Anda di halaman 1dari 5

14hb Februari 2019

Unit Aset dan Perolehan


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT
Saujana Impian,
KM 22, Jalan Cheras,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 - 8738 1100


Fax : 011 - 1004 9642
Email : ridhwan.asetppdhl@gmail.com

UP : EN RIDHWAN BIN IBRAHIM

TAWARAN SEBUTHARGA BAGI SEMINAR / KURSUS / BENGKEL / MESYUARAT


DI HOTEL PUTRA KL.

Salam Mesra dari Hotel Putra KL...

Terima kasih di atas minat dan perhatian pihak tuan / puan terhadap Hotel Putra KL.

Merujuk kepada perkara tersebut di atas adalah dengan sukacitanya pihak kami menawarkan sebutharga
pakej seminar / kursus untuk makluman dan tindakan tuan / puan.

Tarikh Masuk : Sila Maklumkan


Tarikh Keluar : Sila Maklumkan

Masa Masuk / Keluar : SELEPAS Jam 3.00 petang / SEBELUM Jam 1.30 petang
Penginapan

Jumlah Peserta : 150 orang

Jumlah Bilik : Sila Maklumkan

Tarikh Kekosongan : 11hb hingga 13hb Mac 2018 ~ tentatif


( sila maklumkan semula )

HOTEL PUTRA KL
Lot 149, Seksyen 87, Jalan Tun Razak, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 03-26881888 Fax:03-26021777
DIURUSKAN OLEH LOTUS NATION SDN BHD.
MILIK PENUH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
1. KADAR PAKEJ

JENIS BILIK PENGINAPAN HARGA BERSIH SEORANG


SEHARI SEMALAM
( termasuk cukai perkhidmatan @ 6% )
1. Bilik Perseorangan RM 150.00

2. Bilik Berdua RM 100.00

3. Bilik Bertiga RM 85.00

PAKEJ TERMASUK Bilik Penginapan

Empat kali (4x) makan minum:-

1 x SARAPAN PAGI
1 x MAKAN TENGAHARI
1 x MINUM PETANG
1 x MAKAN MALAM

Nota :-
( Hari pertama pakej bermula dengan MINUM PETANG dan hari
terakhir kursus pakej berakhir dengan MAKAN TENGAHARI )

Penggunaan sebuah dewan yang dilengkapi dengan alat tulis


seperti pensil, kertas, gula - gula dan air sejuk.

PA system dan microphone, white board, flips chart, white screen


dan kertas mahjong.

Tulisan latar (backdrop) secara percuma tanpa logo.

Kemudahan internet secara percuma (wireless).

Tempat letak kereta secara PERCUMA.

2. PENYEDIAAN BILIK SEMINAR / KURSUS

Tarikh : Sila Maklumkan


Bilangan Peserta : 150 orang

Masa Penggunaan : Hari Pertama Kursus - SELEPAS Jam 2.00 petang


Hari Terakhir Kursus - SEBELUM Jam 1.00 tengahari

Tempat : Sila Maklumkan


Susunan Dewan : Sila Maklumkan
Tulisan Latar : Sila Maklumkan

HOTEL PUTRA KL
Lot 149, Seksyen 87, Jalan Tun Razak, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 03-26881888 Fax:03-26021777
DIURUSKAN OLEH LOTUS NATION SDN BHD.
MILIK PENUH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
3. LAIN-LAIN TAMBAHAN BAYARAN ( sekiranya perlu )

PERKARA HARGA BERSIH SEUNIT SEHARI


( termasuk cukai perkhidmatan @ 6% )
1. Sewaan LCD Projector RM 318.00

4. CARA PEMBAYARAN

Segala pembayaran hendaklah di buat atas nama LOTUS NATION SDN BHD. Sekiranya
pembayaran adalah melalui Pesanan Kerajaan ( L/O ), sila kemukakan semasa masuk atau
sebelum tarikh keluar dan bayaran melalui Bank-in adalah seperti berikut :-

Nama Bank : CIMB BANK BERHAD


Cawangan : JALAN TUN PERAK, KUALA LUMPUR
No. Akaun : 8000278078
Nama Syarikat : LOTUS NATION SDN BHD
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
[ 222501 ( Perhotelan ) & 221305 ( Peyediaan Pentas / Pameran
Pertunjukan, Taman Hiburan Dan Karnival / Pestaria ) ]

Untuk makluman tuan / puan, sekiranya ada pihak yang terlebih dahulu membuat pengesahan
dan bayaran pada tarikh yang sama, pihak pengurusan kami berhak untuk membatalkan semua
tempahan ini seandainya pihak kami masih tidak menerima surat pengesahan dan pembayaran
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

5. SYARAT – SYARAT PENEMPAHAN DAN BAYARAN

i. PENGESAHAN TEMPAHAN
Sebutharga ini tertakluk kepada penempahan secara bertulis kepada pihak kami dan pengesahan
penempahan bertulis akan diberikan setelah dipastikan terdapat kekosongan ruang majlis yang
relevan dan jumlah bilik penginapan yang mencukupi atas permintaan tempahan. Segala
penempahan tertakluk kepada status “ tentatif ” dan hanya akan disahkan setelah mendapat
surat pengesahan dari jabatan atau bayaran pendahuluan.

ii. TEMPOH SAH TAWARAN SEBUTHARGA


Sebutharga ini sah digunakan untuk tempoh tiga (3) bulan sahaja dari tarikh sebutharga di
atas. Penamatan tempoh sah ini memerlukan sebutharga yang baru dan mungkin berbeza.

iii. SENARAI PENGINAPAN PESERTA


Sila kemukakan senarai nama peserta beserta keperluan penginapan dan lain-lain setelah
pengesahan penempahan dibuat selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh masuk untuk
memudahkan pengagihan bilik dan memastikan kelancaran program. Sekiranya terdapat
penambahan keperluan penginapan selepas pengesahan penempahan dibuat, ianya adalah
tertakluk kepada status kadar penginapan yang ada.
HOTEL PUTRA KL
Lot 149, Seksyen 87, Jalan Tun Razak, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 03-26881888 Fax:03-26021777
DIURUSKAN OLEH LOTUS NATION SDN BHD.
MILIK PENUH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
iv. WANG PENDAHULUAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN
Dimaklumkan bahawa pihak hotel tidak akan mengembalikan semula wang pendahuluan yang
telah dibuat sekiranya pihak tuan membatalkan tempahan disaat-saat akhir.

6. POLISI JAMINAN

Pihak penganjur diminta mengesahkan dan menjamin jumlah peserta bagi program yang
ditempah secara bertulis. Sekiranya terdapat sebarang pengurangan atau penambahan pada
jumlah peserta atau majlis, pihak tuan/puan dikehendaki memaklumkan kepada pihak
pengurusan kami sekurang-kurangnya empat belas ( 14 ) hari sebelum tarikh sebenar kemasukan
kumpulan jabatan / kementerian ataupun majlis. Selepas tempoh ( 14 ) hari ini, pihak hotel akan
mengenakan bayaran terhadap jumlah yang dijamin walaupun kemungkinan terdapat
pengurangan peserta dari jumlah yang telah dijamin. Sekiranya kehadiran sebenar melebihi
jumlah yang telah dijamin, pihak hotel akan mengenakan bayaran mengikut jumlah penambahan
atau kehadiran yang sebenar.

7. LAIN LAIN KEMUDAHAN

 Kemudahan 2 x Café dengan muatan seramai orang 130 - 150 / cafe dalam satu masa.
 Kemudahan 2 x Surau dengan muatan seramai 30 - 35 orang .
 Dewan / bilik seminar / mesyuarat ( 9 unit )
 Bilik penginapan berhawa dingin, televisyen ( Astro ), kemudahan membuat teh dan kopi
 Kemudahan internet / Wifi secara percuma
 Tempat untuk beriadah berhampiran dengan Tasik Titiwangsa
 Tempat parking kereta yang mencukupi ( kawalan CCTV 24Jam )

8. PENALTI PEMBATALAN TEMPAHAN

Sebarang pembatalan tempahan dalam tempoh kurang dari empat puluh lima (45) hari
sebelum tarikh sebenar program akan diadakan, penalti pembatalan akan dikenakan sebanyak
lima puluh peratus (50 %). Manakala bagi pembatalan tempahan yang dibuat kurang daripada
tujuh (7) hari pula, penalti pembatalan yang akan dikenakan adalah jumlah sepenuh tempahan
program dibuat atau seratus peratus (100 %).

9. PENGESAHAN TEMPAHAN

Sekiranya pihak tuan telah bersetuju dengan tawaran pakej kami, sila sahkan penerimaan
dibawah dan mengemukakan jawapan melalui surat kementerian dan jabatan.

HOTEL PUTRA KL
Lot 149, Seksyen 87, Jalan Tun Razak, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 03-26881888 Fax:03-26021777
DIURUSKAN OLEH LOTUS NATION SDN BHD.
MILIK PENUH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
Adalah diharap semoga kadar pakej yang kami tawarkan ini bersesuaian dengan keperluan pihak tuan.
Pihak kami memohon jasa baik tuan untuk memberi kerjasama dan sokongan terhadap Hotel Putra KL
dan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekali lagi pihak pengurusan mengalu - alukan kedatangan pihak tuan ke Hotel Putra KL. Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai yang bertandatangan di bawah di talian
03 - 2688 1888 atau faksimili di talian 03 - 2602 1777.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
HOTEL PUTRA KL

Zalila Disahkan & diterima oleh :

ZALILA BT NGABENY Nama : ______________________


Eksekutif Jualan
Jawatan : ______________________

Tarikh : ______________________

Co. Stamp : ______________________

HOTEL PUTRA KL
Lot 149, Seksyen 87, Jalan Tun Razak, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 03-26881888 Fax:03-26021777
DIURUSKAN OLEH LOTUS NATION SDN BHD.
MILIK PENUH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Anda mungkin juga menyukai