Anda di halaman 1dari 9

DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU

NAMA : _____________________________________

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja folio ini dengan penuh sukses.
Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Tuan Nazir Bin
Mohd Noor ,selaku Pensyarah bagi matapelajaran DMB 1112 kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyempurnakan tugasan penting
ini.Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan seperjuangan kerana
telah banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan baik sekali.Selain itu, ucapan ini juga ditujukan
kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat saya
hargai. Biar jasa jadi kenangan.
Sekian, terima kasih
DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU
NAMA : _____________________________________

ISI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Muka Surat


1. PENGENALAN 1
2. DAPATAN DAN PERBINCANGAN 2–3
3. CADANGAN 4
4. KESIMPULAN 5
5. AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 DAN AKTA 6
KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA
6. RUJUKAN 7
DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU
NAMA : _____________________________________

PENGENALAN

BUTIR-BUTIR KEMALANGAN

1. Tarikh Kemalangan : 1 Januari 2022

2. Masa Kemalangan : 11.30 Pagi

3. Tempat Kemalangan : (No./Nama Bilik/Bgn.) : 52, Shin Etsu , Kawasan Perindustrian


Hicom, Shah Alam,

4. Personel yang terlibat : 2 Pekerja Fabrikasi Logam , Penyelia Kilang

5. Mesin yang terlibat : Mesin Mencanai Mudah Alih


DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU
NAMA : _____________________________________

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Laporan penyiasatan keseluruhan kemalangan:

SHAH ALAM 1 Jan – Dua orang pekerja di dalam bengkel kimpalan nyaris maut apabila
mesin canai mudah alih yang digunakannya tidak berfungsi di Kawasan Perindustrian
Sungai Rasa , di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu , kedua-dua pekerja terbabit dikatakan
sedang bekerja di dalam premis berkenaan sebelum terjadinya kecederaan dimana mata
bilah canai terkeluar dan patah sambil melayang di dalam bengkel tersebut.

Menurut Penyelia Kilang di bahagian Fabrikasi logam , Idris Ghazali , kemalangan


tersebut dilaporkan olehnya 15 minit selepas ianya terjadi . Menurut beliau , beliau ingin
menyelia pekerja-pekerja di kilang tersebut dan menjumpai 2 pekerja itu pengsan akibat
kecederaan di bahagian tangan dan kaki.

Penyelia juga menambahkan bahawa ambulans dan paramedik dihubungi dengan segera
dan tiba di lokasi berkenaan kira-kira 25 minit selepas dijumpai.

Gambaran :
DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU
NAMA : _____________________________________

CADANGAN
DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU
NAMA : _____________________________________

Saranan tindakan :

1) Pihak kilang harus menyediakan mesin dan alatan yang berkualiti tinggi dan boleh
dioperasikan dengan baik.
2) Penyelia haruslah memastikan semua pekerja memakai pakaian keselamatan yang
lengkap seperti Sarung Tangan , Kasut Keselamatan , Pelindung Mata (goggles) ,
Pelindung Pendengaran (ear plug)
3) Pihak Pengurusan perlu menubuhkan latihan keselamatan di sekitar premis
bengkel dan mesin agar pekerja lebih berhati-hati semasa mengendalikan mesin.
4) Pihak kilang boleh melakukan penyiasatan akan kemalangan yang terjadi untuk
mementapkan sistem keselamatan di bengkel.
5) Mengamalkan pengenalan yang sistematik dari bahaya yang berpotensi di tempat
kerja dan boleh dikenalpasti , dianalisa dan direkodkan iaitu Analisa Kerja
Selamat (Job Safety Analysis) :
i. Dapat mengenal pasti bahaya yang berkaitan dengan setiap langkah dari
pekerjaan yang berpotensi untuk menyebabkan bahaya serius.
ii. Menentukan bagaimana untuk mengawal bahaya.
iii. Membuat alat tertulis yang dapat digunakan untuk melatih kakitangan yang
lain.
6) Pihak Kilang boleh menganjurkan perjumpaan antara pekerja dan pelatih OSHA
untuk membangunkan prosedur dan dan peraturan kerja yang khusus untuk setiap
bahagian dalam kilang tersebut.

KESIMPULAN
DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU
NAMA : _____________________________________

Di mana-mana Kilang , Pihak Pengurusan dan majikan perlulah menitikberatkan


keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kerana ia banyak memberi kesan yang baik
kepada pekerja dan organisasi iaitu dari aspek pengurusan sumber dan budaya
keselamatan yang diterapkan.
Dengan menggunakan cadangan yang telah disenaraikan , peningkatan
pengetahuan, kemahiran dan penguatkuasaan secara berterusan sangat penting dalam
menjamin suasana, keadaan dan kelakuan kerja yang selamat dapat diwujudkan serta akan
memotivasikan pekerja untuk bekerja dengan lebih baik dan meningkatkan kualiti kerja
mereka.  Akhir Sekali , Keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah diberi keutamaan
dari segala-galanya.
DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU
NAMA : _____________________________________

2A .AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (JABATAN KESELAMATAN


& KESIHATAN)

Akta Kilang Dan Jentera 1967 memperkukuhkan undang-undang mengenai


keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja memperdalamkan pematuhan kepada
undang-undang yang telah digubal berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja
di kilang, supaya kepentingan awam dapat terjamin sepenuhnya serta menyediakan cara-
cara bagi memastikan pengawalan dan penggunaan yang selamat bagi kilang dan jentera.

2B .AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PERKESO) 1969

Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) 1969 memberi jaminan rawatan


perubatan percuma, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional serta faedah
kewangan kepada pekerja sekiranya mereka mengalami hilang upaya akibat dari
kemalangan ataupun mengidap penyakit yang menyebabkan mereka kekurangan upaya
untuk bekerja ataupun tidak upaya langsung untuk bekerja lagi. Sekiranya pekerja
meninggal dunia, orang tanggungan mereka diberi jaminan kewangan dengan menerima
pencen bulanan bagi meneruskan kehidupan. Ianya mengamalkan tiga prinsip iaitu
Tabung Perpaduan, Penggantian Pendapatan dan Keaksamaan
DMB 1112 (SAFETY) : TUGASAN/ FOLIO INDIVIDU
NAMA : _____________________________________

RUJUKAN

https://www.academia.edu/31916566/
KOLEJ_VOKASIONAL_BATU_LANCHANG_LAPORAN_KEMALANGAN_BENG
KEL

https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/maklumat-korporat/prinsip-
perlindungan-keselamatan-sosial.html

https://www.greateasterntakaful.com/bm/takaful-individu/blog-sens/kemalangan-di-
tempat-kerja-dan-langkah-perlu-diambil-majikan.html

http://journalarticle.ukm.my/17334/1/33303-161616-1-PB.pdf

https://www.google.com/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwiH54Wfj
IX6AhVF7TgGHW3pBo8QFnoECAYQAQ&url=https%3A%2F
%2Fwangadelard.blogspot.com%2F2019%2F02%2Ftujuan-akta-kilang-dan-jentera-
1967.html%3Fm=1&usg=AOvVaw1LSu0FatMmT3purRGZi9rD

Anda mungkin juga menyukai