Anda di halaman 1dari 5

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM

SMK PENGKALAN AUR TAIPING PERAK


2022

ANJURAN
JAWATANKUASA KO KURIKULUM
SMK PENGAKALAN AUR

TEMA:
ASAS PERKHEMAHAN
O1. NAMA AKTIVITI
Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SMK Pengkalan Aur 2022

02 PENDAHULUAN
Perkhemahan kokurikulum merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK Pengkalan
Aur. Kegiatan kokurikulum SMK Pengkalan Aur merangkumi aktiviti unit uniform,
persatuan/ kelab dan sukan/ permainan. Penyertaan semua pelajar dalam aktiviti
kokurikulum ini dapat membentuk dan membina watak serta jati diri. Melalui
aktiviti kokurikulum ini mampu membangunkan modal insan yang berkualiti serta
memiliki mind akelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan.
Seseorang pelajar berupaya menghayati erti disiplin kendiri, iltizam, peri
pentingnya menepati waktu serta perancangan rapi sebelum mencapai matlamat
untuk menjadi pelajar cemerlang.
03 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan dengan kepimpinan dan
disiplin yang perlu ada pada setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji ketahanan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti
disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.
Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan
diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang
selaras dengan dengan pembangunan negara yang mampan.
04 OBJEKTIF
i. Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
ii. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang
aspek perkhemahan secara menyeluruh.
iii. Memberi peluang kepada ahli merasai pengalaman dalam menyertai
program kepimpinan.
iv. Membentuk ahli yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam setiap situasi.
v. Melatih para ahli untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
vi. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
vii. Melahirkan para ahli yang berupaya melahirkan idea-idea bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
viii. Memupuk semangat Kerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
memetingkan diri sendiri.
05 KUMPULAN SASARAN/ PENYERTAAN
Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 yang mengikuti unit beruniform
20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan.
10 orang pelajar Pendidikan Khas (PPKI)
06. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
i. Tarikh yang dirancang ialah 28 hingga 29 Oktober 2022 pada hari Jumaat
sehingga hari sabtu.
ii. Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam.
iii. Masa perlaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
iv. Tentatif program adalah seperti dalam lampiran.

07. TEMPAT
PERASA Autocamp, Kampung Jelutong, Changkat Jering.
Pelajar lelaki akan bermalam di dalam dorm.
Pelajar perempuan juga bermalam di dalam dorm.

08 JAWATAN KUASA PELAKSANA:


AJK INDUK
Penasihat : En Mohd Norashid b. Ahmad (Pengetua SMK Pengkalan Aur)
Pengerusi : En Mohd Affendi b. Mohd Fishal ( PK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi 1: En Mohd Noor Ramli (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi 2: Pn Rosnida Dahalan (PK HEM)
Timbalan Pengerusi 3: Cik Nor Asiah bt Salleh

JAWATAN KUASA PELAKSANA


Pengarah Program : En Muhammad Ifwat b. Ishak
Setiausaha : Pn Goh Lay Ping
Bendahari : Pn Tuan Normaini bt Tuan Lah
Kem Komandan : En Mohamed Syazeri b. Mohd Saufi
Timb. Kem Komandan: En Muhammad Amirul Asyraf b.Musa

Pengakap : Dr Anita Jesmin a/p Albert David Thomas


Kadet Remaja Sekolah : Pn Zarina bt Oyob
Kadet Bomba : En Harzahari b. Arriffin
Kadet Pertahanan Awam : En Faizal Azuat b. Hasim
Kadet Polis : Cik Nurul Nadzirah bt Saripudin.
BBSM : Pn Siti Hajar bt Mohd Shariff.
Puteri Islam : Pn Hjh Jumaatul Saadiah bt Imam Maarof
Ketua Penyelaras Program : En Wan Ahmad Hafiz b. Wan Mohammad.
AJK Membeli Bahan Keperluan : En Mohd Affendi b. Mohd Fishal
En Zainal Abidin b. Hadzir
Perkhemahan : En Mohamed Syazeri b. Mohd Saufi
En Mohd Zulfadhly b. Ahmad
AJK Makanan : Pn Azlina bt Mohd Yusop
Pn Noorhafizah bt Jamaludin
AJK Kerohanian : En Harzahari b. Arifin.
En Faizal Azuat b. Hasim
AJK Hadiah : Pn Azlina b. Zainuddin
Pn Lenny Marlina bt Jamaluddin.
AJK Disiplin / Keselamatan : En Sreetharan a/l Gobinathan
En Muhammad Ifwat b. Ishak
AJK Buku Program : Cik Hasmalinda bt Hamid.
AJK Laporan : Cik Izlin Hiza bt Rashid
AJK Kecemasan / Kebajikan : Pn Zuaraida bt Jaafar
Pn Roslizawati bt Khalid
Pn Suraya bt Kamaruddin
Cik Chong Yoke Peng

AJK Jurugambar : Pn Mas Amira bt Ab Latib


Tn Hj Wan Ahmad Hafiz b. Wan Mohammad.

09 IMPLIKASI KEWANGAN:
Bil Perkara Kuantiti Kos Jumlah Kos
1. Sewa Penginapan Perasa 50 orang RM60x 50 RM 3000.00
Autocamp
2. Makanan Peserta 50 orang RM24 x 50 RM 1200.00
3. Hadiah pertandingan/ hamper 1 RM 70.00 RM 70.00
4. Hadiah pertandingan/ hamper 1 RM 60.00 RM 60.00
5. Hadiah pertandingan/ hamper 1 RM 50.00 RM 50.00
6. Hadiah pertandingan/ hamper 1 RM 40.00 RM 40.00
7. Hadiah pertandingan/ hamper 1 RM 30.00 RM 30.00
8. Banner 1 RM 150.00 RM 150.00
9. Penceramah Kuliah Subuh 1 RM 100.00 RM 100.00

JUMLAH RM 4700.00

SUMBER KEWANGAN: BANTUAN KOKURIKULUM SEKOLAH

10 PENUTUP
i. Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SMK Pengkalan Aur ini dapat
melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
ii. Perserta juga mendapat markah prestasi PAJSK yang terbaik.

Disediakan oleh:

….……………………………………………………………….
(PN GOH LAY PING)
SETIAUSAHA AJK PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM
SMK PENGKALAN AUR

Disemak oleh:

…………………………………………..
(EN MOHD AFFENDI BIN MOHD FISHAL)
PK KOKURIKULUM
SMK PENGKALAN AUR

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH


___________________________________________________________________________

Meluluskan kertas cadangan


Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SMK Pengkalan Aur Tahun 2022

atau

Tidak meluluskan kertas cadangan


Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SMK Pengkalan Aur Tahun 2022

Ulasan :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

………………………………………………………
(MOHD NORASHID BIN AHMAD)
PENGETUA
SMK PENGKALAN AUR

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai