Anda di halaman 1dari 4

Isu 5 : Penipuan Perniagaan

Bahan Rujukan : Keratan Akhbar Berita Harian Rabu 1 Oktober 2014

Ulasan/penerangan :

Pada era globalisasi kini, perniagaan melalui atas talian telah menjadi satu fenomena
kepada para peniaga kerana ianya begitu mudah dan cepat digunakan dalam menjual dan
mempromosikan produk-produk mereka. Namun begitu, terdapat segelintir golongan yang
tamak untuk memperoleh wang dengan cepat telah menyalahgunakan kemudahan ini lantaran
menyebabkan para peniaga terutamanya belia yang ingin mencari pendapatan secara atas
talian turut sukar untuk dipercayai lagi. Bak kata pepatah, “kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga”.

Istilah web yang sering digunakan dalam penipuan atas talian ini ialah ‘scam’. ‘Scam’
adalah berita elektronik dalam internet yang bersifat menipu sehingga pengirimnya akan
mendapat manfaat dan keuntungan yang tertentu. Tamsilannya, scam yang sering dijumpai
ialah surat berantai dan istilah ini lebih dikenali dalam bisnes-bisnes atas talian.

Menurut satu rencana di akhbar Utusan Malaysia suatu ketika dahulu, jenayah siber kini
berlaku pada setiap 0.25 saat dengan setiap seorang daripada lima pengguna Internet berisiko
menjadi mangsanya dan jenayah ini termasuklah penipuan dalam perniagaan atas talian
(scam).

Cadangan/penambahbaikan :

Untuk mencegah diri dari ditipu peniaga atas talian, anda mestilah kenali ciri-ciri akaun
media sosial peniaga atas talian yang cuba menipu seperti di bawah :

1. Dibuka kurang tiga bulan. Semak berdasarkan kandungan dan paparan terdahulu.
2. Kandungan akaun lebih banyak kongsi maklumat orang lain berbanding diri sendiri.
3. Jualan barangan tiada terma atau syarat jamin hak pengguna.
4. Bayaran pembelian menerusi perbankan internet dengan wang diminta masukkan ke
dalam akaun bukan penama yang digunakan pada media sosial.
5. Enggan temui pembeli untuk belian secara bersemuka.
6. Enggan dedahkan alamat lokasi perniagaan.
7. Ungkapan kata-kata manis untuk tarik dan yakinkan pelanggan.
8. Senarai rakan ‘Facebook’ tiada kaitan dengan latar belakang kerja atau peribadi
pemilik akaun.
9. Tetap had tempoh tempahan sebelum ditutup.

Seterusnya, anda perlulah tahu cara mengenali MLM (Multi Level Marketing) yang scam
seperti di bawah :

1. Anda diajak untuk menyertai peluang perniagaan yang cukup misteri


- Pada suatu hari, rakan anda menghubungi anda. Kemudian selepas bersembang
beberapa minit, dia ajak jumpa untuk kongsi peluang perniagaan. Tetapi, yang
peliknya, selepas beberapa kali anda desak dan tanyakan berniaga apa? Dia tak akan
jawab.

2. Peluang pendapatan yang cukup lumayan dan tak masuk akal


- Anda akan dijanjikan peluang pendapatan yang cukup lumayan. Ini salah satu
modus operandi mereka.

3. Anda tak perlu jual barang


- Anda tak perlu jual barang, anda tak perlu cari orang, anda tak perlu buat apa-apa.
Anda hanya perlu join sahaja. Anda hanya perlu bersetuju sahaja.

4. Kononnya bisnes ini tanpa risiko


- Setiap perniagaan pasti ada RISIKO. Risiko ini boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Perkara ini yang jarang diterangkan dalam mana-mana bisnes jenis MLM.

5. Anda kena buat keputusan sekarang juga


- keputusan tersebut mestilah SETUJU sahaja. Jika tidak, anda akan dipaksa, dipujuk
dan bila semua ini tak mendatangkan sebarang hasil, tunggulah! Anda akan dikeji,
dimaki, diherdik dan mungkin dihina.

6. Perniagaan tersebut tidak mempunyai produk atau produk yang langsung tak ada
kualiti
- Bisnes MLM yang menipu ni, mereka tak begitu mementingkan tentang produk atau
servis yang bakal diterima oleh pelanggan. Sesetengahnya langsung tidak mempunyai
produk, dan apa yang mereka ada hanyalah marketing plan. Itu sahaja.

Selain itu, anda haruslah tahu cara untuk mengenalpasti skim penipuan cepat kaya seperti
yang ditunjukkan di bawah :

1. Memfokuskan hanya pada rekrut / downlines


- Kebiasaanya skim atau scam in , fokus hanya pada rekrut. Biasanya akan dengar
ayat seperti: “Kau cari dua orang atau tiga orang, kau dah boleh lepak. Boleh Goyang
Kaki”.

2. Tawaran Masa Untuk Melabur adalah terhad


- contoh:
“Awak kena jugak invest harini sebab ini adalah bulan terakhir untuk invest
tau”Tetapi ada juga pelaburan yang membenarkan tiada limit masa. Anda boleh
melabur bila-bila masa sama ada bulan depan atau tahun depan. Scammer mahu
mengambil duit dengan cara menipu menggunakan psikologi.
3. Susah untuk mendapatkan info syarikat
- kebanyakkan scammer menggunakan profil syarikat yang dibangunkan di luar
negara. Cara terbaik adalah untuk sentiasa bertanya terlebih dahulu jika syarikat yang
menawarkan pelaburan itu mencurigakan.

4. Menawarkan hadiah-hadiah mahal seperti kereta mewah


- Beberapa tahun lepas terdapat banyak kes-kes seperti ini berbanding sekarang.Anda
dihubungi oleh syarikat yang mencurigakan dan mengatakan bahawa anda telah
memenangi hadiah atau cabutan bertuah. Lalu, anda diminta untuk mendepositkan
wang sebeum diberikan hadiah tersebut. Beberapa lama setelah kejadian tersebut,
tiada khabar berita tentang hadiah tesebut.

Kesimpulan, kita seharusnya berhati-hati dan jangan cepat percaya kepada perkara-perkara
yang mecurigakan. Seeloknya hendaklah membuat kajian sebelum membuat keputusan untuk
percaya sesuatu perkara yang tidak pasti. Semua benda yang ada di internet atau social media
tidak semestinya kita percaya bulat-bulat, seharusnya kita perlu selidik terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai