Anda di halaman 1dari 6

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

SMK PENGKALAN AUR TAIPING PERAK


2023

ANJURAN
JAWATANKUASA KO KURIKULUM
SMK PENGKALAN AUR
O1. NAMA AKTIVITI
Kursus Kepimpinan Kokurikulum SMK Pengkalan Aur 2023

02 PENDAHULUAN
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas ahli jawatan kuasa yang
terpilih memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi
motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka dalam melaksanakan peranan dan
tanggungjawab yang diamanahkan. Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform,
kelab persatuan dan sukan permainan perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas
mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan
fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan
terhadap tugas mereka. Maka, atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan
ini sangat sesuai dilaksanakan.

03 MATLAMAT
Untuk memastikan para pelajar yang terlibat mempunyai kebolehan dan
pengetahuan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan
jawatan yang dipegang dalam sesuatu unit kokurikulum untuk membantu guru
menggerakkan program kokurikulum di sekolah. Begitu juga untuk memastikan
para pelajar yang terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya
kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

04 OBJEKTIF
i. Memupuk keyakinan diri di kalangan pelajar untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai pemimpin dalam sesuatu organisasidengan penuh
komitmen
ii. Melahirkan pemimpin yang cekap dalam pengurusan dan berkarisma,
berkeyakinan dan boleh bekerja dalam satu kumpulan dan mempunyai
sahsiah yang murni.
iii. Memberi kefahaman mendalam kepada peserta tentang pengurusan dan
pentadbiran organisasi, cara kerja yang komprehensif dan mempunyai
perancangan strategik.
05 KUMPULAN SASARAN/ PENYERTAAN
Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha bagi Rumah Sukan, Kelab/Persatuan,
Badan Beruniform dan Sukan Permainan berjumlah 100 orang.
06. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
Tarikh yang dirancang ialah 26 Januari 2022, pukul 8.00 pagi sehingga 5 petang.
07. TEMPAT
Dewan SMK Pengkalan Aur.

08 JAWATAN KUASA PELAKSANA:


- Lampiran 1
09 IMPLIKASI KEWANGAN:
Bil Perkara Kuantiti Kos Jumlah Kos
1. Makanan Peserta 100 RM12x RM 1200.00
100
2. Plak Penghargaan 8 RM10.00 RM 80.00
3. Sijil Penghargaan 1000 RM 0.70 RM 700.00
4. Banner 1 RM 200.00 RM 200.00
5.
6.
7.
8.
9.
JUMLAH RM2180.00

SUMBER KEWANGAN: BANTUAN KOKURIKULUM SEKOLAH

10 PENUTUP
i. Pelajar sebagai AJK Tertinggi dapat mengisi laporan aktiviti kokurikulum
setiap minggu dengan lebih baik dan bertanggungjawab.
ii. Dapat membantu guru dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum dan
penulisan laporan.

Disediakan oleh:

….……………………………………………………………….
(PN GOH LAY PING)
SETIAUSAHA AJK KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM SMK PENGKALAN AUR 2023
SMK PENGKALAN AUR

Disemak oleh:

…………………………………………..
(EN MOHD AFFENDI BIN MOHD FISHAL)
PK KOKURIKULUM
SMK PENGKALAN AUR
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH
___________________________________________________________________________

Meluluskan kertas cadangan


Kursus Kepimpinan Kokurikulum SMK Pengkalan Aur Tahun 2023

Tidak meluluskan kertas cadangan


Kursus Kepimpinan Kokurikulum SMK Pengkalan Aur Tahun 2023

Ulasan :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

………………………………………………………
(EN. MOHD NORASHID BIN AHMAD)
PENGETUA
SMK PENGKALAN AUR

Tarikh :
Lampiran 1
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
SMK PENGKALAN AUR TAIPING PERAK 2023

AJK INDUK

Penasihat : En Mohd Norashid b. Ahmad (Pengetua SMK Pengkalan Aur)


Pengerusi : En Mohd Affendi b. Mohd Fishal ( PK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi 1 : En Mohd Noor Ramli (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi 2 : Pn Rosnida Dahalan (PK HEM)
Timbalan Pengerusi 3 : Cik Nor Asiah bt Salleh

JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pendaftaran Peserta : Pn Tuan Normaini bt Tuan Lah


Persiapan Pentas : Pn Norlaile binti Abu Bakar
Pn Nabisah binti Abu Bakar

Persiapan Dewan : En Muhammad Amirul Asyraf bin Musa


Sreetharan Nair a/l Gobinathan

Pengacara Majlis : Pn Maisara binti Nurdin

Siaraya : En Mohamed Syazeri b. Mohd Saufi

Bacaan Doa : En Faizal Azuat b. Hasim

Fotografi dan Dokumentasi : Cik Izlin Hiza binti Abd Rashid


Fasilitator :

Sijil Peserta, fasilitator


dan penceramah : Pn Hjh Jumaatul Saadiah bt Imam Maarof

Penyampaian Sijil : Pn Zarina bt Oyob

Makanan Peserta & : Pn Azlina binti Mohd Yusop


Pn Azlina binti Zainudin

Kawalan Disiplin : En Zainal Abidin bin Hadzir 

ATURCARA PROGRAM
MASA TENTATIF
7.30-8.00 PAGI PENDAFTARAN
8.00-8.30 PAGI Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Bacaan Doa
Ucapan Perasmian (Tuan Pengetua)
8.30-10.00 PAGI Ceramah : Tanggungjawab
pengerusi, naib pengerusi dan
setiausaha

10.00-10.30 MINUM PAGI


11.00-1.00 PETANG SESI PETANG
1.00-2.30 PETANG REHAT
MAKAN TENGAHARI
2.30-4.30 PETANG Pengedaran Carta Organisasi
- Kerja kumpulan (penyediaan carta organisasi setiap unit)
4.30-5.00 PETANG MAJLIS PENUTUP
5.00 PETANG BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai