Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN


MORAL

Pengenalan

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan
dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara
berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen
19 Akta Pendidikan 1996. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk
mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentasiran membolehkan guru
mengambil tindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru
mengembnagkan potensi murid ketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor.
P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan
pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut
Polson & Jeffries (1985), mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara
langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah. Manakala menurut Ennis (1985,
1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara
logik. Selain itu,Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan
kesan dari pemikiran, iaitu formal reasoning dan everyday reasoning
Tujuan Pentaksiran
Memantau perkembangan murid
Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum.
Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid.
Memotivasi murid.
Menentukan tahap pencapaian.
Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan dan kebolehan
pelajar.

2.0 MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN PEMBINAAN INSTRUMEN
DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam pembinaan instrumen dan
item pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Antara masalah tersebut adalah,
sesetengah guru Pendidikan Moral tidak mengetahui apakah instrumen dan item
pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Selain itu juga, guru-guru yang mengetahui
tentang instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral tidak mengetahui
cara-cara untuk melakukan item pentaksiran ini.
Terdapat dua jenis instrumen dalam Pendidikan Moral. Dua instrumen
tersebut adalah instrumen pentaksiran formal dan instrumen pentaksiran tidak
formal.

Item Pentaksiran


Pentaksiran Formal Pentaksiran Tidak Formal
- Objektif - Pemerhatian
- Subjektif - Temubual
- Hasil Kerja Murid
- Senarai Semak
- Rekod Anekdot






2.1 Pentaksiran Formal
Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran
pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras
kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom.
1

Ia dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal.
Pentaksiran dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk
ujian pensil kertas. Penilaian fomal boleh berbentuk objektif dan subjektif.
2

Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif:

Soalan Objektif Soalan subjektif
Soalan aneka pilihan
- Jawapan terbaik
- Positif dan negative
- Cantuman
Soalan betul salah
Soalan yang memrlukan jwapan
yang pendek
Soalan melengkapkan perkataan,
ayat dan cerita.
Soalan menggunakan gambar.






1
http://www.officeport.com/edu/blooms.htm

2
Gerald S. Hanna and Peggy Dettmer, Assessment for Effective Teaching: Using Context-Adaptive Planning,
Pearson/Allyn and Bacon, 2004.


Soalan objektif

Ujian objektif adalah suatu jenis ujian yang terdiri daripada item-item yang
memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau
menggaris dengan tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau
memadankan. Menurut Gronlund (1993), pelbagai ujian objektif boleh didapati tetapi
satu ciri yang serupa ialah ia menghidangkan tugasan yang terkawal dan
membataskan gerak balas yang (respon) yang dibuat oleh calon.

Aras Kemahiran Ujian Bertulis
Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang
kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.
3
Perhatikan jadual di
bawah:

Aras kemahiran dalam bidang Objektif Contoh soalan
1.Pengetahuan
Menguji kebolehan pelajar mengingat
kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum
dan definisi yang telah dipelajari.
Nyatakan nilai yang berkaitan dengan
Tuhan dan pengolahan alam semulajadi
oleh manusia.
2. Kefahaman
Menguji kebolehan murid memahami,
menukar dan menjelaskan fakta, konsep,
prinsip, hukum dan teori yang telah
dipelajari.
Huraikan maksud nilai
bertanggungjawab

3
(Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990).Assessment in the Service of Instruction. Washington,
AAAS.)


Aras kemahiran dalam bidang Objektif Contoh soalan
3. Aplikasi
Menguji kebolehan pelajar menggunakan
fakta, konsep, hukum, teori, prinsip,
pengetahuan dan kemahiran untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan
Arasu seorang pelajar yang jarang
menguruskan diri dan jadual
pembelajarannya. Dia selalu bergantung
kepada orang lain untuk menyiapkan
kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang
sepatutnya diamalkan oleh Arasu.
4. Analisis
Menguji kebolehan pelajar membanding
dan menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan perhubungan
di antara satu sama lain.
Yang manakah pernyataan berikut
TIDAK menerangkan ciri nilai
bertanggungjawab dengan betul?


5. Sintesis
Menguji kebolehan pelajar
mencantumkan, menggabungkan dan
mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-
idea yang berkaitan
Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya
usaha. Semua ciri yang dinyatakan
adalah berkaitan dengan nilai

6. Penilaian
Menguji kebolehan calon membuktikan,
menilaikan, mengesahkan,
mengkritikkan, merumuskan atau
memberi pendapat sesuatu pernyataan,
ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya.
Di antara nilai-nilai yang berikut, yang
manakah paling efektif digunakan untuk
mendidik kanak-kanak sifat kebersihan
diri?






Kelebihan ujian objektif :

1. Mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana jertas jawapan mudah
diperiksa dengan tepat dan mudah. Sesiapa boleh memeriksa kertas jawapan
kerana ia akan menghasilkan markah yang sama.
2. Banyak bidang yang boleh dijadikan item yang boleh diuji, oleh itu
kebolehpercayaan tinggi.
3. Ia boleh diguna untuk menguji isi kandungan mengikut topik-topik
pelajarandalam mana-mana aras kemahiran.
4. Mudah ditadbir.
5. Boleh menyediakan semua aras kemahiran terutamanya dalam bidang
kognitif taksonomi Bloom.
6. Emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.

Kelemahan ujian objektif :

1. Banyak masa dan tenaga untuk menghasilkan item ujian objektif yang
bermutu tinggi.
2. Tidak sesuai untuk mengukur aras kemahiran yang lebih tinggi seperti
analisa, sintesis dan penilaian.
3. Ia menggalakkan calon untuk meneka jawapan yang sedia ada dan
pelajar kurang membuat persiapan rapi.
4. Ia tidak sesuai untuk digunakan bagi mengesan kelemahan dalam
penggunaan bahasa.
5. Ia mungkin mempunyai ciri keesahan yang rendah jika ada calon yang
menggunakan teknik menolak gerak balas yang dianggap salah tanpa
menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir.



Soalan Subjektif

Ujian ini ditakrifkan sebagai ujian berbentuk esei di mana calon berpeluang memberi
gerak balasan dalam tulisan dengan perkataan-perkataan sendiri sama ada dalam
satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan atau beberapa perenggan berbentuk
karangan yang lengkap dan menyeluruh.

Jenis-Jenis Soalan Subjektif
Jenis respons terhad
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan
secara ringkas
o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
Jenis respons lanjutan
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan
dalam satu atau beberapa perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan
pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan
Moral.
Di bawah soalan jenis respons terhad ada:
Soalan berstruktur
o satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan
satu demi persatu
o jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu
yang dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
Soalan berpandu
o mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta,
carta dan lain-lain
o pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
Soalan jenis gerak balas lanjutan

soalan jenis perbicaraan
memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan
idea/pendapat secara bertulis
sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif,
keaslian idea, induksi, imaginasi
menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)
Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia.
Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara
tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.
Pentafsiran soalan subjektif
Skop jawapan soalan terlalu luas
Soalan yang menimbulkan perbalahan
Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar
Soalan terlalu mudah
Soalan yang kurang jelas
Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral
Digubal berdasarkan aspek penting bahan P&P
Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat
Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai
Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran
Ciri keobjektifan jawapan, skema pemarkahan
Ciri kebolehpercayaan wajib dijawab






2.2 Pentaksiran Tidak Formal
Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta
pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian serta
penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.
4


Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal
A) Pemerhatian
Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara
bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat
tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan
kelas. Jika ia melibatkan individu tertentu, ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti
punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan
pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian
akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi
sosial murid, dan juga hasilan kerja.

Tujuan Pemerhatian
Mengesan serta-merta
Mengesan kemajuan
Mengesan pencapaian
Mengesan fenomena tingkah laku
Digunakan untuk menilai : -
o Sikap
o Perlakuan atau amalan
o Amali
o Kemahiran manipulatif

4
Ee, Ah Meng, Pelajar bermotivasi pelajar cemerlang, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998.


o Kemahiran bersosial
o Kemahiran belajar
o Kemahiran kinestetik
o Kemahiran literasi komputer
o Kemahiran mereka cipta

Merekod Pemerhatian
1) Rekod Berterusan
Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan
murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang
dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian
yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada
pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi,
berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap
individu.
2) Temu bual
Temubual merupakan satu instrumen yang digunakan dalam kajian yang
berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh
digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Antara bentuk temu
bual iailah temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak
berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan
temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Ciri-ciri soalan temu
bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan
tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.
3) Hasil Kerja Murid
Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam fortfolio.
Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid
termasuklah:

i. Gambar atau lukisan
ii. Tulisan
iii. Binaan yang disempurnakan
iv. Cerita yang ditulis
v. Buku skrap
Catatan perlu dibuat keatas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah
dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap
kebolehan, contohnya sudag boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf.
Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang
melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan criteria
pemilihan isi kandungan, penentuan criteria untuk menilai dan bukti refleksi yang
dibuat oleh murid.
Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari
segi perasaan, sikap dan mengenal pasti kemajuan tahap penguasaan murid
terhadap sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.
4) Senarai semak
Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang
disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku
yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain
berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap
pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau
cara lain.
5) Anekdot
Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara
objektif menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan
ringkas ini akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan. Perkara-
perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang

perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan
masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot
ialah:
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
Perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku
Menulis apa yang dilihat secara objektif
Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Kelebihan soalan subjektif
i. Soalan ini mudah digubal dan cepat disediakan.
ii. Sesuai untuk menguji semua tahap aras kemahiran.
iii. Sesuai untuk menguji kemahiran calon menulis, menyusun dan
mengintegrasi idea-idea.
iv. Sesuai untuk menguji kemahiran berbahasa.
v. Menggalakkan calon berfikir untuk mencari jawapan (bukan meneka
jawapan).
vi. Mudah untuk mengesan kesalahan dan kelemahan calon.





Kelemahan soalan subjektif
i. Ciri kebolehpercayaan soalan subjektif adalah rendah kerana soalan yang
hendak diuji adalah terhad sedangkan bidang yang hendak diuji adalah
menyeluruh.
ii. Calon boleh meramal soalan yang hendak diuji memandangkan bilangan
soalan yang terhad.
iii. Soalan subjektif yang kecil bilangannya adalah kurang sesuai untuk
penilaian sumatif.
iv. Ia kurang sesuai digunakan untuk menilai pencapaian calon dalam bidang
kognitif terutama bagi calon yang menghadapi masalah penguasaan
bahasa.
v. Ciri keobjektifan soalan subjektif mungkin rendah kerana kelainan
pemeriksa.
vi. Memeriksa kertas soalan subjektif memerlukan kerja yang banyak dan
masa yang lebih.
vii. Skim pemarkahan soalan subjektif adalah sukar ditentukan kerana bukan
mudah bagi penggubal soalan menentukan keberatan bagi setiap soalan.
viii. Menghadapi kesukaran untuk mengira indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi kerana setiap soalan mempunyai mrkah yang berbeza-beza.









Berikut merupakan beberapa jenis ujian formal dan tidak formal yang biasa
dijalankan dalam sistem pendidikan negara kita.

Perbezaan
Ciri
Jenis
PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF
Pengertian Formal atau tak formal untuk
mengesan penguasaan dan
kemajuan pelajaran dalam kelas
Ujian formal untuk mengesan
pencapaian dalam sesuatu tahap
persekolahan
Tujuan Mengesan penguasaan dan
kemajuan untuk membaiki
kelemahannya dengan serta merta
Mengesan pencapaian pelajar
berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan pemeringkatkan
gred pelajar

Aktiviti
Menjalankan ujian formal atau tak
formal semasa waktu pelajaran
dengan secara individu,kumpulan
atau kelas.
Menjalankan ujian formal dalam
beberapa waktu pelajaran secara
kelas.

Masa
Semasa mengajar sesuatu atau
beberapa kemahiran
Selepas mengajar beberapa unit
pembelajaran dan pemeringkatkan

Bentuk
Tidak formal : (pemerhatian dan
soal- jawab),atau
Formal : (ujian kertas- pensel dlm
masa singkat)
Formal : ujian kertas pensel atau
ujian lisan dalam jangkaan masa yang
sesuai
Sasaran Secara individu, kumpulan atau
kelas
Secara kelas

Liputan
Meliputi sesuatu kemahiran (ujian
tidak formal) atau beberapa
kemahiran (ujian formal)
Meliputi beberapa unit pembelajaran
atau sesuatu tahap persekolahan

Rekod
Tiada (bagi ujian tidak formal) dan
penggunaan senarai semak/rekod
prestasi (bagi ujian formal)
Penggunaan rekod profil atau
pensijilan



Tindakan
Membetulkan kelemahan dengan
serta merta atau menjalankan aktiviti
pemulihan/pengayaan dalam kelas
Menempatkan pelajar dalam kumpulan
/ kelas yang sesuai
Merancang dan mengubahsuai
pelajaran/kurikulum
Memberi sijil berdasarkan pencapaian
dlm pepeiksaan


Kelebihan dan Kekangan antara Jenis Item Ujian

Perbandingan ialah dari segi:
keupayaan mengukur kebolehan pelajar
keluasan persampelan kandungan
kecepatan menyedia soalan
keobjektifan pemeriksaan
kemudahan diperiksa mesin
mengelak daripada tekaan



Rumusan

Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih
daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan,
salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan. Ujian subjektif terdiri
daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons secara bertulis.
Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan
maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian
pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak
diukur, kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk
mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan
dapat dibentuk.

3.0 ISU-ISU DALAM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL

3.1 Kelebihan pentaksiran formal dan tidak formal
1. Pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran yang dikenalpasti pada peringkat
awal supaya kelemahan tersebut tidak berulang lagi.
2. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran dan tindakan
secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.
3. Dapat membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai
kejayaan.
4. Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid.
5. Dapat mendalami dengan lebih dekat akan peribadi murid-murid yang diajar.
6. Dapat mengesan kemajuan, pencapaian dan fenomena tingkah laku murid-
murid yang diajar.

3.2 Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
1. Membebankan pelajar dan guru.
2. Melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh
berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan
meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.
3. Para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehinggakan
hilang keseronokan belajar.
4. Pentaksiran secara keseluruhan tidak mampu mencapai objektif untuk
menimba pengetahuan secara menyeluruh.
5. Pentaksiran bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya mampu
memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam kertas
peperiksaan.


3.3 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah

Perkataan pengukuran, pengujian dan penilaian dianggap sebagai saling
berhubungan antara satu sama lain. Bagaimanapun terdapat perbezaan penting
yang perlu diketahui oleh guru. Namun masih ada lagi para guru yang menghadapi

masalah dalam membuat penilaian pencapaian pelajar. Ini dapat dibuktikan melalui
kajian yang telah dijalankan oleh Hassan Haris, Abdullah Mohd Noor dan Puteh
Muhammad (1993) yang telah menyatakan bahawa,
Dari aspek penilaian pencapaian pelajar, masalah yang dihadapi oleh guru-
sekolah ialah, mereka mereka menghadapi kesukaran untuk menggubah
soalan yang tepat bagi tujuan penilaian pencapaian pelajar. Ini disebabkan
mereka tidak mempunyai kemahiran dalam membina alat penilaian. Di
samping itu, mereka juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk
melaksanakan penilaian secara berterusan ke atas pelajar.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka
penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah.

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu
berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah.
Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa
yang panjang dan membawa banyak implikasi. Berdasarkan penilaian PKSR, murid
dinilai melalui pemerhatian dengan mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri
perkembangan pelajar dari aspek afektif. Adakah releven sekiranya murid dinilai
secara pemerhatian kerana nilai dan sikap yang ditunjukkan murid di sekolah
kadang-kala berbeza jika dibandingkan dengan sifat dan sikapnya di rumah.
Kemampuan afektif berhubungan dengan minat dan sikap yang berbentuk
tanggungjawab, kerjasama, disiplin, komitmen, percaya diri, jujur, menghargai
pendapat orang lain, dan kemampuan mengendalikan diri. Masalah afektif dirasakan
penting oleh semua orang, namun implementasinya masih pada tahap yang rendah.
Hal ini disebabkan merancang pencapaian tujuan pembelajaran afektif tidak
semudah seperti pembelajaran kognitif dan psikomotor. Domain afektif berhubungan
dengan sikap dan minat/motivasi murid untuk membaca, misalnya sikap positif

terhadap kegiatan membaca atau sebaliknya, gemar membaca, malas membaca
dan lain-lain.
Aspek penilaian afektif terdiri dari:
1. Menerima (receiving) termasuk kesedaran, keinginan untuk menerima ,
respon, kawal dan memilih gejala atau rangsangan dari luar.
2. Maklum balas (responding) iaitu reaksi yang diberikan terhadap ketepatan
reaksi, perasaan puas hati dan lain-lain.
3. Menilai (evaluating) iaitu kesedaran menerima norma, sistem nilai dan
sebagainya.
4. Mengorganisasi (organization) iaitu pengembangan norma dan nilai dalam
organisasi sistem nilai.
5. Membentuk watak (Characterization) iaitu sistem nilai yang terbentuk
mempengaruhi corak keperibadian dan tingkah laku.


Saranan langkah mengatasi masalah :

Semua pihak yang terlibat dalam system pendidikan perlu merancang kegiatan
pembelajaran yang tepat agar tujuan pembelajaran afektif dapat dicapai. Guru juga
perlu dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dan tidak
memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Kriteria penilaian ditentukan
oleh seorang pengajar atas dasar kemampuan murid-murid. Penilaian pembelajaran
dilakukan sepanjang proses pembelajaran berlangsung hingga pengajaran yang
disampaikan berakhir. Penilaian hasil pembelajaran didasarkan pada:
1. Sahih iaitu didasarkan pada data yang mencerminkan kemampuan yang akan
diukur.
2. Objektif ditentukan menggunakan prosedur dan kriteria penilaian yang jelas.
3. Adil iaitu tidak dipengaruhi oleh keadaan atau alasan tertentu yang dapat
menjejaskan murid misalnya, keadaan fizikal, agama, suku, budaya, adat dan
jantina.
4. Bersepadu iaitu tidak dipisahkan daripada kegiatan pembelajaran.
5. Terbuka iaitu prosedur, kriteria dan kaedah pengambilan keputusan yang
digunakan dalam penilaian harus diketahui oleh semua pihak.

6. Menyeluruh dan berkesinambungan, dalam erti kata yang lain semua perkara
diambil kira, kemudian hasilnya dianalisis untuk menentukan kompetensi
dasar yang telah dijalani atau belum, serta mengetahui kesulitan murid.
7. Sistematik, terbimbing, bertahap dan mengikuti langkah-langkah sewajarnya.
8. Berpandukan kriteria, menilai apa yang boleh dilakukan oleh murid setelah
mengikuti proses pembelajaran, dan bukan untuk menentukan
kedudukan(ranking) seseorang murid dalam kelas. Akauntabiliti, dapat
dipastikan sama ada dari segi teknik, prosedur atau pun hasilnya.


Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan
ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar
dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai
semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) dan ujian situasi
bagi mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu. Ujian-ujian
seperti ini memerlukan masa yang panjang sedangkan murid perlu diuji mengikut
giliran seorang demi seorang. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak
mempunyai masa mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap
proses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain.
Begitu juga kajian (Noor & Sahip, 2010) yang menunjukkan bahawa jadual
waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk melaksanakan
pentaksiran tersebut. Guru perlu memperuntukkan masa yang panjang untuk
memberi ruang murid berfikir dan memberikan jawapan. Kadang-kala, terdapat
murid pendiam yang tidak mahu membuka mulut dan memberikan jawapan. Guru
pula perlu bertindak sebagai pemudahcara dengan memberi klu, ransangan dan
sebagainya. Keadaan ini mengambil masa yang terlalu lama hingga berbulan-bulan
sedangkan pada masa yang sama guru juga perlu menjalankan banyak ujian
formatif bagi penilaian PKSR tahap 1 untuk melihat perkembangan kognitif murid
yang dinilai melalui band 1 hingga 6. Pada pendapat saya, ujian seperti ini kurang
releven untuk dijalankan di peringkat sekolah rendah memandangkan murid-murid
kurang matang dan belum menunjukkan kecenderungan untuk menonjolkan minat
masing-masing.

Saranan langkah mengatasi masalah :

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa
pelaksanaan pentaksiran seperti PKSR dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan
berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan,kemahiran
dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu dilatih dengan menghadiri
kursus, seminar atau mesyuarat berkaitan bagi mempertingkatkan pengetahuan
serta kemahiran. Kekangan dari segi masa, jadual yang padat dan tenaga boleh
diatasi dengan membahagikan tugasan kerja yang sama rata antara setiap guru di sekolah.
Pihak pentadbir perlu bijak membahagikan tugasan kerja, bagi guru subjek yang perlu
melakukan pentaksiran, tugasan kerja yang berat harus dielakkan untuk memastikan
pentaksiran dapat dijalankandengan jayanya tanpa sebarang alasan. Dalam usaha untuk
menegakkan dan mempertahankan mutu kualiti pentaksiran dalam sistem
pendidikan di Malaysia, ketelusan dalam sistem pentaksiran baru ini memerlukan
gandingan yang kukuh kerjasama daripada pelbagai pihak.

Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak
dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan
diragui. Contohnya, ujian prestasi biasa digunakan untuk mencungkil apa yang
seseorang itu dapat buat tetapi apa yang dibuatnya. Maklumat personaliti seseorang
murid itu tidak bernilai sekiranya dia menyedari yang dirinya sedang dinilai. Oleh itu,
dia akan melakukan dengan sebaik-baiknya. Murid yang berlagak baik, jujur dan
tidak berat sebelah apabila mereka tahu sedang diuji mungkin tidak melakukan sikap
sedemikian dalam situasi lain. Dalam ujian pencapaian, markah tinggi yang
dipentingkan. Tetapi dalam ujian prestasi biasa, tidak ada satu gerak balas boleh
dianggap sebagai baik. Contohnya, orang yang berminat dalam bidang pertanian
boleh menjuruskan bakatnya dalam pertanian dan yang tidak berminat boleh
memilih aktiviti yan lain. Personaliti seseorang itu dapat ditelah daripada sifat tingkah
lakunya atau tabiatnya, tetapi dalam situasi baru, reaksinya mungkin berbeza.

Hakikatnya adalah ujian seperti ini adalah rumit. Kaedah pemerhataian dan
pelaporan kendiri boleh digunakan tetapi kadang-kala kaedah ini kurang berjaya.


Saranan langkah mengatasi masalah :

Proses memperolehi maklumat sebenar tentang tingkah laku biasa, murid jangan
diberitahu yang dia sedang diperhatikan atau diuji. Cara ini boleh dilakukan dengan
guru bersembunyi atau murid diberitahu mereka sedang diperhatikan tentang
sesuatu perkara tetapi sebenarnya aspek lain yang dipentingkan dalam pemerhatian
itu. Melalui kaedah laporan kendiri juga, maklumat tentang personaliti dapat
diperolehi. Ini adalah kerana individu sentiasa memerhati dirinya sendiri. Caranya
ialah melalui penggunaan borang soal selidik. Persoalan yang timbul ialah tentang
kejujuran semasa menjawab soalan tersebut. Maklumat yang diperolehi melalui
kaedah ini tidak sah sekiranya subjek tidak memberitahu perkara yang benar
tentang dirinya. Sehingga kini, berbagai-bagai bentuk soal selidik dibina bagi
mengukur ciri-ciri personaliti seperi tabiat, minat, sikap, sosial dan sebagainya.
Justeru itu, sebelum menjalankan soal selidik guru perlu mengingatkan pelajar untuk
menjab soalan dengan sejujurnya.

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan
domain yang amat sukar dinilai. Penilaian memerlukan kerjasama antara pelajar dan
guru yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik serta melatih pelajar
untuk berfikir dan membuat refleksi tentang kerja yang mereka lakukan. Penilaian
menjadi tidak sah disebabkan oleh beberapa perkara seperti hasil kerja yang
dikumpulkan tidak sesuai dengan aspek yang hendak dinilai, hasil kerja tersebut
bukan karya asli pelajar atau penilainya bukan pakar dalam aspek yang hendak
dinilai.



Saranan langkah mengatasi masalah :

Sebelum sesuatu penilaian dijalankan, guru perlu memberikan maklumat secara
terperinci/ mendalam tentang keperluan tugasan yang akan diberikan kepada murid.
Guru juga perlu memberikan penjelasan yang sewajarnya tentang tugasan tersebut
terutama tugasan seperti portfolio yang melibatkan pengumpulan maklumat daripada
pelbagai sumber. Guru juga harus menggalakkan murid untuk berkolaborasi dan
bekerjasama dengan guru-guru mata pelajaran lain, rakan-rakan sekumpulan dan
sebagainya. Secara tidak langsung, cara ini dapat mendidik murid meningkatkan
kemahiran bersosial dan berkomunikasi di samping dapat meningkatkan keyakinan
diri murid dalam menjalankan sesuatu tugasan dan menjadikan mereka lebih
bermotivasi dan berusaha untuk menghasilkan sebuah tugasan yang terbaik.


Rumusan

Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan
sikap, maka mata pelajaran ini mengalami banyak masalah apabila proses penilaian
dibuat. Penilaian lazimnya mewujudkan ketegangan di kalangan pelajar, guru atau
ibu bapa disebabkan perbandingan pencapaian antara pelajar dan guru.
Bagaimanapun, penilaian formatif dapat mengurangkan ketegangan ini kerana
penilaian ini tidak membandingkan pencapaian pelajar. Bagi memperkasakan lagi
penilaian Pendidikan Moral, usaha-usaha untuk mencari kaedah-kaedah penilaian
yang terbaik perlu dijalankan oleh semua pihak termasuklah pihak kementerian,
pentadbir sekolah mahupun guru-guru supaya langkah pemurnian penilaian ini dapat
diimplementasikan dengan sewajarnya.









RUJUKAN


Abd.Rahman Md. Aroff(1999), Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral,
Serdang, Universiti Putra Malaysia.

Ee Ah Meng (1994), Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990), Pendidikan Moral, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Eow, B.H. (2000), Pendidikan Moral, Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia
Sdn. Bhd.

Hena Mukher j ee, Judy El l i s et . al . ( 1992 ) . Strategi Pengaj aran
Pendi di kan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia (1999), Isu dalam
Penilaian Pendidikan, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Vishalache a/p Balakrishnan, Cheong Chew Kwan (2013), Pendidikan Moral Tahun
3 Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai