Anda di halaman 1dari 5

PERALATAN DAN PENGUJIAN UJIAN BENGKOK DAN KELAR PATAH

TUJUAN : Kertas penerangan ini dapat menjelaskan bagi jenis jenis peralatan yang
perlu di gunakan dalam ujian bengkokan dan kelar patah.Dengan ini dapatlah
pelatih mengenalpasti peralatan yang sesuai , dan juga dapat menjaga dan menguna
dengan baik.

PENERANGAN

Ada berbagai -bagai jenis dan cara pemeriksaan dan pengujian untuk menentukan
kekuatan ,kekerasan dan sifat kerja kimpalan. Kebanyakan cara ini memerlukan
penggunaan alat kelengkapan khas yang dikendalikan oleh pekerja mahir.Ada juga
cara yang mudah saperti cara ujian bengkokan yang dibuat dengan menggunakan
tukul. Ujian ini boleh dijalankan oleh pelatih dengan mudah .
Cara menguji dan memeriksa kerja kerja kimpalan boleh di bahagikan kepada tiga
kumpulan besar :
(I) memeriksa kerja kimpalan dengan cara melihat,
(ii) menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian pemusnah,dan
(iii) menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian tanpa musnah.

Menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian pemusnah

Ujian ini melibatkan ujian yang memusnahkan kerja kimpalan yang dibuat. Ujian ini
dibuat terhadap contoh daripada sebahagian kimpalan yang telah siap dibuat. Sifat
mekanik dan kimia logam akan dapat diketahui.

Jenis ujian yang tergolong ke dalam ujian jenis ini ialah :

(I) Ujian bengkokan;


(ii) Ujian hentaman;
(iii) Ujian rengangan;
(iv) Ujian patahan takik;
(v) Ujian kekerasan;
(vi) Ujian punaran.

Ujian Bengkokan

Ujian ini boleh dilakukan untuk mengetahui sifat kimpalan termasuklah sifat
kemuluran, penembusan kimpalan ,kekuatan regangan dan keleburan logam. Ujian
ini dapat dilakukan dengan mudah .
Dibawah adalah contoh kimpalan itu telah pun diuji dengan menggunakan ujian
bengkokan.
Dua jenis ujian bengkokan asas ialah :

(a) Ujian bengkokan berpanduan


- Ujian bengkokan muka kimpalan;
- Ujian bengkokan punca kimpalan.
(b) Ujian bengkokan bebas

Semua ujian bengkokan berpaduan dijalankan pada jigs khas. Permukaan contoh
sesuatu kimpalan yang hendak diuji dicanai supaya licin. Semua pengukuhan pada
permukaan kumai hendaklah di buang. Kemudianm contoh ini diletakan pada cetak
penyokong dan contoh itu dibengkokan dengan menggunakan pelocok sehingga
membentuk bengkokan yang berbentuk U.

Sekiranya kita menjalankan ujian bengkokan muka kimpalan , maka contoh


sambungan hendaklah diletak pada cetak penyokong dengan muka kimpalan
berada dibawah. Jika kita menjalankan ujian bengkokan punca kimpalan, maka
punca kimpalan berada dibawah. Tujuan ujian bengkokan punca ialah untuk
menentukan darjah penembusan kimpalan. Tujuan ujian bengkokan muka kimpalan
pula ialah untuk menentukan sifat kimpalan termasuklah jumlah keliangan,
keleburan, keselitan terak dan keretakan. Kimpalan yang kecacatanya melebihi 4
mm biasanya dianggap sebagai kimpalan yang tidak baik.

Ujian bengkokan bebas pula dilakukan untuk menguji kemuluran logam kimpalan. Ia
boleh dijalankanpada sebarang jenis mesin yang sesuai atau pada ragum bangku
yang boleh menahan daya mampatan yang kuat.

Cara menyediakan contoh ujian

Contoh kimpalan yang hendak di uji mestilah dimesin supaya permukaannya bersih
dan permukaan pengukuhan kimpalanya terhapus. Mula-mula tandakan garis yang
jaraknya 2mm dari tepi kimpalan bagi permukaan yang hendak dimesin itu. Jarak
diantara kedua-dua garis itu dinamakan x sebagai rujukan (lihat gambarah ujian
bengkokan di bawah ini ).Jarak ini diukur dan dicatatkan ukuranya. Kemudian
bengkokan contoh itu kepada sudut 30  . Bengkokan mestilah dibuat disepanjang
bahagian tengah kimpalan. Bengkokan contoh itu sehingga rata atau
sehingga terjadi keretakan yang lebih daripada 2mm.

Peratus pemanjangan didapati dengan cara berikut:


(i)Ukur jarak diantara garis yang dibuat selepas contoh tadi dibengkokan. Tandakan
jarak itu sebagai ‘ y ‘;
(ii) Cari perbedaan diantara y dengan x ;
(ii) Bahagi perbedaan y dengan x ini dengan x ;

Gambarajah diatas ini menunjukan sebuah jigs yang sedang digunakan untuk
membuat ujian bengkokan berpaduan.

Contoh benda yang akan diuji


Peratus pemanjangan mestilah lebih daripada 15% jika tidak kimpalan itu dikira
sebagai gagal menjalani ujian bengkokan bebas. Disamping itu contoh kimpalan
yang diuji itu mestilah tidak mengalami keretakan yang lebar lebih dari 2mm.

Dibawah ini adalah mesin ujian bengkokan dimana menunjukan cara untuk membina dan
bagaimana ujian ini dilakukan keatas kepingan dari berbagai jenis bahan dan
minimum kekuatan takat alah serta berbagai ketebalan nya.
Ujian Patah takik

Ujian Patah Takik dijalankan untuk mengetahui keleburan, keliangan , dan juga
keselitan sangga dalam kimpalan. Contoh kimpalan yang akan diuji dipotong kepada
saiz tertentu dan pada kedua-dua hujung kimpalan dibuat lurah dengan
mengunakan gergaji besi.Dalam lurah ini adalah kira -kira 8 mm hingga 12mm dan
dibuat ditengah-tengah logam kimpalan.

Logam ini diletakan pada keadaan tegak dengan kedua-dua hujungnya bersangga.
Dengan menggunakan tukul yang beasr , logam ini diketuk dibahagian yang
berlurah itu sehingga patah ( lihat gambarajah dibawah ini) . Patahan itu dan diteliti
samada terdapat keliangan atau kecacatan lain.

KEGUNAAN KEDUA-DUA UJIAN INI

Kegunaan ujian jenis ini amat perlu diketahui mahupun dilakukan bagi mana mana
juru kimpal supaya dapat mengetahui akan tahap dan kemahiran seseorang
jurukimpal. Ini juga adlah salh satu jenis ujian yang murah dan cepat mendapat
keputusan .

Anda mungkin juga menyukai