Anda di halaman 1dari 1

ANALISIS KELEMAHAN PENULISAN JAWI DI KALANGAN MURID TAHUN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PAROI JAYA, SEREMBAN, N.S

Kamal Bin Ismail

Pendahuluan

Pendidikan Jawi telah mula diperkenalkan semenjak murid-murid berada di peringkat


prasekolah lagi, dimana mereka didedahkan kepada pengenalan kepada huruf-huruf jawi, serta
menyebut dan menulis huruf-huruf tersebut. Di peringkat ini, keutamaan yang diberikan adalah
kepada koordinasi pergerakan mata dengan tangan melalui lakaran, bentuk, corak dan garisan
mengikut arah dari kanan ke kiri.

Sukatan pelajaran Jawi di sekolah rendah yang merangkumi topik-topik berkenaan kaedah dan
teknik menulis hanya diperkenalkan di dalam sukatan pelajaran Jawi Tahun 1 hingga Tahun 3
sahaja. Murid-murid diandaikan telah dapat menguasai bacaan dan penulisan jawi sebaik
sahaja mereka memasuki Tahun 4. Sehubungan itu, semua kaedah dan teknik penulisan Jawi
di dalam pelajaran Jawi sepatutnya telah berjaya dikuasai oleh semua murid pada penghujung
Tahun 3 mereka di sekolah rendah.

Masalah Kajian

Kebanyakan murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, Seremban didapati masih
lemah di dalam penulisan jawi, terutama murid-murid yang berada di kelas pertengahan dan
kelas hujung. Sekiranya kelemahan ini tidak diatasi dengan segera, dibimbangi murid-murid
tersebut tidak akan dapat menulis jawi dengan baik dan ini tentunya akan menjadi penghalang
kepada mereka untuk mencapai markah yang tinggi di dalam matapelajaran Pendidikan Islam
dimana medium tulisan jawi digunakan sepenuhnya ketika menjawab kertas soalan
peperiksaan matapelajaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai