Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA

1.0 PENDAHULUAN

Pada 10 dan 11 Ogos 2022, unit disiplin dan unit bimbingan kaunseling dengan
kerjasama badan pengawas telah mengadakan Kem kepimpinan Untuk Pengawas,
Pengawas Pusat Sumber, ketua Kelas Serta Penolong Ketua Kelas bertempat di dewan
SK Taman Tun Aminah. Program ini diadakan selama 2 hari. Seramai 145 orang telah
dipilih untuk menyertai program ini. Kem ini merupakan satu usaha untuk memantapkan
pengurusan bidang kerja kepimpinan dan seterusnya meningkatkan mutu disiplin
sekolah. Para pengawas juga dirangsangkan dengan motivasi diri untuk membina
keyakinan diri terhadap tugas dan tanggungjawab serta memupuk sikap yakin diri ketika
berhadapan dengan murid lain.

2.0 MATLAMAT
Dengan terlaksananya program ini diharapkan :-
 Disiplin pengawas dapat ditingkatkan.
 Keperibadian pengawas lebih mantap
 Tugasan pengawas lancar dan teratur
 Menjadi idola kepada murid biasa
 Disiplin murid sekolah dapat ditingkatkan

3.0 OBJEKTIF
Kem Kepimpinan pengawas ini diharapkan dapat melahirkan pengawas yang :-

3.1.1 Kuat Motivasi diri. Boleh menjalankan tugasan yang diberi dengan penuh
kenyakinan diri dan bertanggungjawab.berjaya mengawal keadaan dan lebih
berwibawa ketika berhadapan dengan masalah.

3.1.2 Berdisiplin. Sentiasa peka terhadap tugasan dan sentiasa bersedia


menjalankan tugas pada bila-bila masa diperlukan. Berpakaian kemas dan
sahsiah yang baik.

3.1.3 Pengurusan masa. Bijak mengurus masa dalam menjalankan tugasan sebagai
pengawas dan sebagai pelajar.

3.1.4 Idola. Menjadi contoh kepada pelajar lain dan menjadikan badan pengawas ini
merupakan satu badan yang ingin dijawat oleh murid.

3.1.5 Bijak. Berani mencuba dan sentiasa Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi
terutamanya dalam pembelajaran.
4.0 JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA

Pengerusi:
En. Abd Shukor Bin Abd Karim (Guru Besar)
Naib Pengerusi :
En. Zainal Abidin Bin Ishak (PK HEM)
Pn. Fauziyah Bt Abdullah (PK 1)
En. Mohd Shahfadir Bin Drahman
Pn. Saedah Bt Yasinan@Jasman
Penyelaras Kursus :
En. Mohd Safwan Bin Baharum
Ahli - Ahli :
Semua Staff SK Taman Tun Aminah, Johor Bahru.

 
Fasilitator / Penceramah
Cik Salwana Bt Md Saidi (K)
Muhammad Izzat B. Mazlan (IPG)
Nuranizatul Bt Enol (IPG)
Nur Izzati Bt Rosmin (IPG)
Farah Zian Bt Ali Isnin (IPG)
Humairatul Husna Bt Halim (IPG)
 
Tugas-Tgas Khas dan Hadiah
Cik Nazihah Bt Nasirudin
 
Peralatan, Persiapan Tempat dan Kebersihan
En. Hamizan Bin Mohd Noor
 
Juruacara
Pn. Nur Halimah Bt Hassan
 
Kebajikan dan Kecemasan
Pn Mastura Bt Hassan

Sijil Peserta
Cik Salwana Bt Md Saidi
En. Mohd Helmi Firdaus Bin Jusoh
En. Mohd Saiful Bin Saidi
Pn Nur Hannani Bt Mohd Zainal
 
PA Sistem
En. Mohd Firdaus Bin Maskan

Makanan dan Minuman


Pn. Mastura Bt Hassan
Pn. Nur Halimah Bt Hassan
 
Dokumentasi
En. Mohd Safwan Bin Baharum

Rakaman Gambar
En. Mohd Helmi Firdaus Bin Jusoh
En. Hamizan Bin Mohd Noor
En. Mohd Saiful Bin Saidi
 
 
5.0 PENDEKATAN
-Permainan kaunseling
-Pembelajaran ‘experiential’
-Latihan dalam kumpulan
-Ceramah
-Perbincangan
-Pembentangan

6.0 ADENDA PROGRAM


Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang diuruskan oleh CIk
Sazila Dan Cik Nur Syariaah. Selepas itu, peserta diberikan taklimat oleh En.S
Hamizan selaku Ketua Unit Disiplin yang berkisar tentang peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi semasa kem.
Jam 10.30 pagi, slot Ice Breaking dimulakan dengan aktiviti “Kita Serupa”
yang meminta peserta mencari pasangan yang bermula dengan Pangkal huruf
yang sama,ketinggian yang sama,hobi yang sama serta warna baju yang sama.
Semua aktiviti ini dilakukan untuk menimbulkan keseronokan dalam diri peserta
serta mengasah minda peserta agar tidak malu dan segan untuk bertanya dalam
sesuatu situasi. Dalam aktiviti Ice Breaking Juga Pembahagian Kumpulan telah
dilakukan . Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Hang Tuah, Hang
Jebat, Hang Lekiu, hang Lekir, dan Hang Kasturi. Seterusnya Peserta Diminta
Untuk Membacakan Ikrar Dan latihan menyanyikan Lagu tema
Pengawas.Bacaan ikrar dan lagu tema ini akan di pesembahkan semasa masjis
penutup nanti.
Sebelah petang pula,peserta telah mengikuti Riadah Petang yang
diuruskan oleh Encik Osman dan En. Zahidi. Antara aktiviti dalam riadah petang
ini ialah “ lelong kasut”,Permainan menyampaikan Maklumat dan perlumbaan
menaiki batang penyapu secara kedepan dan mengundur. Para peserta begitu
seronok kerana mereka dapat belajar sambil bermain.
Pukul 7 malam satu slot LDK yang Dikendalikan oleh fasilitator yang
terdiri dari Pn. Salbiyah selaku Ketua fasilitator dibantu oleh Pn Marlina,Pn
Ozarina, Pn Marlina Dan Pn Margerat. Aktiviti LDK ini dinamakan Menara Impian
yang meminta peserta membina sebuah menara daripada manila kad dan surat
khabar. Aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dan membuat
perancangan agar menara yang di bina itu kukuh dan kuat.
Jam 8.30 malam,slot ceramah yang disampaikan oleh En Anthony
Jalin .Ceramah tersebut menyentuh tentang asas-asas kepimpinan pengawas
dan kategori pemimpin. Didapati peserta begitu tekun dan teruja mendengar
ceramah tersebut.
Peserta kemudian didedahkan lagi aktiviti LDK yang seterusnya Yang
dinamakan “Topi Ajaib”. 5 orang peserta telah dipilih secara rawak, kemudian
diasingkan dan diberi tajuk untuk mereka bentangkan dihadapan peserta
lain.sebelum mereka menaiki pentas, fasilitator akan meletakkan sesuatu
perkataan tanpa pengetahuan peserta seperti “Ketawakan”, “Tepuk Tangan” ,
“Jabat Tangan”, “Pandang Belakang”, “Bising”. Pada masa sama perserta lain
bertindak atau bertingkah laku seperti yang tertulis pada topi tersebut.
Sebenarnya, aktiviti ini bertujuan untuk melatih pemimpin menghadapi
permasalahan atau kritikan daripada murid lain, mengawal emosi dan membina
kenyakinan peserta.
Esoknya, 5 hb Mac jam 8.30 pagi, LDK 3 yang bertajuk “Cermin Kedua”
telah dijalankan. Didalam aktiviti ini, peserta dalam setiap kumpulan diberikan
kertas A4 dan melekatkan kertas tersebut dibelakang peserta.Kertas A4 tersebut
dibahagikan kepada 2 bahagian (positif&negative). Setiap ahli kumpulan akan
menulis sikap-sikap tersebut pada kertas di belakang rakan mereka. Falsafah
dari aktiviti ini adalah menyedarkan peserta bahawa berat sama dipikul,ringan
sama dijinjing dan perlunya sikap berganding bahu utuk mempertahankan
maruah dan akhlak kita.
Selepas itu, En Buntoi telah menyampaikan ceramahnya yang
menyentuh tugas-tugas seorang pengawas dan ketua kelas. Disebabkan
keadaan dewan yang terang, LCD tidak dapat dipancarkan, namun ceramah
tetap diteruskan dan didapati peserta mendengar dengan tekun dan mencatat
isi-isi penting yang disampaikan. Guru besar juga turut sama mengikuti intipati
ceramah tersebut.
Jam 11.30 slot refleksi telah di sempurnakan oleh En Shamsul . Slot ini
adalah untuk mengimbas kembali apa ilmu yang telah peserta dapati sepanjang
kem ini berlangsung.
Majlis perasmian/penutupan diadakan jam 12.30 tengahari.Dalam majlis
ini juga guru besar, En. Jonedi Ngalanbong telah menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan majlis penutupan Kem Kepimpinan ini. Majlis juga
diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan dan sijil
penyertaan kepada peserta.

7.0 PERBELANJAAN SEBENAR


Sijil : RM 60

8.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN


- Backdrop/Kain rentang sebagai tanda sesuatu Program berlangsung
- Fail Poket untuk setiap peserta yang mengandungi kertas dan pensel dan jadual
serta maklumat berkaitan kem.
- Baju T seragam untuk semua peserta .
- Dewan perlu ditutup dengan kain tirai yang sesuai bagi membolehkan LCD
dipancarkan pada waktu siang.
- Sistem Audio perlu ditambah baik.

9.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP


Diharapkan Program seumpama ini jadikan sebagai program tahunan dan
berharap pengawas serta ketua kelas dapat menjalankan tugas mereka dengan
sempurna selepas tamatnya kem ini.
Unit Bimbingan dan Kaunseling bercadang untuk memperluaskan lagi
penyertaan peserta pada tahun hadapan, bukan hanya kepada pengawas dan ketua
kelas tetapi merangkumi pengerusi kelab dan persatuan serta unit beruniform.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh :

…………………. ..………………….

(Shamsul Afendi Bin Awang) 09-03- 11 ( En. Jonedi Ngalanbong)

Guru Bimbingan dan kauseling Guru Besar


SK Lepong balleh SK Lepong Balleh

LAMPIRAN

1.0 SENARAI PESERTA

2.0 JADUAL SEBENAR


3.0 BAHAN BERKAITAN
4.0 GAMBAR
5.0 SAMPEL BORANG PENILAIAN MURID

Anda mungkin juga menyukai