Anda di halaman 1dari 11

MPU 2232

ETIKA PROFESINALISME

TAJUK :
KAJIAN KES (ISU MASALAH DISIPLIN BEKERJA)

NAMA : WAN MUHAMMAD ALIF IQMAL BIN


SHAHBANDAR
NO. I/C : 011211-08-0703
PROGRAM : 1 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK
NAMA PENSYARAH : NORAYUNI BINTI ILIAS
KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka Surat


1.1 Pengenalan 3-4
2.0 Isu Permasalahan Pekerja
2.1 Isu Guru Salahguna Masa 5
2.2 Isu Jururawat Berlaku Kasar 6
2.3 Isu Arkitek Memanipulasi 7
2.4 Isu Insiden Doktor Selfie 8
2.5 Isu Pegawai Polis Memukul 9
3.0 Refleksi 10
4.0 Rujukan 11

2
1.0 PENGENALAN

Kajian ini tentang etika profesional yang melibatkan isu etika dan nilai dalam satu
bidang profesion dan tingkahlaku profesional terhadap masyarakat. Sebagai
seorang profesional mereka akan menghadapi masalah etika dan nilai yang
mencabar. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh para profesion seperti pegawai
perubatan, polis , majistret , pegawai psikologi dan pekerja sosial. Walaupun
bidang yang berbeza tetapi asas mereka hampir sama digunakan membentuk
akhlak dan moral para profesional .

Etika yang bermaksud ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk tentang
hak dan kewajipan moral dan etika merupakan kumpulan asas atau nilai yang
berkenaan dengan akhlak . Etika tentang benar dan salah dianut suatu golongan
atau masyarakat yang diterima .

Nilai ialah kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak
mengikut pemilihan berasaskan nilai utama masyarakat. Nilai ialah kepercayaan
atau andaian diharapkan terbaik untuk seseorang manusia. Nilai juga bermaksud
darjat, kualiti, mutu, taraf, atau sifat pemikiran kemahiran

Moral ialah adat dan kebiasaan atau didefinisikan sebagai ajaran atau pegangan
berkaitan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan atau kewajipan)

Hubungan etika dan moral ialah tentang suatu ilmu tentang mengapa seseorang
itu mengikut ajaran moral tertentu atau bagaimana seseorang sikap
bertanggungjawab dengan pelbagai ajaran moral.

Hubungan profesion dan profesional ialah profesional terdiri dari mereka yang
terlibat dalam profesion (pekerjaan) . Profesion sebagai aktiviti sumber
pendapatan tetap dan berbeza daripada pemain sukan
mengikut Martin dan Schiuzer dan Bayles , perkataan profesional dan profesion
digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu memenuhi kriteria berikut :

3
-Ilmu pengetahuan

-Latihan intensif dan berterusan

-Perkhidmatan penting untuk masyarakat

-Badan profesional

-Pensijilan

4
2.0 ISU PERMASALAHAN DISIPLIN PEKERJA

2.1.1 ISU BERKAITAN GURU MENYALAHGUNAKAN MASA

2.1.2 FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

Faktor berlakunya isu ini ialah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru
tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar
tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru
tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah
dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya
melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin.

2.1.3 HUBUNGKAIT TEORI ETIKA

Antara teori etika yang berkaitan dengan isu disiplin ini ialah teori keperibadian
mulia yang menitikanberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari segi
falsafah moral. Menurut teori ini , etika berkaitan dengan keperibadian, tingkah
laku dan watak yang mulia yang berkait dengan kejujuran oleh itu semua
profesion perlu jujur untuk menepati etika ini.

2.1.4 LANGKAH PENYELESAIAN

Antara langkah untuk menanggani isu ini ialah pekerja perlu membuat
pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan
menyeronokan. Pihak sekolah juga perlu memantau setiap kelas yang tiada guru.
Para pelajar perlu menegur guru yang selalu masuk lewat dan salah guna masa
dan guru-guru pula mesti merancang bahan mengajar dengan lebih awal.

5
2.2.1 ISU BERKAITAN JURURAWAT BERLAKU KASAR TERHADAP
PESAKIT

2.2.2 FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

Faktor isu ini telah dikaji mungkin kerana jururawat tidak merasakan berbuatan
ia tidak terjejas dan menjadi kebiasaannya dan juga mungkin dari faktor emosinya
terhadap warga emas yang sudah berfikiran kebudak-budakan atau jururawat
tersebut berasa bosan dengan kerjayanya atau kedudukannya.

2.2.3 HUBUNGKAIT TEORI ETIKA

Teori yang berkaitan dengan isu ini ialah teori hak asasi atau teori hak kebajikan
konsep teori ini membentuk masyarakat menjadi bertanggungjawab serta
berkeprihatinan kepada orang lain . Teori ini menerangkan bahawa setiap
manusia ada tanggungjawab terhadap orang lain kerana orang lain mempunyai
hak sepatutnya dihormati oleh itu pekerja perlu memberi hak asasi orang lain atau
mengikuti teori hak asasi supaya hidup menjadi selesa dan sejahtera.

2.2.4 LANGKAH PENYELESAIAN

Langkah penyelesaian bagi isu ini ialah masyarakat perlu mengambil tindakan
jika ada profesion yang berlaku kasar kepada orang lain dalam kerjaya mereka
dan pihak lain perlu mengambil tindakan segera supaya isu ini tidak dibiarkan
menjadi tindkan negative tanpa peneguran oleh sesiapa. Isu ini akan
memudaratkan pihak sendiri jika dibiarkan .

6
2.3.1 ISU TENTANG ARKITEK MEMANIPULASI PROJEK
PEMBINAAN

2.3.2 FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

Faktor kejadian ini berlaku untuk kepentingan kontraktor yang berkaitan dengan
arkitek tersebut tanpa menghiraukan kesan yang akan berlaku dan memikirkan
kesenangan lebih pantas dengan memanipulasi serta tidak memikirkan kerugian
bagi pihak lain .

2.3.3 HUBUNGKAIT TEORI ETIKA

Antara teori etika yang berkaitan dengan isu ini ialah teori wajiban
(deantologis) yang berlandaskan prinsip moral dan kewajipan moral. Oleh itu,
kita perlu memahami peraturan betul yang sedia ada untuk melakukan
kewajipan kita. Deantologi menekankan perbuatan tidak menghalalkan cara
kerana tujuan, kita tidak boleh melakukan suatu perbuatan jahat agar sesuatu
dihasilkan itu baik.Contohnya kita tidak boleh mencuri dan berbohong untuk
membantu orang lain.Oleh itu semua profesion perlu memahami teori wajiban
supaya mereka dapat melakukan kewajipan mereka dengan baik.

2.3.4 LANGKAH PENYELESAIAN

Langkah perlu diambil ialah pihak atasan perlu sentiasa memantau perbuatan
pekerja mereka bersama-sama dokumen penting tentang kerja dilakukan sama
ada pekerja itu boleh dipercayai atau tidak dan pihak atasan perlu mengambil
tindakan yang keras jika isu seperti ini berlaku agar tidak berlarutan.

7
2.4.1 ISU TENTANG INSIDEN DOKTOR SELFIE

2.4.2 FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

Faktor isu ini berlaku kerana doktor ini tiada kesedaran bahawa menangkap
gambar semasa prosedur kerjanya yang menyebabkan timbul kemarahan
beberapa pihak dan membuat symbol ‘peace’ menyebabkan pelanggaran etika
kerjayanya .

2.4.3 HUBUNGKAIT TEORI ETIKA

Antara teori yang berkait tentang isu ini ialah teori wajiban bagi memlih
tindakan moral yang betul . Teori ini berlandaskan prinsip moral dan wajipan
moral bagi memahami kewajipan kita dan menyatakan nilai moral suatu
tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya . Nilai prinsip bermoral
bergantung pada niat seseorang membuat keputusan atau tindakan dan teori ini
juga mempunyai pandangan bahawa ada perkara-perkara yang tidak boleh
dilakukan walaupun hasilnya sesuatu yang baik

2.4.4 LANGKAH PENYELESAIAN

Antara langkah penyelesaian bagi isu ini ialah pihak hospital berkenaan perlu
mengambil tindakan sepatutnya bagi mengelak kemalangan seperti ini berlaku
lagi . Contohnya, mengambil tindakan keras ke atas pekerja tersebut dan tidak
teragak-agak untuk melucut jawatan supaya menjadi tauladan kepada pekerja
lain.Hospital-hospital lain juga perlu mengambil tahu tentang perkara ini supaya
tidak berlaku di hospital lain.

8
2.5.1 ISU BERKAITAN PEGAWAI POLIS MEMUKUL PEKERJA
HOTEL

2.5.2 FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

Faktor berlaku kes ini disebabkan pertelingkahan salah faham antara pekerja
hotel dan pegawai polis, pegawai polis itu terus bertindak pantas tanpa ada bukti
yang kukuh menyatakan salah faham tersebut.

2.5.3 HUBUNGKAIT TEORI ETIKA

Teori yang berkaitan dengan isu ini ialah teori hak asasi yang menceritakan
tindakan yang melanggar hak seseorang yang dianggap tindakan yang tidak
bermoral dan teori ini menjelaskan setiap individu mempunyai sifat
tanggungjawab dalam menghormati hak orang lain serta hak asasi yang
memberi kebebasan kepada individu yang dikenali sifat individualistik iaitu
mementingkan diri dan bebas mencampuri urusan lain melakukan tindakan
negatif tanpa peneguran.Oleh itu jika profesion tidak mematuhi teori ini ,
mereka akan terus berbuat perkara yang negatif tanpa kesedaran .

2.5.4 LANGKAH PENYELESAIAN

Langkah penyelesaian bagi isu ini ialah pihak polis perlu mengambil tindakan
tidak kira pangkat mereka kerana ini menyebabkan kes jenayah serta pihak polis
perlu selalu mempetingkatkan atau memberi latihan moral pada anggota mereka
tentang disiplin untuk menjadi anggota polis .

9
3.0 REFLEKSI

Sebagai ringkasan dari kajian ini para profesion hendaklah mematuhi peraturan
kerjaya mereka dengan betul dan melakukan kerjaya mereka dengan beretika
serta menerapkan nilai didalam diri mereka agar mereka lebih bersabar dan
berfikir kreatif dalam menjalankan tugas kerjaya mereka . Hal ini perlu diberi
keutamaan setiap profesion supaya mereka dapat menetapkan status kerjaya
mereka daripada hilang kerjaya dengan beberapa isu kecil yang tidak sepatutnya
dilakukan serta menggunakan daya berfikir dengan beretika dan bermoral
terhadap sesuatu masalah supa ya dapat diselesaikan dengan mudah .

10
4.0 RUJUKAN

https://kembarailmuupsi.wordpress.com/2012/05/03/isu-semasa-
prefesionalisme-perguruan/

http://kindeadpm.blogspot.com/2013/12/teori-teori-etika.html

https://www.mingguanwanita.my/hospital-buat-permohonan-maaf-
jururawat-campak-bantal-tarik-rambut-pesakit-usia-90-tahun/

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bekas-arkitek-glc-direman-
1.700926

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tangani-isu-doktor-selfie-
dengan-adil-1.130734

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120719/je_01/Pegawai-polis-
ditahan-pukul-pekerja-hotel-bertaraf-2-bintang

11

Anda mungkin juga menyukai