Anda di halaman 1dari 5

Soalan C5

Kes 1:
Ah Leng ialah seorang anak yatim piatu, beliau dijadikan sebagai anak angkat
oleh keluarga Soon Seng. Soon Seng amat menyayangi Ah Leng kerana beliau
adalah seorang yang rajin dan amanah. Ah Leng telah mengusahakan ladang
kelapa sawit milik Soon Seng. Pada tahun lalu Soon Seng telah membeli
sebidang tanah dan sebuah motosikal untuk Ah Leng dengan hasil jualan
kelapa sawit. Tindakan Soon Seng itu telah menimbulkan kemarahan di
kalangan anak-anaknya. Pada awal bulan Mac yang lalu, Soon Seng telah
meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Akan
tetapi sebelum itu Soon Seng sempat memindah milik tanah dan motosikal
tersebut kepada Ah Leng.
Kes 2:
Sementara itu, Ah Leng telah membayar denda berjumlah RM1000 untuk Soon
Ho, abang angkatnya bagi kesalahan berjudi. Soon Ho berjanji akan membayar
balik wang tersebut kepada Ah Leng tetapi apabila Ah Leng menuntut
hutangnya, Soon Ho enggan membayar.
Nasihatkan Ah Leng berkaitan dengan kesahan pindah milik tanah dan
motosikal yang telah dibuat oleh Soon Seng serta tuntutan wang bayaran
denda daripada Soon Ho.
Contoh jawapan:
A2.
Ini adalah berkaitan dengan perjanjian tanpa balasan sila rujuk ms 57 nota
bab 2.
S 26 Akta Kontrak 1950; sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan
adalah batal, kecuali
(a) ianya dinyatakan secara bertulis dan didaftarkan menurut undangundang (jika ada) yang pada masa itu berkuatkuasa untuk pendaftaran
dokumen yang sedemikian, dan dibuat berdasarkan atas kasih sayang
semula jadi antara pihak-pihak yang ada hubungan kakrib antara satu sama
lain; atau kecuali
(b) ianya suatu janji untuk memampaskan keseluruhan atau sebahagianya,
kepada seseorang yang telah berbuat sesuatu secara sukarela untuk
pembuat janji, atau berbuat sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa disisi
undang-undang untuk membuat; atau kecuali
(c) ianya sesuatu janji, yang dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh
orang yang menanggungnya, atau oleh agennya, yang diberi kuasa secara
am atau khusus untuk maksud itu, supaya membayar keseluruhan atau
sebahagian
dari
sesuatu
hutang,
yang
pembayarannya
boleh
dikuatkuasakan oleh sipiutang seandainya tidak ada undang-undang
mengenai batasan guaman.
Dalam mana-mana kes itu, perjanjian sedemikian adalah suatu kontrak.
Misalan (b) A kerana kasih sayang semulajadi, berjanji memberikan anak

lelakinya B RM1000. A menyatakan janjinya kepada B secara bertulis dan


mendaftarkannya menurut undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu
untuk pendaftaran dokumen sedemikian. Ini adalah suatu kontrak yang sah.
Pembelian dan pemindahan hakmilik tanah serta motosikal oleh Soon Seng
kepada Ah Leng yang merupakan anak angkatnya boleh diterangkan oleh
S.26(a) yang menyenaraikan beberapa syarat yang perlu di penuhi supaya
perjanjian tanpa balasan boleh dikuatkuasakan iaitu:
(i)
Perjanjian mestilah bertulis.
(ii)
Didaftarkan menurut undang-undang (jika ada) pada masa itu.
(iii) Dibuat atas dasar kasih sayang semula jadi oleh pihak-pihak yang ada
hubungan karib antara satu sama lain.
Perjanjian antara Sam Tat dan Chong Kim memang memenuhi kesemua
syarat-syarat dalam S 26(a) di atas iaitu pindahan hakmilik tanah dan
motosikal memang dilakukan secara bertulis melalui pejabat tanah dan Jabatan
Pengangkutan Jalan dan didaftarkan mengikut undang-undang tanah serta
undang-undang pengangkutan jalan. Perjanjian itu juga dibuat atas dasar kasih
sayang semula jadi iaitu antara ayah angkat dan anak angkat yang merupakan
hubungan akrab dalam masyarakat cina. Kes yang berkaitan ialah Re Tan Soh
Sim (Deceased) Chan Lam Keong v Tan Saw Keong [1951] MLJ 21 dalam kes
ini, suatu perjanjian telah dibuat oleh waris mendiang Tan Soh Sim bahawa
harta peninggalan si mati hendaklah dabahagikan antara dua anak perempuan
dan dua anak angkat lelakinya sebagai memenuhi hasrat si mati. Isu utama
dalam kes ini ialah adakah anak angkat lelaki mempunyai hubungan karib
dengan ayah angkat atau ibu angkatnya? Mahkamah memutuskan isu tersebut
berdasarkan adat resam masyarakat cina iaitu anak angkat lelaki mempunyai
hubungan rapat dengan ayah angkatnya sahaja dan bukan dengan keluarga
ibu angkatnya. Oleh yang demikian dalam kes ini tidak didapati wujud
hubungan yang akrab antara pihak-pihak yang berjanji, maka dengan
ketiadaan balasan serta ketiadaan hubungan akrab, mahkamah memutuskan
perjanjian antara mereka adalah tidak sah. Keadaan dalam kes Sam Tat dan
Chong Kim adalah berlainan dari kes Tan Soh Sim iaitu hubungan antara ayah
angkat dan anak angkat lelaki, hakim dalam kes Tan Soh Sim menyatakan
dalam masyarakat cina memang wujud hubungan akrab antara ayah angkat
dan anak angkat lelaki. Jadi kesemua syarat S 26(a) adalah dipenuhi dan
kontrak pindahan hakmilik antara Sam Tat dan Chong Kim adalah sah.
Bagi kes antara Chong Kim dan Soon Ho iaitu abang angkatnya pula, Kita perlu
lihat kepada S 26(b) di mana Soon Ho berjanji untuk memampaskan bayaran
denda yang dibuat oleh Ah Leng bagi kesalahan berjudi yang dilakukannya.
Chong Kim telah membuat pembayaran tersebut secara sukarela dan selepas
beliau membayarnya baru lah Soon Ho berjanji untuk membayar balik bayaran
denda tersebut kepada Chong Kim. Jika Chong Kim tidak membayar denda
tersebut Soon Ho memang mempunyai obligasi dari segi undang-undang untuk
melunaskan denda tersebut. Kes yang berkaitan ialah JM Wotherspoon & Co
Ltd. V Henry Agency House [1962] 28 MLJ 86 dimana persoalan yang
timbul dalam kes ini ialah sama ada plaintif telah secara sukarela membuat
sesuatu untuk defendan. Mahkamah memutuskan bahawa sesuatu yang dibuat
atas syor pihak lain tidak boleh dianggap sebagai telah dibuat secara sukarela.
Dalam kes ini plaintif telah melakukan perbuatan atas syor defendan, maka
perbuatan plaintif bukanlah suatu yang sukarela jadi tuntutan plaintif melalui

seksyen 26(b) ini telah tidak Berjaya.


Dalam kes antara Chong Kim dan Soon Ho ini pula, perbuatan Chong Kim
adalah secara sukarela tanpa ada permintaan oleh pihak lain termasuk Soon
Seng (yang hanya berjanji akan memampas setelah Ah Leng membayar
denda). Jadi Ah Leng berhak untuk menuntut Soon Ho membayar balik jumlah
bayaran denda yang beliau bayar bagi pihak Soon Ho setelah Soon Ho berjanji
untuk memampas jumlah tersebut kepada beliau.
Cadangan:
Nota: Rujuk nota kuliah pg 77-78.
1. Buat ringkasan isu berbangkit Pindah milik tanah dan motosikal & tuntutan
wang bayaran.
2. Tentukan jenis Perjanjian. Adakah Perjanjian ini satu Kontrak. Ingat, Semua
Kontrak adalah Perjanjian, tetapi tidak semua Perjanjian adalah Kontrak. Rujuk
nota kuliah pg 45-48.
3. Kaitkan isu berbangkit dengan kes-kes dan seksyen-seksyen yang berkaitan
beserta hujah berbentuk akademik.
4. Buat rujukan daripada sumber2 lain seperti majalah, internet (sumber yang
sahih dan tepat, bukan sumber2 picisan yang bersifat rapuh dari segi konteks
perbincangan), pinjaman buku di library, media elektronik, risalah, etc.

Jawapan Sebenar:
Berdasarkan teks soalan, terdapat dua persoalan yang dibangkitkan iaitu (1)
status kesahan pindah milik tanah dan motosikal oleh bapa angkat, Soon Seng,
kepada anak angkatnya, Ah Leng, dan (2) status hak tuntutan wang bayaran
denda oleh Ah Leng kepada abang angkatnya, Soon Ho.
Bagi kes pertama, kes boleh dirujuk berdasarkan kontrak/perjanjian tanpa
balasan. S26 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa sesuatu perjanjian yang
dibuat tanpa balasan adalah terbatal, kecuali:
(a) ianya dinyatakan secara bertulis dan didaftarkan menurut undangundang (jika ada) yang pada masa itu berkuatkuasa untuk pendaftaran
dokumen yang sedemikian, dan dibuat berdasarkan atas kasih sayang
semula jadi antara pihak-pihak yang ada hubungan kakrib antara satu sama
lain; atau kecuali
(b) ianya suatu janji untuk memampaskan keseluruhan atau sebahagianya,
kepada seseorang yang telah berbuat sesuatu secara sukarela untuk
pembuat janji, atau berbuat sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa disisi
undang-undang untuk membuat; atau kecuali
(c) ianya sesuatu janji, yang dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh
orang yang menanggungnya, atau oleh agennya, yang diberi kuasa secara
am atau khusus untuk maksud itu, supaya membayar keseluruhan atau
sebahagian
dari
sesuatu
hutang,
yang
pembayarannya
boleh
dikuatkuasakan oleh sipiutang seandainya tidak ada undang-undang
mengenai batasan guaman.
Perkaitan....huraian....
Antara contoh kes yang boleh dikaitkan ialah kes Re Tan Soh Sim (Deceased)
Chan Lam Keong v Tan Saw Keong [1951] MLJ 21.
Selain itu, kes ........ juga boleh digunakan sebagai perkaitan dimana
Maka, berdasarkan hujah-hujah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ...
Sementara itu, bagi kes .

Jenis kontrak yang terlibat ialah ..


Maka, .
Contoh kes yang berkenaan ialah
Kesimpulannya, ..
Teknik huraian:
1.
2.
3.
4.
5.

Rumusan ringkas persoalan berbangkit (isu utama).


Tentukan jenis kontrak yang terlibat.
Perkaitan persoalan berbangkit dengan jenis kontrak yang terlibat.
Contoh kes-kes yang boleh dikaitkan.
Kesimpulan kes utama.

Anda mungkin juga menyukai