Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN TULISAN CANTIK JAWI

SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH TUARAN BAGI


TAHUN 2012
Syarat-syarat Pertandingan Tulisan Cantik Jawi
1. Terbuka kepada murid-murid Prasekolah KPM Daerah Tuaran sahaja yang
berumur 5 hingga 6 tahun.
2. Penyertaan adalah mengikut kelas prasekolah, sebuah kelas perlu
menghantar seorang peserta sahaja.
3. Murid hendaklah menulis tulisan jawi yang dibekalkan oleh pihak
penganjur .
4. Murid dibenarkan menggunakan pensil khat ( pensel yang diukir oleh
guru ).
5. Semasa murid menyalin huruf hijjaiyah ( huruf alif hingga ya ) dan ayat
tunggal, pastikan murid menulis dengan cara yang betul iaitu dari arah
kanan ke kiri.
6. Ketepatan menulis sangat penting, markah akan ditolak sekiranya huruf
yang ditulis tidak menepati huruf sebenar. Contohnya huruf ya tiada
titik dan sebagainya.
7. Setiap kesilapan akan ditolak satu markah, contohnya sekiranya terdapat
10 huruf hijjaiyah yang salah maka 10 markah juga akan ditolak.
8. Manakala bagi ayat tunggal murid hendaklah menyalin ayat yang sama
sebanyak lima kali berturut- turut. Sekiranya ada perkataan yang
tertinggal atau huruf yang tidak lengkap maka 1 markah akan di potong.
Kesilapan berulang tidak diambil kira, penolakan bagi kesilapan yang
berulang akan dikira sekali sahaja. Contohnya huruf tanpa titik ditulis
berulang-ulang.
9. Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan tulisan cantik jawi ialah 40
minit sahaja.
Skema Pemarkahan Pertandingan Tulisan Cantik Jawi
Kriteria akan dinilai berdasarkan skema pemarkahan seperti berikut :a. Ketepatan
( 60 markah )
iMenulis huruf hijjaiyah dengan betul
( 35 markah )
iiMenulis ayat tunggal dengan betul ( 25 markah )
b. Cara menulis ( 20 markah )
- Dari arah kanan ke kiri
c. Kekemasan / kebersihan ( 20 markah )
Markah keseluruhan ialah 100 markah

Disediakan oleh,
NORASINAH BINTI BIDIN

Guru Prasekolah,
SK. Gayang, Tuaran.

Anda mungkin juga menyukai