Anda di halaman 1dari 13

Kandungan

Muka Surat

1.0 Pengenalan 2.0 Komen Pengajaran dan Pembelajaran Guru 2.1 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian 2.2 Set Induksi 2.3 Hasil Pembelajaran 2.4 Perkembangan Pelajaran 2.5 Strategi, kaedah atau teknik yang digunakan 2.6 Hasil kerja murid 2.7 Pengurusan kelas dan perwatakan guru 3.0 Rumusan Rujukan Lampiran

1 2-7

8-9

1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Bahasa (2010), mencerap dimaksudkan sebagai memerhati. Pencerapan kelas dapat diertikan sebagai melihat dan memerhati secara teliti terhadap perkara yang dilihat ( Dr. Ibrahim Bafadal, 1992 ). Tujuan pencerapan adalah untuk memperoleh maklumat mengenai aspek-aspek dalam situasi pengajaran dan pembelajaran serta masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam usaha memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan lagi. Secara umumnya aspek-aspek yang diamati dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah usaha-usaha dan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, cara penggunaan alat bantu mengajar dan reaksi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pencerapan merupakan satu proses penting dalam kerja-kerja penyeliaan sekolah. Melalui pencerapan, pencapaian guru dapat diukur dan ianya merupakan salah satu faktor penting dalam penilaian pencapaian dan perkembangan guru terutamanya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pencerapan juga mampu meningkatkan kualiti guru dalam merencana, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pencerapan yang dijalankan akan dapat membantu guru meningkatkan mutu pelajaran supaya pengajaran akan bertambah berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Seterusnya dengan pencerapan juga dapat melihat dengan lebih dekat lagi dengan sebenar apa yang berlaku di dalam bilik darjah agar kelemahan-kelemahan dapat diperbaiki serta amalan-amalan yang baik dapat dikukuhkan lagi. Melalui pencerapan juga dapat mempastikan kurikulum rasmi dilaksanakan di bilik darjah seperti yang dikehendaki serta dapat memberi motivasi kepada guru apabila pengurusnya mengambil tahu tentang pengajarannya.

2.0 Komen Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran Guru Pencerapan pengajaran dan pembelajaran telah kami lakukan melibatkan mata pelajaran Matematik Tahun 3. Pengajaran ini telah dilakukan oleh Puan Rozita binti Zain. Beliau telah mengajar Matematik Tahun 3 melibatkan tajuk Wang di dalam kelas 3 Perdana di Sekolah Kebangsaan Jalan Selama dengan melibatkan murid seramai 34 orang. Masa pengajaran dan pembelajaran tersebut telah dibuat pada pukul 9:15 pagi hingga pukul 10:15 pagi. Sepanjang proses pencerapan dijalankan, saya telah dapat mengenal pasti beberapa elemen yang dikuasai oleh beliau semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Antara elemenelemennya ialah:2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian Sepanjang pencerapan tersebut, saya dapati Puan Rozita binti Zain telah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan yang baik dan lengkap. Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini. Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan pula mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid. Beliau juga menyediakan Rancangan Pelajaran Harian yang sempurna iaitu mengandungi objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti dan penilaian kendiri secara bertulis selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 2.2 Set Induksi Beliau telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid. Permulaan pengajaran yang beliau jalankan sangat baik iaitu dengan memulakan sesi pengajaran dengan bacaan doa. Beliau telah menarik perhatian murid dengan meminta muridmurid meneka apa yang berada dalam genggaman beliau sambil memberi beberapa petunjuk kepada murid agar dapat meneka dengan tepat. Murid dapat meneka setelah mendapat petunjuk yang beliau berikan. Beliau mengaitkan pelajaran yang akan dipelajari pada hari ini tentang tajuk wang. Set induksi ini telah menjurus ke arah persediaan minda murid dengan

mengaitkan pelajaran dengan persekitaran murid. Murid sudah biasa melihat dan menggunakan wang dalam kehidupan seharian. 2.3 Hasil Pembelajaran Langkah pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah seseorang guru itu harus menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar, menolong guru memberi tumpuan dalam penguasaan hasil, membantu guru merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu serta menolong guru dalam membina ujian formatif dan sumatif. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pengajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran. Manakala isi kandungan, kaedah mengajar, dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan alat atau cara utuk mencapai hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang dan aras. Bentuk dapat dinyatakan dalam hasil pembelajaran umum dan hasil pembelajaran khusus. Bidang pula merangkumi kognitif, afektif dan psikomotor. Manakala aras pula meliputi aras satu, aras dua dan aras tiga. Daripada pengajaran cikgu Rozita saya dapati murid-murid dapat melakukan apa yang ingin disampaikan oleh beliau. Murid-murid dapat menggabungkan kesemua wang yang diberikan dengan menyatakan jumlah keseluruhan wang tersebut. Ini bermakna hasil pembelajaran yang ingin disampaikan oleh cikgu Rozita telah tercapai. Malah murid-muirdnya dapat menyelesaikan tugasan dan latihan yang diberinya dengan betul.

2.4

Perkembangan pelajaran dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Cikgu Rozita memperkenalkan mata wang yang terdapat di negara kita. Seterusnya beliau mempamerkan wang kertas contoh dan meminta murid menyebut nilai wang tersebut secara individu dan secara kelas. Penerangan yang telah beliau berikan ini sangat baik dan dapat membuat murid faham dan mengetahui mata wang negara kita yang digunakan dalam kehidupan mereka setiap hari. Penerangan yang diberikan juga telah dapat membuatkan murid berminat dengan pelajaran yang akan dipelajari pada hari itu. Beliau meletakkan beberapa keping wang contoh pada flash card holde kemudian beliau memilih murid secara rawak untuk menulis nilai wang yang ditunjukkan. Murid yang dapat menulis dengan betul jumlah wang diberi penghargaan tepukan oleh semua rakan sekelas. Jika terdapat murid yang salah jawapannya, beliau telah membetulkan jawapan tersebut. Seterusnya beliau menerangkan cara menulis wang dalam bentuk angka dengan betul iaitu perlu menulis simbol RM di depan angka apabila menulis wang dalam angka. Beliau telah menyampaikan pengajaran dengan mengamalkan pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget iaitu daripada mudah kepada kompleks serta pengajaran konkrit kepada abstrak. Beliau menerangkan secara terperinci nilai sesuatu wang itu. Contohnya terdapat wang kertas yang bernilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Di samping itu terdapat juga wang syiling yang bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Beliau juga menghubungkaitkan pengajaran pada hari itu dengan kehidupan murid. Murid telah biasa melihat dan menggunakan wang setiap hari dalam kehidupan mereka. Aktiviti seterusnya beliau telah menyebut nilai wang dan murid diminta meletakkan wang kertas contoh mengikut jumlah wang yang disebut oleh guru. Murid melakukan aktiviti ini secara berpasangan. Beliau seterusnya mengedar lembaran kerja dan meminta murid melengkapkan jawapan dengan menulis nilai wang yang betul. Setelah siap, beliau telah

menyemak dan sekiranya ada murid yang salah jawapannya beliau akan menerangkan dan meminta murid tersebut mengira semula. Penggunaan benda maujud seperti wang kertas contoh adalah tepat dan memudahkan murid memahami setiap penerangan yang diberikan.Bahan-bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat berkesan dan berguna untuk murid. Oleh kerana murid-murid dalam kelas ini mempunyai tahap kebolehan yang pelbagai, beliau telah melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Aktiviti seperti ini dapat membantu murid lebih faham dan dapat mengetahui apa yang cuba disampaikan oleh guru mereka. Setiap aktiviti yang beliau jalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru semata-mata. 2.5 Strategi, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru

Strategi, kaedah dan teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang ingin disampaikan. Teknik soal-jawab atau penyoalan telah digunakan oleh guru tersebut semasa proses pencerapan ini dilakukan. Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini oleh guru berkenaan bukan kerana ia mudah dilaksanakan tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan oleh beliau dengan cara mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan oleh beliau memerlukan murid-murid berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar pada hari itu. Beliau telah menyoal murid dengan menyusun aras soalan dari mudah ke sukar. Beliau juga mengemukakan soalan yang jelas maksudnya dan boleh difahami oleh murid-murid. Semasa mengemukakan soalan

kepada murid, beliau telah memberi masa kepada murid untuk berfikir sebelum menjawab soalan yang dikemukakan. Sekiranya soalan yang diajukan itu tidak dapat dijawab oleh murid tersebut, beliau akan mengalih soalan tersebut kepada murid-murid lain. Beliau juga akan memberi respons yang sesuai terhadap jawapan yang murid berikan. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid disamping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini amat baik dan berkesan. Murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ini dengan baik dan berkesan dengan menggunakan setiap bahan-bahan seperti wang kertas contoh yang dibekalkan. Murid-murid juga telah mengemukakan soalan dan pendapat secara spontan, di samping itu murid juga memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan yang dikemukakan oleh guru. Aktiviti peneguhan juga dipraktikkan oleh guru tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Guru tersebut telah memberi peneguhan terhadap pembelajaran murid dengan memberi pujian secara lisan iaitu bagus, baik dan tahniah. Di samp ing itu isyarat bukan lisan kepada perlakuan yang baik juga diberikan oleh guru tersebut iaitu dengan menunjukkan isyarat tangan. Guru memberi latihan kepada murid dengan menekankan prosedur dan arahan dalam membuat latihan menulis jumlah wang mengikut bilangan wang kertas contoh yang diberikan.. Tugasan yang diberikan adalah berkait dengan tajuk yang dipelajari. Semasa murid menjalankan aktiviti mengiran dan menulis, guru memeriksa tugasan murid dengan membetulkan segera kesalahan murid yang melakukannya. Beliau akan memberi penghargaan kepada hasil kerja murid yang baik. Beliau mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut dengan memberikan peneguhan dan motivasi kepada murid. Beliau juga telah membuat penutupan secara kognitif iaitu merumus pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut dengan

mengharapkan semua murid dapat menggunakan wang dengan bijak dan menyimpan wang yang lebih di dalam tabung. 2.6 Hasil kerja murid

Murid-murid melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dengan lengkap, kemas dan bersih. Murid-murid juga dapat melakukan tugasan dengan menepati masa, menepati format dan prosedur tugasan yang diarahkan oleh guru. Di samping itu, murid-murid membuat latihan dengan betul dan akan membuat pembetulan jika mereka membuat kesalahan. 2.7 Pengurusan kelas dan perwatakan guru

Semasa proses pengajaran ini dijalankan, saya dapati guru tersebut menguruskan kelas dengan memastikan wujud suasana yang kondusif untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna. Suasana yang kondusif meliputi keadaan bilik darjah yang selamat, sentiasa bersih dan ceria, bilik darjah yang kemas serta susunan perabot sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Di samping itu, guru tersebut juga memastikan kesediaan murid untuk belajar dan memastikan peraturan kelas dipatuhi oleh setiap murid-murid. Beliau merupakan seorang guru yang berperwatakan menarik dan turut menyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif dengan berpakaian sesuai, kemas dan bersih serta mematuhi arahan dan surat pekeliling. Beliau juga seorang yang bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu. Beliau menggunakan nada suara yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perwatakan guru seperti ini dapat membantu menarik minat untuk belajar.

3.0 Rumusan Hasil daripada pengajaran yang telah kami buat ini, dapatlah dirumuskan bahawa Puan Rozita binti Zain merupakan seorang guru yang berkarisma dan dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut dengan berkesan. Antara kekuatan yang ada pada beliau ialah dapat mengawal kelas dan mengawal keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik,menggunakan teknik yang sesuai mengikut kebolehan murid, kaedah penyampaian yang digunakan amat sesuai dengan tahap murid dan murid nampak ceria dan berminat mengikut pelajaran yang beliau sampaikan. Jika kita tinjau dari segi perwatakan, beliau merupakan seorang guru yang berperwatakan menarik, berpakaian sesuai, kemas dan bersih, seorang yang mudah didekati dan sedia membantu murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut strategi pengajaran yang digunakan adalah berpusatkan murid, ini dilihat dengan adanya aktiviti yang melibatkan murid secara individu dan aktiviti secara berpasangan. Murid kelihatan sangat aktif dan ceria semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini menunjukkan iklim kelas yang baik di mana suasana yang ditunjukkan adalah ceria. Daripada pemerhatian yang dilihat, beliau lebih ke arah membimbing murid secara

individu, ini didapati guru ini membantu murid yang menghadapi masalah semasa sesi latihan dijalankan. Tunjukkan cara beliau menggunakan bahan konkrit bagi meningkatkan kefahaman murid semasa menjawab latihan yang diberikan. Penggunaan alat bantu mengajar yang juga bersesuaian. Guru menyediakan wang-wang contoh semasa tunjuk cara. Ini akan merangsang murid kerana murid sudah ada pengalaman menggunakan wang semasa situasi seharian. Penggunaan lembaran kerja adalah berkait dengan isi pelajaran yang diajarkan. Penerapan nilai seperti berjimat-cermat dan jujur juga diterapkan semasa pangajaran dijalankan.

Ketika melaksanakan pengajaran, guru bergerak aktif cuba sedaya upaya untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru bergerak dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa membuat latihan kendiri Cadangan penambahbaikan ialah guru boleh menggunakan tayangan slaid atau video untuk lebih menarik minat murid secara keseluruhannya. Ini kerana penggunaan ICT dapat meningkat atau menambah pengetahuan murid dengan lebih mendalam.Selain itu penggunaan bahan bantu mengajar. Beliau perlu lebih banyak menggunakan bahan bantu mengajar bagi setiap aktiviti yang dibuat memandangkan beliau mengajar murid-murid Tahap 1. Ini kerana murid-murid Tahap 1 memerlukan banyak bahan dan benda maujud untuk membuatkan mereka lebih memahami tentang isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru tersebut. Selain itu, beliau juga tidak memakai tanda nama semasa mengajar di dalam kelas. Pemakaian tanda nama perlu bagi setiap guru ketika berada di sekolah. Sesungguhnya kekuatan dan kelebihan yang ada pada guru ini perlu diikuti dan dicontohi oleh guru-guru lain.

Rujukan

Ee, Ah Meng. (1987). Pedagogi untuk bakal guru. Kuala Lumpur: Longman. Hajjah Noresah bt Baharom. (2010). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemp, Jennold E. (1987). Corak rancangan pengajaran-suatu rancangan untuk menggubal unit dan kursus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Tang, Chee Yee. (1988). Panduan latihan mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Wan Mohd Zahid b Wan Mohd. Noordin. (1987). Ke arah pengurusan dan penyeliaan bilik darjah.Kertas kerja dibentang dalam persidangan pegawai-pegawai pendidikan daerah kali ke-5 di Kota Bahru. Kelantan.

10

11

12

Anda mungkin juga menyukai