Anda di halaman 1dari 6

1.

PENGENALAN

Disiplin kerja didefinisikan sebagai suatu sikap menghormati, menghargai, patuh dan
taat terhadap peraturan yang tertulis mahupun tidak tertulis serta sanggup
menjalankan tugas dengan amanah.

Masalah displin yang dihadapi oleh pekerja boleh diklasifikasikan kepada empat
jenis, iaitu prestasi kerja yang lemah, melanggar peraturan dan undang-undang
pekerja, gangguan emosi pekerja dan penentangan atau pembeerontak.

Prestasi yang lemah merujuk kepada pekerja yang mempunyai masalah prestasi yang
lemah ialah pekerja yang mempunyai kualiti kerja yang rendah disebabkan oleh
keupayaan yang terhad, kurangnya latihan, pengalaman, dan kurang motivasi.
Seterusnya, pekerja yang melanggar peraturan dan undang-undang pekerja ialah
pekerja yang terbabit dengan kegiatan-kegiatan seperti mencuri, merosakkan harta
benda syarikat sehinggalah yang lebih serius lagi, iaitu membocorkan rahsia
organisasi. Di samping itu, pekerja yang menghadapi masalah gangguan emosi
biasanya terlibat dalam ketagihan arak, judi atau dadah yang menyebabkan prestasi
kerja menurun. Selain itu, penentang atau pemberontak ialah pekerja yang ingkar atau
melanggar peraturan dan undang-undang organisasi walaupun amaran telah diberikan.

Oleh yang demikian, setiap pekerja hendaklah mengamalkan disiplin kerja yang baik
demi memastikan kerja yang diamanahkan dapat dilakukan dengan sempurna.
2. 5 ISU DISIPLIN KERJA

a) Selalu Datang Lewat Ke Pejabat


-Hal ini terjadi mungkin disebabkan fakor kesesakan jalan raya, tak ada kenderaan
dan bangun lambat ke tempat kerja
- Teori wajiban (Deontologis)

b) .Penampilan Yang Selekeh


-Sambil lewa dengan perwatakan sebagai seorang pekerja seperti rambut tak terurus
dan baju yang kedut ketika sedang bekerja
- Teori keperibadian mulia

c) Tidur Di Tempat Kerja


-Waktu lepas kerja tak digunakan sebaiknya malah sering melepak selepas waktu
kerja sehingga lewat malam.
- Teori keperibadian mulia

d) Bergaduh dengan pekerja lain


-Bergaduh yang berlaku mungkin dari faktor tekanan kerja dan sering tidak puas hati
dengan pekerja lain dalam skop tugas yang dijalankan

- Teori hak asasi

e) Mencuri Barang Syarikat


-Pekerja yang tidak amanah akan melakukan perbuatan ini mungkin faktor
kekurangan wang untuk menampung keluarga.

- Teori keperibadian mulia


3. FAKTOR BERLAKUNYA DISIPLIN PEKERJA

a) Masalah Peribadi
- Masalah peribadi lain berpunca daripada sikap pekerja itu sendiri. Sikap malas
untuk bekerja mendorong mereka untuk datang lewat. Apabila sikap negative
wujud dalam diri, pekerja cenderung menunjukkan potensi dan prestasi kerja
yang kurang memberangsangkan.
b) Tekanan
- Tekanan kerja berlaku apabila pekerja terpaksa memenuhi kehendak dua atau
lebih peranan yang bercanggah. Contohnya, terpaksa melakukan tugasan
dengan cara berlainan, tidak cukup kakitangan, menghadapi pelbagai
permintaan dan melaksanakan perkara yang tidak diperlukan.
c) Masalah keluarga
- Masalah keluarga seperti perselisihan faham antara suami isteri, penjagaan
anak-anak, perbelanjaan rumah dan penceraian turut menyumbang kepada
berlakunya masalah disiplin pekerja.
d) Hubungan dan perurusan dalam organisasi
- Hubungan dalam organisasi terbahagi kepada hubungan antara kakitangan dan
hubungan antara majikan. Masalah yang berlaku kebiasaanya berpunca
daripada sikap pekerja itu sendiri.
e) Persekitaran kerja
- Ruang kerja yang selesa memainkan peranan penting untuk memastikan tidak
berlakunya masalah disiplin pekerja. Suasana bising juga boleh mengganggu
kosentrasi pekerja kerana ia akan menyukarkan kerja dilakukan.
4. Penyelesaian masalah

a) Berbincang dan bersemuka dengan pekerja

Lakukan perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut, dan mencari punca yang
menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, khususnya
ponteng kerja dan melaksanakan tugas dengan sambil lewa tanpa rasa bertanggunjawab
sebagai seorang pekerja di sesebuah organisasi. Apakah perkara utama atau masalah utama
yang membuatkan mereka melakukan kesalahn tersebut. Mulakan perbualan atau
perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja
tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati
pekerja secara lembut tanpa paksaan.

b) Lakukan pemantauan terhadap pekerja anda.

Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk selalu
berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalah
dengan berkomunikasi dengan mereka, supaya jurang antara bos dengan pekerja dapat
dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana,
keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat dalam sesebuah organisasi tersebut.

c) Ciptakan sistem ganjaran pekerja.

Organisasi harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat
dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu sendiri, seperti memberi bonus,
anugerah ataupun pakej percutian kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan,
mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang
dan sebagainya .

d) Sediakan suasana kerja yang santai

Elakkan memberi tekanan kepada pekerja untuk melakukan tugasan yang diberi. Beri ruang
dan waktu untuk mereka menlaksanakan tugasan yang diberi sebelum ini dahulu, atau jika
tugasan itu penting maka beri kelonggaran kepada pekerja tersebut untuk menagguhkan
dahulu tugasan yang sebelumnya.. Mungkin harus melakukan aktiviti seperti Ice
Breking sebelum memulakan kerja.

e) Sediakan ruang kenaikan pangkat/gaji kepada pekerja.

Sediakan ruang kenaikan pangkat atau gaji kepada pekerja yang berpotensi dan cemerlang
dalam organisasi anda. Kaedah ‘reward’ merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh
sesebuah syarikat bagi mengelakkan pekerja mereka yang cemerlang, berpindah ke syarikat
lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi kpeada mereka. mereka Para pekerja akan lebih
bersemangat untuk melaksanakan tugas mereka jika ada ‘reward’ yang sedang menanti
mereka. Selain itu, secara tidak langsung persaingan sihat akan wujud dalam organisasi anda.
5. Hubungkait isu disiplin pekerja dengan teori etika
https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/
https://www.slideshare.net/hoonmin/faktor-utama-ketidakhadiran-kakitangan-dan-strategi-
kreatif-untuk-mengurangkannya
http://www.binainsan.com/tip-tangani-pekerja-bermasalah/

Anda mungkin juga menyukai