Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM

BT 26, KELAPA SAWIT,


81030 KULAI, JOHOR

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


SK POLIS KEM
SESI
2022/2023

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD SHUKRI BIN ROSLI


SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1.0 TAJUK KERTAS CADANGAN
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
TARIKH : 28 Mei 2022 (Sabtu)
TEMPAT : Dewan Seri Pahlawan SK Polis Kem
MASA : 8.00 pagi – 4.30 petang

2.0 PENDAHULUAN
Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan sekolah
adalah para murid yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak
sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para murid ke
tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan
penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk
ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan sukan
permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu
cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan
tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

3.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting
untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, murid
tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid
yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan
bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

4.0 MATLAMAT
Untuk memastikan para murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran, mengenai
gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..
5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
5.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah

6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : En Mohamad Mohidi Bin Sibli
Guru Besar SK Polis Kem
Pengerusi 1 : En. Azhar Bin Mohamed
GPK Kokurikulum SK Polis Kem
Pengerusi 2 : En. Azlan Shah Bin Abd Aziz
GPK HEM SK Polis Kem
Pengerusi 3 : Pn Mahani Binti Hanipah
GPK Pentadbiran
Penyelaras : En. Mohd Shukri Bin Rosli
Setiausaha Kokurikulum SK Polis Kem
Setiausaha : En. Nurrashid Bin Helmy
Naib Setiausaha Kokurikulum SK Polis Kem

Ahli-ahli Jawatankuasa:
6.1 Persiapan Tempat :
1) En. Muhamad Faez Bin Din
2) En. Ahmad Sukri Bin Ramli
3) En. Mohd Shukri Bin Rosli
4) En. Nor Khairul Nizat Bin Om
5) En. Mohammad Khairil Bin Baharin
6) En. Mohamad Hazami Bin Mohd Taib
6.2 Sijil dan Jamuan makan Peserta & Fasilitator:
1) Pn. Siti Azura Binti Mohd Ghazali
2) Pn. Nurul Naziera Binti Mohd Noh
3) Cik. Raudhatul Jannah Binti Nizar

6.3 Urusetia dan Pendaftaran :


1) Pn. Siti Sarah Binti Sabran
2) Pn. Siti Aishah Balqis Binti Mastuki
3) Pn. Suhana Binti Mohamed

6.4 Jurufoto dan dokumentasi :


1) En. Muhammad Yusof Bin Abdul Latif
2) En. Noor Hishamudin Bin Karman

6.5 PA Sistem dan Alatan Teknikal :


1) En. Zaharuddin Bin Mohd Zabir
2) En. Mohamad Jeffrie Bin Kamsani

7.0 BIDANG TUGAS


7.1 Penyelaras program
- Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum.
- Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.
7.2 Setiausaha
- Menguruskan makluman kepada peserta kursus.
- Menguruskan surat kepada penceramah.
- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.
7.3 Persiapan Tempat dan Siaraya
- Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.
- Menyediakan tempat duduk dan keperluan penceramah semasa program.
- Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di PSS.
- Mencari alternatif dan ‘back up’ sekiranya ada gangguan.
.
7.6 Back Drop
- Menguruskan backdrop di bahagian hadapan tempat kursus.

7.7 Pengerusi Majlis


- Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan majlis penutupan.
- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis.
- Mempengerusikan majlis hingga tamat.

7.8 Jurufoto dan Dokumentasi


- Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.

7.9 Sijil dan Buku Program


- Berbincang dengan penyelaras, merangka dan menyediakan buku program.
- Menyediakan sijil untuk para peserta kursus.

7.10 Jamuan
- Berbincang dengan penyelaras untuk memastikan jumlah peserta.
- Membuat tempahan makanan dan memastikan tempat makan adalah bersih
dan teratur.

7.11 Urusetia dan Pendaftaran


- Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha dan Bendahari Unit Uniform,
Kelab Persatuan, Sukan Permainan SK Polis Kem.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
1 10 Apr 2022 Perbincangan bersama PK Koku tentang Penyelaras Membuat draf 1 kertas
Kursus Kepimpinan Kokurikulum kerja program.
2 14 Apr 2022 Menyerahkan kertas kerja untuk diedit. Penyelaras Membaiki kertas
kerja.
3 17 Apr 2022 Menyerahkan kertas kerja untuk Penyelaras Lulus/ Tidak Lulus
kelulusan Penasihat
4 19 Apr 2022 Mesyuarat bersama semua AJK Penyelaras Pengagihan tugas
pelaksana kepada AJK
5 21 Apr 2022 Makluman kepada Pengerusi dan Setiausaha Mengedarkan surat
Setiausaha melalui Guru Penasihat melalui Guru
Penasihat
6 05 Mei 2022 Mendapat maklum balas dari semua Setiausaha Memastikan jumlah
guru penasihat Guru peserta kursus
Penasihat
7 09 Mei 2022 Mendapatkan penceramah atau Setiausaha Lancar/Tidak
fasilitator
8 12 Mei 2019 Taklimat akhir bersama ketua AJK Semua AJK Lancar/Tidak
9 26-27 Mei Persiapan tempat AJK Lancar/Tidak
2022
10 28 Mei 2022 Pelaksanaan Kursus Kepimpinan Semua AJK Lancar/Tidak

10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM KEPIMPINAN

7.30 – 8.30am : Pendaftaran Peserta

8.30 – 10.00am : MODUL 1 : PEMBENTUKAN JATI DIRI


 Proses kekuatan jati diri dan metal
 Tahu dan sedar kekuatan dan kelemahan diri
 Sedar kehebatan dan potensi diri
PENGURUSAN MASA
10.00 – 10.30am : Minum Pagi
10.30 – 1.00pm : MODUL 2 : TEAM BUILDING
 Elemen Fizikal
 Elemen Emosi
 Elemen Spiritual

1.00 – 2.00pm : Makan Tengah Hari / Solat Zohor

2.00 – 3.00pm : CIRI-CIRI DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG


PEMIMPIN
 Faktor-faktor yang menjadikan pemimpin seorang
yang terbilang
 Beza antara pemimpin dan juga pengurus
 Ciri-ciri pemipin menurut pandangan Islam.
 Tanggungjawab seorang pemimpin

ILMU KOMUNIKASI BERKESAN


 Pendedahan sifat tanpa komunikasi berkesan.
 Perubahan emosi dengan komunikasi berkesan.
 Peluang dan halangan di dalam berkomunikasi.
 Kaedah komunikasi terkawal.

3.30 – 3.30pm : Minum Petang

3.30 – 4.30pm : PELAN DAN TINDAKAN


 Perancangan pemimpin
 ‘Plan your work and work your plan’
 Matlamat-semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
 Penyampaian sijil dan penutup

11.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan :
Perkara Jumlah Sumber
Bayaran Penceramah RM2660.00
RM 14.00 x 190 peserta

Makan Peserta RM 1520.00


RM 8.00 x 190 peserta
JUMLAH RM 4180.00 Wang Kokurikulum
(Sahsiah)

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas
dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana
perubahan ke arah kecemerlangan di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform
masing-masing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan
kepada para pelajar serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan
dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan
akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan unit uniform, kelab
dan persatuan, sukan dan permainan murid yang berfikiran positif, kreatif, kritis
dan proaktif.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ……………………………….
(MOHD SHUKRI BIN ROSLI) (AZHAR BIN MOHAMED)
Setiausaha Kokurikulum, Guru Pen. Kanan Kokurikulum
SK Polis Kem SK Polis Kem

Disahkan oleh,
…………………………………….
(MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI)
Guru Besar,
SK Polis Kem

Isi Kandungan Kertas Kerja


Muka Surat
1 Tajuk Kertas Kerja 1
2 Pendahuluan 1
3 Rasional 1
4 Matlamat 2
5 Objektif 2
6 Jawatankuasa 2-3
7 Bidang Tugas AJK 4
8 Kumpulan Sasaran 5
9 Strategi Pelaksanaan 5
10 Jadual Pelaksanaan Program 6-7
11 Cadangan Peruntukan Kewangan 8
12 Penutup 8

Anda mungkin juga menyukai