Anda di halaman 1dari 24

GERUDI DAN MESIN GERUDI

6.1 GERUDI
Gerudi ialah alat yang digunakan untuk membuat lubang di atas
permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya dibuat
dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin pelarik. Gerudi
diperbuat daripada keluli tahan lasak dan tungsten karbida.

6.1.1 Jenis-jenis Gerudi


Gerudi terdapat dalam berbagai-bagai jenis iaitu:
1. Gerudi pintal
2. Gerudi lurah lurus
3. Gerudi rata
4. Gerudi benam
5. Gerudi pusat
6. Gerudi melubang senggat.
1. Gerudi Pinta)
Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk
kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sarna dan
bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung matanya
berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut
pemotong dan sudut kelegaan (lihat Rajah 6.1(a)). Terdapat juga
gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas iaitu:
(a) Gerudi pintsl tigs lurah stsu empat lurah
Gunanya ialah untuk meluaskan lubang yang sedia ada seperti
lubang teras pada tuangan. Lurah dan bilangan matanya boleh
memotong dengan lebih banyak, boleh menyokong gerudi
dengan lebih sempurna dan boleh menghasilkan permukaan
lubang dengan lebih licin dan tepat. (Lihat Rajah 6.1(b) dan
6.1(c)).
(b) Gerudi pintallubang minyek
Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir perno tong boleh
turun sampai ke tepi pemotong. Jadi, mata gerudi dapat di-
sejukkan dan dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan
sempurna. Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan kerja-
kerja pengeluaran. (Lihat Rajah 6.1(d)).

117
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

(e) Gerudi pinta/ pendek dan gerudi panjang


Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu rnudah untuk
memusatkan kerja. Gerudi pintal panjang pula berguna untuk
menggerudi lubang yang dalam. Kedua-dua jenis ini biasanya
mempunyai batang berbentuk lurus. (Lihat Rajah 6.1(e) dan
6.1(f)).:
(d) Gerudi pinta/ sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi
Bentuknya sarna dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut he-
liksnya sarna ada lebih kecil ataupun lebih besar daripada sudut

~--
(a) Gerudi pintal

~_(J
(b) Gerudi pintal tiga lurah

~Q---a
(c) Gerudi pintal empat lurah

(d) Gerudi pintal lubang minyak

~J
(e) Gerudi pintal panjang

(f) Gerudi pintal pendek

(g)
~-
Gerudi pintal sudut heliks rendah

(h) Gerudi pintal sudut heliks tinggi

Rajah 6.1 Jenis-jenis gerudi

118
GERUDI DAN MESIN GERUDI

heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 30°. Keistimewaan gerudi


pintal sudut heliks tinggi ialah ia sesuai untuk menggerudi logam
tempawan dan logam liat. Selain itu, gerudi ini Juga menghasil-
kan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula
sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian (fiber),
asbestos, bakelit dan logam-Iogam tiruan yang lain. (Lihat
Rajah 6.1(g) dan 6.1(h)).
2. Gerudi Lurah Lurus
Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi
bahan yang lembut seperti loyang, tembaga dan aluminium dan juga
logam nipis kerana ia tidak tersepit atau terbolos semasa menembusi
logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi lurah lurus yang mem-
punyai mata yang diperbuat daripada tip tungsten karbida. (Lihat
Rajah 6.2).

6
Rajah 6.2 Gerudi lurah lurus.

3. Gerudi Rata
Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk
yang sesuai (Rajah 6.3). Sudut pemotongnya dicanai 90° dan sudut
kelegaan pula antara 5° hingga 12° bergantung pada jenis logam
yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini
kerana banyak terdapat kekurangan, antaranya ialah lubang yang
dihasilkan tidak berapa bulat, saiz tidak tepat dan tatal sukar di-
keluarkan.

Rajah 6.3 Gerudi rata.

119
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

4. Gerudi Benam
Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada
hujungnya dan berbentuk kon. Sudut matanya ialah 90° hingga
120°. (Lihat Rajah 6.4). Gerudi benam digunakan khas untuk
menghasilkan lubang benam supaya skru benam atau rivet boleh
dipasang. Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.

Rajah 6.4 Gerudi benam.

5. Gerudi Pusat
Mata gerudi ini terdapat di kedua-dua hujungnya. Gerudi pusat
biasa mempunyai sudut pemotong 60° sementara jenis loceng mem-
punyai sudut berkembar 60° dan 120° di kedua-dua hujungnya.
(Lihat Rajah 6.5). Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu dari-
pada 3 mm ke atas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja
pemusatan sarna ada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.

(a)

(b)
Rajah 6.5 Gerudi pusat.

120
GERUDI DAN MESIN GERUDI

6. Gerudi Melubang Senggat


Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi
menempatkan kepala skru Allen serta untuk melicinkan permukaan
bintik (spot face) dan juga untuk menyediakan tempat kedudukan
nat, kepala pasak atau lengkangnya (Rajah 6.6).

Rajah 6.6 Gerudi melubang senggat.

6.1.2 Bahagian-bahagian Gerudi Pintal


Hadan
Badan terletak di antara hujung mata dengan batang. Ia terdiri
daripada:

(a) Hujung mats


Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon,
biasanya dicanai dengan sudut kandung 118°, bibir perno tong
membahagi dua sudut kandung ini dengan masing-masing
membentuk sudut 59° dari paksi. Panjang hujung mata biasanya
1/3 daripada garis pusat gerudi.

(b) Pusst mete


Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk
daripada pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata
ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi mas uk ke
dalam permukaan logam.

121
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

(c) Bibir pemotong


Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata
gerudi. Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-Iurah dengan
hujung permukaan berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat
sama panjang.

(d) Larsh
Lurah terdapat di sepanjang bahagian badan. Fungsinya ialah:
(i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong
pada hujung berbentuk kon..
(ii) Untuk membentuk lorong-kirong bagi tatal keluar.
Tirusan
Morse
(iii) Untuk membolehkan bend~ir pemotong sampai ke hujung
mata.
(iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang
sempit.

(e) Lengkang larah


Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah
dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih tebal di
bahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.

Jidar (f) Jidar


Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol di sepanjang
~-H--- Lengkang lurah. Gunanya ialah untuk memberi telusan kepada badan
lurah semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel. Geseran
ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilang-
Badan
kan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.
Sudut heliks
Batang
Bahagian gerudi yang masuk ke dalam spindal mesin melalui
cuk gerudi atau liang sendi dinamakan batang. Batang boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
~....---Sudut hujung mata i
.)
.1.1
..1.-_ _~~---Bibirpemotong ---~.........-Jidar

L...- Pusat mata ~~r---_Tepi mata


yang tajam

Lengkang lurah
dicanai sama
tebal

Rajah 6.7 Bahagian-bahagian badan gerudi.

122
GERUDI DAN MESIN GERUDI

(a) Batang lurus


Batang lurus khusus untuk gerudi keeil yang bersaiz 13 mm atau
kurang (Rajah 6.8(a)). Biasanya ia dipegang dalam euk gerudi
(Rajah 6.9).

I~---Tirusan Morse
Arbor ---~~=~

Pengapit -----"1~

(a) (b)
Batang lurus Batang tirus

Rajah 6.8 Jenis-jenis batang gerudi.


Rajah 6.9 Cuk gerudi.
(b) Batang titus
Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunyai
saiz lebih daripada 13 mm (Rajah 6.8(b)). Batangjenis ini boleh
menetapkan kedudukannya sendiri. Ia boleh dipasang pada
spindal mesin melalui liang sendi (Rajah 6.10) atau soket (Rajah
6.11) bagi menyesuaikan saiz. Batang gerudi dan lubang spindal
mesin serta lubang liang sendi masing-masing mempunyai
tirusan Morse.

Lubang tirusan Morse


Tirusan Morse
Tirusan Morse Lubang tirusan Morse

Rajah 6.10 Liang sendi. Rajah 6.11 Soket.

123
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

................ --_Spindal Puting


mesin gerudi Puting berbentuk nipis, terletak di bahagian pangkal gerudi. Puting
terdapat pad a gerudi batang tirus sahaja. Fungsi puting ialah untuk
memudahkan gerudi diputar kerana puting boleh masuk ke dalam
alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket
(Rajah 6.12) atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh ditanggal-
kan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang.
(Lihat Rajah 6.13).

II-"'~- Batang tirus

..---Gerudi
I ......

Rajah 6.12 ......+ - - - - Puting

.......- -Spindal mesin gerudi

......._..-.J~-- Batang tirus

104--- Gerudi

Rajah 6.13 Alat perenggang untuk menanggalkan gerudi daripada lubang


spindal.

6.1.3 Sudut Pemotong dan Sudut Kelegaan Bibir Pemotong


Terdapat tiga jenis sudut yang harus diberi perhatian apabila
mencanai mata gerudi iaitu:
1. Sudut pemotong
2. Sudut kelegaan bibir pemotong
3. Sudut heliks.

1. Sudut Pemotong
Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 59° dari paksi iaitu mem-
bahagi dua sudut kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai de-
ngan betul dengan sendirinya bibir pemotong menjadi sama pan-
jang, jika tidak, lubang yang dihasilkan akan menjadi besar. Bukaan

124
GERUDI DAN MESIN GERUDI

sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok sudut gerudi (Rajah
6.14).

Rajah 6.14 Menguji bukaan sudut pemotong dengan tolok sudut gerudi.

Bukaan sudut pemotong adalah berbeza-beza iaitu bergantung


pada jenis logam yang hendak digerudi. Sudut yang lazim diguna-
kan ditunjukkan dalam Rajah 6.15. Bagi logam keras, sudut
pemotongnya lebih besar, tetapi bagi logam lembut sudutnya lebih
kecil. (Lihat Jadual 6.1).

(a) (b)
Rajah 6.15

2. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong


Sudut kelegaan bibir pemotong terbentuk dengan mencanaikan
permukaan belakang hingga ke tumit tepi pemotong. Fungsi sudut
kelegaan ini ialah supaya permukaan hujung mata tidak bergesel
dengan benda kerja. Sebagaimana sudut pemotong, sudut kelegaan
bibir pemotong juga berbeza-beza, bergantung pada jenis bahan
yang hendak digerudi (lihat Jadual 6.1). Untuk kerja-kerja am,
sudut kelegaan dicanai antara go hingga 12°. Bukaan sudut yang
terlalu besar boleh menyebabkan hujung mata gerudi patah kerana
tidak cukup sokongan. (Lihat Rajah 6.16).

125
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Jadual 6.1 Berbagai-bagai sudut pemotong dan sudut kelegaan bibir pemotong bagi gerudi

118° 10°/12° Kegunaan am

1\
130°
130° 12° Logam yang tinggi kekuatan
regangannya seperti keluli mangan
V
A
118° 118° 15° Loyang, gangsa

V
90° 10° Plastik

I~ 100° 15° Aluminium dan aloi ringan

V~ISO
12~ 125° 15° Tembaga

\-(J ISO

B-ibir pemotong
I
Sudut ke-Iegaan
bibir pemotong L_
Tum it - - 1 - - '1----
Sudut kelegaan
bibir pemotong

(a) Sudut kelegaan bibir pemotong yang sesuai (b) Sudut kelegaan bibir pemotong terlalu besar

Rajah 6.16

126
GERUDI DAN MESIN GERUDI

3. Sudut Heliks
Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara
mencanai kerana ia telah sedia dibentuk semasa membuat gerudi.
Sudut heliks tinggi digunakan untuk menggefudi logam keras dan
teguh, sementara sudut heliks rendah digunakan untuk menggerudi
logam lembut. Sudut heliks biasanya 30°.

6.1.4 Kesan daripada Kesilapan Mencanai Bibir Pemotong


Pembentukan hujung mata gerudi yang betul adalah perkara
penting yang perlu diberi perhatian semasa mencanai mata gerudi.
Ini termasuklah mencanai sudut pemotong yang sarna besar buka-
annya dari paksi, bibir pemotong yang sarna panjang, sudut kelega-
an bibir pemotong yang munasabah serta menipiskan lengkang
lurah dengan betul. Keempat-empat faktor di atas boleh mem-
pengaruhi kerja menggerudi serta hasilnya dari segi:
1. Mengawal saiz dan mutu sudahan lubang
2. Mengawal tatal atau saiz dan pembentukannya
3. Mengawal cara tatal keluar
4. Menguatkan tepi pemotong supaya tidak cepat haus
5. Mengurangkan geseran dan kepanasan.
Berikut ini diterangkan lima jenis kesilapan yang sering berlaku Rajah 6.17
semasa mencanai bibir pemotong serta kesan daripada kesilapan
tersebut, iaitu:
(a) Sudut pemotong sama bessr tetspi panjang blbir pemotong
berbeza
Pusat mata sama letaknya dengan paksi tetapi hanya satu lurah
sahaja yang boleh memotong bahan. Akibatnya lubang akan
menjadi besar (Rajah 6.17).
(b) Panjang bibir pemotong sama tetapi bukaan sudut pemotong
berbeza
Ini mengakibatkan pusat mata terkeluar dari paksi, hanya satu Rajah 6.18
lurah yang bekerja dan lubang menjadi besar akibat putaran
hanya pada pusat mata. Seterusnya gerudi akan bergoncang
dan ini boleh mengakibatkannya patah (Rajah 6.18).
(e) Kedua-dua sudut dan panjang bibir pemotong adak sama
Pusat mata terkeluar dari paksi, hanya lurah yang bekerja,
gerudi berputar pada pusat mata dan ini menyebabkan lubang
menjadi besar (Rajah 6.19).
(d) Sudut kelegaan bibir pemotong yang terlalu bessr dan terlslu
kecil
Hujung inata boleh patah sekiranya sudut kelegaan terlalu
besar kerana tidak cukup sokongan, sebaliknya jika sudut Rajah 6.19

127
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

kelegaan terlalu kecil, geseran akan berlaku, ini mengakibatkan


permukaan hujung mata menjadi cepat panas, beban meng-
gerudi bertambah kerana gerudi sukar masuk ke dalam benda
kerja. Ini menghasilkan penyudahan kerja yang tidak me-
muaskan dan kemungkinan juga gerudi akan patah (Rajah 6.20
dan 6.21).

Bibir pemotong
Sudut kelegaan bibir
pemotong terlalu besar Tumit _--+--..--..:r

Rajah 6.20

Bibir pemotong
Sudut kelegaan bibir
pemotong terlalu kecil Tumit----t-----..........._"..,.

Rajah 6.21

(e) Lengkang lurah yang dinipisken tidek seimbang tebalnya


dari paksi gerudi
Lengkang lurah harus dinipiskan sekiranya gerudi semakin
pendek, ini adalah kerana lengkang lurah semakin tebal arah ke
pangkal. Jika lengkang lurah dicanai tebal sebelah (Rajah 6.22),
ia boleh menyebabkan kesepusatan lengkang lurah dan garis
pusat luar gerudi tidak tepat. Pusat mata yang tidak beranjak
dari paksi mungkin menyebabkan gerudi berputar belong.

Rajah 6.22

128
GERUDI DAN M£SIN GERUDI

6.1.5 Saiz Gerudi


Saiz gerudi terdapat dalam empat sistem ukuran iaitu:
I. Metrik
2. Pecahan
3. Angka
4. Huruf
1. Saiz dalam Sistem Metrik
Bagi gerudi jenis kecil, saiznya ialah daripada 0.04 mm hingga
0.09 mm dalam langkauan 0.01 mm. Sementara saiz gerudi biasa
ialah daripada 0.5 mm hingga 20 mm bagi jenis batang lurus dan
8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus.

2. Saiz dalam Sistem Pecahan


Gerudi mempunyai julat saiz daripada l4 inci hingga 3± inci dalam
langkauan l4 inci atau l2 inci.

3. Saiz dalam Sistem Angka


Dalam sistem ini, saiz diberi dengan angka 1 atau bersamaan dengan
0.228 inci hingga angka 97 atau 0.0059 inci.

4. Saiz dalam Sistem Huruf


Gerudi juga mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z. Gerudi
yang bersaiz A merupakan saiz yang paling kecil dalam set gerudi
iaitu 0.234 inci manakala saiz Z pula merupakan saiz yang paling
besar iaitu 0.413 inci.

Cara Menguji Saiz Gerudi


Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi (Gambar
foto 6.1). Tolok ini boleh didapati dalam semua sistem saiz gerudi.
Saiz gerudi juga boleh diukur dengan mikrometer (Rajah 6.23).
Ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar gerudi. Selain menguji

Garnbar foto 6.1 Tolok gerudi.

129
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Rajah 6.23

ataupun mengukur saiz gerudi dengan menggunakan alat yang


disebutkan tadi, saiz gerudi juga ditandakan pada bahagian
batangnya. Bagaimanapun, tanda ini selalunya hilang apabila
gerudi itu telah lama digunakan.

6.2 MESIN GERUDI


6.2.1 Jenis-jenis Mesin Gerudi
Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang, di
samping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas,
melubang benam, melubang senggat, membenang dalam dan me-
ratakan permukaan bintik. Terdapat berbagai-bagai jenis mesin
gerudi, seperti:
1. Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif
2. Mesin gerudi tiang
3. Mesin gerudi jejarian (radial)
4. Mesin gerudi mudah alih
5. Mesin gerudi kerja khas.

1. Mesin Gerudi Tekan (Jenis Meja dan Lantai)


Mesin ini dinamakan juga mesin gerudi sensitif kerana hantarannya
dibuat dengan tangan, jadi, kawalan hantaran yang betul ditentu-
kan dengan 'merasa' gerakan pemotongan yang dibuat oleh mata
gerudi. Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu jenis meja (Rajah
6.24) danjenis lantai (Rajah 6.25). Jenis meja mempunyai turus yang
pendek dan dipasang di atas meja, sementarajenis lantai mempunyai
turus yang panjang dan dipasang terus di atas lantai. Ia mempunyai
tapak yang besar dan berat supaya stabil kedudukannya. Mesin
gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi
yang mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.

2. Mesin Gerudi Tiang


Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika
dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi

130
1
\

GERUDI DAN MESIN GERUDI

Nat penutup

. . - Takal dan
r~~~~ tali sawat
Penutup

Motor
Pengawal dalam

Tuil
pengawal
hantaran ~----- Turus

Meja
/~F---- Skru pengunci
meja
Skru pengunci --~
meja
14----- Tapak

Rajah 6.24 Mesin gerudi tekan jenis meja.


Rajah 6.25 Mesin gerudi tekan
je-nis lantai.

sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya


besar dan kedudukannya stabil. Bentuk mesin ini hampir sama
dengan mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat
pembolehubah dan hantaran berkuasa automatik, dan pada ke-
banyakan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi
menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear
(Rajah 6.26).

3. Mesin Gerudi Jejarian


Mesin gerudi jejarian sesuai digunakan untuk menggerudi lubang
pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai
beberapa kemudahan seperti spindalriya boleh bergerak ke luar atau
ke dalam di atas lengan jejarian dan lengan ini dipasang di atas turus
tegak mesin itu. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi
ditempatkan pada sebarang arah lokasi di atas permukaan benda
kerja. Dengan itu kerja tidak perlu diset berulang kali (Rajah 6.27).
Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang dengan .kepala
universal yang boleh dikilas kepada sebarang sudut. Ini mem-

131
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

bolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi


tanpa mengubah pengesetannya. Keistimewaan lain mesin ini ialah:
(a) Boleh menggerudi lubang yang lebih besar
(b) Mejanya besar dan turusnya lebih tinggi
(c) Pemilihan kelajuan lebih luas
(d) Tegap Clan tidak bergegar.

Rajah 6.27 Mesin gerudi jejarian.

4. Mesin Gerudi Mudah Alih


Mesin ini dinamakan demikian kerana ia mudah dibawa ke sana ke
Rajah 6.26 Mesin gerudi tiang.
mari, Gunanya ialah untuk menggerudi lubang yang kecil dan di-
kendalikan dengan kuasa elektrik (Rajah 6.28). Terdapat dua jenis
mesin gerudi mudah alih, iaitu:
(a) Jenis pistol
Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang dengan sebelah
tangan sahaja. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan
(Rajah 6.28(a».
(b) Jenis kerja beret
Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan
kedua-dua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat
(Rajah 6.28(b». Terdapatjugajenis gerudi yang dijalankan oleh
kuasa angin yang dinamakan mesin gerudi tangan pneumatik.

132
GERUDI DAN MESIN GERUDI

(a) Mesin gerudi jenis (b) Mesin gerudi jenis


kerja ringan kerja berat

Rajah 6.28 Mesin gerudi mudah alih.

5. Mesin Gerudi Khas


Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran
khusus untuk berbagai-bagai kegunaan, bergantung pada jenis
mesin gerudi khas itu. Jenis-jenis mesin gerudi khas ialah:
(a) Mesin gerudi berbilang spindal
(b) Mesin gerudi regu
(c) Mesin gerudi turret
(d) Mesin gerudi kawalan angka berkomputer.

6.2.2 Bahagian-bahagian Mesin Gerudi Tekan (Meja)


dan Mesin Gerudi Tiang
Tapak
Tapak diperbuat daripada besi tuang. Oleh sebab tapak tersebut
berat, kedudukan mesin menjadi stabil. Terdapat lurah-lurah T
yang berfungsi untuk memegang benda kerja yang besar.

Turus
Turus diperbuat daripada keluli berlubang dan dipasang pada
tapak. Di bahagian hujung sebelah atas dipasang motor. Alat-alat
lain yang dipasang pada turus ialah meja.

133
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Meja
Meja diperbuat daripada besi tuang, berbentuk segiempat bujur dan
bulat. Lurah T yang terdapat pada meja berfungsi untuk mengikat
ragum mesin atau benda kerja. Meja boleh digerakkan turun naik
atau dikilas kepada sebarang sudut. Ia juga boleh ditempatkan di
mana-mana kedudukan yang sesuai di sepanjang turus.

Pengawal Kelajuan Motor


Alat ini digerakkan oleh kuasa elektrik. Fungsi utamanya ialah
memutarkan spindal dengan perantaraan takal dan tali sawat.
Mesin gerudi meja atau mesin gerudi tiang biasanya mempunyai
empat jenis pengawal kelajuan. Terdapat juga mesin yang di-
pasangkan gear belakang bagi menambahkan lagi pilihan kelajuan.

Spindal
Spindal diperbuat daripada keluli. Lurah-lurah gelugur dibuat bagi
membolehkan ia berputar. Spindal juga boleh digerakkan turun
naik dengan pertolongan rak dan gear pinan (lihat Rajah 6.29).
Spindal mempunyai lubang tirus jenis Morse No.2 untuk disesuai-
kan dengan tirusan batang gerudi, cuk gerudi, adaptor, soket dan
liang sendi.

Takal--~."

Tuil penghantar

Gear pinan --~.

pegas~ 1 4 - - - - - - Sarung

~----Pengunci relang

Rajah 6.29 Pengawal hantaran.

Pengawal Hantaran
Hantaran dibuat sepenuhnya dengan tangan. Rajah 6.29 menunjuk-
kan satu mekanisme pengawal hantaran tangan. Bahagian hujung
tuil penghantar dipasang dengan gear pinan dan rak dipasang pada

134
GERUDI DAN MESIN GERUDI

spindal. Dengan ini spindal boleh bergerak turun dan naik apabila
tuil penghantar diputarkan. Spring lingkar pula dipasang bagi
mengembalikan tuil penghantar kepada kedudukan asal.

Tolok Pengawal Dalam


Kebanyakan mesin dilengkapkan dengan alat ini bagi memudahkan
menggerudi mengikut dalam lubang yang dikehendaki (Rajah 6.30).

Nat pengesat
. - - -......- - - pelaras

f
Jarak sama dengan
kedalaman yang diperlukan

--...........-.~--...., I

.......- + - - - Skala

Spindal

Gerudi ---."",

Raj~30 Tolok pengawal dalam.

6.3 KELAJUAN PEMOTONGAN DAN HANTARAN


6.3.1 Kelajuan Pemotongan
Kelajuan pemotongan ialah panjang ukuran lilitan mata gerudi
dalam ukuran meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa
satu minit.
Sebagai contoh, keluli lembut mempunyai kelajuan memo tong
30 meter per minit, ini bermakna spindal mesin perlu berputar
supaya ukuran lilitan mata gerudi itu 30 meter dalam masa satu
minit. Oleh sebab mata gerudi terdiri daripada berbagai-bagai saiz,
maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai tingkat kelajuan.
Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan ke-
lajuan memotong yang betul disebut putaran per minit (PPM). Pada

135
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

amnya gerudi kecil memerlukan bilangan putaran yang lebih


banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi besar.
Untuk menghitung kelajuan spindal, perkara-perkara berikut
perlu diketahui:
I. Kelajuan memotong bahan
2. Garis pusat mata gerudi

Formula
Untuk menghitung putaran per mini!
. . (PPM) Kelajuan memotong (meter per minit)
P utaran per rmrnt = . ..
n x Garis pusat (milimeter)
Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter, oleh itu
. . (PPM) Kelajuan memotong x 1000
P utaran per mnut = G .
n x ans pusat
KP x 1000
iaitu, PPM
nD

Contoh 6.1
Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk
menggerudi lubang yang bergaris pusat 15 milimeter di atas sekeping
keluli lembut dengan menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan
memotong yang digunakan ialah 30 meter per minit.

PPM = KP x 1000
nD
30 x 1000
3.142 x 15
= 636
Contoh 6.2
Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk
menggerudi lubang yang bergaris pusat 35 milimeter pada sekeping
keluli lembut dengan kelajuan memotong 25 meter seminit. Mata
gerudi yang digunakan ialah sejenis keluli tahan lasak.

PPM = KP x 1000
nD
25 x 1000
3.142 x 35
= 227.2

136
GERUDI DAN MESIN GERUDI

6.3.2 Hantaran
Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi masuk ke dalam benda
kerja pada tiap-tiap satu putaran penuh spindal.
Kadar hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata
gerudi. Jika terlalu laju, mungkin tepi pemotongnya pecah, sebalik-
nya jika terlalu perlahan, hujung mata bergesel dan cepat menjadi
panas.

Formula
Untuk menghitung anggaran masa menggerudi
P
Anggaran masa menggerudi = H x PPM
dengan d = Dalam lubang
P = Panjang juluran mata gerudi (Dalam lubang +
Panjang hujung mata)
= d + (0.3 x D)
D = Garis pusat gerudi dalam milimeter
PPM = Putaran per minit
H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per
putaran

Contoh 6.3
Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang ber-
garis pusat 15 mm dan 52 mm dalam. Kadar hantaran pemotong ia-
lah 0.23 mm dan kelajuan spindal ialah 320.
p
Anggaran masa menggerudi = - - - -
H x PPM
52 + (0.3 x 15)
0.23 x 320
56.5
0.23 x 320
56.5
73.6
= 0.77 minit atau 46 saat

6.3.3 Faktor-faktor Pemilihan Hantaran dan Kelajuan


Berikut ialah beberapa faktor pemilihan kelajuan spindal:
1. Jenis dan keadaan mesin.
2. Ketepatan dan penyudahan kerja.

137
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

3. Kuatnya atau tegapnya benda kerja dipegang dalam mesin.


4. Penggunaan bendalir pemotong.
5. Jenis bahan.
6. Bahan mata gerudi.
Manakala faktor-faktor hantaran mata gerudi iaIah:
1. Saiz gerudi.
2. Jenis benda kerja.

6.4 OPERASI MESIN GERUDI


6.4.1 Pelbagai Operasi Mesin Gerudi
Terdapat enam kendalian kerja yang boleh dilakukan pada mesin
gerudi, iaitu:
1. Menggerudi Iubang.
2. Melubang benam.
3. Melubang senggat dan meratakan permukaan bintik.
4. MeIuIas.
5. Membenang dalam.
6. Menggerek Iubang.

(b) Melubang benam (c) Melubang senggat


(a) Menggerudi

(d) Melulas . (e) Membenang dalam (f) Menggerek

Rajah 6.31

138
GERUDI DAN MESIN GERUDI

Menggerudi Lubang
Mata gerudi hendaklah dipasang dengan betul bagi membolehkan-
nya berputar sepusat. Gerudi berbatang lurus dipegang di dalam euk
gerudi, sementara gerudi berbatang tirus dipasang terus ke dalam
spindal mesin. Tirusan Morse merupakan tirusan memegang sendiri
(self holding) yang membolehkan ia masuk dengan mantapnya. Se-
kiranya lubang tirusan tidak sama besar, liang sendi dan adaptor
digunakan. Untuk menanggalkan gerudi daripada lubang spindal,
alat perenggang digunakan. (Lihat Rajah 6.13).

Menanda Lubang
Langkah-Iangkah yang berikut perlu diikuti bagi mendapatkan
kedudukan lubang yang tepat.
I. Tandakan pusat lubang dengan penebuk eucuk.
2. Buat dua bulatan, satu daripadanya mengikut saiz lubang dan
yang satu lagi keeil sedikit (Rajah 6.32). Tujuannya ialah supaya Pusat
pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi dapat dilihat dengan
mudah.
3. Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat.
4. Hidupkan mesin dan pastikan mata gerudi betul-betul di atas
pus at lubang,
5. Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat.
Cara mengujinya ialah dengan melihat kesan mata gerudi, sama Rajah 6.32
ada di atas pusat lubang atau terkeluar dari pusat lubang (lihat
Rajah 6.33).
6. Sekiranya pemotongan terkeluar dari pus at lubang, maka pusat
lubang hendaklah diperbetulkan dengan eara membuat satu
lengkang lurah atau alur dengan menggunakan pahat mata bulat
(Rajah 6.34). Ini bermakna kedudukan pusat diubah.
Gerudi ini
beroutar
Gerudi ini
berputar sepusat tidak sepusat

(a) Gerudi berputar sepusat (b) Gerudi berputar tidak sepusat

Rajah 6.33

139
*.

TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Pahat mata bulat

Rajah 6.34

6.5 SOALAN
1. Nyatakan DVA kebaikan menggunakan gerudi batang tirus.
2. Lakarkan yang berikut:
(a) Lubang. benam
(b) Lubang senggat
Sebutkan jenis gerudi yang digunakan untuk menghasilkan
kedua-dua jenis lubang di atas.
3. Nyatakan DVA kesilapan mencanai pada gerudi yang boleh
menyebabkan lubang menjadi besar.
4. Lakarkan SATV gerudi pintal berbatang tirus dan labelkan
ENAM bahagian yang utama.
5. Hitung jumlah putaran per minit bagi sebatang gerudi bergaris
pusat 13 mm untuk menggerudi plat keluli lembut pada kelajuan
15 meter per minit. .

140

Anda mungkin juga menyukai