Anda di halaman 1dari 10

1

PEMAMPAT HIDRAULIK PEGAS GEGELUNG KERETA



Paul Kenny Tshong ( DB070022 )
Penyelia : Tn. Hj. Samsudin Bin Husin
Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
paul_knnyt@yahoo.com


Abstrak


Reka bentuk pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini merupakan satu peralatan yang direka khas
untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan penyerap hentak kenderaan. Terdapat pelbagai masalah
yang sering timbul semasa menggunakan kaedah biasa bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyerap hentak
ini. Kaedah biasa memerlukan masa yang lama untuk dikendalikan dan mudah terkehel semasa kerja-kerja
sedang dijalankan. Dengan adanya reka bentuk ini, ia berupaya untuk mempercepatkan lagi kerja-kerja
penyelenggaraan penyerap hentak berbanding menggunakan kaedah biasa serta memastikan masa boleh
dijimatkan dengan lebih efektif. Proses pembuatan reka bentuk ini adalah berdasarkan kepada prosedur dan
perancangan kerja yang telah dirancang. Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat serta berdasarkan
proses pembuatan yang sedia ada. Konsep kendalian yang digunakan pada reka bentuk ini pula adalah
secara mekanikal di mana proses mampatan dilakukan dengan menggunakan mekanisme jek hidraulik dan
dibantu oleh mekanisme elektrikal. Uji kaji yang telah dijalankan pula menunjukkan bahawa reka bentuk
ini sememangnya berkelebihan dari segi penjimatan masa dalam proses penyelenggaraan dan kerja-kerja
penyelenggaraan penyerap hentak pula lebih cepat. Hasil daripada reka bentuk ini, diharapkan ia dapat
mengatasi kelemahan pada kaedah biasa penyelenggaraan penyerap hentak dan peralatan ini berupaya
untuk bersaing serta sesuai dengan kehendak pasaran automotif pada masa kini.


1.0 Pengenalan

Penubuhan Proton pada tahun 1985 di ikuti Perodua pada tahun 1993 merupakan pemangkin kepada
perkembangan sektor automotif di Malaysia. Dasar Sains dan Teknologi yang digubal pada tahun 1986
merupakan dasar yang menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk membangunkan
sektor ini lantas meningkatkan perkembangan ekonomi negara bahkan penduduknya. Proton Holdings
Berhad (Proton) terus mencatatkan peningkatan jualan kenderaan di sepanjang operasinya. Statistik jualan
kenderaan Proton menunjukkan peningkatan yang ketara dan di jangkakan jualan kenderaan pada tahun
2009 adalah di tahap 501,500 unit (Sumber: Berita Harian, 2009).

Peningkatan jualan kenderaan nasional termasuk kenderaan keluaran syarikat lain menambahkan lagi
bilangan kenderaan di atas jalan raya seluruh negara. Ini mengiatkan lagi perkembangan industri
pembuatan komponen kenderaan untuk menampung pertambahan jumlah bilangan kenderaan tersebut.
Seiringan dengan pertambahan dan perkembangan ini, kerosakan pada komponen kenderaan juga akan
berlaku. Terdapat pelbagai komponen yang terdapat pada sesebuah kenderaan. Antara komponen yang
sering mengalami kerosakan adalah penyerap hentak (absorber). Penyerap hentak merupakan sambungan
di antara gandar roda dan kerangka kenderaan. Ia mempunyai satu omboh yang bergerak naik dan turun
yang berfungsi bersama-sama dengan sistem suspensi kenderaan. Spring dan penyerap hentakan ini di
letakkan di antara kerangka kenderaan dan topang atau tetulang yang sedia ada (David Macaulay et. al.,
1998).




2
2.0 Latarbelakang Masalah

Terdapat banyak bahagian pada sesebuah kenderaan yang sentiasa terdedah kepada kerosakan. Antaranya
adalah kerosakan penyerap hentak yang berpunca daripada hentakan kuat secara berterusan yang terhasil
daripada pergerakan kenderaan pada suatu permukaan jalan yang rosak dan tidak rata. Bagi tujuan
penyelenggaraan, tempoh penukaran penyerap hentak adalah bergantung kepada cara pengendalian
pengguna ke atas kenderaan masing-masing dan tiada tempoh spesifik yang ditetapkan bagi
penyelenggaraan penyerap hentak ini.

Kerosakan penyerap hentak juga memberi kesan kepada pengguna itu sendiri. Keselesaaan dan
keselamatan pengguna bergantung kepada keupayaan sesebuah penyerap hentak menyerap sebarang
hentakan dan merendam goncangan di sepanjang kenderaan dikendalikan. Ini adalah kerana sistem
suspensi berfungsi bersama-sama dengan penyerap hentak sebagai penahan berat kenderaan serta menyerap
segala hentakan yang boleh merosakkan komponen-komponen yang terdapat pada sesebuah kenderaan.

Seperti yang diketahui, penggunaan alat pemampat spring gegelung konvensional memerlukan satu tempoh
masa yang agak lama semasa menjalankan kerja-kerja membuka kerana ia melibatkan kerja-kerja pelarasan
serta pemutaran rod bebenang secara perlahan-lahan. Kerja-kerja ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan
bagi mengelakkan spring gegelung daripada terkehel atau terpiuh secara mengejut. Oleh yang demikian, ia
melibatkan keselamatan, pembaziran masa, serta penggunaan tenaga fizikal yang banyak dan ini
sememangnya merugikan.


3.0 Pernyataan Masalah

Permukaan jalan raya yang tidak rata dan tidak diselenggara dengan sempurna menyebabkan berlakunya
kerosakkan pada komponen kenderaan. Salah satu kerosakan komponen yang disebabkan oleh faktor-faktor
tadi adalah penyerap hentak. Kerosakan komponen ini selalunya melibatkan penggunaan masa yang banyak
dalam kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan serta kos.

Kerosakan penyerap hentak akan mempengaruhi sistem suspensi kenderaan. Keselesaan dan keselamatan
pemanduan bergantung keupayaan sistem suspensi ini berfungsi dengan baik. Proses-proses dalam
membuka dan memasang penyerap hentak memerlukan kemahiran kerana ia melibatkan pelbagai prosedur.
Penggunaan pemampat spring yang biasa memerlukan masa yang lama untuk dikendalikan dan perlu
berhati-hati di sepanjang mengendalikannya. Kaedah biasa mudah terkehel dan terpiuh secara mengejut
sekiranya pengendali kurang berhati-hati. Masalah berkenaan dengan faktor keselamatan dititik beratkan
oleh pengkaji untuk memastikan alat tangan yang dihasilkan adalah selamat untuk digunakan.

Dengan menggunakan pemampat spring gegelung yang di reka bentuk oleh penulis, kerja-kerja penukaran
akan menjadi lebih mudah, penjimatan masa yang baik, selain daripada mengurangkan risiko kecederaan
semasa mengendalikannya serta satu alat yang mudah bagi kegunaan sesiapa sahaja.


4.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

(i) Membangunkan model pemampat hidraulik pegas gegelung kereta yang menggunakan jek
hidraulik.
(ii) Melaksanakan pengujian pemampat hidraulik pegas gegelung kereta dari segi masa dibandingkan
dengan kaedah biasa yang sering digunakan pada kebanyakan bengkel kenderaan.




3
5.0 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik telah menyatakan beberapa persoalan sebagai isu yang akan dibincangkan
sepanjang pelaksanaan reka bentuk alat ini:

(i) Apakah mekanisme yang digunakan bagi memampatkan pegas gegelung pada reka bentuk?
(ii) Adakah pemampat pegas gegelung ini berupaya untuk menjimatkan masa semasa pengujian
dijalankan?


6.0 Skop Kajian

Skop kajian ini tertumpu dan dirancang untuk kegunaan membuka spring gegelung penyerap hentak kereta.
Skop ini di pilih memandangkan saiz spring gegelung penyerap hentak kereta adalah berbeza dan reka
bentuk berlainan berbanding dengan motorsikal dan kenderaan berat.

Oleh kerana kerja-kerja memampatkan spring gegelung jenis McPherson Strut memerlukan penelitian yang
banyak, maka penulis telah memikirkan satu idea bagi mengatasi kelemahan dalam kerja-kerja memampat
spring gegelung. Di sini, penulis mencadangkan satu pemampat spring gegelung menggunakan mekanisme
jek hidraulik yang telah direka bentuk supaya ia memenuhi beberapa kriteria berikut:

(i) Boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran asas atau tidak dalam
melaksanakan kerja ini.
(ii) Boleh dikendalikan dalam masa yang singkat.
(iii) Mempunyai ciri-ciri keselamatan dari segi pengendalian pada alat tersebut.


7.0 Kajian Literatur

Bagi kajian literatur, pengkaji memulakan kajian dengan mengenalpasti jenis-jenis pemampat spring yang
terdapat di pasaran pada masa kini. Ia penting bagi mengenalpasti kelemahan serta ciri-ciri yang terdapat
pada pemampat spring tersebut untuk diperbaiki dan diubahsuai agar bersesuaian dengan kehendak semasa.
Kajian yang telah dilakukan oleh Md. Rusdi pada tahun 2005 juga digunakan sebagai bahan rujukan bagi
kajian ini.



Rajah 2: Kaedah biasa untuk membuka spring


Seterusnya, kajian di buat dengan mengenalpasti jenis-jenis jek yang terdapat di pasaran pada masa kini.
Pemilihan jek yang sesuai adalah penting kerana ia merupakan mekanisme pemampat spring pada reka
4
bentuk ini. Kekuatan mampatan sesuatu jek akan mempengaruhi proses membuka dan memasang spring
gegelung semasa prose pengujian dan penyelenggaraan.




Rajah 3: Jek Hidraulik Botol


Selain itu, pemilihan proses-proses di dalam mereka bentuk sesuatu produk adalah penting. Segala
perancangan dan kelancaran sesuatu produk bergantung kepada proses-proses reka bentuk yang di pilih.
Oleh yang demikian, pengkaji memilih untuk menggunakan proses dalam reka bentuk produk yang di
adaptasi daripada penulisan Mohamad Kasim Abdul Jalil (2001) menerusi bukunya yang berjudul Proses
Dan Kaedah Reka Bentuk. Selain itu, pengkaji juga mengkaji berkenaan dengan jenis-jenis bahan yang
sesuai untuk kegunaan reka bentuk produk ini. Ciri-ciri pada bahan yang digunakan adalah bersifat
kemuluran, keanjalan, keliatan, keelastikan, keplastikan, dan kekerasan.


8.0 Metodologi Kajian

Untuk membangunkan reka bentuk ini, penulis menggunakan carta alir proses-proses reka bentuk yang
diperkenalkan oleh Mohamad Kasim Abdul Jalil yang terkandung pada bahagian kajian literatur. Ia
merangkumi proses-proses seperti mengenalpasti keperluan kepada reka bentuk, analisis dan penakrifan
masalah reka bentuk, kajian maklumat dan spesifikasi reka bentuk, konsep, penghasilan konsep, penilaian
dan pemilihan konsep, reka bentuk dan lukisan terperinci, senarai bahan, pembuatan, pembinaan
prototaip,ujian prestasi, penambahbaikan akhir, dan seterusnya produk akhir. Kaedah yang digunakan ini
penting agar perancangan untuk menghasilkan reka bentuk produk ini berjalan lancar dan siap mengikut
jadual serta berkualiti.


8.1 Jangkaan Awal

Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan, penulis menjangkakan bahawa projek ini dapat dilaksanakan
berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan. Di jangkakan juga bahawa reka bentuk ini akan berfungsi
seperti yang dikehendaki dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, penulis menjangkakan kajian ini dapat mengatasi kelemahan-kelemahan sedia ada
pada sesebuah pemampat pegas gegelung biasa dan mereka bentuk satu pemampat pegas yang lebih efektif
dari segi penggunaan masa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati terdapat keperluan untuk menghasilkan satu produk khusus
dalam proses penyelengaraan penyerap hentak bagi mengantikan kaedah biasa yang diguna pakai oleh
kebanyakkan bengkel kenderaan. Kaedah biasa perlu ditukar memandangkan bilangan kereta semakin
5
bertambah dan permintaan terhadap penyelenggaraan adalah tinggi. Ia bukan sahaja di reka untuk tujuan
mempercepatkan masa semasa penyelanggaraan dan menjamin keselamatan pengendali sahaja bahkan ia
boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja yang berkemahiran atau tidak dalam bidang automotif.


8.0 Analisis Reka Bentuk

Sesebuah reka bentuk yang tercipta perlu melalui proses analisis reka bentuk secara terperinci. Tujuan
analisis dijalankan adalah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada reka bentuk
tersebut. Aspek yang diambil kira dalam proses analisis ini seperti kekuatan, keselamatan, masa, kos dan
reka bentuk akhir.yang dihasilkan dapat memenuhi objektif pembangunan penulis.


8.1 Analisis Pemampat Hidraulik Pegas Gegelung Kereta

Mengikut hasil kajian Nik Dazuki Bin Nik Abdul Rashid (1995), penulis telah mengguna pakai 80mm
sebagai nilai mampatan pegas gegelung. Beliau mengatakan bahawa apabila pegas gegelung memampat
sebanyak 80mm, beban atau daya yang diperlukan ialah sebanyak 1.5kN.

Menurut kajian Md. Rusdi Mat Husin (2005), beban analisis yang diambil kira ialah 2kN dan ujiannya juga
dilakukan ke atas pegas gegelung pada bahagian belakang kenderaan. Dengan ini, penulis akan
menggunakan beban sebanyak 2kN di dalam menjalankan analisis ini.


8.2 Analisis Kekuatan Pada Reka Bentuk

Analisis kekuatan pada sesuatu reka bentuk dilakukan terhadap sambungan-sambungan kimpalan yang
telah dilakukan. Tujuan ujian-ujian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan reka bentuk selamat dan
berfungsi seperti yang dirancang.

Di antara analisis kekuatan reka bentuk adalah analisis pada sambungan kimpalan. Ujian yang dijalankan
oleh penulis ke atas kimpalan adalah berbentuk ujian musnah . Ia dijalankan untuk menentukan sifat
sesuatu kimpal, yang mana kimpal tersebut termusnah selepas diuji. Ujian itu dilaksanakan dengan menguji
bahagian-bahagian yang berisiko untuk mengalami kegagalan kimpalan terutamanya pada bahagian cagak.
Bahan tersebut akan dimampatkan dengan menggunakan jek hidraulik dan diuji berulang kali sehinggalah
kimpalan yang diuji benar-benar kukuh.


8.3 Analisis Masa Kendalian

Bagi analisis masa kendalian pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini, penulis akan menggunakan
hasil kajian Md. Rusdi Mat Husin (2005). Hasil daripada analisis yang dilakukan oleh beliau, didapati
pemampat pegas gegelung biasa mengambil masa 18 minit untuk proses memampatkan pegas gegelung,
mengeluarkan pegas gegelung itu dari pepasangan penyerap hentak dan memasangnya kembali.

Dengan menggunakan pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini, masa yang diperlukan adalah 10
minit dan penggunaan alatan tangan seperti impact wrench, perlu bagi memastikan kerja ini dijalankan
dengan sempurna. Bagi menentukan peratus penjimatan masa, perbandingan akan dilakukan ke atas kaedah
biasa dan kaedah yang direka oleh penulis.

18 minit = 100 %
10 minit = 100 x 10 = 100 55.56 = 44.44 %
18
= 55.56 %
6
8.4 Analisis Keselamatan

Di dalam analisis ini, penulis menjalankan ujian keselamatan berdasarkan perkara-perkara seperti
keselamatan dan kekuatan pada reka bentuk serta keselamatan pada operasi reka bentuk. Bagi analisis
keselamatan dan kekuatan pada reka bentuk, menurut Yusof Ahmad (2001), beban yang boleh ditanggung
oleh sesuatu struktur mestilah lebih besar daripada beban yang dikenakan terhadapnya. Kebolehan struktur
menanggung beban dipanggil kekuatan. Kekuatan sebenar struktur hendaklah lebih besar daripada
kekuatan sebenar dan nisbah kekuatan sebenar terhadap kekuatan yang diperlukan dipanggil faktor
keselamatan.

Analisis keselamatan pada operasi reka bentuk adalah untuk memastikan pengendalian sesuatu peralatan itu
selamat, analisis keselamatan perlu dijalankan terhadap reka bentuk tersebut. Di antara ciri-ciri
keselamatan yang diletakkan pada reka bentuk ini adalah pin keselamatan.

8.5 Analisis Komponen Dan Bahan

Di dalam mereka bentuk sesuatu peralatan, perkara yang seharusnya dititik beratkan adalah pemilihan
komponen dan bahan yang sesuai. Di antara tujuan analisis bahan adalah bagi memastikan proses untuk
mendapatkan komponen dan bahan adalah mudah dan teratur.

Di dalam reka bentuk ini, penulis menganalisis keseluruhan komponen dan bahan yang telah digunakan
bagi memastikan ia memiliki ciri-ciri yang dikehendaki, kekuatan bahan yang tinggi, tahan lasak, murah
dan mudah untuk diperolehi. Bahan-bahan untuk menghasilkan reka bentuk ini banyak menggunakan
bahan keluli, besi tuang dan sedikit aluminium. Manakala, komponen-komponen penting pula seperti jek
hidraulik jenis botol dan power window motor.


8.6 Analisis Kos Pengeluaran

Dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk, faktor yang perlu dititik beratkan adalah kos. Faktor harga amat
mempengaruhi dalam sesebuah reka bentuk, seperti juga kehendak pengguna yang inginkan sesuatu harga
berpatutan ke atas pembelian mereka. Berdasarkan kos yang telah dikira, ia agak praktikal dan mampu
dimiliki terutamanya bengkel-bengkel kenderaan pada masa kini.

Perkara Bilangan Harga (RM) Jumlah (RM)
Besi Hollow 1 batang (101.6 mm x 101.6 mm x
304.79 mm)
25.00 25.00
Besi Hollow 1 batang (76.19 mm x 76.19 mm x
1219.19 mm)
30.00 30.00
Besi Angle (L) 1 batang (50.8 mm x 50.8 mm x 1016
mm)
16.00 16.00
Jek Hidraulik 1 unit (3000 kg) 65.00 65.00
Motor Power Window 1 unit 36.00 36.00
Gear Sproket 1 unit 5.00 5.00
Bateri 1 unit (12 volt) 28.00 28.00
Skru dan Sesendal 18 batang (0.7874 inci x 4 inci)
4 batang (0.3937 inci x 2 inci)
1.60
0.80
12.80
3.20
Cat merah 1 tin (250 ml) 14.00 14.00
7
Berus cat 1 batang 2.50 2.50
Penyembur cat 1 tin (hitam)
2 tin (merah)
6.00
6.00
6.00
12.00

Jumlah keseluruhan

255.50


9.0 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Projek

Ketika menyiapkan projek ini, terdapat beberapa permasalah yang telah dikenalpasti ketika analisis
dijalankan. Di antara masalah yang dihadapi adalah berlaku kegagalan pada kimpalan, kekurangan
peralatan yang sesuai untuk menjalankan analisis dan kesuntukan masa. Tetapi, masalah ini berjaya
diselesaikan dengan adanya perancangan yang teliti dan keupayaan untuk berdikari bagi mengatasi masalah
tersebut.


9.1 Perbincangan


Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh penulis, didapati terdapat kelebihan dan kekurangan yang
terdapat pada reka bentuk ini. Di antara kelebihannya adalah dari segi masa kendaliannya di mana ia
berupaya untuk menjimatkan masa semasa penyelenggaraan dilakukan. Hasil daripada analisis kendalian
masa yang telah dijalankan, didapati reka bentuk ini sememangnya menjimatkan masa berdasarkan ujian
kendalian masa yang telah dilaksanakan.

Reka bentuk ini dihasilkan mengikut saiz yang sesuai dan memerlukan hanya sedikit ruang di dalam
bengkel bagi menempatkannya. Pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini pula digerakkan dengan
bantuan jek hidraulik secara mekanikal dan ditambah dengan bantuan sistem elektrik yang dijanakan oleh
bateri 12 volt. Kelebihannya dari segi operasi pula, ia berupaya menjimatkan tenaga pengendali serta tidak
memerlukan penggunaan tenaga elektrik.

Dari segi keselamatan pula, setelah diuji dan digunakan untuk kerja-kerja memampatkan pegas gegelung, ia
ternyata memberi kelebihan kepada pengguna. Dari segi keselamatan individu yang mengendalikannya
pula, ia lebih terjamin kerana terdapat pin penahan yang telah direka bentuk bertujuan menahan pegas
gegelung.

Dari segi kos pula, analisis kos reka bentuk yang telah dibuat mendapati ia mampu dimiliki oleh
kebanyakan pengendali pusat membaiki kenderaan. Penggunaan komponen dan bahan yang mudah
didapati dengan harga yang berpatutan untuk mereka bentuk pemampat hidraulik pegas gegelung ini telah
menghasilkan kos reka bentuk yang paling minimum.

Terdapat beberapa kelemahan pada reka bentuk yang telah dikenal pasti oleh penulis untuk dilakukan
penambahbaikan. Kelemahan pada cagak penahan pegas gegelung telah dikenal pasti kerana pegas
gegelung mudah terlepas setiap kali jek hidraulik digerakkan untuk melakukan kerja-kerja mampatan. Ini
adalah disebabkan oleh kelemahan kemahiran penulis dalam kerja-kerja mengegas seperti memotong,
mengukur dan mengimpal di peringkat awal cagak ini direka bentuk.

Malah, tiang utama bagi reka bentuk ini dilihat tidak berada pada kedudukan yang betul-betul lurus. Ini
adalah disebabkan oleh kelemahan penulis dari segi pengalaman dan kemahiran semasa proses pengukuran
dan pengimpalan dijalankan. Semua proses-proses ini dilaksanakan sepenuhnya oleh penulis dan setiap
8
kelemahan itu akan diperbaiki oleh penulis dari masa ke semasa memandangkan penulis masih lagi dalam
proses belajar.

Uji kaji yang telah dijalankan oleh penulis juga menghadapi beberapa siri kegagalan kimpalan. Terdapat
beberapa bahagian pada reka bentuk ini memerlukan kimpalan yang baik dan kualiti pada setiap kimpalan
pada reka bentuk juga perlu diperbaiki agar memastikan reka bentuk lebih berkualiti. Pengalaman dan
kemahiran penulis dalam kerja-kerja kimpalan masih cetek dan memerlukan sedikit tunjuk ajar daripada
pakar bagi mengatasi masalah kegagalan kimpalan ini dan belajar teknik-teknik mengimpal dengan betul.


9.2 Cadangan

Pengujian demi pengujian yang telah dilaksanakan oleh penulis menunjukkan reka bentuk ini memerlukan
proses-proses pengubahsuaian memandangkan reka bentuk ini dibangunkan bukanlah secara muktamad.
Beberapa kelemahan dan masalah perlu diatasi bagi memastikan reka bentuk ini berfungsi dengan lebih
baik di masa depan.

Reka bentuk ini digerakkan menggunakan tenaga mekanikal yang mana jek hidraulik jenis botol dijadikan
sebagai mekanisme penggerak dibantu oleh penggerak secara elektrikal. Penggunaan tenaga manusia masih
perlu digunakan semasa pengendalian reka bentuk ini untuk melaksanakan kerja-kerja mampatan. Penulis
mencadangkan agar reka bentuk seterusnya ditukar kendaliannya dari mekanikal dan elektrikal kepada
pneumatik dan elektronik. Kendalian tersebut lebih baik kerana ia lebih bersistematik dan berupaya
menjimatkan tenaga pengendali semasa menjalankan penyelenggaraan.

Malah, kelemahan pada cagak pemampat pegas gegelung ini juga perlu dilakukan penambahbaikan bagi
memastikan keselamatan pengendali lebih terjamin. Pada reka bentuk tiang utama pula, penulis
mencadangkan agar penyelidik seterusnya melakukan kerja-kerja mengukur dan mengimpal dengan lebih
tepat dan baik menggunakan peralatan serta prosedur yang bersesuaian.

Selain itu, faktor kos amat mempengaruhi proses pembuatan sesuatu reka bentuk. Kenaikan harga barang
dan pembiayaan yang kurang menjadi penghalang besar kepada ramai penyelidik-penyelidik muda untuk
terus melakukan penyelidikan. Begitu juga dengan reka bentuk yang dihasilkan oleh penulis ini, di mana
beberapa kelemahan reka bentuk adalah disebabkan kekurangan kos untuk mendapatkan bahan-bahan yang
baik dan lebih berkualiti. Faktor kos ini dibuat tanpa mengambil kira kos tenaga elektrik, upah,
pengangkutan dan lain-lain kos.

Oleh itu, penulis berharap agar penyelidik seterusnya akan memperbaiki reka bentuk ini agar menjadi lebih
baik dan berdaya saing untuk dipasarkan. Malah, diharapkan pembiayaan diberikan dari semasa ke semasa
memandangkan kemampuan kewangan penyelidik adalah terhad dan dengan cara ini, ia akan memudahkan
lagi serta melancarkan perjalanan proses reka bentuk.


9.3 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pemampat hidraulik pegas gegelung kereta telah berjaya dihasilkan oleh penulis dan
telah menepati objektif kajian seperti yang dirancang.

Pada ujian kendalian pula, uji kaji yang dijalankan menunjukkan reka bentuk pemampat hidraulik pegas
gegelung kereta ini memenuhi objektif pembangunannya terutamanya dari segi aspek penggunaan masa.
Perbandingan yang dilakukan menunjukkan penyelenggaraan penyerap hentak dengan menggunakan reka
bentuk ini lebih cepat berbanding kaedah lama.

Dalam ujian keselamatan yang dijalankan, pemampat hidraulik pegas gegelung kereta ini didapati
mempunyai keupayaan untuk menahan daya yang tinggi memandangkan ia menggunakan bahan-bahan
yang tahan lasak dan mutu kimpalan yang baik. Penggunaan bahan-bahan yang tahan lasak dan kualiti
9
kimpalan amatlah penting di dalam sesebuah reka bentuk. Pin yang telah direka bentuk pula bertindak
sebagai penahan pegas gegelung untuk menjamin keselamatan pengguna dan juga gegelung tersebut.

Dari segi penggunaan komponen pula, secara keseluruhannya komponen yang diguna pakai mudah didapati
di pasaran. Analisis kos pengeluaran reka bentuk ini juga menunjukkan bahawa ia agak praktikal dan
mampu dimiliki oleh kebanyakan pengendalian bengkel-bengkel kenderaan.


11.0 Rujukan

Ahmad Shukri Mohd Nain, Amran Md. Rasli (2005). Pengurusan Teknologi. Skudai: Penerbitan
Universiti Teknologi Malaysia. Pg. 35.

Amer Nordin Darus (1989). Statik Bendalir. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Brian G. Anderson (2005). Vehicle Extriction: A Practical Guide. Tulsa, Olkahoma: Pennwell
Corporation. 69-71.

Brian S. Elliot (2006). Compressed Air Operated Manual: An Illustrated Guide to Selection, Installation,
Application, and Maintenance. New York: McGraw-Hill.

David Macaulay, Neil Ardley (1998). The New Way Things Work. 16
th
Edition. Boston: Houghton
Mufflin Company.

David Tabor (2000). The Hardness of Metals. Oxford: Oxford University Press. 1.

Eric Oberg, D.J., Franklin, L. H., Holbrook (2000). Machinery Handbook: A Reference Book for the
Mechanical Engineer, Designer, Manufacturing Engineer, Draftman, Toolmaker, and Machinist. 26th
Edition. New York: Industrial Press. 2500.

Henry Leopold Nachman (1918). Elements of Machine Design. New York: John Wiley & Sons. 1.

Hjh. Noresah Binti Baharom (2007). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Irwan Darmawan (2005). Merawat dan Membaiki Mobil Bensin. Jakarta: Puspa Swara.

Jabatan Perdana Menteri (2005). Rangka Dasar Automotif Negara.19 Oktober 2005.
www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f0482567320029f144/6561049cbe90
0ab4482570a0002d87a2

Jabatan Perdana Menteri (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. 31 Mac 2006.
www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/Bab12.pdf

Jack Erjavac (2005). Automotive Technology: A System Approach. 4
th
Edition. New York:
Thomson/Delmar Learning. 137.

J.O. Bird, C.T.F. Ross (2002). Mechanical Engineering Principles. 5th Edition. Oxford; Boston: Newnes.
6

Matt Joseph (2005). Collector Car Restoration Bible: Practical Techniques For Professional Results.
Winconsin: KP Books.

Md. Rusdi Bin Mat Husin (2005). Pemampat Spring Absorber Mudah. KUiTTHO:
Tesis Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional.

10
Mohd Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi Othman (2006). Reka Cipta &
Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Kasim Abd. Jalil (2000). Proses Dan Kaedah Reka Bentuk Edisi Pertama. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.

Mort Schultz (1981, January). How To Service MacPherson Struts on X-Body, K-Body and Ford Cars.
Popular Mechanics. 39.

Paul H. Ricketts (1999). Hydraulic Jack Laboratory Experiment: Mechanical Advantage and Efficiency.
Retrieved November, 1999, from http://engr.nmsu.edu/~etti/3_2/3_2f.html

Peter Metcalfe, Roger Metcalfe (2004). Excel Senior High School Engineering Studies. Glebe, N.S.W.:
Pascal Press.170.

Richard W. Vockroth (1994). Industrial Hydraulics. 2nd Edition. New York: Delmar Publisher
Incorporated. 5-6.

Rodney Hitt (1972). Electric Railway Dictionary: Definitions and Illustration Of the Parts and Equipmen
of Electric Railway Cars and Trucks. Novato, California: N.K. Gregg.

Roger Williams (2002). How to Restore Triumph TR2, TR3 & TR3A. Dorchester:
Veloce Pub. 132.

Sandra G. Harding (1987). Feminism and Methodology: Social Science Issues." 5
th
Edition. Blooming:
Indiana University Press. 2.

S.R. Majumdar (1995). Pneumatic System. New York: Tata McGraw-Hill.

S.R. Majumdar (2003). Oil Hydraulic System: Principle and Maintenance. 2nd Edition. New York:
McGraw-Hill.

Steven C. Frautschi (1986). The Mechanical Universe: Mechanics and Heat. Cambridge: Cambridge
University Press. 169-170.

Tom Benford (2006). Garage and Workshop Gear Guide. 2
nd
Edition. St. Paul, Minnesota: Motorbooks.
51, 53.

W.E. Rossnage, Lindley R. Higgins, Joseph A. MacDonald (1988). Handbook Of Rigging for
Construction and Industrial Operation: For Construction and Industrial Operation. 4th Edition. New York:
McGraw-Hill Profesional.

Zainal Abidin Ahmad (1998). Proses Pembuatan Jilid Kedua. Skudai:Penerbitan Universiti Teknologi
Malaysia.

07 Jan-Jualan Kenderaan Di Jangka Terus Meningkat (2009, January 7). Berita Harian.
http://pmr.penerangan.gov.my

Anda mungkin juga menyukai