Anda di halaman 1dari 7

masalah penguasaan kemahiran matapelajaran jawi bagi murid-murid sekolah rendah bukan satu perkara baru.

Walaupun telah lama matapelajaran jawi dperkenalkan dalam system pendidikan Negara, tahap pengusaan murid dalam matapelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. keadaan ini perlu ditangani segera supaya murid dapat menguasai kemahiran mengenal, mengeja, membaca dan menulis,jawi sebelum mereka melangkah ke tahap seterusnya. Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca jawi antara salahsatu factor penyumbang kepada kegagalan murid membaca al-Quran dan alhadis. Ini dapat dilihat dalam salah satu analisa di sekolah, rujuk lampiran k berdasarkan pencapaian murid2 di sebuah sekolah rendah di perak. Terdapat beberapa masalah yang di sering dihadapi oleh murid dan guru dalam kelas pemulihan jawi. Di antara masalah yang dapat dikenal pasti adalah : 1. Murid Tidak mengenali huruf tunggal jawi pada huruf2 tertentu sahaja. Kebanyakkan murid menghafaz huruf tunggal jawi tanpa mengenal huruf kerana mereka kurang dapat mengecam huruf yang tidak terdapat dalam sebutan huruf rumi seperti huruf sod, dhod, tho, zho, ghain.

2. Segelintir murid2 Tidak dapat menyebut huruf tunggal jawi kerana murid sebelum ini tidak terdedah dengan bacaan al quran di rumah. Masa yang ada terhad di sekolah, 1 waktu seminggu tidak mencukupi bagi murid mengingati huruf jika tidak dibaca berulangkali dan kekerapan membaca atau mengaji pada setiap hari.

3. Ada murid yang masih Tidak dapat membunyikan sukukata kerana tidak meng enali huruf jawi tunggal, tidak mengenal dan mengecam bentuk-bentuk huruf ketika bersambung sama ada di awal, di tengah atau di belakang .

4. Bagi kemahiran membaca murid dapat membaca perkataan-perkataan tersebut tetapi sukar bagi mereka untuk menulis kerana mereka masih lemah tentang kaedah tulisan jawi.

5. Tidak dapat menyambung huruf jawi ketika menulis perkataan sama ada di awal, ditengah atau d akhir. Mereka keliru dengan bentuk huruf jawi ketika bersambung.

CARA MENGATASAI MASALAH SUKAR megenal HURUF TUNGGAL jawi Bagi mengatasi masalah ini dicadangkan agar guru pemulihan jawi terlebih dahulu hendaklah mengenalpasti latarbelakang murid, merancang teknik, pendekatan atau kaedah pemuilhan yang sesuai serta menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan. Kaedah latih tubi sebutan huruf-huruf tunggal berpandukan bahan bantu belajar yang disediakan oleh guru. Selepas itu guru boleh jalankan aktiviti belajar sambil bermain. Pendekatan belajar sambil bermain mampu memberi satu pengalaman yang menarik kepada murid yang terlibat. seperti yang dicadangkan oleh bahagian Program j-QAF iaitu permainan boling. Murid membaling bola untuk menjatuhkan pin. Murid mengambil pin yang jatuh dan menyebut huruf yang dipelajari pada hari tersebut yang ditampal pada pin. Jika betul sebutan murid, guru memberi pujian atau ganjaran sebagai pengukuhan. sebagai tindakan susulan, Kerja rumah akan diberi sebagai latihanpengukuhan. Setiap waktu pendidikan Islam walaupun bukan waktu pelajaran Jawi, guru pendidikan Islam harus mengambil masa tiga hingga lima minit untuk memberi pengukuhan pelajaran yang lepas supaya ingatan terhadap bentuk dan bunyi huruf tersebut kekal dalam ingatan murid-murid. Ini kerana waktu pelajaran jawi hanya satu jam seminggu. Ianya adalah jangka masa yang terlalu lama bagi murid-murid yang sukar mengingat dan

cepat lupa pelajaran yang diajar.Berdasarkan teori thorndike tentang perkaitan ransangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh apabila murid-murid melakukan latihan berulang kali. Jika sesuatu tingkahlaku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulangi seperti memberi pujian atau ganjaran setelah murid Berjaya mengingati satu-satu huruf. Jika sebaliknya tindak balas akan dihentikan. Faktor utama yang mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada kaedah atau teknik yang digunakan oleh seseorang dan juga bahan bantu yang sesuai. Antara contoh permainan yang sesuai ialah: Permainan boling jawi Sahibba Kad huruf Kereta api Mencari harta karun CARA MENGATASI MASALAH KELIRU semasa menulis HURUF YANG BERSAMBUNG Bagi mengatasi masalah tidak mengecam atau keliru dengan bentuk huruf ketika bersambung seperti guru menunjukkan huruf tunggal, huruf ketika berada di awal, di tengah serta di akhir. Guru boleh menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan murid ,pembelajaran penguasaan dan pembelajaran kooperatif iaitu murid dibahagi kepada kumpulan kecil dan dibekalkan dengan kad bentuk huruf bersambung di awal, di tengah dan di akhir. Murid berbincang sesama ahli kumpulan dan menampal kad yang dipegang masing-masing pada jadual yang disediakan oleh guru sama ada bentuk huruf bersambung tersebut sepatutnya berada di awal, di tengah atau di akhir. . Pada jadual tersebut telah tersedia huruf tunggal yang mesti mereka kenal pasti.

Sebagai pengukuhan, murid mengeja secara kumpulan dan individu perkataanperkataan yang mengandungi huruf yang baru dipelajari yang mana huruf tersebut berada di awal, di tengah dan di akhir. Guru boleh menggunakan kaedah masteri iaitu memastikan setiap murid dapat mengecam dan menyebut huruf-huruf bersambung secara individu sebelum berpindah ke tajuk yang seterusnya. Antara contoh permainan yang sesuai ialah;

Mencari suku kata dan gambar Pancing ikan Roda jawi Mencantum sukukata bergambar (puzzle) Celik minda Pengelolaan Pengajaran. Pengelolaan pengajaran pemulihan ddalam kelas, perlu sistematik untuk faedah yang maksimum dalam pemulihan. Ia melibatkan empat langkah utama dalam menjalankan pengelolaan pengajaran pemulihan iaitu penentuan objektif, perancangan, pengajaran dan penilaian. Penentuan objektif yang hendak dicapai perlulah sesuai dengan aras murid. Guru perlu merancang Strategi pengajaran yang sesuai, BBM yang menarik yang melibatkan murid secara aktif dan bentuk penilaian yang formatif sama ada secara pemerhatian, soaljawab, latihan, hasil kerja dan sebagainya.
Aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara individu, kumpulan dan kelas secara terancang dan teratur di samping mengaitkan aktiviti dengan akhlak Islam dan nilai-nilai murni.

1. Aktiviti secara Individu Aktiviti yang dijalankan secara individu memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara personal dengan guru dan secara tidak langsung guru dapat mengetahui kelemahan pelajar. 2. Aktiviti secara Kumpulan Pembahagian kanak-kanak kepada beberapa kumpulan membolehkan pelajar berkomunikasi dan bekerjasama. Aktiviti berbentuk permainan sangat sesuai terutama guru mengadakan pertandingan. 3. Aktiviti secara Kelas Aktiviti ini melibatkan seluruh kelas secara serentak. Guru menggunakan aktiviti ini untuk menyampaikan maklumat , arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan ialah nyanyian, bercerita atau kuiz.

: 4

PENUTUP mereka juga memainkan peranan penting dalam mempersembahkan cara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Pengajarn dan pembelajaran yng berkesan melalui penggunaan bahan bantu belajar, aktiviti berkumpulan, motivasi dan interaksi akan merangsang pelajar untuk belajar. Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran jawi dalam bilik darjah dengan merancang teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Kaedah pengajaran juga perlu dpelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang berbeza dalam penguasaan jawi bertujuan memudahkan pelajar memahami pengajaran guru dalam suasana gembira dan tanpa rasa terpaksa. Program jqaf yang dlaksanakan merupakan satu langkah yang murni untuk memperbaiki peng uasaan jawi dkalangan pelajar. Sasaran jqaf yang bertujuan untuk memperkasakan pendidikan islam melalui penekanan khusus kepada jawi, al quran, bahasa arab dan fardu ain adalah satu usaha yang baik demi untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar.

Sebagaimana yang dkatakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui modul j-QAF itu, para pelajar khususnya yang beragama Islam akan dapat memahami serta memahirkan diri dengan al-Quran secara lebih berkesan dan meluas. Berteraskan al-Quran yang menjadi wadah pendidikan paling utama, modul j-QAF akan mendedahkan para pelajar dengan kemahiran tulisan jawi, Bahasa Arab dan fardhu ain. Malah al-Quran juga telah terbukti sebagai sumber dan formula kecemerlangan yang paling berkesan kerana tuntutan akidah yang seimbang antara dunia dan ukhrawi serta material dan spiritual bagi setiap mukmin (Utusan Malaysia, 1 Jun 2004). Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein telah berkata semasa sempena Majlis Pelancaran Program Pengedaran Akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Penyerahan Pakaian Kokurikulum Sumbangan Kumpulan Utusan dan Yayasan Albukhary di Sekolah Kg. Chamek, Paloh, Kluang, Johor yang menyentuh mengenai tulisan jawi, peranannya dalam masyarakat kini sangat

membimbangkan kerana pada hari ini tidak ramai di kalangan masyarakat khususnya generasi muda Melayu yang mahir membaca dan menulis jawi sedangkan tulisan jawi adalah warisan turun temurun yang merupakan sejarah Bahasa Melayu sebelum ini (www.moe.gov.my). Senario ini jika tidak ditangani dengan serius, akan terus membantutkan usaha mengembalikan kegemilangan tulisan jawi sebagai antara pusaka bangsa. Usaha untuk menghidupkan semula warisan yang amat bernilai ini banyak bergantung kepada kesedaran masyarakat dalam memberi dorongan dan bimbingan kepada generasi muda yang diharap akan mengangkat semula martabat tulisan ini serta menghindarnya daripada terus terhakis dan lapuk dimakan zaman.

Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu adalah dengan menentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas, serta Berpandukan jadual waktu induk sekolah. Selain itu Guru perlu Catatkan waktu panduan dan persediaan juga Pamerkan jadual waktu kelas pemulihan dalam bilik darjah dan Edarkan salinan jadual waktu kepada pengurus sekolah. Jika perlu beri kerjasama kepada jawatankuasa pembentukan jadual waktu sekolah untuk mendapat jadual waktu yang sesuai.
*(Murid tahun 1 dicalonkan selepas menjalinkan ujian saringan, manakala bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 berdasar pencapaian jawi yang dijalankan oleh pihak sekolah).

Anda mungkin juga menyukai