Anda di halaman 1dari 3

Ruj.

Kami :
Tarikh :

MINIT MESYUARAT PERMUAFAKATAN IBU BAPA/PENJAGA MURID-MURID


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK DURIAN MAS 1

Tarikh : 05 Februari 2020


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Durian Mas 1
Kehadiran :

1. Cg. Jamalludin Bin Kadir Guru Besar


2. Cg. Mohammad Azman Bin Zanudin Penyelaras PPKI
3. Cg. Mohd Faiz Bin Ramli Guru PPKI
4. Cg. Dayang Noorasmah Binti Abang Abdul Hamid Guru PPKI
5. Cg. Nur Syamimi Bt. MdRani Guru PPKI
6. Cik Nor Asima Bt. Ali PPM PPKI
7. Cik Nurul Fateahah Binti Che Lah PPM PPKI
8. Ibu bapa/ penjaga murid-murid PPKI
Agenda 1: Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah. Mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran guru-guru dan ibu bapa pada mesyuarat kali ini.
1.2 Sekalung tahniah ditujukan kepada Cg. Mohammad Azman Bin Zanudin kerana dilantik
menjadi penyelaras PPKI bagi sesi 2020. Guru besar berharap agar tanggungjawab
yang diberikan dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
1.3 Pengerusi menyarankan agar ibu bapa terlibat dan memberi sokongan dalam setiap
program yang akan dijalankan.

Tindakan: Makluman

Agenda 2: Kos dan Tarikh Perlaksanaan setiap aktiviti PPKI tahun 2020
2.1 Cg. Mohammad Azman Bin Zanudin selaku Penyelaras PPKI 2020 membentangkan
kos dan tarikh perlaksanaan setiap aktiviti PPKI bagi tahun 2020.
2.2 Cg. Mohammad Azman membentangkan mengenai program yang akan dijalankan
sepanjang tahun 2020 (tertakluk pada perubahan) yang telah dirancangkan. Berikut
adalah senarai program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2020:

2.3 Bil Program / Aktiviti Tarikh Perlaksanaan


.
2.3 I b u b a p a m
1. Terapi Bowling dan Menonton Wayang Februari

2. Sambutan Majlis Hari Jadi Murid-murid PPKI Mac

3. Terapi Berkuda Mei

4. Terapi Bowling, Menonton Wayang dan Membeli Jun


Belah

5. Lawatan Sambil Belajar Julai

6. Terapi Hidro/Pasir Ogos

7. Hari Keluarga PPKI 2020 Oktober

kepada Ketengah Holdings. Hal ini merupakan satu cadangan yang sangat baik dan
dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk pengangkutan.
2.4 Penglibatan ibu bapa amat digalakkan dalam semua aktiviti yang bakal
dilaksanakan.

Tindakan: Makluman

Agenda 3: Perkara-perkara berbangkit


3.1 Tiada
Agenda 4: Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah 2020
4.1 Cg. Mohd Faiz Bin Ramli membentangkan berkenaan Pentaksiran Alternatif Sekolah
Rendah (PASR) kepada ibu bapa.
4.2 Tahun ini, seramai 4 orang murid PPKI yang akan menduduki peperiksaan PASR.
Justeru itu, satu perbincangan telah diadakan oleh Cg. Mohd Faiz kepada ibu bapa
murid yang terlibat. Semua sebulat suara bersetuju anak-anak mereka menduduki
peperiksaan tersebut.
4.3 Pelaksanaan tugasan adalah fleksibel mengikut tahap kebolehan calon. Pentaksir
(guru) boleh membimbing sepanjang tempoh tugasan.
4.4 Tugasan perlu dilakukan semasa PdPc dan diingatkan tidak semua calon boleh
menyiapkan tugasan dalam masa yang sama kerana setiap calon mempunyai
kebolehan berbeza.
4.5 Pentaksir (guru) perlu alert dengan situasi murid dan kebolehan calon semasa
melakukan tugasan dan tidak perlu terlalu memberi tekanan kepada calon.

Tindakan: Makluman

Agenda 5: Ucapan Penangguhan


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesungguhan guru-guru
dan ibu bapa dalam menjalankan tugas yang diberikan demi kemenjadian dan
keberhasilan Kurikulum dan Kokurikulum murid.
6.2 Mesyuarat diakhiri dengan Surah Al Asr dan ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………………... ………………………………………………….

(MOHD FAIZ BIN RAMLI) (MOHAMMAD AZMAN BIN ZANUDIN)

Setiausaha PPKI, Penyelaras PPKI,

SK Durian Mas 1 SK Durian Mas 1

Anda mungkin juga menyukai