Anda di halaman 1dari 32

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA

TEKNOLOGI KIMPALAN

(WELDING TECHNOLOGY)

SEMESTER 2 (2021)

DMB 2113

KAWALAN KUALITI DALAM KIMPALAN

(WELDING QUALITY CONTROL)

AMALI 1

NAMA : NUR FATHIHAH BINTI MOHD IZUWAN

NO. K/P : 030910-02-0092

TAHUN : 1 DMB / 3MTK (2021)

NAMA PENSYARAH : PN. KU NOR ATIKAH BINTI KU NOR SHUIB

[1]
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga
yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya, PN. KU NOR ATIKAH BINTI KU SHUIB kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya
menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

[2]
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PEMILIHAN PROSES KIMPALAN

2. PENGENALAN

3. JENIS-JENIS DAN SPESIFIKASI BAHAN LUAK

4. JENIS-JENIS DAN SPESIFIKASI BAHAN LOGAM

5. JENIS PENGUJIAN SERTA PERALATAN DAN BAHAN


PENGUJIAN

6. PROSEDUR LENGKAP

7. LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MELAKUKAN


KERJA

8. KESIMPULAN

[3]
1: PEMILIHAN PROSES KIMPALAN
KIMPALAN ARKA LINDUNGAN LOGAM (SMAW)

SMAW ialah singkatan bagi Shielded metal arc welding atau dikenali juga sebagai  stick
welding.  Proses kimpalan SMAW adalah salah satu proses kimpalan yang paling terkenal di
dunia industri. Proses kimpalan ini sangat efektif dan ekonomik menyebabkan proses kimpalan
SMAW adalah pilihan utama bagi industri ringan atau berat.

Kimpalan arka SMAW bermula apabila arus elektrik dialirkan dari mesin kimpal melalui
sentuhan elektrod yang berada pada satu pol ( terminal) yang lain. Rintangan yang terujud
semasa pengaliran elektrod ( elektrik)  melalui jarak elektod akan menghasilkan arka yang
tinggi ( 5000 º c ). Haba panas akan terus melebur hujung elektrod dan logam asas lalu bersatu
sebagai batas kimpalan.Semakin tinggi rintangan ,semakin besar haba yang terjadi. 

Salutan elektrod akan terbakar dan mengeluarkan gas-gas dimana ia melindungi kimpalan dari
udara luar.Ia juga menutupi permukaan batas sehingga sejuk dimana dikenali sebagai sangga
(slag).

[4]
2: PENGENALAN

Dalam bidang kejuruteraan yang melibatkan kerja-kerja logam , kimpalan dijadikan sebagai
kaedah sambungan yang utama terutamanya pada pelantar minyak dan gas , struktur-struktur
bangunan , industry perkapalan , industry automatif dan sebagainya . Logam boleh disambung
dengan menggunakan logam tambahan yang sesuai yang dinamakan elektrod atau dawai
pengisi mengikut prosedur bekerja yang betul . Pekerja yang terlibat dalam bidang ini perlu
mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bahan luak kimpalan juga dipanggil bahan
guna habis iaitu elektrod , dawai pengisi dan fluks bagi menjamin kualiti hasil kimpalan .

Kimpalan ialah mencantum dua kepingan logam sama ada dengan melebur atau tidak
melebur dengan menggunakan haba . Kimpalan yang digunakan melebihi takat suhu lebur dan
logam itu melebur dikenali sebagai kimpalan lebur . Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu
lebur , tetapi menghampiri hingga logam itu mula berfungsi sebagai plastic disebut sebagai
kimpalan tidak lebur . Keluli lembut melebur pada suhu 1400℃ . Logam yang mempunyai takat
lebur rendah boleh kimpal dan dilebur pada suhu yang lebih rendah . Berikut adalah contoh
suhu takat lebur bagi setiap keluli . Keluli 327℃ , aluminium 850℃ hingga 1000℃ , Loyang
900℃-1020℃ , gangsa 960℃ , perak 960℃ dan kuprum 1080℃ .

Pengeluaran bahan luak adalah melalui tiga proses utama iatitu melilit (winding) , mencelup
(dipping) dan penyemperitan (extrusion) . Setiap bahan guna habis perlukan pengawalan kualiti
proses pembuatan juga pengawalan kualiti keluaran dan pengawalan kualiti bagi penyimpanan .

Dalam amalan sebenar kejuruteraan , kita perlu menyemak garis panduan mengenai kimpalan
yang telah disediakan oleh badan-badan piawai .

[5]
3: JENIS-JENIS DAN SPESIFIKASI BAHAN LUAK

3.1 BAHAN LUAK

Dalam kerja kimpalan , bahan luak adalah elektrod atau logam pengisi yang berfungsi
sebagai logam penambah dalam logam penambah dalam kimpalan arka yang mana ianya
disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri daripada beberapa jenis bahan
tertentu dan mempunyai berbagai fungsi ketika kerja kimpalan dilakukan . Pelbagai jenis
elektrod salutan yang ada , yang boleh diklasifikasikan mengikut jenis logam yang hendak
dikimpal . Elektrod dikelaskan sebagai elektrod tanpa salutan (bare) , salutan nipis atau salutan
tebal .

Jenis elektrod yang digunakan bergantung kepada sifat spesifik yang diperlukan dalam enapan
kumai . Ini termasuk :

i. Rintangan kepada hakisan


ii. Kemuluran
iii. Kekuatan tensil yang tinggi
iv. Jenis logam asas yang hendak kimpal
v. Kedudukan mengimpal
vi. Jenis arus kekutuban yang diperlukan

Elektrod untuk besi dan keluli - Elektrod untuk keluli lembut (mild steel)

- Elektrod untuk high strength steel

- Elekrod untuk keluli aloi rendah (low alloy steel)

- Elekrod untuk keluli tahan karat (stainless steel)

- Elekrod untuk pengerasan permukaan (hardfacing)

- Elekrod untuk besi tuang (cast iron)

Elekrod untuk logam - Elekrod untuk kuprum dan aloi kuprum


bukan ferus - Elekrod untuk nikel dan aloi nikel

Rajah 1.1 – Klasifikasi Elektrod Salutan Mengikut Logam

[6]
3.2 PENGKELASAN

Elektrod Kimpalan Arka adalah dawai teras atau batang rod yang digunakan terminal yang
mana arus mengalir antara terminal . Ketika proses mengimpal elektrod lebur dan membentuk
logam kimpal .

Jenis Dua Kumpulan Besar :

(a) Elektrod Guna Habis


Elektrod yang boleh cair semasa kewujudan arka . Juga terdapat dua jenis iaitu elektrod
batang bagi kimpalan arka elektrik manual dan elektrik jenis gelung dawai bagi kimpalan
arka elektrik automatic dan separa automatic . Elektrod batang satu dawai teras yang
bersalut lapisan bahan lakur bahagian 15-40mm daripada pangkal .

Elektrod Cair Semasa Kewujudan Arka


i. Keluli lembut.
ii. Besi tuangan.
iii. Logam Bukan ferrous.
iv. Mengeras permukaan (Hardsurfacing).

(b) Elektrod Tidak Guna Habis


Elektrod tidak guna habis ialah elektrod digunakan untuk mengalirkan arus
mendapatkan arka untuk meleburkan logam

i. Tungsten (Kimpalan GTAW).


ii. Tembaga (Spot Welding).
iii. Karbon.

[7]
3.3 PENGHASILAN ELEKTROD

1.1.1 Elektrod SMAW

Elektrod Kimpalan Arka Logam Berisai (SMAW) sejenis elektrod bersalut lakur yang
habis guna (consumable) berbagai jenis bergantung logam teras dan kandungan salutan
elektrod berkenaan . Elektrod komponen yang mengalirkan arus bagi mendapatkan arka
untuk meleburkan logam .
PROSES SALUTAN
Proses salutan bahan lakur dua cara iaitu cara penyemperitan dan cara mencelup .
Panjang sebatang elektrod adalah 230mm hingga 460mm . Saiz elektrod disebut
nombor 12,10,8 dan 4 . Elektrod no.12 berdiameter paling kecil yang disebutkan .

Elektrod juga boleh dikelaskan mengikut :

i. Cepat penuh ( E6024 , E6027 )

ii. Kelajuan tinggi ( E6012 , E6013 )

Elektrod E6012 Elektrod E6013

Gambar rajah 3.3.1 elektrod E6012 dan elektrod E6013.

[8]
iii. Cepat beku ( E6010 , E6011 )

Elektrod E6010 Elektrod E6011

Gambar rajah 3.3.2 elektrod E6010 dan elektrod E6011.

Terdapat juga juga elektrod yang menggunakan kod warna oleh pengeluarnya . Kod warna
menerangkan tentang kekuatan regangan (tensile strength) , kedudukan mengimpal dan pilihan
arus contonya E7024 . Elektrod juga dibahagikan kepada elektrod hydrogen rendah , elektrod
jenis selulos dan elektrod rutil .
(a) Elektrod Hidrogen Rendah
Salutan elektrod hydrogen rendah terdapat kelembapan menyebabkan keretakan
disebabkan retak aruhan hydrogen (hydrogen induced cracking [HIC]) dalam keluli
kekuatan alahnya 80,000 psi (550 MPa) lebih tinggi . Elektrod kedap kelembapan

[9]
akhiran “R” Klasifikasi AWS rintangan tinggi untuk menyerap kelembapan jika simpan
betul , kurang terdedah kepada keretakan , mengira kekuatan alah keluli dikimpal .

Semua elektrod hydrogen rendah mesti disimpan baik , yang akhiran “R” . Elektrod
E7018 perlu dibekalkan pengimpal dua kali setiap giliran . Elektrod jenis kedap
kelembapan dibenarkan terdedah 9 jam . Bekas tersebut bocor dibuka , elektrod
hydrogen rendah menyerap kelembapan dan boleh merosakankan kualiti kimpalan .

i. Kandungan kelembapan tinggi menyebabkan keliangan (porosity) dikesan


dengan pemeriksaan sinar x (x-ray) atau ujian musnah (Destructive Testing ) .
Kekuatan alah (yield strength) melebihi 80,000 psi (550 MPa) , menyebabkan
keretakan dalam kumai (under-bead or weld cracking).

ii. Kelembapan tinggi elektrod hydrogen rendah menyebabkan ketidakstabilan


kepada leburan sanga , permukaan kimpalan kasar , sanga sukar ditanggalkan
dan retak .

iii. Kelembapan teruk menyebabkan keretakan kimpal di samping retak dalam


kumai , keliangan yang teruk dan rupa kumai buruk serta sanga terperangkap .

(b) Elektrod Jenis Selulosa


Salutan elektrod mengandungi bahan-bahan organic bertukar menjadi gas dalam
arka. 30% berat salutan adalah selulosa . Sesetengah Negara , pulpa kertas dan serbuk
kayu ditambah salutan nisbah yang tertentu mengurangkan jumlah selulosa tulen .
Sebatian organic lapisan arka membentuk monoksida , karbon dioksida , dan hydrogen
meningkatkan ketegangan arka menjadikan arka lebih kuat . Berbanding yang lain jenis
elektrod dengan nilai-nilai semasa yang sama , penembusan 70 % lebih diperolehi
elektrod selulosa . Elektrod jenis selulosa tidak perlu dikeringkan dalam relau .

Elektrod jenis selulosa dihasilkan salutan nipis atau sederhana . Salutan nipis , sedikit
sanga terbentuk kumai kimpalan ia juga menghasilkan percikan arka yang banyak .
Elektrod dapat mengisi ruang jurang dengn cepat dan kimpalan menegak ke bawah
penembusan dapat dilakukan dengan mudah .

Elektrod boleh digunakan pelbagai kedudukan (terutama menegak ke bawah) ,


digunakan pelbagai aplikasi dalam industry pembinaan kapal dan kimpalan paip
ketebalan dinding kurang daripada 12.5mm . Selulosa membakar semasa kimpalan
membentuk gas pelindung sangat baik .

Ciri-ciri utama elektrod selulosa :

i. Kimpalan penusukan bagi setiap kedudukan

[10]
ii. Berkeupayaan mengimpal kedudukan menegak ke bawah dengan baik
iii. Logam kimpal sifat mekanikal yang baik
iv. Sebatian titanium salutan memberi kestabilan arka membantu membersihkan
sanga dengan mudah
Ferromanganese salutan noleh mengimbangi mangan (manganese) hilang pengoksidaan
semasa kimpalan untuk menghilangkan oksigen pada kolam leburan kimpalan . Oleh kerana
elektrod dihasilkan menggunakan pengikat natrium silikat (sodium silicate) elektrod paling
sesuai digunakan arus DC (+) .

(c) Elektrod Jenis Rutil


Elektrod jenis rutil , 35% berat salutannya adalah titanium dioksida (Ti02)
memudahkan arka dinyalakan menghasilkan arka lembut dan mengurangkan percikan
arka . Digunakan kerja-kerja am mana sifat kimpalam baik diperlukan . Adalah elektrod
universal boleh melaksanakan kimpalan setiap kedudukan menggunakan arus AC atau
DC .

Ciri-ciri utama jenis rutil elektrod :

i. Sifat mekanik yang sesuai bagi logam kimpal


ii. Profil rupa kimpal yang cantic kerana sifat sanganya
iii. Berkeupayaan melakukan kerja kimpalan semua kedudukan
iv. Sanga mudah ditanggalkan

Elektrod bagi SMAW logam teras aloi disalut bahan lakur (flux) . Klasifikasi elektrod
dipengaruhi rencaman kimia salutan elektrod . Dikeluarkan spesifikasi elektrod AWS
menstabilkan prosedur kriteria pengeluaran elektrod .

Jadual 1.1 – Spesifikasi Elektrod AWS

Spesifikasi Elektrod AWS Jenis Aloi Elektrod

AWS A5. 1 Keluli karbon

AWS A5. 3 Aluminium dan Aloi Aluminium

AWS A5. 4 Keluli Tahan Karat

[11]
AWS A5. 5 Keluli Tahan Rendah

AWS A5. 6 Kuprum danAloi Kuprum

AWS A5. 11 Nikel dan Aloi Nikel

AWS A5. 15 Besi Tuang

Sumber : American Welding Sosiety (AWS) Welding Handbook Commite, 2004, 9 th ed, Volume 2

Jadual 1.2 – Klasifikasi AWS Bagi Elektrod Keluli Karbon SMAW

Klasifikasi Jenis Salutan Kedudukan Jenis Arus dan


AWS Fluks Mengimpal yang Kekutuban
Sesuai
E6010 High cellulose F, V, OH, H DCEP
sodium
E6013 High Titania F, V, OH, H AC, DCEP atau
Potassium DCEN
E6019 Iron Oxide, Titania F, V OH, H AC, DCEP atau
Potassium DCEN
AC atau DCEN
H- Fillet
E6027 High Iron Oxide , Iron
Powder F AC, DCEP atau
DCEN
E7016 Low Hydrogen F, V, OH, H AC atau DCEP
Potassium
E7018 Low Hydrogen F, V, OH, H AC atau DCEP
Potassium, Iron
Powder
E7024 Iron Powder, Titania H- Fillet, F AC, DCEP atau
DCEN
E7028 Low Hydrogen H- Fillet, F AC, atau DCEP
Potassium
E7048 Low Hydrogen F, OH, H, V-down AC, atau DCEP
Potassium
Nota: (1) Singkatan, F, V, V-DOWN, OH, H, dan H-fillet, menunjukkan kedudukan mengimpal , seperti berikut:

F: Rata (Flat); H: (ufuk) Horizontal; H-fillet: Horizontal fillet: V-down: Vertical downwards.

[12]
V: Vertikal; OH: Overhead.

(2) Sistem pengkelasan EXXXX

 E: menandakan elektrod.
 Dua digit terawal, 60 dan 70, menandakan kekuatan regangan (ksi) minimum bagi logam kimpak
(weld metal).
 Digit ketiga merujuk kepada kedudukan mengimpal.
 EXX1X semua kedudukan mengimpal.
 EXX2X mengufuk dan rata.
 EXX3X rata sahaja.
 EXX4X Rata, overhead, mengufuk, vertical down
 Digit terakhir menunjukkan kebolehgunaan elektrod, contohnya,jenis arus yang mana elektrod sesuai
dan jenis salutan .

Jadual 1.3 – Nombor Kumpulan Elektrod (AWS) bagi Keluli Karbon proses SMAW

AWS A5. 1 Kumpulan Elektrod bagi SMAW

Kumpulan Ciri-ciri Jenis Salutan Elektrod

F-1 Enapan tinggi, High iron oxide E7024, E7027,


penusukan shallow to iron powder E7028, E6020,
medium E6022, E6027
F-2 Penusukan cetek High titania E6012, E6013
E6019, E7014
F-3 Penusukan dalam Cellulose E6010, E6011

F-4 Hidrogen rendah, Low Hydrogen E7015, E7016


pensukan sederhana E7018, E7048
Sumber : welding, David J. Hoffman, Kevin R. Dahle, David J. Fisher, 2017, 2nd ed, Pearson

[13]
3.4 JENIS SALUTAN ELEKTROD

1.1.2 Salutan Elektrod dan Fungsinya

Bahan campuran salutan elektrod terdiri beberapa bahan bergantung kepada ciri-ciri
penggunaan elektrod .

Bahan campuran yang terdapat pada salutan elektrod ialah :

i. serbuk besi

ii. oksi-titania

[14]
iii. sodium silikat

iv. potassium

v. Asbestos

vi. ferro-manganese

[15]
Salutan elektrod terbahagi tiga :

1) Salutan nipis (tidak bersalut)


2) Salutan sederhana
3) Salutan tebal

3.5 FUNGSI SALUTAN ELEKTROD

Fungsi Salutan Elektrod :

i. Membekalkan gas pelindung


ii. Membantu mengawal kadar penyejukan kumai (logam kimpal)
iii. Membantu memegang cairan logam semasa mengimpal pada kedudukan mengufuk
(vertical) dan atas kepala (overhead)
iv. Membantu memulakan dan menstabilkan arka
v. Menambah elemen aloi untuk mempengaruhi sifat-sifat mekanikal kumai
vi. Menghasilkan sanga penutup kumai
vii. Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khas penggunaannya
viii. Medan pelindung semasa mengimpal
ix. Berlakunya sanga yang mempunyai ciri yang sesuai untuk melindungi logam yang lebur
x. Meningkatkan kecekapan dan peleburan logam
xi. Mengeluarkan oksida dan kotoran
xii. Mempengaruhi bentuk kimpal yang terjadi
xiii. Melambatkan kadar penyejukan logam kimpal bagi mengelakkan daripada berlaku
kerosakan pada sifat mekanikal seperti berlaku retak atau bersifat rapuh

[16]
4: JENIS-JENIS DAN SPESIFIKASI BAHAN LOGAM
Dalam bahagian ini, terdapat satu permehatian telah dibuat ke atas bahan-bahan dan
komponen-komponen sedia ada. Semua bahan-bahan dan komponen-komponen
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Terdapat beberapa bahan dan komponen yang
berpontensi untuk digunakan dalam projek ini.

4.1 PENGENALAN BAHAN FABRIKASI LOGAM

Semua logam dikelaskan sebagai ferus atau bukan ferus (ferrous or nonferrous). Logam
ferus mengandungi besi sebagai unsur pertama dan Logam ferus mengandungi 50%
besi lebih banyak kandungan dari logam-logam yang lain. Logam bukan ferus
mengandungi kurang kandungan besi dari logam-logam yang lain.

Logam ferus terdiri daripada besi tuang, keluli dan pelbagai keluli aloi. Beza diantara
besi tuang dengan keluli kandungan karbon . Besi tuang mengandungi lebih 2% karbon
manakala keluli kurang daripada 2% karbon.

Aloi bahan (substance) yang mengandungi dua lebih unsur, semua keluli adalah aloi
kerana mengandungi besi dan karbon. Istilah keluli aloi (alloy steel) keluli juga
mengandungi lebih unsur-unsur lain. Sebagai contoh, unsur aloi utama ialah tungsten,
maka keluli tersebut dipanggil “keluli tungsten” atau “aloi tungsten” jika tiada bahan aloi,
dikenali sebagai “keluli karbon”.

[17]
NAMA KANDUNGAN SIFAT KEGUNAAN
KARBON
Keluli berkarbon Karbon Teguh. Kekutan Logam iyang banyak
Rendah/ Keluli 0.05 – 0.025% tensil tinggi. Boleh paling banyak
Lembut (Low dibuat rawatan haba digunakan di dalam
Carbon Steel/ peti (case hardened) bengkel. Untuk
Mild Steel) kegunaan produk
am dan kerja
kejuruteraan
Keluli Berkarbon Karbon Teguh dan liat. Alat pemotong
Sederhana 0.25 – 0.55% Boleh di lakukan seperti mata gerudi
(Medium Carbon proses pengerasan
Steel) dan pembajaan
(hardened and
tempered)
Keluli Berkarbon Karbon Keras tetapi rapuh Alat pemotong,
Tinggi 0.55 – 0.95% berbanding dengan spring dan dawai
(High Carbon Steel) keluli karbon yang kekuatan tinggi
lain
Keluli Tahan Karbon Teguh, tahan karat Pisau dapur,
Karat 18/8 0.08% dan hakisan peralatan, perubatan
(Stainless Steel)]
Besi Tuang Karbon Keras tetapi rapuh. Tuangan, penutup
(Cast Iron) 2 – 6% Kekuatan mampatan lubang dan enjin
tinggi
Besi Tempawan Hampir Berserat Pintu pagar yang
(Wrought iron) 100% besi (Fibrous), teguh, berhias dan

[18]
mulur dan rintangan landasan keretapi.
kepada karat Kurang digunakan

Jadual 4.1 – Jenis logam ferus , sifat dan kegunaannya

4.2 KELULI BERKARBON RENDAH (MILD STEEL)


Penghasilan dan pengeluaran keluli berkarbon yang terbesar ialah keluli berkarbon
rendah. Ia mengandungi diantara 0.05 dan 0.25% karbon. Keluli berkarbon rendah
kurang keupayaan untuk menjadi keras seperti keluli lain tetapi ia mudah dikerjakan
(dibentuk dan ditempa) dan dimesinkan. Keluli berkarbon rendah lebih murah dan
digunakan untuk membuat pagar, badan kereta, bahagian-bahagian dalam bangunan,
jambatan dan kapal laut. Kos keluli berkarbon rendah murah dan mudah didapati.

Rajah 4.2 – Produk Keluli Berkarbon Rendah

4.3 KELULI BERKARBON SEDERHANA (MEDIUM CARBON STEEL)

Keluli berkarbon sederhana mengandungi 0.25 hingga 0.55%. Ia boleh dibuat rawatan
haba (head treatment). Jika rawatan haba dilakukan dengan betul, ia akan menjadi
keras dan teguh. Ia digunakan sebagai peralatan menempa (forging) dan acuan. Ia juga
digunakan untuk roda, pasak (axle), aci oleng (crankshaft) dan gear.

[19]
Rajah 4.3 – Produk Keluli Berkarbon Sederhana

4.4 KELULI BERKARBON TINGGI (HIGH CARBON STEEL)

Kandungan karbon keluli berkarbon tinggi melebihi 0.55% dan boleh melebihi 0.95%. Keluli
berkarbon tinggi sesuai untuk dibuat rawatan haba dan menghasilkan kekuatan dan kekerasan
yang tinggi. Walaubagaimanapun, ia juga mempunyai kadar herotan yang tinggi dan boleh retak
atau menjadi sangat rapuh semasa proses pengerasan. Keluli ini digunakan untuk membuat
alat tangan, acuan (dies), pisau, roda keretapi dan lain-lain aplikasi yang memerlukan kekuatan
yang tinggi.

[20]
Rajah 4.4 Produk Keluli Berkarbon Tinggi

Jadual – Peratus karbon, sifat dan kegunaan keluli berkarbon

4.5 KELULI ALOI (ALLOY STEEL)

[21]
Keluli Aloi ialah gred keluli yang mengandungi satu atau lebih unsur untuk memberi sifat
khas yang tidak boleh didapati pada keluli berkarbon. Keluli yang mengandungi peratus
yang disenaraikan pada jadual 4.4 dikelaskan sebagai keluli aloi. Berikut adalah
kelebihan keluli aloi:

KELEBIHAN KELULI ALOI

- Kekuatan lebih tinggi


- Tahan haus
- Lebih teguh (toughness)
- Tahan haba yang tinggi
- Mempunyai sifat mudah tempa yang khas
- Rintangan hakisan yang lebih baik
- Mempunyai sifat elektrik yang lebih baik

4.6 KELULI STRUKTUR ALOI RENDAH (LOW ALLOY STRUCTURAL STEELS)


Keluli struktur aloi rendah mempunyai kurang kandungan aloi dengan keluli aloi yang
lain. Ia lebih kuat berbanding dengan keluli berkarbon dan tidak terlalu mahal.

SIFAT-SIFAT KHAS KELULI STRUKTUR ALOI RENDAH


I. Kurang kandungan aloi berbanding dengan keluli aloi yang lain
II. Lebih kandungan aloi daripada keluli berkarbon
III. Lebih murah berbanding dengan keluli aloi yang lain
IV. Mudah dikimpal
V. Digunakan kerja-kerja struktur
VI. Mengandungi aloi
VII. Manganese, Silicon, Columbium, Vanadium dan Tembaga
VIII. Perintang hakisan yang baik

[22]
4.7 KELULI TAHAN KARAT (STAINLESS STEEL)

Semua jenis keluli dikenali sebagai keluli tahan karat, yang telah dicairkan dalam proses khas,
mempunyai darjah ketulenan yang tinggi dan bertindak balas terhadap pengendalian haba yang
ditetapkan. Penerangan ini menunjukkan bahawa keluli tahan karat tidak perlu menjadi keluli
aloi atau keluli aloi tinggi. Keluli tahan karat yang tinggi aloi dengan kandungan kromium
sekurang-kurangnya 10.5%.

Pengelasan keluli tahan karat yang tinggi aloi

Disebabkan oleh struktur, keluli tahan karat yang tinggi aloi boleh dibahagikan kepada
kumpulan berikut:

 keluli tahan karat feritik

 keluli tahan karat martensit

 keluli tahan karat austenit

 keluli tahan karat feritik-austenit (keluli dupleks)

4.8 Keluli tahan karat feritik

Keluli tahan karat feritik sekali lagi dibahagikan kepada dua kumpulan:

 dengan kira-kira 11 hingga 13% kromium

 dengan kira-kira 17% kromium (Cr)

Disebabkan kandungan kromium yang rendah, keluli kromium 10.5 hingga 13% hanya dikenali
sebagai gradien kakisan. Mereka digunakan di mana ketahanan, keselamatan dan kekurangan
penyelenggaraan dalam latar depan dan keperluan khas yang diletakkan pada penampilan. Ini
adalah contoh kes dalam pemasangan kontena, gerabak dan kenderaan.

4.9 Keluli tahan karat martensit

Keluli tahan karat martensit dengan 12 hingga 18% Cr dan kandungan karbon melebihi 0.1%
adalah austenitik pada suhu di atas 950 - 1050°C. Penyejukan yang pantas (lindap kejut)
membawa kepada pembentukan struktur martensit. Struktur ini, terutamanya dalam keadaan
keras, mempunyai kekuatan yang tinggi, yang meningkat lebih tinggi dengan kandungan karbon
yang meningkat. Keluli tahan karat martensitik digunakan, sebagai contohnya, untuk
pembuatan pisau cukur, pisau atau gunting.

[23]
4.10 Keluli tahan karat austenit

Keluli tahan karat austenitik (juga: Keluli nikel kromium) dengan kandungan nikel melebihi 8%
membentuk aspek kebolehkerjaan, ketahanan kakisan dan spesifikasi mekanikal gabungan
yang paling baik untuk penggunaan praktikal. Spesifikasi penting jenis keluli tahan karat ini
adalah ketahanan kakisannya yang tinggi. Atas sebab ini, keluli tahan karat austenit digunakan
di bahagian dengan media yang agresif, contohnya dengan hubungan air laut yang
mengandungi klorida dan dalam larutan kimia seperti industri makanan.

4.11 Keluli tahan karat austenit feritik

Keluli tahan karat austenit feritik selalunya dikenalikan sebagai keluli dupleks kedua-dua
komponen strukturnya. Keanjalan tinggi semasa penambahbaikan ketahanan kakisan
membuatkan keluli ini amat sesuai untuk penggunaan teknologi lepas pantai.

Lelasan keluli tahan karat

Banyak komponen keluli tahan karat dilelas pada akhir proses pemprosesan. Klingspor
menawarkan dalam pilihan produknya pelbagai jenis pelelas, yang amat sesuai untuk
pemprosesan bahan ini. Walau bagaimanapun, semasa pemprosesan keluli tahan karat,
beberapa spesifikasi khusus bahan dipertimbangkan, apabila keputusan tetap yang
memuaskan akan dicapai pada akhirnya. Kemasan permukaan bahagian kerja, bermakna
bahan digulung, dicelup dan/atau kemudiannya dirawat haba hendaklah dipilih supaya
permukaan asal kelihatan hampir sama dengan permukaan yang dikehendaki. Untuk ketahanan
kakisan bagi bahan kerja keluli tahan karat, adalah penting untuk memastikan dalam peringkat
awal pemprosesan, bahan disimpan dan diangkut dengan betul.

Perkara berikut harus dielakkan:

 Setiap jenis hubungan dengan keluli lain (berus keluli, tali dawai).

 Kerosakan permukaan dan sisi serta kesan lecet.

 Penyimpanan bahan dalam bahagian pemprosesan atau bersama dengan keluli lain
(contohnya keluli gulung).

Dari segi ketahanan kakisan, lebih halus permukaan, lebih tinggi ketahanan terhadap kakisan.

[24]
Lelasan

Terdapat sejumlah parameter yang mempunyai kesan pada kekasaran dan penampilan
permukaan yang dilelas:

 Mesin lelasan dengan unsur hubungan dan parameter pemprosesan masing-masing


(kelajuan pemotongan dan suapan)

 Penggunaan bahan tambahan lelasan (minyak dan emulsi)

 Kualiti pelelas

Oleh kerana kekangan yang diberikan oleh proses lelasan, tiada kenyataan umum yang boleh
dibuat mengenai hubungan antara permukaan yang diperoleh dan pelelas yang digunakan.
Untuk mengelakkan salah faham semasa persetujuan bagi permukaan yang diingini, bahagian
sempadan dan nilai kekasaran (Ra) perlu ditentukan dalam peringkat awal pemprosesan.

Lelasan dan kakisan

Tanpa menghiraukan keluli tahan karat yang digunakan, semasa lelasan keluli tahan karat perlu
diperhatikan dalam pengukuran yang dilakukan berikut:

 Jangan gunakan perkakas lelasan pada keluli biasa dahulu dan kemudian pada keluli tahan
karat!

 Keluarkan habuk lelasan daripada semua permukaan!

 Jangan sembur permukaan keluli tahan karat dengan percikan api!

 Suhu pemprosesan mestilah sangat rendah supaya tidak menyebabkan pembentukan


karbida kromium dan dengan itu menyebabkan kakisan antara hablur. Sekiranya bahan
tercemar, kerja semula adalah sangat diperlukan!

Cara ini sahaja untuk memastikan, bahawa lapisan pasif dalam bahagian yang diproses
dibentuk semula dan permukaan lain tidak rosak disebabkan oleh penembusan kakisan atau
kakisan antara hablur.

[25]
5: JENIS-JENIS PENGUJIAN SERTA PERALATAN DAN BAHAN PENGUJIAN

pemeriksaan visual adalah kaedah pemeriksaan yang sering dipandang rendah

(underrated) dan Sering disalahgunakan. Oleh kerana kesederhanaannya dan

ketiadaan peralatan yang canggih,potensi kaedah pemeriksaan ini sering

diremehkan (underestimated).Pemeriksaan visual adalah yang paling mudah untuk

diakukan dan paling murah untuk dilakukan.Sekiranya dilakukan dengan betul,

pemeriksaan jenis ini sering boleh menjadi kaedah yang sangat berkesan untuk

mengekalkan kualiti kimpalan yang dapat diterima (acceptable welding quality)dan

mencegah ketaksempurnaan kimpalan. Terdapat banyak bidang dalam operasi

kimpalan yang boleh disahkan (verified)dan dinilai (evaluated) oleh kaedah

pemeriksaan Apabila merancang pelan pemeriksaan,kita perlu menentukan

bahagian yang paling sesuai untuk dilakukan pemeriksaan.Kita perlu

mempertimbangkan kemungkinan mencegah masalah yang berkaitan dengan kerja

kimpalan,daripada mencari masalah yang mungkin telah pun berlaku. Ujian tanpa

musnah(NDT).yang biasanya digunakan untuk pemeriksaan kimpalan yang

lengkap,biasanya direka dan dijalankan untuk mengesan masalah kimpalan apabila

kimpalan selesai. Pemeriksaan visual pula sering digunakan untuk mencegah

masalah kimpalan sebelum ia berlaku.Fungsi pemeriksaan kimpalan sering

dibahagikan kepada tiga bahagian. Pemeriksaan yang mula-mula dilakukan ialah

pemeriksaan pra-kimpal (pre-weld inspection).Pemeriksaan pra-kimpal(pre-weld)


selalunya menyediakan Welding Inspector dan pengimpal peluang untuk mengesan

dan membetulkan keadaan vang tidak diterima (unacceptable conditions) sebelum ia

berkembang menjadi masalah kimpalan yang sebenar.masalah dalam kimpalan

melalui pengesahan syarat-syarat kimpalan(verification of the welding conditions)

dan keperluan prosedur (procedural requirements). Kedua,pemeriksaan semasa

(duning)operasi kimpalan sering dapat mengelakkan Ketiga,pemeriksaan visual

pasca-kimpal (post-weld) adalah cara yang agak mudah untuk menjalankan

penilaian kualiti kimpalan yang telah siap.

[26]
PERALATAN PEMERIKSAAN VISUAL

meningkat dan bidangnya Semakin berkembang Memandangkan peningkatan

biangan pengguna,pengilang dan kontraktor semakin meningkat,para pemeriksa

kawalan kuaiti yang terlatih dan berpengetahuan mempunyai kesan ke atas kualiti

kemudahan atau projek,dan peluang pekerjaan baru diwujudkan.Profesion kawalan

kualiti tidak statik. Keperluan untuk pemeriksa kawalan kualiti semakin Sesiapa yang

berminat untuk menjadi Welding Inspector harus membiasakan dirinya dengan alat-

alat pemeriksaan yang diperlukan. Takrifan alat adalah "Sesuatu instrumen atau alat

yang digunakan dalam menjalankan operasi atau memang diperukan dalam amalan

kerjaya atau profesion.

 Tolok kimpal serbaguna


 Tolok kimpal jenis daum
 Tolok kimpal jenis cam bridge
 Tolok kimpal digital
 Tolok v-wac

Kelebihan Ujian Penusukan


Cecair Kepekaan tinggi
terhadap kecacatan
permukaan
yang kecil > Pemeriksaan
mudah pada bahagian-
bahagian berbentuk kompleks

[27]
Pantas dan murah bagi pemeriksaan di kawasan dan bilangan bahagian/bahan
yang besar Had kemampuan yang sedikit. Logam dan bukan logam,magnetik dan
bukan magnet,konduktif dan tidak konduktif boleh diperiksa. Visual kecacatan
ditunjukkan terus pada bahagian permukaan Tin semburan aerosol menjadikan
proses mudah alih,mudah, dan murah Petunjuk (indications) dapat menunjukkan
saiz relatif,bentuk dan kedalaman kecacatan Mudah dan memerlukan latihan
minimum.

PROSEDUR LENGKAP

[28]
1) Membuat lakaran projek
2) Menyediakan bahan yang diperlukan
3) Potong plat dan bahan-bahan projek mengikut ukuran yang telah ditetapkan
4) Bersihkan plat dan bahan-bahan projek yang telah dipotong menggunakan berus
dawai
5) Hidupkan mesin kimpal
6) Laraskan arus yang sesuai untuk mengimpal spesifikasi bahan yang digunakan
7) Kimpal pada bahagian perlu untuk menyiapkan projek
8) Setelah siap mengimpal pasang roda di bahagian yang telah ditetapkan pada projek
9) Membuat kemasan pada projek
10) Setelah selesai membuat pemasangan projek, projek sedia untuk digunakan

LANGKAH KETIKA MELAKUKAN KERJA

1) Gunakan pakaian pelindungan yang sesuai semasa berkerja


2) Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat
3) Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota arahan mesin yang sedia
ada sebelum memulakan kerja
4) Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan pintu kecemasan yang ada di dalam
kerja
5) Periksa dan pastikan kemudahan-kemudahan kecemasan mesin berada di dalam
keadaan yang baik dan laporkan pada guru anda jika terdapat kerosakan
6) Semua mesin alat tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas
menggunakannya
7) Jika mengesyaki terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan laporkan kepada
guru anda. Jangan mulakan kerja sehinggan kerosakkan itu ditemui dan dibaikpulih
8) Semua pelajar mestilah faham tentang langkah-langkah yang perlu diambil
sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecemasan

SIKAP ETIKA KERJA YANG BAIK DAN SELAMAT

KEHADIRAN :-

[29]
Hadir kerja, tiba/balik pada masanya, memaklumkan majikan terlebih dahulu ketidak
hadiran dan membuat tugasan menepati masa yang telah ditetapkan.

SIFAT:-

Menunjukkan sifat jujur, setia, boleh dipercayai, boleh berdikari, berinisiatif, berdisiplin
dan bertanggungjawab

KERJA BERPASUKAN:-

Mampu berkerja dalam pasukan, berkerjasama, menunjukkan sikap baik pada


pelanggan, cenderung untuk menambah ilmu pada setiap masa, dan beradat/sopan

PENGGUNAAN ALATAN KETIKA KERJA

Aturan pengendalian sesuatu peralatan dan mesin ketika hendak menggunakannya

a. Pilih alat yang betul akan kesesuaian dengan kerja yang akan dilakukan:
I. Jangan gunakan mesin atau peralatan yang belum tahu akan cara
operasinya

b. Pengendalian sesuatu peralatan:


I. Alat yang tajam mestilah dibawa matanya menghala kebawah
II. Apabila berkerja dibahagian atas, memanjat dan meniti alat hendaklah
digantung atau diletakkan di dalam bekas yang selamat
III. Sebelum menggunakan alat kuasa elektrik (Power Tool) pastikan ia dalam
keaadan memuaskan. Jika terdapat kerosakan jangan cuba untuk
memperbaiki tanpa kebenaran. Pastikan bekalan arus ke mesin diputuskan
sebelum melakukan sebarang ubah suai pada mesin itu

KESIMPULAN

[30]
Kesimpulan daripada mentodologi yang digunakan adalah proses mereka bentuk produk
adalah bukan mudah kerana banyak perkara yang perlu dititik beratkan bagi
memperolehi reka bentuk yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang unik disamping dapat
memudahkan pengguna. Anggaran kos juga amat penting kerna sesuatu produk yang
telah dienovasikan mestilah mempunyai keunikan disamping kos yang berpatutan bagi
memperolehi barang-barang yang berkualiti.

LAMPIRAN

[31]
[32]

Anda mungkin juga menyukai