Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN ABS- Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi

MOHAMMED RIDHWAN BIN IBRAHIM | NPQEL2023 | SRBE5

TUGASAN AKTIVITI BERASASKAN SEKOLAH (ABS)


Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi –
Submodul 4.2: Memimpin Pembelajaran

Tugasan 1:
Apakah peranan pengetua atau guru besar (PGB) dalam pelaksanaan SSDM Versi 2
berdasarkan dua surat siaran dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bil.
KPMSP.600-14/1/59 Jld.2(14) bertarikh 10 Mei 2016 dan surat bil. KPM.600-17/1/21
Jld.3(17) bertarikh 02 Januari 2020?

Situasi yang diberikan:


 Lima orang murid tidak membuat kerja rumah. (kes berlaku 3 kali dalam tahun
ini) dalam kelas matematik Cikgu Adnan 5 Seroja
 Cikgu Adnan telah memberikan teguran dan nasihat sebanyak tiga kali dan
merekodkan kesalahan kelima-lima murid tersebut dalam buku kawalan kelas.

 Guru kelas 5 Seroja, Cikgu Kamal telah memeriksa buku kawalan kelas dan
mendapati 5 murid tersebut selalu culas membuat kerja rumah.
 Cikgu Kamal telah membuat laporan kes salah laku murid dalam Sistem
Sahsiah Diri Murid (SSDM) pada hari tersebut.

 Pada setiap hari Isnin, Guru Disiplin telah membuat semakan salah laku
murid melalui SSDM dan mendapati terdapat lima murid kelas 5 Seroja telah
melakukan kesalahan pada hari Khamis yang lepas.
 Guru BnK menemubual beberapa orang guru kelas 5 Seroja dan mendapati
ramai lagi murid kelas tersebut yang tidak membuat kerja rumah yang
diberikan.
 Cikgu Kamal berasa tertekan kerana terlepas pandang untuk merekodkan
kesalahan murid dalam SSDM.

 Guru BnK telah memaklumkan hal berkenaan kepada Guru Besar.

 Guru Besar mendapati wujud salah faham dalam kalangan guru berkaitan
pelaksanaan SSDM Versi 2.
 Sepatutnya guru MP yang merekodkan kesalahan dan amalan baik dalam
SSDM dan bukannya guru kelas.
 Guru besar telah mencadangkan kepada guru BnK agar diadakan taklimat
kali kedua kepada semua guru oleh PK HEM.
 Guru besar juga dimaklumkan oleh PK HEM iaitu terdapat rekod status
‘sahsiah perlu perhatian’ dan status ‘perlukan perhatian serius’ masih lagi
belum dibuat pengesahan tindakan dan hukuman.
 Guru disiplin tidak dapat mengambil tindakan dan hukuman terhadap murid
yang membuat salah laku.

1 | TUGASAN ABS - Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi


TUGASAN ABS- Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi
MOHAMMED RIDHWAN BIN IBRAHIM | NPQEL2023 | SRBE5

Jawapan Tugasan 1:

Pengetua dan Guru Besar harus:

1. Memahami dan menghayati fungsi Sistem Salahlaku Disiplin Murid sebagai suatu
sistem penting yang digunakan untuk merekod dan mengumpul data salah laku
disiplin murid di peringkat sekolah.

2. Dalam situasi yang diberikan, Guru Besar perlu sedar dan fasih untuk
melaksanakan SSDM di sekolah mengikut fungsi yang betul bagi setiap peringkat,
iaitu fungsi guru mata pelajaran, guru kelas, guru disiplin, guru BnK dan guru Penolong
Kanan HEM.

3. Status sahsiah murid perlu berfokus kepada murid yang mempunyai status sahsiah
perlukan perhatian dan perlukan perhatian serius.

4. Data dan dapatan yang dikumpulkan dari sistem SSDM perlu dilakukan analisa
secara berkala agar tindakan yang sewajarnya dapat dilaksanakan terhadap masalah
disiplin di sekolah. Guru Besar perlu bertindak secara berpasukan dan menggunakan
alat penyelesai masalah yang sesuai (5 Whys, Ishikawa, Pareto dan sebagainya),
dalam kerangka PDCA agar tidak tersasar dan berfokus kepada penyelesaian
masalah.

5. Tindakan Guru Besar untuk melaksanakan taklimat adalah langkah tepat, dan
adalah lebih berkesan jika dilaksanakan bengkel hands-on dan simulasi untuk
memberikan kefahaman yang lebih baik kepada guru-guru di sekolah.
















2 | TUGASAN ABS - Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi


TUGASAN ABS- Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi
MOHAMMED RIDHWAN BIN IBRAHIM | NPQEL2023 | SRBE5


Tugasan 2:
1. Data pelaksanaan SK@S Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid (Lampiran 1)
2. Borang Analisa (Lampiran 2)
3. Data SSDM

1. Seramai 36 orang guru SK Batu Sembilan telah dilibatkan untuk mengisi instrumen
SK@S Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid menggunakan Google Form, yang
terdiri daripada PK Hem, guru-guru disiplin, guru BnK dan 30 orang guru biasa.

Rujuk: https://forms.gle/jJQUzNXzQVBvx7tQ9

2. Borang Analisa (Lampiran 2)

Bil. responden menanda


skor Jumlah
Mengurus disiplin murid dengan;
Responden
4 3 2 1 0
a. menyebarluaskan peraturan sekolah 17 19 36
b. menguatkuasakan peraturan sekolah 21 12 3 36
c. menganalisa data disiplin 21 9 6 36
d. merancang program pendidikan disiplin 18 18 36
e. melaksanakan program pendidikan disiplin 16 12 5 3 36

Tindakan a b c d e
Peratus pencapaian sebenar 47.22 58.33 58.33 50 44.44
Peratus pelunjuran 100 100 100 100 100

Analisa Jurang SK@S 3.3.2


100

80

60

40

20

0
a b c d e

Peratus pencapaian sebenar Peratus pelunjuran

 Jurang terbesar dilihat pada aspek a. dan e.


 20 responden telah menanda skor 1-3 bagi aspek e. (melaksanakan program
pendidikan disiplin)

3 | TUGASAN ABS - Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi


TUGASAN ABS- Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi
MOHAMMED RIDHWAN BIN IBRAHIM | NPQEL2023 | SRBE5

3. Data SSDM

4 | TUGASAN ABS - Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi


TUGASAN ABS- Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi
MOHAMMED RIDHWAN BIN IBRAHIM | NPQEL2023 | SRBE5

5 | TUGASAN ABS - Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi


TUGASAN ABS- Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi
MOHAMMED RIDHWAN BIN IBRAHIM | NPQEL2023 | SRBE5

Tugasan 3:
Program intervensi sekolah

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Data pelaksanaan SK@S Aspek


3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid (Lampiran 1), Borang Analisa (Lampiran 2) dan data
SSDM, didapati:
 Penyebaran peraturan disiplin di sekolah adalah masih rendah
 Pelaksanaan program pembentukan sahsiah masih belum mantap
 Pengisian data SSDM masih tidak mencapai objektif dan tidak menjadi
keutamaan. Data yang dijana menggambarkan guru kurang peka untuk
membuat pengisian, dan tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkaitan
pelaksanaannya di sekolah.

Oleh itu, unit HEM telah melaksanakan beberapa tindakan awal bagi menangani
perkara tersebut. Perancangan jangka panjang juga sedang dirangka unit HEM agar
program pelaksanaan pengurusan disiplin murid dipantau dan dilaksanakan secara
berterusan.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

Hasil yang
Tarikh Program Kumpulan sasaran
diharapkan
Taklimat pelaksanaan
SSDM oleh En.
Basharudin bin
Bahaman, Peg. HEM Semua guru
PPD Hulu Langat memahami fungsi
dan tugas masing-
11/7/2023 Semua guru SKBS
masing serta cara
pengisian SSDM
yang betul

Ceramah Bina Insan


Murid SKBS oleh Sjn.
Nor Asmihan bt. Omar
dari Unit Forensik, Bukit Murid mendapat
Aman 36 orang murid pendedahan
Tahap 2 yang tentang bahaya
6/7/2023 dikenalpasti dadah dan juga
mempunyai masalah akibat ponteng
disiplin sekolah dan
pergaulan bebas

6 | TUGASAN ABS - Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi


TUGASAN ABS- Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi
MOHAMMED RIDHWAN BIN IBRAHIM | NPQEL2023 | SRBE5

Kesimpulan:

PGB bertanggungjawab memastikan pelaksanaan pengurusan disiplin di sekolah


mencapai standard yang ditetapkan. Dokumen SK@S harus menjadi rujukan utama
agar pelaksaan pengurusan disiplin tidak tersasar serta berfokus.

Data yang diperoleh dari SSDM merupakan data yang penting untuk dilakukan
analisa, sebagai punca kepada tindakan sekolah dengan mengenalpasti ruang yang
perlu diberi perhatian dalam masalah disiplin.

Namun yang lebih penting adalah pengisian data perlu mendapat kerjasama yang baik
dari kalangan guru sekolah, dan setiap guru harus mengetahui fungsi masing-masing,
dan kaedah pengisian yangbetul dan tepat, agar data yang diperolehi adalah data
yang bermakna.

Program intervensi juga tidak harus bersifat sementara dan hanya program one-off,
sebaliknya GB dan PK Hem perlu sama-sama merancang dan melaksanakan
program jangka panjang berdasarkan keperluan sekolah dan memberikan impak ke
arah kemenjadian murid dengan sahsiah terpuji.

7 | TUGASAN ABS - Modul 4: Mencemerlangkan Organisasi

Anda mungkin juga menyukai