Anda di halaman 1dari 5

SEK. KEB.

STALON
DARO, SARAWAK

KERTAS KERJA
BENGKEL KEPIMPINAN
2023

TARIKH:

21 JUN 2023

MASA:

07.30 PAGI – 11.50 PAGI

TEMPAT:

SK STALON
KERTAS KERJA BENGKEL KEPIMPINAN 2023

1.0 PENDAHULUAN

Pengawas adalah para pelajar yang terpilih dan diberikan tanggungjawab untuk
membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para
pelajar ketahap yang lebih baik. Pengawas juga adalah pelajar, yang mereka memerlukan
keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi
merealisasikannya, mereka memerlukan bimbingan dan panduan. Untuk mencapai ke tahap
keyakinan diri dan kelancaran tugas, mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak
sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu
mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu
sendiri. Maka, Kursus Kepimpinan Pengawas ini sangat sesuai dilaksanakan bagi mencapai
tujuan dan dasar tersebut.

2.0 RASIONAL
Rasional bagi menjalankan kursus kepimpinan ini adalah untuk melahirkan murid-murid
yang berdisiplin dan berkepimpinan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelajar dan juga
pengawas yang bertanggungjawab.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membentuk murid yang tegas diri dan berdisiplin.


3.2 Menerapkan nilai-nilai murni yang bersesuaian kepada murid sebagai seorang pemimpin.
3.3 Melatih murid menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
3.4 Mengetahui dengan jelas bidang tugas sebagai seorang pengawas.

4.0 SASARAN

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Kelas


5.0 BILANGAN PESERTA

Bilangan guru : 6 orang


Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) : 2 orang
Bilangan pelajar : 31 orang

6.0 TEMPAT

SK Stalon

7.0 TARIKH / TEMPOH MASA

21 Jun 2023 (Rabu) / 08.50 pagi – 11.50 pagi

8.0. AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

TIMBALAN PENGERUSI
En. Shahrizan Bin Ideris

N. PENGERUSI I
Pn. Haziqah Binti Ruslay

N. PENGERUSI II
En. Muhammad Hazim Bin Mohtadza

SETIAUSAHA/ PENYELARAS
Cik Izlin Binti Omar

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Fasilitator : Cik Izlin Binti Omar


(Pengawas Sekolah)

Fasilitator : Cik Izlin Binti Omar


(Pusat Sumber Sekolah)

Persediaan Alatan
(CD Negaraku,) / : En. Muhammad Hazim Bin Mohtadza
P.A system / LCD

Juruacara : Cik Izlin Binti Omar


Jurugambar : Cik Sarah Binti Fadzlullah

Penyediaan Tempat : Encik Shahrizan Bin Ideris

10. TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi Berkumpul di Dewan

8.15 pagi Taklimat

8.30 pagi Bengkel Kepimpinan 1: Penerangan Tanggungjawab pengawas

9.00 pagi Bengkel Kepimpinan 2: Praktikal Tugasan Pengawas

9.30 pagi Rehat

10.00 pagi Sambungan Bengkel Kepimpinan 2: Praktikal Tugasan Pengawas

11.00 pagi Ceramah: Kepimpinan (Cik Izlin)

12.00 t/hari Bersurai

11. PENUTUP

Diharapkan dengan adanya kursus kepimpinan ini, para pengawas dapat mengetahui
dan memahami dengan lebih jelas bidang tugas yang perlu dilaksanakan di sekolah. Semoga
kursus ini juga dapat meningkatkan tahap disiplin dan jati diri pengawas sebagai seorang
pemimpin yang bertanggungjawab dalam memikul amanah yang diberi. Ini bukan sahaja
sebagai persediaan pada masa kini, tetapi juga pada masa akan datang. Mudah-mudahan
kursus ini berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasa daripada semua pihak.
Disediakan oleh: Disahkan oleh :

....................................... .......................................
(Cik Izlin binti Omar) (En.Shahrizan Bin Ideris)
Penyelaras Program Kepimpinan PK Hal Ehwal Murid
SK Stalon SK Stalon

BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS

Pengawas Sekolah:

1) Mengetahui dan memahami bidang tugas sebagai Pengawas Sekolah

2) Mengetahui peraturan sekolah

3) Mempelajari cara membaca ikrar

4) Mempelajari cara menaikkan bendera

5) Mempelajari cara mengikat tali leher dan kekemasan diri

Pengawas Pusat Sumber Sekolah:

1) Mengetahui dan memahami bidang tugas sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah

2) Mengetahui peraturan Pusat Sumber Sekolah

3) Mempelajari cara penyusunan buku

4) Mempelajari cara peminjaman dan pemulangan buku

5) Mempelajari cara mengikat tali leher dan kekemasan diri

Anda mungkin juga menyukai