Anda di halaman 1dari 3

Isu 4 : Rasuah Dalam Pengambilan Pekerja Warga Asing

Bahan Rujukan : Keratan Akhbar Harian Metro Selasa 2 Disember 2014

Ulasan/penerangan :

Isu rasuah semakin berleluasa pada zaman era globalisasi ini. Isu ini tidak boleh
dipandang remeh, ini kerana rasuah sangat bahaya dan adalah amalan yang tidak sihat.
Pelbagai cara untuk merasuah dengan memberikan wang tunai dan macam-macam lagi. Isu
ini haruslah dipandang berat kerana ianya salah disisi undang-undang. Isu ini juga terlibat
dalam beberapa perkara di antaranya adalah rasuah dalam mengekspot atau mengambil
pekerja warga asing masuk di dalam negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan isu salah guna kuasa,
rasuah serta eksploitasi banyak berlaku dalam urusan pengambilan pekerja asing di negara
ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, wujud ejen dan individu tertentu
mengambil peluang mengeksploitasi pekerja asing yang ingin masuk ke negara ini. “Isu
(rasuah) melibatkan pekerja asing memang banyak. Ada pekerja asing yang datang sini
kononnya ada kerja, tetapi tiada. “Ada yang datang ke Malaysia kemudian tiada dokumen...
mungkin ada orang khianat, contohnya mereka buat visa, lepas itu mereka tamatkan proses
pengambilan,

"antaranya kepada Bernama selepas perbincangan panel Sidang Kemuncak Matlamat


Pembangunan Mampan Malaysia (SDG) 2019 di sini hari ini. Latheefa berkata, kebanyakan
pekerja asing ditahan di negara ini kerana melakukan kesalahan imigresen iaitu tiada
dokumen perjalanan diri dan lain-lain. “Ramai pekerja asing yang masuk ke negara ini tidak
menggunakan lorong tikus, tetapi mereka ini dibawa oleh ejen,” katanya. Dalam pada itu,
beliau mencadangkan agar proses kemasukan pekerja asing yang dikendalikan Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia.

SPRM melihat perlu ada penambahbaikan sistem dalam pengambilan pekerja, kerana
Kementerian Sumber Manusia lebih tahu berapa banyak pekerjaan sedia ada untuk pekerja
asing,” katanya. Sidang Kemuncak, yang membawa tema Percepatan Kemajuan pada SDGs:
Keseluruhan Pendekatan Negara, akan menyumbangkan idea dan strategi untuk
menggerakkan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan ke hadapan dan memperkasakan
perkongsian melalui pendekatan seluruh negara dalam mencapai SDG.- Bernama

Malah bukan sahaja perkara ini berlaku di negara ini. Ianya terjadi juga di beberapa buah
negara yang lain jadi perkara ini haruslah dipandang serius. Ada beberapa cara untuk
menghalang kegiatan ini terus berlaku. Dan pada masa yang sama pihak berkuasa harus lah
mengetatkan perjalanan warga asing dan agent2 yang mencurigakan.

Cadangan/penambahbaikan :

Pihak berkuasa boleh menyekat kemasukan buruh haram Melalui penguatkuasaan undang-
undang. Hukuman penjara mandatory harus dikenakan ke atas sesiapa yang mengupah buruh
asing tanpa permit. Operasi mengesan pekerja asing tanpa permit harus kerap dijalankan.
Melancarkan pemeriksaan dikawasan perumahan yang menjadi tumpuan buruh asing,
kawasan luar Bandar, dan sebagainya agar usaha mengatasi masalah buruh asing haram ini
lebih berkesan. Menggalakkan majikan membuka peluang perkerjaan separuh masa atau
masa bekerja anjal. Majikan digalakkan menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat
kerja supaya pekerja wanita boleh menumpukan perhatian kepada kerja mereka. Langkah ini
menarik minat suri rumah tangga untuk keluar bekerja. Pengantungan kepada pekerja asing
dapat dikurangkan. Menawarkan peluang pekerjaan kepada orang kelainan upaya.

Daya produktiviti mereka lebih tinggi kerana mereka lebih menumpukan perhatian terhadap
kerja-kerja mereka. Usaha ini dapat mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.
Pengambilan pekerja asing hanyalah penyelesaian sementara kepada masalah kekurangan
tenaga buruh. Rakayat Malaysia perlu bersedia untuk mengambil alih tempat yang kini diisi
oleh pekerja asing, khususnya golongan professional. Mempromosikan industri intensif
modal dan berteknologi tinggi untuk menggantikan intensif buruh. Keperluan tenaga buruh
akan menurun dan digantikan dengan mesin atau jentera. Mengadakan kerjasama dengan
negara jiran. Membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Mengutarakan pandangan
untuk mengadakan rundingan tentang kawalan sempadan. Pasukan bertindak diwujudkan
supaya kawalan di sempadan lebih efektif

Anda mungkin juga menyukai