sebagai penilai pertama akan dibahagi untuk membuat
penilaian kepada PYD.
13. PYD hendaklah menyediakan Borang Keberhasilan untuk dinilai PP1.
14. Penilaiaan boleh dibuat melalui beberapa cara antaranya Pencerapan, Pemerhatian,
Temu bual dan Pemeriksaan hasil kerja murid.

KELAS TAMABAHAN

15. Guru mata pelajaran diminta memberikan penekanan kepada beberapa orang murid
yang berpotensi mencapai kecemerlangan dan gagal dalam satu mata pelajaran.
16. Mesyuarat dimaklumkan oleh Pengerusi bahawa melalui dialog prestasi sekolah
SKBK mampu mencapai prestasi lebih baik melalui data yang disediakan.
17. Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan Majlis Yassin setiap hari khamis
didalam kelas dengan kehadiran guru bersama murid bagi setiap kelas.

Tindakan : PK Pentadbiran

AGENDA 7 : HAL EHWAL MURID

18. RMT

18.1 PK Hem memaklumkan sudut RMT yang mempunyai senarai nama


penerima, menu dan perkara berkaitan telah dikemas kini.
18.2 Perlaksanaan pinggan yang berbeza untuk peserta RMT telah berjalan dan
memudahkan untuk guru membuat bancian kehadiran murid.
18.3 Makanan dan minuman hendaklah disediakan mengikut standard mengikut
garis panduan.
18.4 Menu RMT dipelbagaikan serta ditukar untuk mengelakkan kebosanan
kepada penerima.
18.5 Meja makan kantin telah dihias dianak angkat kan kepada panitia mengikut
matapelajaran.
19. Mesyuarat dimaklumkan tentang gaji pekerja Pembersihan yang belum dibayar
untuk bulan Februari dan Mac sehingga menyebabkan mereka kekurangan motivasi
bekerja.
20. Pemasangan CCTV yang tidak menyeluruh hanya tertumpu dikawasan pejabat
sahaja.

21. SEKOLAH PENYAYANG

21.1 Perlaksanaan Sekolah Penyayang yang masih belum mencapai matlamat


kerana guru-guru bertugas tidak dapat hadir lebih awal kesekolah.
21.2 Guru bertugas hendak memastikan sentiasa berada di hadapan pintu pagar
sekolah untuk menyambut kehadiran murid.
21.3 Memastikan agar kedatangan penuh murid dan sifar ponteng gagal, namun
menunjukkan peningkatan dari segi peratusan kehadiran dengan purata 94%.
21.4 Lawatan ke rumah-rumah murid yang selalu ponteng dilakukan oleh pihak
HEM untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas dari waris.

22. PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

22.1 Pengerusi berharap PK HEM memastikan penyimpanan susu secara teratur


dan elakkan daripada berlaku pencemaran.
22.2 PK Hem memaklumkan PS1M belum mendapat maklumat sama ada
diteruskan atau tidak.

23. Program-program lain dibawah HEM akan dilaksanakan secara berperingkat


mengikut takwim.
Tindakan : PK HEM

AGENDA 8 : KOKURIKULUM

24. Pengerusi mengucapkan tahniah di atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Balapan


dan Padang serta kelancaran Mesyuarat agong PIBG.
25. PK Kokurikulum memaklumkan tentang penambahbaikan fail-fail kokurikulum
seperti mana SOP Jenaah Nazir.
26. Perlaksanaan Program yang dirancang berjalan lancar dan diteruskan seperti biasa.
27. Mesyuarat juga dimaklumkan tentang kekangan cuaca panas aktiviti luar tidak dapat
dijalankan seperti arahan pihak JPNK.

LAIN-LAIN HAL

28. Pengerusi berharap sistem fail dikemas kini mengikut Unit dan bidang masing-
masing.
29. Pegerusi juga memaklumkan tentang sumbangan yang diberikan oleh Yb. Senator
Pn. Shahanim akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan wuduk di surau.

30. HEM hendaklah memastikan keselamatan murid semasa keberadaan di sepanjang


sesi persekolahan
31. Lawatan kerumah waris yang anak sering ponteng hendaklah dilakukan secara
berkala dan mengikut keperluan.
32. Guru-guru yang telah menghadiri kursus hendaklah membuat LDP sebelum hujung
tahun.
33. Mesyuarat juga dimaklumkan tentang semua guru memenuhi 7 hari kursus seperti
kehendak JPN.
34. Guru besar berharap semua pentadbir dapat melaksanakan tugas dengan baik dan
meminta PK HEM menstruktur semula jadual waktu pekerja agar lebih efektif.
35. Pengerusi memaklumkan Penyerahan Prestasi Guru akan dibuat dalam mesyuarat
guru pada sebelah petang dan berharap guru yang mendapat APC akan meneruskan
kecemerlangan.
36. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir kerana hadir
mesyuarat dan menangguhkan mesyuarat pada jam 11.30 pagi.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh Disemak oleh

......................................... ..........................................
(SHAH FINAL BIN BOON ) ( MOHD JASNI BIN RAMLI )
Guru Penolong Kanan HEM Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai