Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SETAPAK

JALAN AIR JERNIH


53200 SETAPAK, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


SMKTS
2017

0
DISEDIAKAN OLEH:

NUR SHEILLA SAIDA BT ABDULLAH


SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1.0 TAJUK KERTAS KERJA


KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
TARIKH : 11 Februari 2017 (Sabtu)
TEMPAT : Dewan Ilmu SMKTS
MASA : 8.00 AM 5.00 PM

2.0 PENDAHULUAN
Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan
sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar
ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas
dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk
ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan sukan
permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu
cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan
tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

3.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting tidak
akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini pelajar yang
dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan
bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

4.0 MATLAMAT
Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya.
5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.

1
5.2 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah

5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..

5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.

5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.

JAWATANKUASA
Penasihat : En. Naseh Bin Hassan
Pengerusi : En. Nasaruddin Bin Abdullah
Penyelaras : En. Saravanan a./l T. Munusamy
Setiausaha : Pn. Nur Sheilla Saida Bt. Abdullah

BIL Jawatankuasa Tugas


1. Penyelaras program -Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum.
- En. Saravanan a./l T. -Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.
Munusamy

2. Setiausaha -Menguruskan makluman kepada peserta kursus.


-Pn. Nur Sheilla Saida Bt. -Menguruskan surat kepada penceramah.
Abdullah -Menguruskan makluman mesyuarat dan minit
mesyuarat.

3. Persiapan Tempat dan Siaraya -Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.
-Menyediakan tempat duduk dan keperluan
- En. Mohamad Aman. B.
penceramah semasa program.
Mohamad -Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di
PSS.
-Mencari alternatif dan back up sekiranya ada
gangguan.
4. Pengerusi Majlis & Fasilitator -Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan
program dan majlis penutupan.
- Pn. Julaizah Bt. Jais
-Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan
aturcara majlis.
-Mempengerusikan majlis hingga tamat.
5. Jurufoto dan Dokumentasi -Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung
untuk didokumentasikan.
- Pn. Ryena Bt. Md Yunus
6. Sijil dan Buku Program -Berbincang dengan penyelaras, merangka dan
menyediakan buku program.
Cik Sahirah bt. Ismail
-Menyediakan sijil untuk para peserta kursus.
7. Urusetia dan Pendaftaran - Mendaftar masuk semua peserta
- Pn. Suhaiza Normila bt.
Abdul Ghani
8. Makanan - Menentu dan menempah makanan untuk semua
- Pn. Azlina bt. Muhammad
pelajar dan guru.
- Menyelaras waktu makan.

2
8.0 KUMPULAN SASARAN
Pengerusi dan Setiausaha Unit Uniform, Kelab Persatuan, Sukan Permainan SMKTS

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
1 10 Dis 2017 Perbincangan bersama PK Koku tentang Penyelaras Membuat draf 1 kertas
Kursus Kepimpinan Kokurikulum kerja program.
2 03 Jan 2017 Menyerahkan kertas kerja untuk diedit. Penyelaras Membaiki kertas kerja.
3 06 Jan 2017 Menyerahkan kertas kerja untuk Penyelaras Lulus/ Tidak Lulus
kelulusan Penasihat
4 12 Jan 2017 Mesyuarat bersama semua AJK Penyelaras Pengagihan tugas
pelaksana kepada AJK
5 25 Jan 2017 Makluman kepada Pengerusi dan Setiausaha Mengedarkan surat
Setiausaha melalui Guru Penasihat melalui Guru
Penasihat
6 27 Jan 2017 Mendapat maklum balas dari semua Setiausaha Memastikan jumlah
guru penasihat Guru peserta kursus
Penasihat
7 28 Jan 2017 Mendapatkan penceramah atau Setiausaha Lancar/Tidak
fasilitator
8 6 Feb 2017 Taklimat akhir bersama ketua AJK Semua AJK Lancar/Tidak
9 9 Feb 2017 Persiapan tempat AJK Lancar/Tidak
10 11 Feb 2017 Pelaksanaan Kursus Kepimpinan Semua AJK Lancar/Tidak

10.0 JADUAL PELAKSANAAN

Masa Aturcara
8.00 8.30 am Pendaftaran
8.30 9.30 am Taklimat / Ice Beraking
9.30 11.00 am Ceramah : Konsep Kepimpinan
11.00 11.30 am Rehat / Jamuan
11.30 1.00 pm Ketrampilan Diri / Kreativiti Berpasukan
1.00 2.30 pm Makan tengah hari/ Solat
2.30 pm - 3.30 pm Bengkel penulisan buku laporan/kertas kerja
3.30 - 4.30 pm Latihan dalam kumpulan
4.30 - 5.00 pm Majlis penutup

11.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan :
Perkara Jumlah Sumber
Bayaran Saguhati Penceramah RM 150
RM 150.00 x 1 slot
Jamuan Makan Pelajar RM 1 400

3
RM 10.00 x 140
Fail, Alat tulis, Kertas Mahjong RM 150
Fotografi , Dokumentasi , Bahan Edaran dan Sijil RM 100
JUMLAH RM 1800 Wang Kokurikulum (Sahsiah)

12.0 INSTRUMEN PENILAIAN


12.1 Surat Tawaran kepada Pengerusi dan Setiausaha
12.2 Borang Jawapan Kehadiran
12.3 Borang Kehadiran Peserta
12.4 Borang Post Mortem.

13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas
dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana
perubahan ke arah kecemerlangan di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform masing-
masing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada
para pelajar serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan
berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang
berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan
unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar yang berfikiran
positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh,

.
(NUR SHEILLA SAIDABT ABDULLAH)
Setiausaha Kokurikulm SMKTS
Disemak oleh,

.
(NASARUDDIN BIN ABDULLAH)
Penolong Kanan Kokurikulum SMKTS

Diluluskan oleh,

..
(NASEH BIN HASSAN)

4
Pengetua SMKTS

Isi Kandungan Kertas Kerja


Muka Surat
1 Tajuk Kertas Kerja 1
2 Pendahuluan 1
3 Rasional 1
4 Matlamat 1
5 Objektif 1
6 Jawatankuasa 1-3
7 Bidang Tugas AJK 3-4
8 Kumpulan Sasaran 4
9 Strategi Pelaksanaan 5
10 Jadual Pelaksanaan Program 5

5
11 Cadangan Peruntukan Kewangan 5
12 Instrumen Penilaian 6
13 Penutup 6

Anda mungkin juga menyukai