Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT PETI SURAT 2

89207 TUARAN, SABAH

KERTAS KERJA / CADANGAN

JABATAN : UNIT KOKURIKULUM

TAJUK : BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 2019

PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2017

KURSUS : BINA INSAN GURU / MPU3112

TARIKH : 17 SEPTEMBER 2019 - 21 SEPTEMBER 2019

STATUS KERTAS KERJA / CADANGAN


1.0 PENGENALAN

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti merupakan
suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berkemahiran serta
memiliki kekuatan rohani dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat
pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang
tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap. Guru-guru Malaysia juga perlu
diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika
keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia, ketika
membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan
kepada pembangunan modal insan haruslah bersifat holistik, menekankan pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan
moral yang tinggi.

Oleh itu, pendidikan guru haruslah mempamerkan sifat-sifat mulia dengan berpaksikan
hasrat serta komitmen yang membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti,
iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti
sahsiah yang terpuji.

Selaras dengan hasrat ini, Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu wahana
ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang diselaraskan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) berlandaskan prinsip-
prinsip Rukun Negara, Program ini akan melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Semester 5 dan dapat direalisasikan melalui satu pakej
aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang
dirancang, para guru pelatih dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara unggul. Diharapkan agar program BIG ini dapat melahirkan bakal-bakal guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia
menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) 2019 telah menekankan kepada guru dan
masyarakat pedalaman sebagai salah satu usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek,
nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan guru pelatih. Para guru pelatih dikehendaki menghadiri
aktiviti pekhemahan selama 5 hari 4 malam dan seterusnya meyediakan satu catatan reflektif.
Harapan bagi perkhemahan ini adalah supaya memberikan suntikan semangat dan motivasi
kepada semua guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang unggul dan tahan lasak pada masa
hadapan.

2.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) 2019 bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahan diri yang
tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Pembinaan insan guru
merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan pembina insan negara.

3.0 OBJEKTIF

Objektif-objektif bagi Program Bina Insan Guru (BIG) 2019 adalah seperti berikut:

3.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan
dan keperluan persekitaran yang berbeza;
3.2 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak keguruan;

3.3 Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan;

3.4 Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai;

3.5 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah;

3.6 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani


(spiritual) dan sosial;

3.7 Mempupuk semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab dalam


melaksankan tugasa secara berkumpulan;

3.8 Berupaya berfikir secara kreatif dan kritis ke atas pengalam, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara
berterusan;

3.9 Berkomunikasi secara berkesan dalam cara lisan dan tulisan; dan

3.10 Memupuk semangat ingin tahu dan imaginasi melalui segala aktiviti yang
dijalankan.
4.0 KETETAPAN PROGRAM

Tarikh : 17 – 21 September 2019


Hari : Selasa hingga Sabtu
Tempat : Kg. Dantai Lok Nunuk

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2017

BILANGAN
UNIIT PESERTA

PISMP Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2017 15

PISMP Bahasa Melayu 1 Ambilan Jun 2017 14

PISMP Bahasa Melayu 2 Ambilan Jun 2017 14

PISMP TESL 1 Ambilan Jun 2017 15

PISMP TESL 2 Ambilan Jun 2017 15

JUMLAH PESERTA 73

 Rujuk Lampiran untuk senarai nama peserta, senarai nama ahli kumpulan dan senarai
aktiviti.
6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Encik Romli Bin Darus


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Penasihat : Encik Doti bin Asing
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Pengerusi I : Encik Ahmad Fauzi bin Mohd Satnih
Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Kent
Pengerusi II : Puan Hajah Nancy Loo Kason
Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Kent
Penyelaras BIG : Puan Nuratiqah Marukau
Penyelaras Program Bina Insan Guru
Setiausaha : Encik Junani Ahmad Junaidi
Penolong Penyelaras Bina Insan Guru
Bendahari : Puan Jomyta Elon @ Ain
Pegawai Eksekutif Kanan
AJK Kerohanian : Encik Zainuddin bin Abd. Ghani
Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan
AJK Peralatan : Encik Azman Anak Ismail
Pensyarah Unit Kokurikulum
AJK Makanan : Encik Ahmad Fauzi bin Mohd Satnih
Pensyarah Unit Kokurikulum
AJK Aktiviti : Encik Azman Anak Ismail
Pen. Penyelaras Sukan & Permainan
AJK Penilaian : Encik Jockly Joseph @ Yusof
Ketua Unit Penilaian dan Pentaksiran
AJK Kebajikan & : Encik Zainuddin bin Abd. Ghani
Keselamatan Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
A. PENSYARAH / URUS SETIA

Penyelaras : Puan Nuratiqah Marukau


Komandan Kem : Encik Amidy Malagob
Ketua Jurulatih : Encik Syhibin bin Japar
Encik Simun Guntalib (Air)
Kuatermaster Peralatan : Encik Azman Anak Ismail
Encik Justinus Gunung
Kuatermaster Makanan : Ustazah Norhafizah binti Zakaria
Encik Ahmad Fauzi bin Mohd Satnih
Kuatermaster Kebajikan & : Encik Junani Bin Ahmad Junaidi
Keselamatan Encik Justinus Gunung
Jurulatih Air : Encik Simun Guntalib
Encik Victor P Salanggang
Encik Jailin Sagod
Jurulatih Darat : Encik Syhibin bin Japar
Encik Azman Anak Ismail
Encik Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih
Encik Junani bin Ahmad Junaidi
Puan Nuratiqah Marukau
Jurulatih Kerohanian & : Encik Zainuddin bin Abd. Ghani
Moral
Jurulatih LDK : Encik Amidy Malagob
Encik Azman Anak Ismail
Encik Syhibin bin Japar
Ustazah Norhafizah binti Zakaria
B. GURU PELATIH

Pengerusi : Sdr. Hazwan Bin Lamjad


Timbalan Pengerusi : Sdri. Nur Kholisatun binti Budi
Setiausaha : Sdri. Andreaalicia Claudius
Sdri. Alessa Dorod
Bendahari : Sdr. Quinlan Jim Santos
Sdri. Floren Kong Mui Yen

AJK Peralatan : Sdr. Amirul Ikmal bin Ahmad (K)


Sdr. Asrafee bin Aslee
Sdr. James Jaimon
Sdri. Erina Nazihah binti Mohd Johari
Sdri. Vianney Ann Kunggin
Sdri. Claysa Jalil

AJK PA Sistem : Sdr. Jordean Irinius (K)


Sdr. Aidee Jafrin
Sdr. Lazarus Jaused
Sdri. Norbalkish Norbert
Sdri. Aimi Syahirah binti Ahmad Takhiuddin
Sdri. Nur Fathin Syahirah binti Mohd Rusle

AJK Kerohanian : Sdr. Syahrizal bin Sahbuddin (K)


Sdr. Mohd Nur Hanif bin Raimi
Sdri. Amita Mersaille Francis
Sdri. Angelina Anak Derong
Sdr. Riexter Junuin
Sdri. Elda Rosidayu Basinau @ Deus
Sdri. Nur Aishah binti Abdul Razak
AJK Aktiviti : Sdr. Mohd Najeeb bin Abd Rashid (K)
Sdr. Mohamad Faizal Roslan
Sdr. Juwizit Jupian
Sdri. Corine Lyn Apiang
Sdri. Racheal Jupian
Sdri. Dixie binti Osmund

AJK Dokumentasi : Sdr. Valery Saing Anak Edward (K)


Sdri. Nur Afiqah binti Mat Asri
Sdri. Nur Fitriyani binti Saharudin
Sdri. Connie Sualim
Sdr. Stevie Meringai Anak Chendang

AJK Pengangkutan : Sdr. Mohd Nur Firdaus Bin Josleh Matnor (K)
Sdr. Ahmad Zakwan bin Abdullah
Sdr. Ragyner Ridge Abit
Sdri. Cynthia Mitchell Saidi
Sdri. Nurul Syafiqah binti Saudi
Sdri. Nurul Asyikin binti Amir Eshah

AJK Makanan : Sdri. Fatin Irnaina binti Zulkefli (K)


Sdri. Alia Faqihah binti Abdullah
Sdr. Aiman bin Abdul Hamid
Sdr. Nur Zuerin Iqbal bin Mohd Hardy
Sdri. Patrinna Angelia Ipah Anak Patrick
Sdri. Nur Adibah binti Sukor
Sdri. Helena Gomurus

AJK 3K : Sdri. Nurazmina binti Muhammad Ayob (K)


Sdri. Nurul Hasmira binti Husina
Sdri. Nursyazwani binti Iswandi\
Sdri. Ainul Mardhiah binti Yusoff
Sdri. Farah Adilah binti Jamil
Sdri. Nur Syahirah binti Anuar
Sdri. Kamzira binti Gabiyu @ Mohd. Aidil
Sdri. Nurul Qaishara Syamimi binti Abdul Latif

AJK Riadah & Senam Pagi : Sdri. Rosalind Francis (K)


Sdri. Justina Gundidi
Sdri. Monica Anak Minggu
Sdri. Ivy Vallery Disil
Sdri. Flmmey Census
Sdr. Brandon David Ryman
Sdr. Ariffin Dammat bin Abdullah

AJK Buku Program / Sijil & : Sdri. Susana Ruth Domilik (K)
Cenderahati Sdri. Nertah Kamin
Sdri. Dg Aslah Marhain binti Mazaln
Sdri. Aisah binti Selip
Sdri. Nursyafiqah binti Suhaimin
8.0 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM BINA INSAN GURU
(BIG) 2019 PISMP AMBILAN JUN 2017

AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

 Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk


dan mesyuarat perancangan Program Bina Insan
Pengerusi Guru (BIG)
 Menentukan dasar-dasar pelaksanaan Program
Bina Insan Guru (BIG)
 Mengawal selia perancangan Program Bina Insan
Guru (BIG)
 Memantau pelaksanaan Program Bina Insan Guru
(BIG)
 Melantik jawatankuasa pelaksana Program Bina
Insan Guru (BIG)
 Memangku tugas pengerusi sewaktu ketiadaannya
Naib Pengerusi  Menjalankan tugas Pengerusi

 Menyediakan kertas kerja Program Bina Insan Guru


Setiausaha (BIG)
 Menguruskann surat menyurat dan hubungan
dengan agensi-agensi luar yang terlibat
 Melaksanakan mesyuarat pasca nilai dan laporan
pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG)
 Pemantauan pelaksanaan keseluruhan Program
Bina Insan Guru (BIG)
 Membantu setiausha menjalankan tugas

Naib Setiausaha

 Menyediakan anggaran perbelanjaan Program Bina


Bendahari Insan Guru (BIG)
 Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral
AJK Kerohanian dan Moral  Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral

 Menyediakan peralatan kecemasan, ubat-ubatan


AJK 3K
 Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak
perkhemahan
 Memastikan kawasan selamat bagi Program Bina
Insan Guru (BIG)
 Memastikan kebersihan tapak perkhemahan
sentiasa terjaga
 Menyediakan plastic sampah hitam (berurusan
dengan AJK Peralatan)
 Mengambil gambar dan video untuk tujuan
AJK Dokumentasi
dokumentasi

AJK Riadah dan senaman pagi  Merancang, mengendali aktiviti riadah pada waktu
pagi dan petang.

 Menyenaraikan peralatan yang diperlukan dalam


AJK Peralatan
Program Bina Insan Guru (BIG)
 Meminjam peralatan di stor pusat
 Menyediakan dan memastikan semua peralatan
perkhemahan boleh digunakan
 Menyediakan peralatan siaraya
 Menyediakan peralatan aktiviti tambahan Program
Bina Insan Guru (BIG)
 Memastikan peralatan dijaga semasa aktiviti
berjalan
 Mengumpul semula peralatan sebelum dihantar
semula ke stor pusat
 Menempah kenderaan yang digunakan
AJK Pengangkutan
 Menempah bas IPG Kampus Kent

AJK Buku Program / Sijil /  Menyediakan buku program untuk majlis penutupan
Cenderahati / Tag nama
 Menyediakan sijil untuk semua peserta Program
Bina Insan Guru (BIG)
 Menyediakan tag nama untuk semua peserta
Program Bina Insan Guru (BIG)
 Menyediakan cenderahati (jika ada)
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
A. Makanan Pelajar (Kadar = RM 20.00)

BIL ITEM HARGA SEUNIT (RM) UNIT HARI JUMLAH (RM)


1. Sarapan Pagi 4.00 73 5 1,460
2. Minum Pagi 3.00 73 5 1,095
3. Makan Tengah Hari 5.00 73 5 1,825
4. Minum Petang 3.00 73 5 1,095
5. Makan Malam 5.00 73 5 1,825
JUMLAH KESELURUHAN 7,300.00

B. Lain-lain Perbelanjaan

BIL ITEM HARGA SEUNIT (RM) UNIT JUMLAH (RM)


1. Sewa Premis 2,664.00 - 2,664.00
2. Air Mineral 12.50 49 612.50
3. Sewa Lori 700.00 2 1,400.00

JUMLAH 4,676.5
JUMLAH KESELURUHAN (A + B) 12,076.5

C. Pengangkutan

BIL KENDERAAN TARIKH KEGUNAAN


1. Van 01 Julai 2019 (Pergi)
05 Julai 2019 (Pulang)
2. Coaster 01 Julai 2019 (Pergi)
05 Julai 2019 (Pulang)
3. Lori (disewa) 01 Julai 2019 (Pergi)
05 Julai 2019 (Pulang)

D. Jabatan Teknologi Pendidikan

BIL KENDERAAN KUANTITI DIPERLUKAN


1. LCD 1
2. Skrin LCD 1
3. PA Sistem 1
4. Mikrofon 2
5. Speaker 1
E. Unit Penyelenggaraan

BIL KENDERAAN KUANTITI DIPERLUKAN


1. Lampu Kalimantang (Panjang) 6
2. Spot Light 2
3. Extension Wire dengan Soket (Panjang) 2
9.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN
STOR PUSAT
BIL JENIS BARANG KUANTITI DIPERLUKAN
1. Camp-bed 10
2. Sijil Penghargaan 73
3. Sijil Penyertaan 73
4. Poncho 60
5. Bendera Malaysia 1
6. Bendera Sabah 1
7. Bendera IPG Kampus Kent 1
8. Khemah Pasang Siap 50
9. Canvas Merah Biru Besar 2
10 Tali Khemah 1 kotak
11. Ground Sheet 60
12. Peralatan Alat Tulis 2
13. Tong Air 2
14. First Aid Kit 2 kotak
15. Fly Sheet 30
16. Tag Nama 73
17. Tali Keselamatan 3
18. Banner 1
19. Parang 20
20. Cangkul 20
21. Pongkes 20
22. Kertas A4 (Putih0 2 rim
23. Tali Rafia 30 gelung
24. Jaket Keselamatan 80
10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Program Bina Insan Guru yang merupakan satu program yang dijalankan
bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk 73 orang
guru pelatih Ambilan Jun 2017. Segala pengisian program adalah selaras dengan asas
pembinaan insan guru agar para guru pelatih mampu menjadi seorang insan guru yang mulia
dan berkualiti dari segi peribadi dan profesionalisma seorang guru. Semoga ilmu pengetahuan
baharu yang bakal di pelajari dan seterusnya dijadikan pemangkin kecemerlangan dalam
pembinaan insan guru yang seimbang.

DISEDIAKAN OLEH,

…………………………….

(ANDREAALICIA CLAUDIUS)
Setiausaha
Program Bina Insan Guru 2019
PISMP Ambilan Jun 2017
11. PERAKUAN PENGESAHAN

Anda mungkin juga menyukai