Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT J/K PELAKSANAAN

PROJEK TAHUN AKHIR


KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT
          BIL 1 TAHUN  2017

Tarikh: 14 FEBRUARI 2017


Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Seri Baiduri KVBP
Pengerusi: Tn. Hj Abdul Rashid Bin Ahmad

Kehadiran: 
1. Tn. Hj. Abdul Rashid Bin Ahmad 10. Tn. Hj Paimin Bin Kapil
2. En. Abd. Rahman Bin Hashim 11. Pn. Zailah Binti Abas
3. Tn. Hj. Jayati Bin Yono 12. En. Mohamad Zulkhairi Bin Md.
4. Cik Paziah Binti Sahir Maarof
5. Hj. Abd. Rashid Bin Masduki 13. En. Abu Bakar Bin Hamzah
6. Pn. Kamaliah Binti Abdullah 14. En. Ahmad Faiz Bin Hamzah
7. En. Zulkifli Bin Jalaludin 15. En. Abd Latif Bin Sarpin
8. Cik Nor Bayah Binti Othman 16. Pn. Noor Azilah Binti Abdullah
9. En. Amri Bin Abd Majid

BIL PERKARA
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pensyarah kerana dapat
meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini.

1.2 Buku Panduan - Buku panduan pelaksanaan Projek Tahun Akhir yang dikeluarkan
merupakan versi yang terkini dan merupakan salah satu keperluan yang telah dipersetujui oleh
pihak JPK dan MQA.

2. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

2.1 En Zulkifli telah menyatakan bahawa buku panduan ini disediakan ole sektor akademik
BPTV dan bahan berkaitan PTA telah dedarkan pada tahun lepas (2016) kepada setiap
bengkel.

2.2 Surat lantikan Penyelia Projek juga akan dikeluarkan kepada penyelia yang akan
membimbing pelajar PTA.

Tindakan: Setiausaha PTA


2.3 Terdapat 4 elemen yang akan dinilai dalam PTA 1 iaitu, kertas cadangan projek, buku log,
pembentangan proposal dan juga kemajuan projek. PTA 2 hanya akan bermula sekiranya
pelajar dapat menyiapkan PTA 1 dengan sempurna.

2.4 En Jayati bertanya adakah pelajar yang tidak lulus PTA1 tidak akan dibenarkan membuat
PTA2. Soalan ini dijawab oleh Penyelaras PTA, sekiranya pelajar belum menyiapkan PTA 1,
pelajar tidak dibenarkankan untuk meneruskan PTA2. Hanya selepas PTA1 selesai, pelajar
dibenarkan untuk meneruskan PTA2. Perkara ini disokong oleh En. Abd. Rahman.

2.5 Pengerusi mengharapkan semua pelajar bertanggungjawab dalam setiap kumpulan


mereka, dan pementoran diantara pelajar bersama penyelia hendaklah di buat sekurang-
kurangya enam kali pertemuan. Penjilidan laporan hendaklah dibuat selepas pelajar membuat
pembentangan bersama pihak JPK.

Tindakan: Semua penyelia PTA

2.6 Buku Log – setiap bengkel dikehendaki menyediakan sendiri buku log dengan
menggunapakai format yang telah diberikan sebelum ini.

Tindakan: Penyelaras PTA setiap bengkel

2.7 Taklimat PTA – taklimat pra PTA akan dibuat pada 22 Feb 2017 (Rabu) di dewan Sr Banang

Tindakan: Setiausaha PTA

2.8 En. Abd Rahman menerangkan peranan penyelaras PTA setiap bengkel:

i. Menyelaras bahan yang akan diberikan kepada setiap Penyelia Projek


ii. Memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancer
iii. Memastikan projek yang akan dijalankan oleh pelajar sesuai mengikut kursus
iv. Memastikan penyelia projek mestilah mempunya SKM yang tertinggi
v. Meastikan berlakunya perjumpaan diantara pelajar dengan penyelia sekurang-
kurangnya 6 kali pertemuan.
vi. Menjalankan 2 kali pembentangan projek yang mana kali pertama dibuat besama
penyelia dan kali kedua dijalankan bersama TAC.
vii. Memastikan penulisan laporan projek telah disemak sebelum penjilidan dibuat oleh
pelajar.

Tindakan: Penyelaras PTA setiap bengkel

3 HAL-HAL LAIN
-tiada hal-hal lain-

6. PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh En Zulkiili Jalaludin. Beliau bagi pihak pentadbir mengucapkan
jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dalam mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 tengah hari.

Disediakan oleh:                                            Disemak oleh:                               Disahkan oleh:

.....................................                                    ...........................                                ………………………………………

(CIK NOR BAYAH BINTI OTHMAN)         (EN. ZULKIFLI BIN JALALUDIN)  (EN. ABD RAHMAN BIN HASIM)

Anda mungkin juga menyukai