Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT PETI SURAT 2


89207 TUARAN , SABAH

KERTAS KERJA / CADANGAN

JABATAN : UNIT KOKURIKULUM

TAJUK : BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 2018

PROGRAM : BINA INSAN GURU MPU3112

TARIKH : 09 - 13 JULAI 2018

STATUS KERTAS KERJA / CADANGAN


1.0 PENGENALAN

Guru adalah pembina negara bangsa Malaysia. Adalah satu keperluan dalam
Pembangunan modal insan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Oleh itu,
guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang
tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan
penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan
serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.
Pembangunan modal insan ini haruslah secara holistik, menekankan pembangunan
ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta
nilai etika dan moral yang tinggi.

Selaras dengan hasrat ini, para bakal guru hendaklah mempamerkan sifat-
sifat mulia dengan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk
dan melahirkan insan guru yang berkualiti dalam pendidikan guru. Selain itu, guru
juga perlu memiliki pengetahuan dan keterampilan profesional yang tinggi serta ciri
dan kualiti sahsiah yang terpuji.

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu saluran ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) berlandaskan
prinsip-prinsip Rukun Negara. Program ini akan melibatkan semua pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) dan dapat direalisasikan
melalui satu pakej aktiviti luar kampus. Melalui aktiviti yang dirancang, para guru
pelatih dapat mengenal diri (real-self) dan mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperolehi ke arah pembentukan insan guru yang unggul.
Program BIG ini diharapkan dapat melahirkan bakal guru yang memiliki sahsiah dan
kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani
pelbagai cabaran pendidikan semasa.

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) 2018 telah menekankan


kepada guru tentang masyarakat pedalaman sebagai salah satu usaha
memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, dan profesion keguruan dalam
kalangan guru pelatih. Para guru pelatih dikehendaki menghadiri aktiviti
perkhemahan selama 5 hari 4 malam dan seterusnya menyediakan satu catatan
reflektif. Harapan bagi perkhemahan ini adalah supaya dapat membakar semangat
dan motivasi kepada semua guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang unggul
dan tahan lasak pada masa hadapan.

2.0 RASIONAL

Selaras dengan FPK dan FPG, program BIG telah diadakan untuk membina serta
membentuk kualiti guru yang dihasratkan dalam kalangan guru pelatih. Melalui
aktiviti yang telah dirancang dalam Program BIG, guru pelatih dapat mengaplikasikan
segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai guru secara berterusan. Program ini juga mampu melahirkan insan guru
yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesion keguruan yang tinggi dan
mampu menempuhi cabaran dalam dunia pendidikan.

3.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru


yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri
yang tinggi. Ianya selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Pembinaan
insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan
berasaskan kesedaran bahawa guru pembina negara bangsa dan profesion
keguruan adalah mulia.

4.0 OBJEKTIF

Objektif-objektif bagi Program Bina Insan Guru (BIG) 2018 adalah seperti berikut:

4.1 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak keguruan;


4.2 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan
dan keperluan persekitaran yang berbeza;
4.3 Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan;
4.4 Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai;
4.5 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani
(spiritual) dan sosial;
4.6 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugasan secara berkumpulan;
4.7 Berkomunikasi secara berkesan dalam cara lisan dan tulisan;
4.8 Berupaya berfikir secara kreatif dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan;
4.9 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah; dan
4.10 Memupuk semangat ingin tahu melalui segala aktiviti yang dijalankan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2016.Rujuk Lampiran untuk senarai nama
para peserta, senarai ahli kumpulan aktiviti.

6.0 KETETAPAN PROGRAM

Tarikh : 09 -13 Julai 2018


Hari : Isnin hingga Jumaat
Tempat : SK Mantob, Kiulu
7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
i. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Encik Romli Bin Darus


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Penasihat : Encik Doti bin Asing


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Pengerusi I : Encik Syhibin bin Japar


Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Kent

Pengerusi II : Puan Hjh. Nancy Loo Kason


Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Kent

Penyelaras BIG : Encik Junani Bin Ahmad Junaidi


Penyelaras Bina Insan Guru

Setiausaha : Encik Ahmad Fauzi bin Mohd Satnih


Penolong Penyelaras Bina Insan Guru

Bendahari : Puan Jomyta Elon @ Ain


Pegawai Eksekutif Kanan

AJK Kerohanian : Encik Kamarulzaman Ideres


Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam Moral

AJK Peralatan : Encik Azman Anak Ismail


Pensyarah Unit Kurikulum

AJK Makanan : Encik Ahmad Fauzi bin Mohd Satnih


Pensyarah Unit Kokurikulum

AJK Aktiviti : Encik Azman Anak Ismail


Pen. Penyelaras Sukan & Permainan

AJK Penilaian : Encik Jockly Joseph @ Yusof


Ketua Unit Penilaian dan Pentaksiran
Semua Jurulatih
AJK Kebajikan & : Ustaz Kamarulzaman Ideres
Keselamatan Ketua Unit Kebajikan dan Sosial
ii. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

A. PENSYARAH / URUS SETIA

Penyelaras : Encik Junani Ahmad Junaidi

Kem Komandan : Encik Amidy Malagob

Ketua Jurulatih : Hj Mohd Rozaimi B. Abd Razak


Encik Simun Guntalib (Air )
Kuatermaster Peralatan : Encik Azman Anak Ismail. (K)
Encik Justinus Gunung
Kuatermaster Makanan : Encik Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih( K)
Puan Bairawan Binti Mala
Kuatermaster Kebajikan & : Encik Junani Bin Ahmad Junaidi(K)
Keselamatan Encik Justinus Gunung

Jurulatih Air : Encik Simun Guntalip( Ketua)


dan Jurulatih yang akan dilantik
Jurulatih Darat : Encik Ahmad Shobry Mohd Nor (Ketua)
dan Jurulatih yang akan dilantik
Jurulatih Kerohanian Dan : Encik Kamarulzaman Ideres
Moral Encik Amidy Malagob

Jurulatih LDK : Encik Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih


B. GURU PELATIH

Pengerusi : Sdri. Isny Singgari

Timbalan Pengerusi : Sdr. Alfredo Albert

Setiausaha : Sdri. Joanne Siam


Timbalan Setiausaha : Sdri. Nazira Binti Sabli
Bendahari : Sdr. Albert Ting Kah Mau
Timbalan Bendahari : Sdri. Cindy Chen Sin Yee
AJK Peralatan : Sdr. Cpyrian Faungin (Ketua)
Sdr. Muhamad Shahdan Bin Abd Rahman
Sdri. Siti Syahirah Binti Samsury
Sdri. Arlynz Esty Alouis
Sdr. David Chia Wei Liang
Sdri. Hyellene Danius
AJK PA Sistem : Sdr.Muhamad Uzzair Bin Yusof (Ketua)
Sdri. Sharmine Binti Mohamad Saudi
Sdr. Mohd. Firdaus Syahrullnizam Bin Tugiman

AJK Kerohanian : Sdr. Muhammad Fakhrul Bin Baki (Ketua)


Sdr. Lenzely Salimin
AJK Aktiviti : Sdri. Norhajiah Binti Ropotoh (Ketua)
Sdri. DK Nur Azwa Binti AGK Yussof
Sdr. Alfredo Albert
Sdri. Badaria Gimil
Sdri. Adyline Anthony
Sdri. Hanisah Binti Ghazali
AJK Dokumentasi : Sdr. Radin Mohd Shakir Bin Radin Anwar Alem
Shah (Ketua)
Sdri. Kong Siew Ching
AJK Pengangkutan : Sdr. Hendryson Dumat (Ketua)
Sdri. Fitriani Binti Ridwan
AJK Makanan : Sdri. Nur Afini Binti Mas Ramizu (Ketua)
Sdri. Fakhira Nur Farzana Binti Ahmad Fadzil
Sdri. Nur Farhain Aqielah Binti Mohd Amin
AJK Keselamatan : Sdr. Velter Jailih (Ketua)
Sdri. Heng Wui Jing
Sdri. Kong Chen Chin
Sdri. Arlynz Esty Alouis
Sdr. Abdul Rahman Huzaifi Bin Shahalan
Sdri. Badariah Binti Zabli
AJK Kebersihan : Sdr. Muhammad Shahrizzat Bin Md Sukor
(Ketua)
Sdri. Carthnie Maratin
Sdri. Vannea Tam Kiu Hong
Sdri. Nur Azrenna Binti Mohd Zain Abdullah
Sdri. Cleris Wina Binti Jaenus
Sdri. Stephanie Jupiri
AJK Buku Program : Sdri. Elma Lasumin (Ketua)
Sdri. Nur Hanis Imani Binti Mohamad Shukri
AJK Sijil & Cenderahati : Sdri. Tan Jia Yi (Ketua)
Sdri. Tiong Yiong Shiau
AJK Tugas-Tugas Khas : Sdr. Tuan Muazin Bin Tuan Zahrin (Ketua)
Sdri. Jennifer Piturus
Sdri. Isni Singgari
Sdri. Nurul Habriyah Afiqah Binti Mohd Sidek
AJK Perhubungan : Sdr. Muhammad Arif Hanif Bin Aris (Ketua)
Sdr. Nur Aisyah Binti Ismail
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

A. Makanan Pelajar (Kadar = RM20.00)

BIL ITEM HARGA SEUNIT (RM) UNIT HARI JUMLAH (RM)

1 Sarapan Pagi 4.00 88 5 1760

2 Minum Pagi 3.00 88 5 1320

3 Makan Tengah Hari 5.00 88 5 2200

4 Minum Petang 3.00 88 5 1320

5 Makan Malam 5.00 88 5 2200

JUMLAH KESELURUHAN 8800

B. Lain-lain Perbelanjaan

BI
ITEM HARGA SEUNIT (RM) UNIT JUMLAH (RM)
L

1 Sijil Penghargaan 1.00 25 25

2 Sijil Penyertaan 1.00 88 88

3 Banner Stor Pusat 1 -

4 Air Mineral SK Mantob Bebas -

5 Sewa Lori 700 2 1400

JUMLAH KESELURUHAN 1513

JUMLAH BESAR 10313.00

C. Kenderaan

BIL KENDERAAN TARIKH KEGUNAAN


02 Julai 2018(Pergi)
1 Van
06 Julai 2018 (Pulang)
02 Julai 2018(Pergi)
2 Coaster
06 Julai 2018 (Pulang)
02 Julai 2018(Pergi)
3 Lori (disewa)
06 Julai 2018 (Pulang)
10.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru Siri Ke-6 ini diharapkan dapat memenuhi keperluan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk 88 orang guru
pelatih Ambilan Jun 2016. Semua pengisian aktiviti program adalah selaras
dengan asas pembinaan insan guru supaya para guru pelatih mampu menjadi
seorang insan guru yang berkualiti dari segi keperibadian dan profesionalisma
seorang guru. Ilmu pengetahuan baharu yang bakal di pelajari guru pelatih
diharapkan dapat dijadikan pemangkin kecemerlangan dalam pembinaan
insan guru yang mantap.

DISEDIAKAN OLEH,

............................................

(JOANNE SIAM )

SETIAUSAHA,

BINA INSAN GURU 2018

PISMP AMBILAN JUN 2016.

TARIKH:
11.0 PENGESAHAN

PERAKUAN CATATAN

DISEMAK OLEH:

...............................................
(ENCIK JUNANI AHMAD JUNANI )
PENYELARAS,
PRIGRAM BINA INSAN GURU.

TARIKH:

DISAHKAN OLEH:

.............................................
(ENCIK SYHIBIN BIN JAPAR)
KETUA UNIT,
UNIT KOKURIKULUM,
IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH.

TARIKH:

DISOKONG OLEH:

.............................................
(PUAN HAJAH NANCY LOO KASON)
KETUA JABATAN,
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR,
IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH.

TARIKH:
DILULUSKAN OLEH:

...................................................
(TUAN ROMLI BIN DARUS)
PENGARAH,
IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH.

TARIKH:

CATATAN:

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
_____________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai