Anda di halaman 1dari 17

T1A3 ( PELAPORAN )

KOD KURSUS : HBEF3603

TAJUK KURSUS :

AMALAN PROFESIONAL

______________________________________________________________

NO. MATRIKULASI : 720102115243001


NO. KAD PENGENALAN : 720102115243
NO. TELEFON : 019-7809058
E-MEL : zalisura@oum.com
PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE
1.0 Refleksi P&P lalu

1.1 Guru

Dengan menggunakan kaedah tersebut, guru berjaya menghidupkan suasana pembelajaran yang
seronok dan dapat menarik minat murid-murid. Selain dapat menarik minat murid dalam kelas,
guru juga dapat memupukkan rasa bersemangat dalam melaksanakan aktiviti yang menggunakan
kaedah permainan boling. Kaedah alternatif ini memberikan impak yang positif dalam
meningkatkan kemahiran murid dari segi mengenal huruf, mengeja, dan menulis perkataan jawi.
Maka, dapat dirumuskan bahawa, guru adalah pemudahcara dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid dapat mempelajari sesuatu ilmu baru dan
dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dan kreatif
dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang
boleh guru gunakan dan salah satu kaedah yang dapat menarik murid adalah kaedah
permainan. Diharapkan kaedah tersebut dapat digunapakai oleh guru tidak tertakluk kepada guru
Pendidikan Islam sahaja malah, boleh digunakan oleh semua yang bergelar guru.

1.2 Murid

Didapati murid-murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran jawi akan menunjukkan
tanda seperti berikut;

1. Tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf, perkataan atau ayat.


2. Tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan dengan tepat.
3. Tidak boleh membaca ayat dengan lancar.
4. Membaca sesuatu perenggan terlalu lama.
5. Menggerakkan bibir semasa membaca apabila membaca berkumpulan.
6. Menggunakan jari untuk menunjukkan setiap perkataan semasa membaca.
7. Membaca dengan bunyi yang perlahan.

Selepas melaksanakan kaedah pengajaran permainan terhadap murid pemulihan jawi, mereka
amat teruja dan berminat sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-
murid dapat memberikan fokus yang baik sepanjang pengajaran guru dijalankan. Mereka juga
dapat menjalankan aktiviti yang telah diberikan dengan penuh perhatian. Seperti mana yang telah
diterangkan di dalam bab yang sebelumnya, intervensi telah dijalankan di dalam tempoh 8
minggu dan menggunakan 1 masa pengajaran iaitu mengambil masa 60 minit. Pemerhatian
dilakukan apabila melaksanakan tindakan 1 iaitu pra ujian sehingga tindakan 8 iaitu pasca ujian.
Namun, pemerhatian yang lebih banyak dilakukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran kaedah
pintar jawi.

1.3 Isi kandungan pelajaran

Pemulihan Jawi
Merujuk kepada pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan jawi J-Qaf (Pendidikan
Islam) untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Murid yang keciciran dalam jawi
akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, mengeja, dan menulis huruf-huruf
tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku
kata terbuka dan suku kata tertutup. Aspek pengurusan di peringkat sekolah pula meliputi tiga
komponen iaitu;

1. Pedagogi: Modul Pemulihan jawi J-Qaf mencadangkan agar kaedah pengajaran dan
pembelajaran kelas pemulihan ini dilaksanakan bersesuaian dengan kemampuan
murid. Oleh itu kaedah yang menghiburkan seperti permainan dan nyanyian
dicadangkan dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Penilaian: Penilaian perlu dijalankan setiap kali kelas diadakan. Penilaian ini adalah
untuk menguji kemahiran mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf dan suku
kata-suku kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan dalam borang
penilaian khas.
3. Dokumentasi: Selain menjalankan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran,
ujian dan penilaian, guru-guru pemulihan juga perlu menyediakan folio murid
pemulihan jawi yang merangkumi aspek-aspek seperti; borang pencalonan, borang
latar belakang, borang pengumpulan maklumat, ujian saringan dan diagnostik,
lembaran kerja, hasil pembelajaran yang telah dijalankan dan maklumat lain yang
berkaitan.
1.4 Persekitaran

Bilik darjah.

Di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Paka Terengganu ini, mempunyai 12 buah bilik
darjah yang beroperasi. Setiap aliran hanya satu kelas beroperasi dengan purata lebih kurang 20
orang murid setiap aliran. Manakala kelas selebihnya adalah milik kelas agama waktu petang
iaitu KAFA yang beroperasi mulai jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Bilik darjah yang ada
telah lengkap dihiasi dengan langsir dan aksesori yang menambahkan lagi keceriaan dalam kelas.
Kesesuaian bilik darjah yang ada ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan baik dan sempurna.

Latar belakang murid.

Murid-murid yang di buat kajian seramai 11 orang ini adalah mempunyai latar belakang yang
hamper sama. Sebab utama adalah ketidakhadiran ke sekolah yang terlalu kerapkali. Dengan
keadaan ini, pembelajaran murid terganggu dan ketinggalan dalam banyak mata pelajaran.
Berbalik kepada fokus utama ialah mata pelajaran Jawi. Latar belakang dan suasana kehidupan
di kawasan kampung sekitar sekolah adalah kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah.
Pendapatan mereka bergantung kepada kekerapan bekerja untuk mendapat rezeki. Apabila
kedua-dua ibu dan bapa pergi bekerja di kebun, maka si anak tanpa pengawasan orang tua akan
mengambil peluang untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah. Atas alasan ini, maka murid-
murid yang diambil sebagai bahan kajian adalah bertepatan dan bersesuaian dengan tajuk kajian
kerana murid-murid ini adalah dari kelas pemulihan Jawi.

Kemudahan sekolah.

Sekolah ini terletak lebih kurang 20 km dari Bandar Dungun dan 20 km dari Bandar Paka.
Mempunyai 1 blok bangunan setingkat, 1 blok bangunan dua tingkat, 1 blok bangunan tiga
tingkat dan 1 blok bangunan empat tingkat. Sekolah ini mempunyai 14 orang guru termasuk
pentadbiran sekolah. Hampir 80% murid-murid datang ke sekolah dengan berjalan kaki.
Mempunyai 1 makmal sains, 1 makmal komputer, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik SAL, 1 bilik
guru, 1 bilik pejabat, 1 bilik j-QAF, 1 bilik kaunseling, 1 bilik rawatan.
2.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan adalah berdasarkan beberapa tujuan iaitu:
1. Meningkatkan kemahiran murid pemulihan mengenal huruf, mengeja dan menulis
perkataan dalam tulisan jawi dengan mudah.
2. Membantu menarik minat murid pemulihan mempelajari tulisan jawi.
3. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah.

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu:


1. Adakah penggunaan kaedah pintar jawi dapat meningkatkan kemahiran murid
pemulihan mengenal huruf, mengeja dan menulis perkataan dalam tulisan jawi
dengan mudah?
2. Adakah penggunaan kaedah pintar jawi dapat menarik minat murid pemulihan
mempelajari tulisan jawi?
3. Adakah penggunaan kaedah pintar jawi dapat membantu guru mempelbagaikan
kaedah pengajaran dalam bilik darjah?

3.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Paka,
Terengganu berkaitan dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran Jawi, khususnya dalam
kelas pemulihan Jawi. Pada akhir kajian penyelidik mendapati bahawa penggunaan kaedah
permainan pintar jawi terhadap 11 orang murid pemulihan jawi ini dapat meningkatkan
pencapaian dan penguasaan pelajar dalam penulisan jawi. Hal ini terbukti dengan perbandingan
hasil ujian yang dilakukan, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Hasil daripada dua ujian ini
menunjukkan peningkatan yang diperolehi murid setelah mengikuti kelas pemulihan jawi dengan
pelaksanaan kaedah pintar jawi sebagai kaedah pembelajaran aktif oleh guru. Selanjutnya, kesan
pembelajaran aktif dalam pembelajaran jawi juga didapati merupakan suatu elemen yang mampu
menarik minat murid untuk terus mempelajari tulisan jawi. Seiring dengan pendapat Choong
(2011) bahawa aspek keperluan, kehendak dan minat anak-anak murid merupakan unsur-unsur
yang perlu dipertimbangkan pada peringkat perancangan, pembentukan dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Seramai 11 orang murid pemulihan jawi terlibat dalam kajian
sebagai sampel. Kajian ini melibatkan tiga instrumen kajian iaitu ujian pra dan pasca, analisis
keputusan temu bual bersama guru Pendidikan Islam dan analisis keputusan pemerhatian yang
telah dijalankan oleh penyelidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian min adalah
lebih tinggi setelah murid pemulihan jawi belajar melalui pembelajaran aktif iaitu kaedah
permainan pintar jawi berbanding dengan pencapaian min semasa murid diajar melalui kaedah
pembelajaran tradisional. Persoalan pertama kajian terbukti daripada dapatan kajian yang
dijalankan menunjukkan penggunaan kaedah pintar jawi dapat meningkatkan kemahiran murid
pemulihan mengenal huruf, mengeja dan menulis perkataan dalam tulisan jawi dengan mudah.
Perkara ini dapat dilihat melalui peningkatan ujian pra kepada ujian pasca iaitu daripada 17.63
kepada 31.45. Peningkatan markah min sebanyak 13.82 menunjukkan bahawa murid pemulihan
jawi dapat meningkatkan kemahiran jawi mereka serta berjaya meningkatkan pemahaman
penulisan jawi di kalangan murid.
Persoalan kedua kajian dijawab apabila penggunaan kaedah pintar jawi dapat menarik
minat murid pemulihan mempelajari tulisan jawi dengan melihat kepada respon daripada guru
yang ditemu bual serta pemerhatian yang telah dijalankan oleh penyelidik sepanjang kajian
tindakan ini menunjukkan murid-murid dapat memberikan fokus yang baik sepanjang pengajaran
guru dan teruja dengan setiap aktiviti permainan pintar jawi yang dijalankan oleh guru. Daripada
kajian ini juga penyelidik melihat penggunaan kaedah pintar jawi ini dapat membantu guru
mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Guru tidak lagi terikat dengan
tradisional tetapi dapat mempelbagaikan dengan penggunaan pembelajaran aktif yang dilihat
sangat membantu dalam peningkatan kemahiran sosial dan intelektual murid. Ini selari dengan
dapatan yang menunjukkan sahsiah yang baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling
hormat menghormati dan bersedia menerima kekalahan. Namun, keberkesanan kaedah ini
bergantung kepada perancangan guru untuk merangka satu permainan yang mampu mencabar
pelajar untuk bermain. (Azizah Lebai Nordin, 2002). Dapatan ini menjawab persoalan ketiga
kajian tindakan ini. Pada keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa kaedah permainan pintar
jawi merupakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah pembelajaran
tradisional.
4.0 Perancangan

Tindakan yang dirancang ini dijalankan dalam jangka masa lapan minggu dan menggunakan
1 masa pengajaran iaitu mengambil masa 60 minit. Jadual proses intervensi adalah seperti
berikut:

TARIKH
BI
AKTIVITI
L
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. 25 September 2013
2 Menulis proposal kajian 29 September 2013
3 Merancang tindakan 2 Mac 2014
5 Melaksanakan tindakan 1 5 Mac 2014
pra-ujian

6 Melaksanakan tindakan 2 12 Mac 2014


Pengajaran secara klasikal dengan menggunakan papan putih
sebagai media.
7 Melaksanakan tindakan 3 19 Mac 2014
Pengajaran Kaedah Pintar Jawi 1

8 Melaksanakan tindakan 4 26 Mac 2014


Pengajaran Kaedah Pintar Jawi 2

9 Melaksanakan tindakan 5 2 April 2014


Pengajaran Kaedah Pintar Jawi 3

10 Melaksanakan tindakan 6 9 April 2014


Pengajaran Kaedah Pintar Jawi 4

11 Melaksanakan tindakan 7 13 April 2014


Pengajaran Kaedah Pintar Jawi 5

12 Melaksanakan tindakan 8 15 April 2014


Pasca-ujian

13 Menulis laporan kajian 20 April 2014


14 Pembentangan dapatan kajian 29 Mei 2014
5.0 Perlaksanaan inovasi P&P

Tahun 4 Topaz Gemilang


Bilangan Pelajar 11 orang
Masa 60 minit ( 1 jam )
Tajuk Membaca dan menulis suku kata terbuka
Objektif I. Murid boleh membaca suku kata terbuka
II. Murid boleh membina suku kata terbuka menjadi perkataan
III. Murid boleh menulis perkataan dari suku kata terbuka
Strategi Dari mudah kepada susah
Cadangan aktiviti Langkah 1
1.1 Guru memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk huruf
(a) Menggunakan ‘mounting board’ (kad imbasan)
(b)Membentuk huruf ba dan ta dengan menggunakan plastesin
1.2 Menyebut huruf secara latih tubi, individu, jantina dan kumpulan
1.3 Guru memperkenalkan huruf vokal alif, wau dan ya
1.4 Latih tubi membaca suku kata terbuka

Langkah 2
Membina dan menulis perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari. Guru
juga boleh menggunakan teknik:

2.1 Tunjuk cara: teknik yang digunakan oleh guru sewaktu menjalankan
pengajaran yang memerlukan murid menguasai sesuatu kemahiran terlebih
dahulu sebelum aktiviti sebenar dijalankan
Contoh:
‫ بو‬+‫بوبو = بو‬
‫ بو‬+ ‫ابو = ا‬
‫ تو‬+ ‫باتو = با‬
2.2 Sumbangsaran: guru meminta murid merekacipta perkataan daripada suku
kata yang telah dipelajari.
2.3 Penyelesaian masalah: guru menyediakan beberapa perkataan baru di
dalam tulisan rumi. Murid dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan
kemahiran yang telah dipelajari tadi.

Langkah 3
Bermain permainan pancing ikan.
Alatan:
Objek ikan dikerat dua
Batang pancing
Kad suku kata
Persediaan
Objek ikan diperbuat daripada polistrin atau kad manila.
Letakkan magnet pada ikan dan tali pancing.

Cara permainan:
 Permainan dijalankan secara berkumpulan
 Murid dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor ikan bagi
membentuk perkataan.
 Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi
perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang.

Jadual 3.5: Contoh Rancangan Pengajaran Kaedah Pintar Jawi


5.1 Kaedah Pandang Sebut
Cara penyampaian kaedah ini ialah murid terus diperkenalkan kepada perkataan dan huruf.
Selalunya huruf atau perkataan tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar. Kemudian murid
diperkenalkan dengan ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Mengecam
huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah
perkataan. Pengalaman pembacaan pelajar akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan
sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.

5.2 Kaedah Latih Tubi


Dalam Islam, kaedah ini mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat Jibril sendiri telah
menggunakan kaedah ini sewaktu menagajar Rasulullah SAW membaca ayat yang pertama turun
(Iqra’). Baginda diajar membaca berulang kali. Kali pertama Rasulullah menjawab tidak tahu,
hingga kali ketiga baharulah Baginda dapat membacanya. Membaca berulang kali merupakan
prinsip utama dalam latih tubi, iaitu corak pengajaran bagi memberikan kemahiran dan
kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot.
Kaedah ini digunakan dengan meluas dari zaman berzaman. Contohnya, membaca Al-Quran
diajar dengan kaedah latih tubi ini. Teknik latih tubi juga merupakan aktiviti pengulangan fakta-
fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

5.3 Kaedah Mengenal Huruf


Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan.
Murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf-huruf jawi. Murid
diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu
menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah diperkenalkan dengan huruf dan
dapat mengahafalnya barulah langkah seterusnya diambil dan bergantung kepada para guru
untuk menggunakan kaedah yang mana lebih sesuai dengan kebolehan dan kemampuan murid.
5.4 Kaedah Mengeja
Kaedah mengeja ini digunakan sepenuhnya dalam membantu murid untuk mengenali huruf-
huruf. Kaedah ini merupakan kaedah permulaan bagi memperkenalkan huruf kepada murid.
Setelah mereka pandai mengeja maka diteruskan dengan perkatan suku kata sehingga murid
dapat membaca.

5.5 Kaedah Permainan


Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh
digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan.
Permainan merupakan satu cara melatih murid supaya dapat berinteraksi dengan rakan sekeliling
mereka dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih
menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan
sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka .

6.0 Kaedah Pintar Jawi

Pendekatan kaedah pintar jawi ini terdiri daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk permainan. Permainan adalah suatu aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk
belajar. Permainan berbentuk pertandingan atau perlawanan bersama dengan peraturan tertentu
akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang seronok.
Terdapat beberapa jenis permainan dalam kaedah pintar jawi iaitu:

6.1 Boling
Tin disusun mengikut bentuk piramid. Kemudian murid dikehendaki membuat lontaran ke arah
tin tersebut. Murid dikehendaki menyebut huruf yang terdapat pada tin yang jatuh. Sekiranya
jawapan yang diberikan betul, murid akan diberi ganjaran bagi menaikkan semangat belajar
mereka. Aktiviti ini dapat meransang murid dengan mudah untuk mengenal huruf tunggal
dengan mudah. Sekiranya mereka masih gagal untuk menyebut atau mengenal huruf. Mereka
akan mengulangi aktiviti ini sehingga mereka berjaya untuk mengenal huruf supaya dapat
melakukan aktiviti permainan yang seterusnya.
6.2 Joran Jawi
Guru menyediakan kad huruf tunggal hijaiah atau kad suku kata terbuka berbentuk ikan. Murid
akan memancing menggunakan joran dan akan mengeja suku kata. Murid yang dapat menyebut
dan mengeja tulisan jawi yang ada pada kad huruf dengan betul akan diberi ganjaran. Aktiviti ini
sesuai untuk murid mengenal huruf tunggal dan membina suku kata terbuka dengan mudah.

6.3 Permainan ”Roda Impian Jawi”


Permainan ini adalah sama seperti rancangan realiti ”Roda Impian”. Murid diminta memilih satu
suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang terdapat pada roda akan berhenti di
salah satu suku kata atau huruf. Murid yang memusing roda diminta menyambung dan mengeja
suku kata tersebut menjadi perkataan yang mudah difahami. Dan mereka dikehendaki menulis
suka kata yang dibina. Aktiviti ini mendedahkan murid dalam membina suku kata dengan lebih
banyak. Dengan ini mereka dapat mengeja suku kata jawi dengan lebih banyak serta dapat
menambahbaikan lagi kemahiran membaca, mengeja dan menulis.

6.4 Pancing Ikan


Aktivti ini dijalankan secara berkumpulan. Guru akan menampal beberapa keping gambar
dihadapan papan hitam. Murid-murid mengikut kumpulan masing-masing akan berbincang dan
menyusun suku kata yang diberikan berdasarkan gambar yang dipaparkan. Kumpulan yang
berjaya membina suku kata yang betul berdasarkan gambar akan dikira sebagai pemenang dalam
permainan ini. Dalam aktiviti ini, mereka akan bekerjasama dalam satu kumpulan bagi
memenangi pertandingan. Selain itu, mereka dapat saling membantu antara satu sama lain dalam
membina suku kata berdasarkan gambar yang diberikan.
7.0 Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan.

7.1 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca

Analisis ini bertujuan untuk melihat peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran mengenal
huruf, mengeja dan menulis perkataan dalam tulisan jawi sebelum dan selepas pembelajaran
kaedah pintar jawi dilaksanakan. Sebanyak 25 item soalan telah dikemukakan.

7.2 Analisis Keputusan Temu Bual Bersama Guru Pendidikan Islam

Hasil temubual yang dilaksanakan bersama guru Pendidikan Islam dapat disimpulkan bahawa
penggunaan kaedah pintar jawi terhadap murid pemulihan jawi tahun 4 melalui kaedah
permainan dalam kemahiran jawi adalah suatu kaedah alternatif dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah tersebut, guru berjaya
menghidupkan suasana pembelajaran yang seronok dan dapat menarik minat murid-murid.
Selain dapat menarik minat murid dalam kelas, guru juga dapat memupukkan rasa bersemangat
dalam melaksanakan aktiviti yang menggunakan kaedah permainan boling. Kaedah alternatif ini
memberikan impak yang positif dalam meningkatkan kemahiran murid dari segi mengenal
huruf, mengeja, dan menulis perkataan jawi. Maka, dapat dirumuskan bahawa, guru adalah
pemudahcara dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid
dapat mempelajari sesuatu ilmu baru dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Oleh
yang demikian, guru perlu bijak dan kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh guru gunakan dan salah satu kaedah yang
dapat menarik murid adalah kaedah permainan. Diharapkan kaedah tersebut dapat digunapakai
oleh guru tidak tertakluk kepada guru Pendidikan Islam sahaja malah, boleh digunakan oleh
semua yang bergelar guru.
7.3 Analisis Pemerhatian

Penyelidik juga menjalankan pemerhatian semasa proses pembelajaran dilaksanakan. Didapati


murid-murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran jawi akan menunjukkan tanda
seperti berikut;

1. Tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf, perkataan atau ayat.


2. Tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan dengan tepat.
3. Tidak boleh membaca ayat dengan lancar.
4. Membaca sesuatu perenggan terlalu lama.
5. Menggerakkan bibir semasa membaca apabila membaca berkumpulan.
6. Menggunakan jari untuk menunjukkan setiap perkataan semasa membaca.
7. Membaca dengan bunyi yang perlahan.
Selepas melaksanakan kaedah pengajaran permainan terhadap murid pemulihan jawi, mereka
amat teruja dan berminat sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-
murid dapat memberikan fokus yang baik sepanjang pengajaran guru dijalankan. Mereka juga
dapat menjalankan aktiviti yang telah diberikan dengan penuh perhatian. Seperti mana yang telah
diterangkan di dalam bab yang sebelumnya, intervensi telah dijalankan di dalam tempoh 8
minggu dan menggunakan 1 masa pengajaran iaitu mengambil masa 60 minit. Pemerhatian
dilakukan apabila melaksanakan tindakan 1 iaitu pra ujian sehingga tindakan 8 iaitu pasca ujian.
Namun, pemerhatian yang lebih banyak dilakukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran kaedah
pintar jawi.
8.0 Kesimpulan

Jelaslah bahawa telah menjadi tugas guru untuk menyediakan rangsangan agar memberi
sumbangan kepada proses pembelajaran murid. Lantaran itu, hasil dapatan menunjukkan bahawa
kaedah pintar jawi ini memberikan kesan yang positif kepada pencapaian murid di dalam kelas
pemulihan jawi. Daripada data yang telah dianalisis, menunjukkan terdapat peningkatan
perbezaan min skor markah daripada ujian pra kepada ujian pasca. Ini menunjukkan kaedah
pintar jawi ini berjaya meningkatkan penguasaan murid pemulihan jawi dalam kemahiran
mengenal huruf, mengeja dan menulis perkataan dalam tulisan jawi.
Kesan pembelajaran aktif dalam pembelajaran jawi boleh disimpulkan sangat baik kerana
guru dapat menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menarik minat murid. Perkara ini juga
membuktikan bahawa penggunaan kaedah pintar jawi ini memberikan kesan kepada pengamalan
pembelajaran aktif dalam bilik darjah. Ini kerana melalui kaedah pintar jawi ini murid dapat
bekerjasama dan saling membantu rakan sebaya. Murid pemulihan jawi yang memiliki
kemampuan yang rendah juga bermotivasi dalam proses pembelajaran dengan menggunakan
kaedah ini.
LAMPIRAN 1

1.1 Skor Markah Ujian Pra dan Pasca

Markah Ujian Markah Ujian


(Pra) (Pasca)
BIL NAMA U1 U2 U3 U4 U5 U1 U2 U3 U4 U5
1 Ariff Ikmal Daniel Bin Mohd 2 2 2 4 4 4 4 4 6 6
2 Khairul Iqwan Bin Ismail 4 0 6 0 0 6 2 8 2 4
3 Mohd Nuzul Al-Hafiz B. M. Kanapiyah 4 6 6 0 4 8 8 8 2 8
4 Mohammad Aiman Hakimi Bin Alias 2 0 6 0 6 6 2 10 2 8
5 Muhammad Afiq Iqbal Bin Zakaria 0 0 6 0 4 2 2 10 2 6
6 Muhammad Nur Hakim Bin Zakaria 6 4 4 0 6 10 8 8 2 8
7 Tg Mohd Syukeri B Tg.Mohd Azran 6 4 2 0 8 8 8 6 2 10
8 Nor Akma Irdani Bt Norazman 4 6 6 2 6 8 8 8 4 8
9 Nur Alya Syamimi Bt Mohd Hermizam 6 6 0 0 4 10 10 2 2 6
10 Nur Safrina Bt Azman Senja 6 6 6 2 2 10 10 10 6 6
11 Nurul Alieya Farhana Bt Saazri 4 2 6 2 6 10 4 10 4 10

U1 : CERAIKAN PERKATAAN MENJADI HURUF TUNGGAL


U2 : SAMBUNG HURUF TUNGGAL MENJADI PERKATAAN
U3 : RUMIKAN PERKATAAN JAWI
U4 : JAWIKAN PERKATAAN
U5 : CARI PERKATAAN JAWI YANG BETUL

1.2 Pengiraan Skor Peratus Dan Min Setiap Murid

Ujian Pra

BIL NAMA U1 U2 U3 U4 U5 JUMLAH


PELAJAR
1 A1 2 2 2 4 4 14
2 A2 4 0 6 0 0 10
3 A3 4 6 6 0 4 20
4 A4 2 0 6 0 6 14
5 A5 0 0 6 0 4 10
6 A6 6 4 4 0 6 20
7 A7 6 4 2 0 8 20
8 A8 4 6 6 2 6 28
9 A9 6 6 0 0 4 16
10 A10 6 6 6 2 2 22
11 A11 4 2 6 2 6 20
Peratus ujian Pra = jumlah skor markah x 100

Jumlah skor keseluruhan

= 194 x 100
550
= 35.3

Min = Jumlah Skor Markah/Bilangan Murid


= 17.63

Ujian Pasca

BIL NAMA U1 U2 U3 U4 U5 JUMLAH


PELAJAR
1 A1 4 4 4 6 6 24
2 A2 6 2 8 2 4 22
3 A3 8 8 8 2 8 34
4 A4 6 2 10 2 8 28
5 A5 2 2 10 2 6 22
6 A6 10 8 8 2 8 36
7 A7 8 8 6 2 10 34
8 A8 8 8 8 4 8 36
9 A9 10 10 2 2 6 30
10 A10 10 10 10 6 6 42
11 A11 10 4 10 4 10 38

Peratus ujian Pasca = Jumlah Skor Markah x 100

Jumlah skor keseluruhan

= 346 x 100
550
= 63.0

Min = Jumlah Markah/Bilangan Murid


= 31.45

Anda mungkin juga menyukai