Anda di halaman 1dari 15

Definisi salam

Dari sudut bahasa

Menurut Kamus Dewan, salam bermaksud sejahtera, damai dan hormat. [Lihat:


Kamus Dewan, 1373] Ibn Manzhur berkata di dalam kitabnya, salam bermaksud
selamat, sejahtera dan juga berlepas diri. [Lihat: Lisan al-Arab, 12:289]

Dari sudut Istilah

Salam merupakan ucapan penghormatan yang diucapkan oleh orang yang


beragama Islam kepada saudaranya (seagama dengannya). Maksud ini diambil
berdasarkan firman Allah SWT:

‫َوتَ ِحيَّتُهُ ْم فِيهَا َساَل ٌم‬


Maksudnya: “Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat
sejahtera”. [Yunus: 10]

Lafaz salam di dalam al-Quran

Antara lafaz “Salam” yang terdapat di dalam al-Quran:

َ ‫َوإِ َذاـ ُحيِّيتُم ِبتَ ِحيَّ ٍة فَ َحيُّوا بِأَحْ َس َن ِم ْنهَا أَ ْو ُر ُّدوهَا ۗ إِ َّن اللَّـهَ َك‬
‫ان َعلَ ٰى ُكلِّ َش ْي ٍء‬
‫َح ِسيبًا‬
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan
hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya
Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. [al-Nisa’:86]

Ayat ini adalah merupakan khitab (cara komunikasi) Allah SWT kepada hamba-
hambanya yang mukallaf bahawa mereka diminta untuk mengucapkan atau
membalas ucapan tersebut dengan lebih baik atau sama seperti yang diucapkan
apabila terdapat manusia yang mendoakan kita dengan panjang umur atau dengan
kesejahteraan.

‫صبَرْ تُ ْم ۚ فَنِ ْع َم ُع ْقبَى ال َّد ِـ‬


‫ار‬ َ ‫َساَل ٌم َعلَ ْي ُكم بِ َما‬
Maksudnya: “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran
kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”. [al-Ra’d:24]

Berdasarkan ayat di atas, para Malaikat akan mengucapkan salam sejahtera kepada
ahli syurga akibat daripada kesabaran yang mereka tempuhi di dunia maka syurga
adalah sebaik-baik tempat buat mereka. Berdasarkan ayat ini, salam merupakan
ucapan penghormatan yang mulia kerana ia digunakan kepada ahli syurga. Selain
itu, firman Allah SWT: 
‫إِاَّل قِياًل َساَل ًما َساَل ًما‬
Maksudnya: “Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu
kepada yang lain)”. [al-Waqi’ah:26]

Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menceritakan kepada kita akan keadaan di dalam
syurga, di mana kita tidak akan mendengar perkataan yang sia-sia melainkan
ucapan selamat dan sejahtera antara sesama ahli syurga.

Lafaz-lafaz salam

Antara lafaz “salam” yang boleh digunakan adalah:

 ‫السالم عليكم‬
 ‫السالم عليكم ورحمة هللا‬
 ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
Di dalam sebahagian riwayat ada disebutkan penambahan “‫ ”ومغفرته‬dan juga “
‫”ورضــوانه‬. Antaranya yang dinyatakan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya,
daripada riwayat Anas bin Malik RA:

‫ْك يا رسول‬ َ ‫ السَّال ُم َعلَي‬: ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يقول‬


َ ‫بالنبي‬
ِّ ‫ي ُمر‬  ‫كان رجل‬
ِ‫ْك السَّال ُم َو َرحْ َمةُ هللا‬
َ ‫(و َعلَي‬
َ : ‫صلى هللا َعليه وسلم‬ َ ‫النبي‬
ُّ ‫ فيقو ُل له‬، ‫هللا‬
)‫َوبَ َر َكاتُه َو َم ْغفِ َرتُه َورضْ َوانُه‬
Maksudnya: “Terdapat seorang lelaki berjalan berdekatan dengan Nabi SAW sambil
berkata: Salam sejahtera ke atas engkau wahai Rasulullah! Maka Nabi SAW
menjawab kepada lelaki tersebut: Ke atas engkau salam, rahmat Allah, keampunan-
Nya serta keredhaan-Nya”. [Lihat: Matan Amal al-Yaum wa al-Lailah, 197]

Namun riwayat tersebut dinilai dhaif oleh ahli hadith seperti Imam Ibn al-
Qayyim [Lihat: Zad al-Ma’ad, 2:382] dan juga al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan
bahawa sanadnya bermasalah. [Lihat: Fath al-Bari, 11:6]

Cara menjawab salam

Allah SWT telah mengajar kita cara untuk kita menjawab salam apabila seseorang
itu mengucapkan salam kepada kita, berdasarkan firman Allah SWT:

َ ‫َوإِ َذاـ ُحيِّيتُم ِبتَ ِحيَّ ٍة فَ َحيُّوا بِأَحْ َس َن ِم ْنهَا أَ ْو ُر ُّدوهَا ۗ إِ َّن اللَّـهَ َك‬
‫ان َعلَ ٰى ُكلِّ َش ْي ٍء‬
‫َح ِسيبًا‬
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan
hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya
Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. [al-Nisa’:86]

Merujuk kepada firman Allah SWT ini, jelaslah menunjukkan bahawa kita dituntut
untuk menjawab penghormatan atau salam yang diberikan dengan lebih baik atau
membalasnya (jawab) sama seperti yang diucapkan itu.

Kelebihan salam dan perintah untuk menyebarkannya

Antara hadith Nabi SAW yang menceritakan akan kelebihan “Salam” serta perintah
menyebarkannya:

 Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata:

ِ ُ‫ ( ت‬: ‫اإلسالم خي ٌر ؟ قال‬


‫طع ُم‬ ِ َّ ‫أن رجاًل سأَل النب‬
ُّ‫ أي‬: ‫ي صلَّى هللاُ عليه وسلَّم‬ َّ
)‫ف‬ ْ ‫عر‬
ِ َ‫ وعلى َمن لم ت‬،‫فت‬ َ ‫ على َمن‬،‫قرأُ السال َم‬
َ ‫عر‬ َ َ‫ وت‬،‫الطعا َم‬
Maksudnya: “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang
paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam
kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. [Riwayat al-Bukhari,
no. Hadith 11, 27, 5767 dan di dalam Riwayat Muslim, no. Hadith 56]

Antara lain memberi maksud agar salam menjadi budaya dan doa sesama orang
Islam samada yang dikenali atau tidak.

 Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

َ ُّ‫ُورتِ ِه طُولهُـ ِست‬


:‫ فَلَـ َّما َخـلَقَهُ قــال‬،ً‫ون ِذراعا‬ َ ‫وج َّل آ َد َم علـى ص‬ َ ‫ق هَّللا ُ َع َّز‬
َ َ‫َخـل‬
َ ‫س فـا ْستَـــم ْع مــا ي َُحي‬
‫ُّونَك‬ ٍ ‫فَر ِم َن الــ َمالئِ َك ِة ُجلُــو‬
ٍ َ ‫ ن‬:‫ك‬ َ ِ‫ْاذهَبْ ف َسلِّـ ْم علـى أولئ‬
‫ْك‬ َّ :‫ فقــالوا‬،‫السـال ُم َعلَــ ْي ُك ْم‬
َ ‫السـال ُم َعلَــي‬ َّ :‫ فقــال‬،‫ك‬ َ ِ‫وتـحيَّةُ ُذرِّ يَّت‬
ِ ِ َ‫فإنَّها ت‬
َ ُ‫ـحيَّت‬
‫ك‬
ِ ‫ َو َرح َمةُ هَّللا‬:ُ‫َو َرحْ َمةُ هَّللا ِ فَ َزا ُدوه‬
Maksudnya: “Telah Allah SWT cipta Adam dengan ciri-cirinya iaitu dengan tingginya
60 hasta. Setelah Allah SWT menciptanya, Allah SWT berfirman: Pergilah dan
ucapkanlah salam kepada malaikat yang duduk itu dan dengarkan baik-baik bacaan
salam mereka kepadamu kerana itu adalah sebagai salam penghormatan dan juga
anak cucu keturunanmu. Adam mengucapkan “ ‫ال ُم َعلَـ ْي ُك ْم‬33‫”الس‬ َّ , lalu para malaikat
‫هَّللا‬ ُ َ ‫”السَّال ُم َعلـ ْي‬. Para malaikat telah menambah ( ِ ‫”) َو َرحْ َم ُة هَّللا‬. [Riwayat al-
berkata: “ ِ ‫ك َو َرحْ َمة‬ َ
Bukhari, no. Hadith 5759 dan Riwayat Muslim, no. Hadith 5075]

Hadith ini jelas menggambarkan asal permulaan salam sehingga ia disyariatkan


sejak dahulu lagi. Inilah penghormatan sesama manusia mengikut neraca syariah.

 Daripada al-Barra’ bin Azib RA berkata:


ِ ‫ وتشــمي‬،‫ واتِّبـــاع الـــجنائز‬،‫ بعيــاد ِة الـــمريض‬:‫ـبع‬
‫ت‬ ٍ ‫أمرنــا رســول هللا بسـ‬
‫وإبرار القَ َسم‬
ِ ،‫ وإفشاء السالم‬،‫وعون الـمظلوم‬
ِ ،‫ونصر الضعيف‬
ِ ،‫العاطس‬
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah memerintahkan kami dengan tujuh perkara iaitu
melawat orang yang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang yang bersin,
menolong orang yang lemah, membantu orang yang dizalimi, menyebarkan salam
dan menunaikan sumpah”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5766, Riwayat
Muslim, no. Hadith 3848]

Dalam hadith ini terdapat 7 arahan Nabi SAW kepada kita untuk dilaksanakan
terutamanya hubungan sesama manusia, salah satunya ialah menyebarkan salam.
Natijah pelaksanaan perintah ini akan melahirkan masyarakat yang saling
mawaddah dan berkasih sayang.

 Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫أوال أ ُدلُّ ُك ْم علـــى‬


َ ‫ وال تُؤ ِمنُوا حتـــى تَـــحابُّوا‬،‫الـجنَّةَ حتـى تُؤ ِمنُوا‬ َ ‫ال تَ ْد ُخـلُوا‬
َ َ‫َشي ٍء إذا فَ َع ْلتُـ ُموهُ ت‬
‫ـحابَ ْبتُـ ْم؟ ا ْف ُشوا السّال َم بَـ ْينَ ُك ْم‬
Maksudnya: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak
beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku
tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan
saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”. [Riwayat
Muslim, no. Hadith 81]

Hadith ini dengan jelas mengkhabarkan kepada kita bahawa salam merupakan
punca dan asbab kasih sayang yang sebenarnya merupakan sejuzuk daripada
tanda kesempurnaan iman yang akhirnya melayakkan kita menuju ke syurga-Nya.

Hukum mengucapkan salam

Berdasarkan hadith-hadith yang kami nyatakan di atas, ia berkaitan dengan


kelebihan dan galakan memberi salam sesama umat Islam. Dengan itu, para ulama’
mengatakan hukum mengucapkan salam adalah sunat yang sangat digalakkkan
dan amat dituntut oleh Rasulullah SAW ( ‫سنة مستحبة‬
) walaupun di sana terdapat
perintah atau arahan daripada Nabi SAW untuk kita menyebarkan dan
mengucapkan salam, namun perintah tersebut bukanlah bersifat wajib. Inilah
pendapat yang masyhur dalam kalangan para alim ulama;. Adapun hukum
menjawab salam adalah wajib kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk
menjawabnya, berdasarkan firman Allah SWT:

‫َوإِ َذاـ ُحيِّيتُم ِبتَ ِحيَّ ٍة فَ َحيُّوا بِأَحْ َس َن ِم ْنهَا أَ ْو ُر ُّدوهَا‬


Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan
hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)”. [al-Nisa’:86]
Telah berkata Imam al-Nawawi dalam masalah hukum mengucap dan menjawab
salam:

“Ketahuilah bahawa memulakan salam adalah sunnah yang disukai dan ia bukanlah
bersifat wajib. Ia juga merupakan Sunnah Kifayah yang bermaksud apabila
seorang muslim dalam keadaan berjemaah (berkumpulan) maka sudah memadai
bagi mereka jika seorang sahaja daripada kalangan mereka yang mengucapkannya.
Jika kesemuanya mengucapkan salam maka itu adalah lebih baik. Adapun
menjawab salam, jika yang diucapkan salam itu seorang maka dia perlulah
menjawabnya dan jika yang diucapkan itu adalah ramai atau berkumpulan maka ia
menjadi fardhu kifayah ke atas mereka untuk menjawabnya. Apabila seorang
daripada mereka sudah menjawab salam maka ia sudah memadai bagi yang lain
dan jika kesemuanya tidak menjawab maka kesemuanya berdosa. Namun, jika
kesemuanya menjawab salam maka ia adalah di tahap yang paling sempurna dan
baik”. [Lihat: al-Azkar, 394]

Cara memberi salam dalam Islam

Di dalam sebuah hadith  yang sahih bahawa Nabi SAW telah mengajar kita cara
untuk memberi atau mengucapkan salam sesama Islam.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ِ‫ َو ْالقَلِي ُـل َعلَى ْال َكث‬، ‫اع ِد‬


‫ير‬ ِ َ‫اشي َعلَى ْالق‬
ِ ‫ َو ْال َم‬، ‫اشي‬
ِ ‫يُ َسلِّ ُم الرَّا ِكبُ َعلَى ْال َم‬
Maksudnya: “Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada
orang yang berjalan dan orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang
duduk dan orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang ramai”. [Riwayat
al-Bukhari, no. Hadith 5765, Riwayat Muslim, no. Hadith 4019]

Berdasarkan hadith ini menunjukkan disunatkan kepada kita untuk memulakan


ucapan salam kerana ia adalah sunnah yang amat disukai oleh Rasulullah SAW. Di
samping itu juga, tidak menjadi masalah bagi orang yang berjalan atau orang yang
duduk untuk mengucapkan salam jika orang yang berkenderaan atau orang yang
berjalan tidak mengucapkannya walaupun mereka inilah yang sepatutnya
memulakan ucapan salam berdasarkan hadith di atas. Ini bertujuan bagi
menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Hukum mengucap dan menjawab salam bagi orang yang bukan Islam

Para ulama’ tidak membenarkan kita untuk memulakan ucapan salam kepada orang
yang bukan Islam kerana Nabi SAW telah melarang kita untuk melakukan hal yang
sedemikian, berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:

‫بالسالم‬
ِ ‫ال تب َدؤواـ اليهو َد وال النصارى‬
Maksudnya: “Janganlah kalian memulakan ucapan salam kepada orang Yahudi dan
juga Nasrani”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2624]
Manakala dalam masalah menjawab salam kepada orang yang bukan Islam, para
ulama’ juga membenarkan hal tersebut. Namun berlaku sedikit perselisihan
pendapat antara ulama’ dalam menentukan lafaz yang sepatutnya diucapkan ketika
menjawab salam mereka. Terdapat dua pendapat dalam masalah ini:

 Pendapat Pertama: Kita hanya dibenarkan untuk menjawab salam mereka


dengan ringkas iaitu dengan lafaz “ ‫وعليكم‬
” sahaja. Antara dalil yang
digunakan adalah daripada riwayat Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW
bersabda:

ِ ‫إذا سلَّ َم علي ُكم أح ٌد من أَ ْه ِل الكتا‬


‫ وعلي ُكم‬:‫ب فقولوا‬
Maksudnya: “Apabila ahli kitab mengucapkan salam ke atas kamu, maka
katakanlah kepada mereka: (‫)وعليكم‬ ”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith
13267]

 Pendapat Kedua: Kita dibenarkan untuk menjawab ucapan tersebut sama


seperti yang diucapkan atau lebih daripada itu tetapi ia perlulah jelas bahawa
apa yang diucapkan itu tidak mempunyai maksud yang tidak baik. Antara dalil
yang digunakan adalah berdasarkan firman Allah SWT:

َ َ‫َوإِ َذاـ ُحيِّيتُم ِبتَ ِحيَّ ٍة فَ َحيُّوا بِأَحْ َسـ َن ِم ْنهَا أَ ْو ُر ُّدوهَا ۗ إِ َّن اللَّــه‬
‫كَان َعلَ ٰى‬
‫ُكلِّ َش ْي ٍء َح ِسيبًا‬
Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu
ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu
dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang
sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. [al-
Nisa’:86]

Walaupun Islam membenarkan kita sebagai umat Islam untuk menjawab salam
daripada orang yang bukan Islam,  para ulama’ telah membahagikannya kepada tiga
keadaan dalam hukum menjawab salam kepada mereka ini:

 Pertama: Apabila orang yang bukan Islam itu mengucapkan salam dengan
lafaz yang jelas yang tidak ada padanya perkataan yang tidak baik iaitu
seperti “ ‫”السالم عليكم‬, maka kita dibolehkan untuk menjawab “ ‫وعليكم‬
‫”السالم‬ sepertimana yang diucapkan itu tanpa meringkaskannya dengan
ucapan “ ‫وعليكم‬
” sahaja ataupun dengan ucapan yang lebih baik daripada
ucapan mereka.

 Kedua: Apabila orang yang bukan Islam itu mengucapkan salam dengan
lafaz yang tidak jelas ataupun kita syak dengan ucapannya, maka dalam hal
ini kita hanya dibenarkan untuk menjawab dengan “ ‫وعليكم‬
” sahaja kerana
dikhuatiri apa yang diucapkan itu adalah perkara yang tidak baik.

 Ketiga: Apabila orang yang bukan Islam itu mengucapkan salam dengan
lafaz yang tidak baik dengan jelas seperti “ ‫ ”السَّا ُم عليكم‬yang bermaksud
mati.

Tarjih dalam masalah menjawab salam daripada orang yang bukan Islam

Apabila seorang yang bukan Islam itu mengucapkan salam kepada kita tanpa
terdapat pada lafaz tersebut perkataan yang tidak baik maka jawablah ucapan
tersebut sama seperti yang diucapkan atau lebih baik daripada itu. Ini kerana, ia
termasuk di dalam kewajipan akhlak dan adab bersosial di dalam masyarakat
yang mana kedua-dua ini adalah sangat dituntut di dalam Islam. Pada saat yang
sama, kami juga selesa dengan pendapat yang mengatkan cukup sekadar
menjawab dengan “ ‫”وعليكم‬, ini kerana nas menunjukkan akan keadaan itu dan
keluar daripada khilaf.

Penutup

Oleh yang demikian, Islam adalah agama yang bersifat meraikan selagimana ia
tidak menggadaikan prinsip dan nilai Islam. Untuk itu, marilah sama-sama kita
amalkan budaya memberi salam dalam kehidupan seharian kita kerana ia adalah
sunnah yang amat disukai oleh Rasulullah SAW. Tambahan pula, budaya ini sudah
semakin dilupakan dan tidak diamalkan di dalam masyarkat kita pada hari ini. Ini
kerana, mengucapkan salam tidak memerlukan belanja atau tenaga, ia cuma
memerlukan kita melafazkannya dengan bibir yang disertakan hati yang ikhlas.
Betapa mulianya salam sehingga Jemaah haji yang pulang dari Mekah salah satu
daripada tanda hajinya mabrur adalah sentiasa suka memberi salam. Semoga Allah
SWT memberi kita kekuatan dalam mengamalkan sunnah Nabi SAW serta
memelihara kita daripada sifat-sifat yang dikeji oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Amin.

Rujukan:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1158-irsyad-al-hadith-siri-ke-53-ucapan-salam-
hadith-dan-feqahnya

Boleh Memberi dan Menjawab Salam Bukan Islam

Sepertimana yang disebut oleh Mufti Perlis, isu memberi dan menjawab salam orang
bukan Islam adalah isu khilafiyah. Ini bermakna ulama tidak sependapat tentang
hukumnya. Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir, Pensyarah di Universiti-universiti
Lubnan ketika menjawab soalan tentang hukum memulakan salam kepada ahli kitab
berkata:
“Sebahagian salaf berpendapat harusnya memberi salam kepada ahli kitab dan
musyrikin, sesungguhnya Ibn Mas’ud telah melakukan perkara itu, dan beliau
berkata: “Sesungguhnya ia (memberi salam kepada bukan Muslim) itu adalah antara
hak persahabatan.”, demikian juga Abu Umamah, beliau tidak melalui seorang
muslim mahupun seorang kafir, melainkan dia akan memberi salam kepadanya,
ditanya kepadanya tentang tindakannya itu, lalu beliau menjawab: “Kita disuruh
untuk menyebarkan salam ( ‫الم‬3‫ي الس‬3‫) أمرنا أن نفش‬.” (Isnad hadith ini sahih, al-Albani di
dalamal-Silsilah al-Sahihah dan Sahih Ibn Majah) Dan inilah juga yang dilakukan
oleh Abu Darda’, manakala Ibn ‘Abbas pernah menulis kepada Ahli Kitab as-salamu
‘alaika, demikian juga ‘Omar Ibn Abdul Aziz juga berkata: “Tidak mengapa kita
memulakan kepada mereka (orang-orang kafir) dengan
salam.” (http//www.islamonline.net/)

Syeikh Faisal Mawlawi (Naib presiden majlis penyelidikan dan fatwa Eropah) pula di
dalam lamanwebnya (http//www.mawlawi.net/) pula menyebut dengan lebih jelas
bukti-bukti yang menunjukkan memberi dan menjawab salam kepada orang bukan
islam itu adalah dibenarkan. Bahkan inilah keadaan asal yang berjalan di tengah-
tengah masyarakat yang didik oleh Nabi saw di Madinah. Beliau telah menyebut
dalil-dalil yang banyak daripada al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan
kebenaran tersebut, antara dalil-dalil tersebut ialah: 

1- Ayat al-Quran dari surah al-Nur ayat ke 27

‫ين آ َمنُوا اَل تَ ْد ُخلُوا بُيُوتًا َغي َْر بُيُوتِ ُك ْم َحتَّ ٰى تَ ْستَأْنِسُوا َوتُ َسلِّ ُموا َعلَ ٰى‬ َ ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذ‬
َ ‫أَ ْهلِهَا ۚ ٰ َذلِ ُك ْم َخ ْي ٌر لَّ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم تَ َذ َّكر‬
‫ُون‬
“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memasuki rumah yang bukan
rumah kamu melainkan kamu meminta izin dan memberi salam kepada ahli rumah
tersebut…”

Dalam surah yang sama pada ayat 61 Allah berfirman

َ ِ‫ار َكةً طَيِّبَةً ۚ َك ٰ َذل‬


‫ك‬ ِ ‫فَإ ِ َذا َد َخ ْلتُم بُيُوتًا فَ َسلِّ ُموا َعلَ ٰى أَنفُ ِس ُك ْم تَ ِحيَّةً ِّم ْن ِعن ِد‬
َ َ‫هللا ُمب‬
َ ُ‫ت لَ َعلَّ ُك ْم تَ ْعقِل‬
‫ون‬ ِ ‫يُبَي ُِّن هللاُ لَ ُك ُم اآْل يَا‬
“Apabila kamu memasuki satu rumah, maka berilah salam kepada (penghuninya
yang bererti memberi salam) kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi
ALlah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatnya mudah-mudahan kamu memahaminya.”

Syeikh Faisal Mawlawi berkata: “Kalimah Buyut (Rumah-rumah) yang terdapat di


dalam kedua-dua ayat di atas adalah merangkumi rumah orang Islam atau bukan
Islam… ayat ini merupakan nas yang am akan kewajipan memberi salam apabila
hendak memasuki rumah, samaada kepada orang muslim atau bukan muslim. Al-
Imam al-Tobari di dalam tafsirnya menyebut dari Ibrahim al-Nakha’ie yang berkata:

“Apabila kamu memasuki rumah, di dalamnya ada orang Yahudi, maka ucapkanlah
Assalamu’alaikum, jika kamu tidak mendapati seseorangpun di dalamnya,
ucapkanlah al-Salamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin.”

2- Surah al-Zukhruf : 89 yang bermaksud:

ۚ ‫فَاصْ فَحْ َع ْنهُ ْم َوقُلْ َساَل ٌم‬ َ ُ‫َوقِيلِ ِه يَا َربِّ إِ َّن ٰهَؤُاَل ِء قَ ْو ٌم اَّل ي ُْؤ ِمن‬
‫ون‬
َ ‫ف يَ ْعلَ ُم‬
‫ون‬ َ ‫فَ َس ْو‬
“Dan (Allah) mengetahui ucapan Muhammad: “Ya tuhanku, sesungguhnya mereka
itu adalah kaum yang tidak beriman. Maka berpalinglah dari mereka dan katakanlah
‘Salam’, kelak mereka akan mengetahui nasib mereka yang buruk.”

Syeikh Faisol Mawlawi menyebut: “al-Syanqiti ketika mentafsirkan ayat ini di dalam


Adwa’ al-Bayan menyebut ayat ini mengandungi tiga perkara, salah satunya ialah,
ucapan kepada orang kafir dengan ‘Salamun’. Sesungguhnya Allah swt telah
menjelaskan bahawasanya al-Salam kepada orang kafir itu adalah tindakan hamba-
hambaNya yang baik-baik.”

3- Ucapan Nabi Ibrahim kepada ayahnya yang tidak beriman, dirakamkan di dalam
surah Maryam ayat 47:

‫ان بِي َحفِيًّا‬ َ َ‫ْك ۖ َسأ َ ْستَ ْغفِ ُر ل‬


َ ‫ك َربِّي ۖ إِنَّهُ َك‬ َ ‫ال َساَل ٌم َعلَي‬
َ َ‫ق‬
“Berkata Ibrahim: Salamun ‘alaikum, aku akan meminta ampun dari tuhanku
untukmu, sesungguhnya dia amat baik terhadapku.”

Al-Qurtubi di dalam tafsirnya, ketika mentafsirkan ayat ini menyebut perkataan


Sufyan Ibn ‘Uyainah yang ditanya: “Apakah harus memberi salam kepada orang
kafir.?” Beliau menjawab: “Ya, firman Allah swt :

‫يَار ُك ْم أَن‬ ِ ‫اَّل يَ ْنهَا ُك ُم هَّللا ُ َع ِن الَّ ِذينَ لَ ْم يُقَاتِلُو ُك ْم ِفي الـ ِّد‬
ِ ‫ين َولَ ْم ي ُْخ ِر ُجــو ُكم ِّمن ِد‬
َ ‫تَبَرُّ وهُ ْم َوتُ ْق ِسطُوا إِلَ ْي ِه ْم ۚ إِ َّن هَّللا َ ي ُِحبُّ ْال ُم ْق ِس ِط‬
‫ين‬
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang
tidak memerangi kamu kerana agama dan mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (al-
Mumtahanah : 7).
Dan Allah juga telah berfirman:

.… ُ‫ت لَ ُك ْم أُس َْوةٌ َح َسنَةٌ فِي إِب َْرا ِهي َم َوالَّ ِذينَ َم َعه‬
ْ َ‫قَ ْد َكان‬
“Adalah bagi kamu contoh yang baik dari nabi Ibrahim (al-Mumtahanah: 4), dan
Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya (yang tidak beriman): “Salamun ‘alaika”. Aku
(al-Qurtubi) berkata: “Dan yang lebih nyata daripada ayat ini ialah apa yang
dinyatakan oleh Sufyan bin ‘Uyainah (yang mengharuskan memberi salam kepada
orang kafir).” Setelah memilih pendapat Sufyan bin ‘Uyainah yang mengharuskan
memulakan salam kepada orang kafir, al-Qurtubi mendatangkan perkataan Ibrahim
al-Nakhaie : “Apabila kamu mempunyai keperluan (hajat) terhadap orang Yahudi
atau Nasrani, maka mulakanlah salam kepadanya.” Seterusnya al-Qurtubi menyebut
lagi perkataan al-Tobari : “Dan telah diriwayatkan daripada salaf, bahawasanya
mereka memberi salam kepada ahli kitab…”

Syeikh Faisol Mawlawi di dalam tulisannya menyebut setelah al-Qurtubi memilih


pendapat Sufyan bin ‘Uyainah yang mengharuskan memberi salam kepada orang
kafir, beliau juga menyebut ulama lain yang sependapat dengannya iaitulah al-
Tobari dan beliau menasabkan pendapat itu kepada generasi salaf yang terdiri dari
Ibn Mas’ud, Abu Umamah, al-Hasan al-Basri dan al-Auzaie.

Beberapa dalil dari orang-orang yang kontra dan jawapannya orang-orang yang


membantah bolehnya memberi dan menjawab salam kepada orang kafir
memberikan beberapa alasan, antaranya :

1- Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya daripada Abu
Hurairah r.a. maksudnya: “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan
Nasrani..”.

Hadith ini umum, namun terdapat hadith lain yang menunjukan adanya larangan
memulakan salam kepada orang kafir disebabkan berlakunya peristiwa khusus
iaitulah peristiwa peperangan di Bani Quraizah. Abu Basrah menyebut bahawasanya
Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya kita esok pagi akan (bertemu di Bani Quraizah)
orang-orang Yahudi, maka janganlah kamu semua memulakan salam kepada
mereka, jika mereka memberikan salam kepada kamu, maka jawablah
wa’alaikum.” (Hadith ini riwayat Ahmad, al-Tobrani di dalam al-Kabir)

Syeikh Faisol Mawlawi telah memberi jalan penyelesaian dalam masalah ini iaitulah
dengan kaedah al-Jam’u baina al-Riwayatain (Mengabungkan antara dua riwayat).
Secara ringkasnya hadith pertama di atas menunjukkan larangan memulakan salam
kepada orang-orang Yahudi tanpa diberikan sebab larangan tersebut, seolah-olah
larangan itu kerana mereka adalah orang Yahudi atau Nasrani. Jika kita mengambil
zahir hadith ini, ia akan membawa kepada kita mengabaikan riwayat hadith yang
kedua di atas, yang terdapat illah (sebab) larangan memulakan salam kepada orang
Yahudi iaitulah disebabkan wujudnya suasana peperangan. Berbeza jika kita
mengambil hadith yang kedua, kita tidak perlu mengabaikan riwayat yang pertama,
dengan kita mengatakan hadith pertama yang melarang itu disebabkan adanya
sebab yang khusus iaitulah peperangan. Cara ini (al-Jam’u baina al-Adillah =
Menggabungkan antara dua riwayat) adalah cara yang dipraktikkan oleh ahli usul
berdasarkan kaedah mereka (‫ = إعمال الكالم خير من إهماله‬Mempraktikkan nas-nas yang
ada lebih baik dari mengabaikannya). Selain itu tidakkah kita terfikir mengapa Nabi
saw melarang memberi salam ketika hendak pergi ke perkampungan Bani Quraizah
untuk berperang ? Tidakkah ia menunjukkan sebelum itu salam diberikan termasuk
kepada yang bukan Islam ?

Jika kita hendak mempraktikkan kaedah Nasikh dan Mansukh, ianya tidak dapat
dilaksanakan disebabkan tidak dapat menentukan hadith mana yang awal dan mana
pula yang akhir. (Disamping itu apabila usaha untuk menggabungkan antara dua
riwayat boleh dilakukan maka tidak ada hajat kepada Nasikh dan Mansukh.) Selain
terdapat banyak petunjuk dari nabi saw yang baginda memulakan salam dalam
bentuk yang mutlak kepada bukan Islam melalui surat-suart baginda yang diutuskan
kepada raja-raja yang tidak Islam dalam usaha dakwah baginda antaranya: 

1. Surat baginda yang dihantar kepada Najasyi (Raja Habasyah) sebelum


Islamnya, baginda memulakan surat baginda dengan menyebut : “Salamun
Anta”, kemudian baginda menyerunya kepada Allah yang satu yang tidak ada
sekutu bagiNya, kemudian baginda mengakhiri surat baginda dengan
menyebut: “wa al-Salam ‘ala manit taba’a al-Huda”

2. Surat baginda kepada ‫قف إيلة‬33‫ أس‬, yang baginda memulakan surat baginda
dengan menyebut : “Salamun Antum.” kemudian baginda menyerunya kepada
Islam.

3. Surat baginda kepada 3‫بذبين‬33‫اد االس‬33‫ العب‬, baginda telah memulakan juga surat
dengan menyebut : “Salamun Antum”, dan baginda mengakhiri surat dengan
menyebut : “wa al-Salam ‘ala manit taba’a al-Huda”.

4. Surat baginda kepada al-Hilal, pemilik al-Bahrain, dimana baginda


memulakan surat dengan menyebut: Salamun Alaikum, dan diakhiri dengan
ucapan “wa al-Salam ‘ala manit taba’a al-Huda”.

Dua hadith di atas menguatkan bahawasanya orang Islam di zaman Nabi saw
menzahirkan salam sebagai beramal dengan nas-nas yang umum terdiri dari al-
Quran dan Hadith. Kemudian datang larangan disebabkan, sebab yang khusus.
Syeikh Rasyid Redha berkata: “Imam Ahmad meriwayatkan daripada ‘Uqbah bin
‘Amir katanya, sabda Nabi saw: :”Sesungguhnya kita esok pagi akan pergi ke
perkampungan Yahudi, maka jangan kamu semua memulakan salam kepada
mereka, Jika mereka memberi salam kepada kamu, jawablah, ‘wa’alaikum.”, jelas di
sini Nabi saw melarang mereka memulakan salam kepada Yahudi kerana salam itu
adalah keamanan, baginda tidak suka memberi khabar keamanan kepada mereka
sedangkan, mereka tidak selamat daripadanya (ketika itu kerana peperangan),
disebabkan pengkhianatan dan pembatalan perjanjian mereka dengan nabi SAW.
Al-Imam Al-Nawawi di dalam syarh sahih muslim telah menukilkan keharusan
memulakan salam (kepada bukan Islam) dari Ibn ‘Abbas, Abu Umamah dan Ibn
Muhairiz, katanya : “Ini dalah satu pendapat dari para sahabat kami.” sepertimana
yang dinukilkan dari al-Auzaie, katanya: “Jika kamu memberi salam (kepada orang
kafir) maka telah memberi salam orang-orang yang soleh, jika kamu tidak memberi
salam (kepada orang kafir) maka telah tidak memberi salam orang-orang yang
soleh.”, dan kata al-Nawawi lagi: “al-Qadhi ‘Iyadh menceritakan daripada satu
kumpulan (ulama) yang mengharuskan memulakan kepada orang-orang kafir salam
disebabkan dharurah, hajat atau sebab, dan inilah pendapat ‘Alqamah dan al-
Nakhaie.”

Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Fath al-Bari, juzu’ yang ke11, ms. 33 telah


menukilkan daripada Ibn Abi Syaibah, daripada jalan ‘Aun bin Abdillah daripada
Muhammad bin Kaab, bahawasanya dia (Muhammad bin Kaab) bertanya kepada
‘Umar bin Abdul Aziz tentang memulakan salam kepada ahli zimmah, jawab ‘Umar
bin Abdul Aziz: “KIta menjawab salam mereka dan kita tidak memulakan kepada
mereka salam.” Kata ‘Aun: “Bagaimana pandangan anda (Muhammad bin Kaab)?,
Jawab beliau: “Aku tidak melihatnya apa-apa untuk kita memulakan salam kepada
mereka.” Aku (‘Aun) berkata: “Bagaimana itu?”, beliau menjawab: “kerana firman
ALlah swt (masudnya): “Maka berpalinglah daripada mereka dan
katakanlah Salamun..” (al-Zukhruf: 89)

Hadith Imam Muslim dan Abu Daud, bahawasanya para sahabat Nabi saw bertanya
kepada baginda:

“sesungguhnya Ahli Kitab memberi salam kepada kami, bagaimanakah kami hendak
menjawab salam mereka, sabda nabi saw: Jawablah wa’alaikum.”

Selain hadith ini, ada lagi hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:

“Seorang Yahudi lalu berhampiran dengan Nabi saw, lalu Yahudi tersebut
mengucapkan : “al-Saam ‘alaika (kematian/maut untuk engkau), lalu Nabi saw
menjawab: “wa’alaik (untuk engkau juga)”, kemudian baginda bersabda: “Apakah
kamu semua tahu, apakah yang dikatakan oleh Yahudi tadi? dia berkata : al-Saam
‘alaik (kematian/maut untuk engkau),” para sahabat berkata: ” Wahai rasulullah,
mengapa tidak kita bunuh sahaja dia.?” Sabda Nabi saw: “Tidak, Jika ahli kitab
memberi salam, maka kamu semua jawablah : “wa’alaik.”

Hadith ini menunjukkan arahan menjawab salam ahli kitab dengan mengucapkan
wa’alaik mempunyai illahnya iaitulah jika mereka mengubah lafaz salam bagi tujuan
mengelirukan umat Islam. Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir berkata:

“Berdasarkan hadith ini, jika ahli kitab mengubah cara salam mereka yang keji
(dengan memberi salam yang betul), maka tidak ada larangan untuk menjawab
salam mereka, ini kerana sesuatu hukum itu, berlegar bersama dengan illahnya
(sebabnya), sama ada wujudnya (illah yang membawa kepada wujudnya hukum)
dan ketiadaannya (illah yang membawa kepada hilangnya hukum). Sesungguhnya
Nabi saw telah melarang kita dari demikian itu, agar tidak berlaku balasan salam itu
dengan doa ke atas kita untuk kematian (dari orang-orang Yahudi), apabila tidak
berlaku perkara itu, maka aku (Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir) tidak melihat
adanya satu bentuk larangan. Inilah apa yang difahami oleh sekumpulan daripada
para Imam.” Seterusnya Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir menyambung:

“Para ulama sepakat menjawab salam ahli kitab dengan mengucapkan wa’alaikum,
berdasarkan sabda Nabi saw : Jika ahli kitab memberi salam, maka kamu semua
jawablah : “wa’alaik.” Akan tetapi apakah boleh ditambah lebih daripada jawapan
ini? Sekumpulan ulama salaf berpendapat bolehnya menjawab salam orang kafir
dengan Wa’alaikum al-Salam, sama seperti jawapan kepada orang muslim, ini
adalah pendapat Ibn ‘Abbas, al-Asy’ariy, al-Sya’biy, Qatadah dan al-Mawardi
menghikayatkan ianya satu pendapat bagi ulama-ulama mazhab al-Syafie, akan
tetapi tidak boleh menambah : Warahmatullah, (sedang ada pendapat lain)
dikatakan juga boleh secara mutlak, dengan menjadikan maksud rahmat itu adalah
hidayah. Sebaliknya jumhur (kebanyakan) ulama berpendapat, adalah suatu
larangan menjawab salam orang kafir dengan Wa’alaikum al-Salam, (akan tetapi)
mereka tidak mendatangkan dalil atas pendapat mereka itu melainkan hadith yang
lalu (di atas). Aku (Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir) mengatakan: “Akan tetapi
(larangan itu) berkaitan dengan sebab, apabila hilangnya sebab, maka tidak ada
halangan untuk menjawab salam mereka (orang-orang kafir) dengan Wa’alaikum al-
Salam… al-Imam Ibn al-Qayyim berkata: “Jika orang (muslim) yang mendengar
dengan pasti, seorang kafir mengucapkan salam kepadanya dengan ucapan
Assalamu’alaikum, Maka berdasarkan dalil-dalil syara’ dan kaedah-kaedah syara’
jawapan kepadanya (orang kafir itu) ialah: Wa’alaikum al-Salam, sesungguhnya
inilah dari bab keadilan dan ihsan, firman Allah swt (maksudnya): “Apabila kamu
berikan satu ucap selamat, maka jawablah dengan yang lebih baik daripadanya atau
sama dengannya.”

Ucapan salam adalah ucapan kasih sayang, maka berkasih sayang kepada orang
kafir adalah dilarang sama sekali.

Jawapan kepada kenyatan ini ialah, tidak semestinya ucapan salam itu sebagai
menzahirkan rasa kasih sayang, kadang-kadang ianya adalah sebagai ucapan
selamat untuk saling berkenalan, apatah lagi seorang muslim yang bertindak
sebagai pendakwah, bukankah seorang pendakwah itu disuruh untuk berlembut dan
berhikmah di dalam usaha dakwahnya, selain itu berkasih sayang yang dilarang di
dalam al-Quran adalah berkasih sayang bersama orang-orang kafir yang memerangi
Islam, bukan kesemua orang kafir, buktinya firman Allah swt :

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan
RasulNya…”(al-Mujaadilah, ayat 22), demikian juga ayat dari surah al-Mumtahanah
ayat satu (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu
sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang,
padahal sesungguhnya mereka telah engkar kepada kebenaran yang datang
kepadamu, mereka mengusir Rasul dan kamu kerana kamu beriman kepada
ALlah…” (sila lihat tulisan Syeikh Faisal Mawlawi al-Salam ‘ala Ahl al-Kitab)
Bukti lain dalam perkara ini, dimana berkasih sayang yang dilarang bukanlah
semata-mata orang itu kafir, tetapi kasih sayang yang dilarang itu ialah kepada
orang kafir yang memerangi Islam, perkara ini jelas apabila al-Quran membenarkan
lelaki Islam berkahwin dengan perempuan Kitabiyah (ahli kitab), Allah berfirman
maksudnya:

“Dan Dia (ALLAH) menjadikan antara kamu (suami dan isteri) perasaan kasih
sayang dan rahmat.” (al-Rum: 21)

Maka dari ayat ini, jika seorang suami mengasihi isterinya yang kitabiah, perbuatan
tersebut bukanlah suatu yang terlarang, walaupun isterinya yang kitabiah itu adalah
seorang kafir. Dia berkasih sayang dengan isterinya sekadar hak ikatan
perkahwinan, bukan atas kekufurannya. Ini menunjukkan larangan berkasih sayang
dengan orang kafir itu bukanlah ditujukan kepada semua orang kafir, tetapi ditujukan
kepada orang kafir yang memerangi Islam (‫)الكافرون المحاربون‬.

Dakwaan ayat 86 dari surah al-Nisa merujuk kepada jawapan salam kepada sesama
islam sahaja adalah tidak tepat. Ini kerana ada sebahagian ulama lain yang
berpendapat sebaliknya. al-Imam Ibn Kathir dan al-Tobari menyebut di dalam kitab
tafsir mereka pendapat beberapa ulama salaf (yang ramai) yang berpendapat
ayat: “maka balaslah yang lebih baik” itu ditujukan kepada orang Islam, manakala
ayat: “atau balaslah seumpama dengannya” itu kepada ahli kitab, dan orang-orang
kafir. Bahkan ada riwayat daripada Ibn ‘Abbas yang mengatakan: “Sesiapa yang
memberi salam kepada kamu, dari makhluk Allah, maka jawablah kepadanya,
walaupun ia seorang majusi.” lalu beliau menyebut ayat 86 surah al-Nisa’ ini.

Menyampaikan dakwah Islam adalah tugas utama Umat Islam

Dakwah islam perlu disampaikan kepada orang bukan Islam, ini adalah
tanggungjawab kita semua. Cuba tanya kepada diri sendiri berapa orangkah yang
telah islam di tangan kita? Jumlah yang ada di tangan kita itu menunjukkan itulah
usaha dakwah kita kepada orang bukan Islam, itupun jika ada, kalau jawapannya
tidak ada? atau ada, tetapi seorang dua sahaja bagaimana? Hakikatnya itu
mengambarkan betapa gagalnya kita menyampaikan dakwah kepada orang yang
bukan Islam.

Isu memberi dan menjawab salam adalah isu khilafiah, apabila ada yang
berpandangan boleh setelah melihat kepada keperluan mengatakanya boleh,
mengapa perlu pandangan itu disanggah? Ini hanya kerja sia-sia, berkeras dalam
isu yang sebenarnya ada ruang untuk kita bertoleransi. Bukankah ada kaedah yang
memperakui “Bolehnya berubah sesuatu fatwa, disebabkan berubahnya masa dan
tempat.” Mengapa kita belajar tetapi kita tidak memperaktikkannya?

wassalam.

https://soaljawab.wordpress.com/2007/05/16/boleh-memberi-dan-menjawab-salam-
bukan-islam/

Anda mungkin juga menyukai