Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG SEMANGGOL

34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL,


PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA KELAS,
PENOLONG KETUA KELAS SERTA JAWATAN KUASA
TERTINGGI UNIT KOKURIKULUM
SESI 2022/2023

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


JAWATANKUASA PENGAWAS DAN DISIPLIN
JAWATAN KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH

1.0
2.0 TAJUK KERTAS KERJA
Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pss, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas Serta
Jawatan Kuasa Tertinggi Unit Kokurikulum Peringkat Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol
Sesi 2022/2023.

TARIKH : 1 Jun 2022 (Rabu)


TEMPAT : Dewan Terbuka SKGS
MASA : 2.00 p.m. - 4.30 p.m.

3.0 PENDAHULUAN
Peserta kursus yang terlibat terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas,
Penolong Ketua Kelas Serta Jawatan Kuasa Tertinggi Unit Kokurikulum. Mereka merupakan
murid yang telah terpilih bagi melaksanakan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah
melaksanakan sebarang program disamping mengawal disiplin murid-murid lain. Murid tersebut
memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar bagi membina keyakinan diri sebagai persediaan untuk bertugas
dengan penuh dedikasi dan berketrampilan.

Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelancaran tugas, barisan pemimpin kecil ini
memerlukan bantuan pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para peserta
kursus juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka di sekolah. Maka atas dasar dan tujuan
tersebut kursus kepimpinan ini amat perlu dilaksanakan.

4.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah sekolah, Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas, Penolong
Ketua Kelas Serta Jawatan Kuasa Tertinggi Unit Kokurikulum memainkan peranan penting
untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pelajar tidak
akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid yang dilantik
dengan jawatan tertentu akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama
membantu melancarkan perjalanan aktiviti di sekolah.

5.0 MATLAMAT
Untuk memastikan para peserta kursus terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

6.0 OBJEKTIF

5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.

5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..

5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.

5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.


6.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : En Arohman bin Sukim


Setiausaha : En. Mohd Sani bin Mad Saad
AJK : Pn. Zamharirah bt Hj Adam
: Pn. Hjh Azlinda bt Abdullah

Penyelaras Program : Pn. Norziah binti Khairuddin


Setiausaha Program : En. Mohd Jamil bin Khamis

Penceramah : En Salahuddin bin Sahidin

Jawatan kuasa Pelaksana : Pn. Siti Suhailah binti Abdul Razak (Slot 2.2)
En. Muhammad Zuber bin Ismail (Pendaftaran)
En/ Muhammad Hanif bin Sobri (Slot 2.1)
Cik Nurhatini binti Mohamed Marzuky (Cenderahati
Penceramah)
Pn. Noraini binti Merah Husin (Laporan)
Pn. Masni binti Piae @ Husin (Slot 2.4)
Pn. Robiah binti Abdul Kadir (Makanan)
Pn. Syazila Ana binti Md Sabri (Jurufoto)
7.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Masa Aturcara
2.00 p.m. - 2.15 p.m. Pendaftaran peserta
2.15 p.m - 2.25 p.m Ucapan Penyelaras Program
2.25 p.m. – 2.30 p.m Bacaan Doa
2.30 p.m. – 3.00 p.m Slot 1
Ceramah : Konsep Kepimpinan Rasulullah Sebagai Ikutan
3.00 p.m – 4.15 p.m. Slot 2
2.1 Pengawas Sekolah
Tatacara Perhimpunan
Disiplin
2.2 Pengawas PSS
Sistem Dewey
Bahan Fiksyen dan Bukan Fiksyen
Aktiviti pengayaan NILAM
2.3 Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Disiplin dalam kelas
2.4 Jawatan kuasa tertinggi Kokurikulum
Senarai tugas ketika aktiviti Kokurikulum dilaksanakan

4.15 p.m.– 4.30 p.m. Majlis Penutup

8.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Perbelanjaan :
Perkara Jumlah Sumber

Jamuan Makan RM2.00 x 80 murid


RM160 Unit Bimbingan dan kaunseling

Sijil Penyertaan RM1 X 80 murid RM80 Unit HEM

Cenderahari Penceramah RM30 Unit Kokurikulum

Buku Nota RM2.00 x 80 murid RM160 Sumbangan Individu

JUMLAH RM 430 Wang Kokurikulum (Sahsiah)


12.0 INSTRUMEN PENILAIAN
12.1 Surat Makluman Kursus
12.2 Borang Kehadiran Peserta
12.3 Laporan

13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas dan
tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana perubahan ke arah
kecemerlangan. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada para
peserta serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk
mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan
akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan negara di masa hadapan yang
berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………………. ………………………………………..
(MOHD JAMIL KHAMIS) (EN AROHMAN BIN SUKIM)
Setiausaha Program GURU BESAR SKGS

Disemak oleh,

…………………………………….
(EN MOHD SANI BIN MD SAAD)
GPK HEM SKGS

Anda mungkin juga menyukai