Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN APLIKASI SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)

SMK BALABAN JAYA TAHUN 2019

1. PENGENALAN
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merupakan penambah baikkan daripada Sistem Salah Laku Disiplin
Murid yang sebelum ini diguna pakai. Sistem sebelum ini hanya boleh merekod masalah disiplin murid sahaja.
Hasil kajian dan maklum balas guru-guru, SSDM telah diwujudkan dengan mengambil kira amalan baik
dilakukan pelajar juga akan direkodkan untuk dimasukkan ke dalam sistem. Dengan wujudnya SSDM kita
dapat membentuk sahsiah diri pelajar dengan baik untuk melahirkan rakat yang tinggi budi pekerti di masa
akan datang. Kerja-kerja merekod SSDM dilakukan secara online sahaja. Ia merupakan usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan pihak sekolah merekod maklumat salahlaku disiplin pelajar.
Pelaksanaan SSDM melalui online secara tidak langsung dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang
efektif di mana dapat membantu melicinkan urusan di semua peringkat dalam menangani masalah disiplin
pelajar. Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat pelajar berkaitan dengan salah laku dan mereka
perlu telus ketika mengisi maklumat murid-murid.

2. OBJEKTIF

Tujuan penambah baikkan SSDM ini adalah untuk memastikan murid yang melakukan kesalahan bukan hanya
mendapat hukuman sahaja malah boleh mendapat bantuan daripada guru bimbingan dan kaunseling. Selain
itu, ia juga memudahkan guru untuk membuat rujukan untuk kegunaan akan datang. SSDM telah ditambah
baik dengan memberi akses kepada guru, guru disiplin dan guru besar untuk tujuan laporan dan tindakan
hukuman. Selain itu amalan sahsiah baik juga boleh direkodkan menerusi sistem ini dapat membantu dalam
penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu
pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid
dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

3. PENILAIAN IMPAK

PROGRAM/ ULASAN PENILAIAN/ PENCAPAIAN CADANGAN


BI AKTIVITI KEKUATAN KELEMAHA PENAMBAHBAIKAN
L. (HASIL POSITIF) N

1.
Guru kelas dan guru- Data murid yang dapat 1. Guru-guru 1. Guru-guru wajar diberi
guru lain mengisi dan dikemaskini boleh dijadikan tidak dapat suatu waktu khas untuk
mengemaskinikan sebagai rujukan kepada mengisi data mengisi dan
data dalam SSDM sekolah bagi mengenalpasti murid atas mengemaskinikan data
bagi murid Tingkatan masalah dan amalan baik yang kesibukan dan murid dalam SSDM
Satu-Lima 2019 biasa dilakukan oleh murid- kekangan masa. sahaja.
murid SMK Balaban Jaya.

4. PENUTUP

Adalah diharapkan agar cadangan penambahbaikan mampu memantapkan lagi perolehan data murid.

Disediakan oleh,

………………………….
TRACY VIANNEY ANO
Guru SSDM,
SMK Balaban Jaya.

Disemak dan disahkan oleh,

…………………………..
PN. NIK ZETYARIANIE BT. RAJA AHMAD
Penolong Kanan HEM,
SMK Balaban Jaya.

Anda mungkin juga menyukai