Anda di halaman 1dari 29

PENGENALAN KEPADA

MESIN CANAI
DISEDIAKAN OLEH :
NOR NABILA BINTI SAID
TUJUAN

Pelajar-pelajar mesti boleh:

Terangkan apa itu mesin pencanai


Nyatakan jenis-jenis mesin
pencanai
Terangkan jenis-jenis roda
pencanai
Mesin Pencanai

Mencanai (grinding) merupakan proses


pemotongan logam yang mana ianya
mengeluarkan logam atau bahan lain
dalam bentuk serpihan kecil dengan cara
pemusingan roda pencanai yang dibuat
daripada bijian-bijian abrasive yang
halus dan diikat
Kebaikan Mencanai (Grinding)

i. Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah


diberi rawatan haba (hardening). Komponen yang
dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan
anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk
proses mencanai.
ii. Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin
yang diperlukan pada permukaan bearing dan
permukaan yang menyentuh antara satu sama lain.
iii. Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang tepat
dalam masa yang singkat. Ini adalah disebabkan
sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan untuk proses
mencanai.
JENIS-JENIS MESIN PENCANAI

i. Mesin pencanai meja dan kaki


ii. Mesin pencanai elektrik (mudah alih)
iii. Mesin canai permukaan (surface grinding)
iv. Mesin pencanai silinder (cylindrical grinding)
v. Mesin pencanai mata alat pemotong (tool and
cutter grinder)
vi. Mesin pencanai tanpa tetengah (centerless
grinding)
Mesin pencanai meja
Mesin pencanai kaki
Bahagian-bahagian mesin pencanai me
ja & kaki terdiri daripada:

Pelindung mata
Pelapik
Roda
Penahan mata alat
Motor (pelapik)
Ia mempunyai dua buah roda, yang
satu kasar dan yang satu halus.
Kegunaannya ialah untuk mencanai
hujung mata pemotong yang sudah
tumpul seperti pahat, gerudi,
pemutar skru, mata alat mesin
pelarik dan mesin pembentuk.
Fungsi mesin pencanai kekaki sama
seperti mesin pencanai meja tetapi
mesin ini lebih tegap dan digunakan
untuk mencanai alat-alat yang besar
dan berat.
Mesin pencanai elektrik
(mudah alih)
Mesin canai permukaan
(surface grinding)
Mesin pencanai permukaan digunakan untuk mencanai
permukaan bahan logam bagi menghasilkan
permukaan yang licin dengan ketepatan ukuran yang
jitu.
Mesin jenis ini dilengkapi dengan satu roda canai
yang dipasang pada bahagian spindal mesin dan
ragum magnet digunakan untuk memegang benda
kerja.
Meja kerjanya boleh digerakkan secara manual atau
secara automatik ( mengufuk ).
Roda canai boleh diturunkan dan dinaikkan untuk
melaraskan kedalaman pemotongan.
Suapan minimum yang boleh diberikan ialah sehingga
0.001 mikron.
Mesin pencanai silinder
(cylindrical grinding)
Mesin canai silinder digunakan untuk mencanai
silinder selari dan silinder tirus.
Mesin canai silinder hanya digunakan untuk
pengeluaran kelompok.
Mesin pencanai mata alat pemotong
(tool and cutter grinder)
Mesin pencanai tanpa tetengah
(centerless grinding)
RODA PENCANAI
bentuk roda pencanai
Komponen Asas Roda Pencanai

Roda pencanai mempunyai dua


komponen asas iaitu :
Pelelas
Pengikat
Pelelas

Pelelas diperbuat dari bahan yang sangat keras


dan dapat memotong atau lelas bahan yang
lain. Apabila pelelas digunakan sebagai
pencanai, ia dapat meratakan permukaan yang
kasar serta melicinkan garis atau calar yang
terdapat pada permukaan.

Pelelas dibahagikan kepada dua jenis iaitu :


Pelelas asli.
Pelelas tiruan.
Pengikat
Bahan pengikat adalah menentukan kekuatan roda
pencanai , samada roda jenis roda tegap atau roda
mudah lentur. Pengikat juga menentukan jumlah
daya yang dikhendaki untuk mengeluarkan satu
zarah pelelas dari roda.
Terdapat lima jenis pengikat yang biasa digunakan
iaitu :

Kekaca
Silikat
Syelek
Getah
Damar
Struktur asas roda pencanai
SESI SOAL JAWAB
SOALAN 1

apakah fungsi utama mesin pencanai


JAWAPAN 1

proses pemotongan logam yang mana ianya


mengeluarkan logam atau bahan lain dalam
bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan
roda pencanai yang dibuat daripada bijian-
bijian abrasive yang halus dan diikat
SOALAN 2

berikan bahagian-bahagian mesin pencanai


meja dan kaki
JAWAPAN 2

Pelindung mata
Pelapik
Roda
Penahan mata alat
Motor (pelapik)
SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai