Anda di halaman 1dari 19

11

BAB 2



KAJIAN LITERATUR



2.1 Pengenalan

Bidang inovasi dan reka bentuk memainkan peranan yang penting dalam menjana
pertumbuhan ekonomi negara. Wujudnya pasaran global terbuka menyebabkan perlunya
aspek kemahiran, penyebaran maklumat, produktiviti, dan modal dipertingkatkan untuk
bersaing dan menjadikan negara lebih kompetitif di peringkat global.
Teras pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9)
akan memanfaatkan sains, teknologi, dan inovasi sebagai pemacu utama dalam
mempertingkatkan keupayaan negara untuk memperoleh dan menggunakan pengetahuan
serta mengalakkan inovasi. (Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010,
2006)
Salah satu bidang yang sering diperkatakan adalah industri automotif. Sektor
automotif merupakan industri penting kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan sektor ini
kepada ekonomi negara adalah besar, serta berkait rapat dengan sektor pembuatan dan
perkhidmatan. Wujudnya cabaran-cabaran yang mendepani industri automotif,
terutamanya globalisasi, liberalisasi dan persaingan yang meningkat menyebabkan
kerajaan memperkenalkan langkah-langkah baru bagi menggantikan langkah-langkah
sedia ada yang tidak lagi bertepatan dengan kepentingan nasional, agar langkah-langkah
tersebut dapat terus merangsang pembangunan dan kemajuan sektor automotif.
12

Antaranya adalah Dasar Automotif Nasional. Di antara langkah-langkah
pelaksanaannya adalah dengan mewujudkan Geran Penyelidikan dan Pembangunan
yang diberikan kepada pembuat automotif serta pembuat komponen yang menjalankan
aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk mereka bentuk, membuat
prototaip, serta bagi pembangunan dan penambahbaikan produk. (Sumber: Jabatan
Perdana Menteri, 2005)



2.2 Jenis-jenis pemampat pegas gegelung

Menurut Knowles dan Erjavac (2002), terdapat pelbagai jenis alat pemampat pegas
gegelung kereta di dalam industri automotif pada masa kini. Ia direka bentuk untuk
melakukan kerja mampatan pegas gegelung dan sebagai mekanisme penahan semasa
kerja-kerja mengeluarkan penyerap hentak daripada pegas gegelung, atau menjalankan
kerja-kerja lain yang berkaitan dengan sistem gantungan kenderaan.
Pemampat pegas gegelung ini sama ada terdiri daripada jenis pemampat dalaman
dan luaran. Bagi jenis dalaman, ia merupakan pemampat yang mempunyai reka bentuk
mudah dan lebih selamat untuk dikendalikan. Alat ini terdiri daripada sebatang
bebenang rod berserta cangkuk pada setiap hujung rod. Cangkuk ini akan diletakkan
pada pegas gegelung di setiap penghujung rod apabila dikendalikan. Apabila bebenang
rod ini diputarkan, ia menolak cangkuk atas menuju ke cangkuk bawah. Putaran ini akan
berterusan sehingga pegas gegelung termampat dan penyerap hentak boleh dibuka
(Benford, 2006).
Bagi jenis luaran pula, ia menggunakan prinsip yang sama melainkan perbezaan
dari segi penolakan cangkuk menuju ke atas manakala cangkuk atas menjadi penahan
(Williams, 2002).




13



Rajah 2.1: Pemampat jenis luaran (Schultz, 1981)

Kajian yang telah dilakukan oleh Mat Husin (2005) menunjukkan pemampat
jenis dalaman dan luaran mudah terkehel atau terpiuh sekiranya kerja-kerja ini dilakukan
dengan pantas serta tidak berhati-hati. Oleh yang demikian, beliau telah mereka bentuk
sebuah pemampat pegas gegelung penyerap hentak mudah yang mana telah berjaya
mencapai objektif dari segi penjimatan masa, faktor keselamatan, serta ia boleh
dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Menerusi kajian tersebut, beliau telah mencadangkan
penggunaan mekanisme hidraulik atau elektrik bagi kajian di masa depan untuk
melakukan kerja-kerja mampatan pegas gegelung untuk mengatasi masalah penggunaan
tenaga fizikal.
Alat yang direka bentuk adalah bertujuan untuk menyenangkan kerja,
menjimatkan masa, mempunyai ciri-ciri keselamatan, dan boleh dikendalikan oleh
sesiapa sahaja. Kerja-kerja membuka dan memasang pegas gegelung penyerap hentak
memerlukan langkah-langkah tertentu. Penggunaan mekanisma jek hidraulik sebagai
pemampat pegas gegelung adalah idea yang diguna pakai oleh penulis berpandukan
cadangan daripada kajian lepas. Menurut Mat Husin (2005), pemampat pegas gegelung
penyerap hentak hendaklah memiliki ciri-ciri keselamatan, penjimatan masa, tenaga, dan
boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja.

14

2.3 Pengertian jek

Terdapat beberapa jenis jek yang terdapat di pasaran pada masa kini. Menurut Metcalfe
dan Metcalfe (2004), jek digunakan untuk mengangkat dan menyokong peralatan yang
berat atau menyangga sesuatu struktur. Jek terdiri daripada jenis skru atau silinder
hidraulik dan beroperasi secara hidraulik, pneumatik, mekanikal, dan elektrikal. Hitt
(1972) pula menyatakan jek merupakan kaedah mekanikal untuk mengangkat bebanan
dan merupakan satu peralatan yang perlu ada di dalam sesebuah kenderaan untuk tujuan
kecemasan.



2.4 Jek jenis manual

Jek jenis ini merupakan jek yang direka bentuk dan dikendalikan secara manual atau
mekanikal. Terdapat beberapa jenis jek manual yang berada di pasaran contohnya
daripada jenis skru, ratchet, dan gunting. Ia selalunya menjadi keperluan asas kepada
sesebuah kenderaan untuk dijadikan sebagai peralatan yang penting apabila berlaku
kerosakan kenderaan.



2.4.1 Jenis skru

Menurut Hitt (1972), jek jenis skru merupakan sebuah jek yang digunakan untuk
mengangkat bebanan dan jek ini terdiri daripada komponen seperti tapak, ruang skru,
dan nat berlilitan yang mana ditempatkan pada bahagian tapak jek. Ia diputarkan dengan
meletakkan satu bar ke dalam lubang yang terdapat pada nat tersebut. Dengan
melakukan putaran pada nat tersebut, skru tadi dapat dinaikkan dan diturunkan mengikut
kehendak masing-masing. Jek ini juga menggunakan kelebihan tenaga mekanikal dan
15

lilitan berbenang untuk mengangkat bebanan. Metcalfe dan Metcalfe (2004) menyatakan
terdapat dua mekanisme yang ada pada jek jenis ini iaitu berbentuk bebola dan mesin.
Bagi jenis bebola, ia menggunakan mekanisme peredaran galas untuk
menghasilkan putaran skru yang pantas serta berkemampuan untuk mengangkat bebanan
dengan efisien. Jenis mesin pula hanya menggunakan mekanisme skru dan memerlukan
daya yang kurang untuk memutarkan skru. Ia kurang efisien berbanding jenis bebola
memandangkan kepantasannya berkurangan disebabkan tiadanya mekanisme galas.
Untuk mengira nisbah kelajuan jek jenis ini, kita perlu mengetahui perhubungan
di antara lengan tuil dan jarak di antara bebenang. Setiap putaran bebenang tuil mewakili
setiap jarak bebanan yang diangkat. Rajah 2.2 menunjukkan gambaran sebenar jek jenis
skru.



Rajah 2.2: Jek jenis skru (Rossnage et al., 1989)



2.4.2 Jenis gear sehala / ratchet

Merujuk kepada Hitt (1972), jek jenis ini mempunyai pengangkat bebanan yang
diperbuat daripada bar gear sehala yang disambungkan dengan gandar berbentuk
16

melengkung. Pergerakkan pemegang jek akan mengerakkan gandar pada jarak yang
pendek dan menaikkan bar pengangkut itu.
Pada satu bahagian yang lain pula, bebibir roda berfungsi untuk menahan
pergerakkan. Gandar pengangkat pula seterusnya boleh direndahkan melalui satu
pergerakkan gigi dan terus naik apabila pemegang dipamkan. Dengan menterbalikkan
pemegang bebibir roda, jek boleh diturunkan serta dinaikkan. Rajah 2.3 merujuk kepada
gambar rajah sebuah jek jenis ratchet.



Rajah 2.3: Jek jenis ratchet (Rossnage et al., 1989)



2.5 Jek kendalian hidraulik

Jek hidraulik membekalkan daya untuk mengangkat beban yang mana tidak dapat
ditampung oleh sistem jek konvensional jenis skru dan gunting (Ricketts, 1999).
Menurut Hitt (1972) pula menyatakan jek berfungsi untuk mengangkat bebanan. Ia
17

mengandungi pelocok hidraulik yang bekerja di dalam silinder dan pam kendalian
tangan pula berfungsi sebagai mekanisme pendesak bendalir di dalam silinder.



2.5.1 Asas sistem hidraulik

Pascal menyatakan bahawa magnitud tekanan pada suatu titik di dalam bendalir statik
adalah sama dari semua arah dan tekanan adalah berbentuk skalar, iaitu ia mempunyai
magnitud sahaja. Hukum Pascal merupakan asas kepada sistem hidraulik. Malah, Pascal
jugalah yang telah menyatakan bahawa perubahan tekanan akan disebarkan melalui
bendalir dengan magnitud yang sama kesemua tempat di dalam sesuatu sistem tertutup
(Darus, 1989).
Jika omboh A ditekan, daya akan dikenakan pada bendalir permukaan A. Daya
ini jika dibahagikan dengan luas permukaan A, maka magnitud tekanan p
1
akan
diperolehi. Tekanan p
1
ini akan disebarkan keseluruhan bendalir dalam sistem. Ini
bermakna bahawa pada permukaan B, magnitud tekanan adalah p
1
dan ditulis sebagai p
1
sama dengan p
2.
Rajah 2.4 merujuk kepada sebuah sistem hidraulik.



Rajah 2.4: Sistem hidraulik (Sumber: Darus, 1989)

18

2.5.2 Jek hidraulik jenis botol

Menurut Anderson (2005), jek hidraulik jenis botol adalah mewakili salah satu operasi
sistem hidraulik yang mudah. Ia terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut:



2.5.2.1 Tapak dan pemegang

Tapak direka bentuk untuk memberikan alat tersebut keupayaan untuk berdiri secara
menegak. Ia berfungsi untuk memberikan pengendali jek kekuatan mekanikal semasa
mengepam bendalir.



2.5.2.2 Silinder dan omboh

Silinder merupakan satu tiub kosong di mana tempat omboh bergerak masuk. Omboh
pula merupakan bahagian yang bergerak ke atas dan ke bawah di dalam silinder untuk
menghasilkan tekanan.



2.5.2.3 Injap

Ia mengawal arah dan pergerakkan bendalir hidraulik. Pergerakkan injap adalah sentiasa
dalam keadaan tertutup dan terbuka bergantung kepada daya pengepaman yang
dilakukan oleh pengendali.
Rajah 2.5 menunjukkan dengan lebih mendalam gambar rajah sebuah jek
hidraulik botol berserta dengan komponen-komponen yang terdapat di dalamnya.

19



Rajah 2.5: Jek jenis botol (Rossnage et al., 1989)



2.5.3 Jek hidraulik jenis lantai

Jek jenis ini merupakan peralatan yang sering digunakan pada kebanyakan bengkel
kenderaan. Ia sering digunakan dalam operasi mengangkat bebanan kerana faktor
kestabilan, kekuatan, dan keselesaan dari segi pengendalian juga operasinya. Kelebihan
jek ini adalah pada roda di mana ia berfungsi dengan baik untuk memudahkan
pergerakkan jek serta boleh meletakkan jek di tempat yang berada di luar jangkauan
kita.
Ia juga sesuai digunakan pada tempat-tempat yang mempunyai permukaan kasar
kerana mempunyai jangkauan yang baik dan mempunyai pemegang yang boleh
dikendalikan pada operasi yang maksima (Anderson, 2005). Rajah 2.6 menunjukkan
sebuah jek hidraulik lantai yang biasa digunakan.

20



Rajah 2.6: Jek hidraulik lantai (Elliot, 2006)



2.5.4 Kelebihan sistem hidraulik

Menurut Vockroth (1994), di antara kelebihan yang terdapat pada sistem hidraulik
adalah tahap daya yang dibekalkan oleh sistem ini adalah tinggi kerana keluasan
diameter silindernya. Daya yang dibekalkan pula menerusi jarak yang sederhana pada
keadaan yang seragam dan melalui aliran yang kecil serta bergerak pada setiap
pepenjuru.
Jumlah daya atau pergerakkan dapat dikawal melalui darjah kejituan yang tinggi.
Ini adalah disebabkan oleh wujudnya faktor inersia yang mana pengawalan operasi
sistem seperti bermula dan berhenti adalah pantas berbanding sistem lain yang
menggunakan tali sawat, rantai atau gear.
Selain itu, kelebihan sistem hidraulik adalah kerana ia mudah diselenggara.
Malah, ia juga dapat membekalkan kuasa kuda pada satu tempoh yang singkat dan dapat
menyimpan tenaga bagi tujuan kecemasan.
21

2.5.5 Kelemahan sistem hidraulik

Di antara kelemahan sistem hidraulik adalah operasinya terhad di mana bendalir
hidraulik mengalir terlalu pantas dan ini menyebabkan berlakunya kehilangan daya
tekanan (Vockroth, 1994).
Selain itu, pengendalian sistem hidraulik hendaklah dirancang dengan teliti serta
mewujudkan sistem penyelenggaraan secara berkala. Jadi, ini akan menyebabkan
pertambahan kos untuk latihan serta penyelenggaraan.
Menurut Majumdar (2003), elemen hidraulik memerlukan teknik pembuatan
yang jitu di dalam menghasilkan sistem hidraulik dan ini meningkatkan kos pembuatan
sistem. Kebocoran bendalir hidraulik pula menimbulkan pelbagai masalah kepada
pengguna dan bendalir hidraulik akan bermasalah apabila tempoh penggunaannya terlalu
lama serta mudah berlaku reaksi kimia.



2.6 Jek kendalian pneumatik

Sistem pneumatik adalah sistem yang menggunakan udara atau gas sebagai medium
untuk penghantaran isyarat serta kuasa. Sistem ini banyak digunakan di dalam
perindustrian seperti bidang kawalan automasi, pengeluaran secara automatik,
pembuatan peralatan, dan lain-lain. Prinsip-prinsip fizik seperti Hukum Gas, Hukum
Boyle, Hukum Charles, dan Hukum Gabungan Gas merupakan asas kepada sistem
pneumatik ini (Majumdar, 1995).



2.6.1 Jek pneumatik jenis beg udara

Jek ini berbentuk beg atau tiub yang diisikan udara bertekanan untuk menghasilkan daya
mengangkat. Luas keratan rentas beg pula bagi membenarkan jek ini menghasilkan daya
22

mengangkat yang tinggi dengan menggunakan tekanan yang rendah. Selain mampu
mengangkat dengan tinggi, ia juga amat ringan, dan sering digunakan dalam situasi
pekerjaan yang berat dan memerlukan banyak tenaga.
Memandangkan ia diperbuat daripada tiub getah, maka tekanan masukan secara
amnya terhad sehingga 100 psi. Untuk memastikan beg ini tidak pecah, setiap unit
komponen akan dikawal oleh injap yang dikenali sebagai injap pelepas tekanan (Elliot,
2006). Rajah 2.7 menunjukkan sebuah jek pneumatik jenis beg dengan jelas.



Rajah 2.7: Jek pneumatik jenis beg (Elliot, 2006)



2.6.2 Kelebihan sistem pneumatik

Menurut Oberg et al. (2000), kelebihan yang terdapat pada sebuah sistem pneumatik
adalah kerana sistem ini mempunyai kuasa keluaran yang senang dikawal, kos
pemasangan yang murah, serta ringan. Selain itu, sistem ini berupaya untuk
mengelakkan daripada berlakunya kebakaran memandangkan ia menggunakan
mekanisme udara untuk menghasilkan daya.
Majumdar (1995) pula menyatakan di antara kelebihan sistem ini adalah dari segi
penggunaan kuasa keluaran adalah sentiasa terkawal serta dalam keadaan yang baik dan
ketepatan operasi ketika ia bekerja atau beroperasi. Selain itu, sistem pneumatik dapat
23

dimampatkan dengan mudah serta memiliki kelebihan untuk memenuhi semua ruang
secara sama rata.



2.6.3 Kelemahan sistem pneumatik

Kelemahan yang terdapat pada sistem ini pula banyak kepada faktor tindak balas sistem
pneumatik yang lambat ke atas bebanan terutamanya jika keluaran bebanan dilakukan
secara mengejut. Daya kilasnya pula memerlukan tempoh masa dan pergerakkan tertentu
untuk beroperasi semula. Ini menunjukkan sistem pneumatik mempunyai kecekapan
yang rendah (Erik Oberg et al., 2000).



2.7 Jek gabungan kendalian pneumatik dan hidraulik

Jek jenis ini merupakan gabungan di antara mekanisme udara dan hidraulik serta dibantu
oleh komponen tambahan bagi mengerakkan sistem. Ia terdapat dalam beberapa bentuk
iaitu botol, lantai, dan tong tetapi mengekalkan prinsip kendalian operasi yang sama
iaitu gabungan udara dan hidraulik.



2.7.1 Jek jenis botol, jenis lantai, dan jenis tong

Ia berfungsi seperti mana jek manual yang lain tetapi ia mempunyai kelainan dari segi
komponen tambahan yang dinamakan kebuk udara dan injap kawalan. Penguat tekanan
diletakkan selari dengan pam manual kerana komponen ini berkongsi menggunakan
injap perendah dan pemeriksa yang sama.
24

Penguat dilengkapi dengan pegas pembalik dan injap tekan tiga hala. Untuk
mengendalikan jek, injap tekan akan ditekan dan pam akan menghasilkan satu tindak
balas untuk menolak bendalir hidraulik masuk ke dalam silinder utama. Apabila injap
tekan dilepaskan, tekanan udara akan dilepaskan dan penguat akan disetkan semula.
Dengan menekan dan melepaskan injap tekan berulang-kali, jek boleh dinaikkan
mengikut kehendak masing-masing (Elliot, 2006).



Rajah 2.8: Jek jenis botol gabungan pneumatik dan hidraulik (Elliot, 2006)



Rajah 2.9: Jek jenis lantai gabungan pneumatik dan hidraulik(Elliot, 2006)
25



Rajah 2.10: Jek jenis tong gabungan pneumatik dan hidraulik (Elliot, 2006)



2.8 Proses reka bentuk

Menurut Abd. Jalil (1998) menakrifkan reka bentuk sebagai penggunaan prinsip
saintifik, maklumat teknikal, dan imaginasi. Reka bentuk bukanlah satu proses yang
terhasil secara spontan dan tiba-tiba. Ia meliputi beberapa proses termasuklah proses
berfikir, percubaan, dan ujian sehingga terhasil produk yang diingini.
Rajah 2.11 menerangkan dengan terperinci berkenaan dengan proses yang terlibat.







26































Rajah 2.11: Proses reka bentuk (Abd. Jalil, 1998)
Keperluan
kepada reka bentuk
Analisis & penakrifan
masalah reka bentuk
Kajian maklumat Spesifikasi reka
bentuk
Reka bentuk
Konsep
Penghasilan konsep
Penilaian & pemilihan konsep
Reka bentuk
dan lukisan terperinci
Senarai bahan
Pembuatan
Pembinaan prototaip
Ujian prestasi
Penambahbaikan akhir
Produk akhir
27

2.9 Sifat-sifat bahan

Bagi sesebuah reka bentuk, faktor-faktor yang perlu dititikberatkan adalah pemilihan
bahan. Pemilihan bahan untuk sesuatu projek adalah penting dan salah satu
kepentingannya adalah untuk mengenalpasti sifat mekanikal bahan tersebut. Sifat
mekanikal adalah dikira dari tindakan bebanan ke atas bahan dalam pembuatan sesuatu
produk. Penentuan sifat ini dibuat melalui pelbagai ujian dan di antaranya ialah ujian
ketegangan, kelesuan, hentaman, lesu, dan rayapan.
Beberapa sifat mekanikal yang perlu dipertimbangkan di dalam menjalankan
kerja-kerja mereka bentuk produk. Di antaranya adalah seperti berikut:



2.9.1 Kemuluran

Menurut Hashim (2002), kemuluran ialah keupayaan sesuatu bahan untuk berubah
bentuk plastik sebelum patah atau gagal. Proses ini diukur melalui pemanjangan atau
pengurangan luas melalui ujian tegangan. Boleh dinyatakan bahawa bahan ini
mempunyai kebolehan untuk dipanjangkan dalam keadaan tetap dengan menggunakan
daya tegangan.



2.9.2 Keliatan

Keliatan merupakan bahan yang mempunyai sifat boleh menyerap tenaga yang tinggi
sebelum rekah atau pecah. Ahmad (2001) menyatakan keliatan sebagai bahan yang
mengalami terikan yang besar sebelum gagal. Sifat keliatan ini ialah ubah bentuk yang
mungkin berlaku akibat beban yang terlalu besar dan boleh dilihat melalui mata kasar.


28

2.9.3 Keanjalan / kekenyalan

Keanjalan ialah keupayaan bahan untuk kembali kepada keadaan asal apabila daya
dilepaskan. Apabila bahan bersifat anjal dan lelurus, satu bahagian antara tegasan
dengan keterikan yang boleh diungkapkan sama ada bahan tersebut dalam tegangan atau
mampatan. Modulus Keanjalan ialah cerun gambar rajah tegasan-terikan di dalam
kawasan anjal lelurus dan nilainya bergantung kepada bahan yang digunakan. Modulus
Keanjalan bagi keluli adalah antara 200 hingga 210 KN/mm. Bagi kebanyakan bahan,
nilai Modulus Keanjalan dalam tegangan adalah sama dengan nilai Modulus Keanjalan
dalam mampatan (Ahmad, 2001).



2.9.4 Keelastikan

Sifat elastik adalah sifat di mana bahan boleh kembali kepada bentuk asal serta saiznya
selepas daya luaran dikeluarkan (Bird dan Ross, 2002). Menurut Nachman (1918),
apabila daya luaran bertindak ke atas bahan yang tegar, ia menyebabkan berlakunya
perubahan pada bahan tersebut. Perubahan ini dikenali sebagai ketegangan. Apabila
daya tersebut dikeluarkan, bahan tadi kembali kepada keadaan asalnya. Sifat ini
dikatakan sebagai keelastikan kerana sifat ini membenarkan bahan untuk mengulangi
keadaan asalnya selepas dikenakan daya luaran.



2.9.5 Keplastikan

Menurut Bird dan Ross (2002), sifat keplastikan boleh diistilahkan sebagai sifat bahan
yang mengalami perubahan apabila dikenakan daya tetapi tidak patah atau cacat. Setelah
perubahan berlaku pada bahan berkenaan, ia tidak akan kembali kepada keadaan asalnya
dan ia dipanggil sebagai sifat keplastikan.
29

2.9.6 Kekerasan

Menurut Smith dan Hashemi (2006) telah mendefinisikan kekerasan sebagai bahan yang
bersifat rintangan kepada bahan lain untuk ditembusi. Untuk pengujian, satu pengukuran
kepada kerintangan sesuatu bahan daripada berlaku perubahan kekal dijalankan. Tabor
(2000) mendefinisikan kekerasan sebagai pembekal rintangan kepada perubahan pada
permukaan yang cuba menembusinya. Semakin kuat sesuatu bahan maka semakin
kecillah kesan calar pada bahan berkenaan.



2.10 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang lepas, projek ini pernah dijalankan tetapi ia menggunakan
kaedah manual untuk memampatkan pegas dan ia terbukti berjaya.
Oleh yang demikian, penulis akan menggunakan kelebihan mampatan jek
sebagai mekanisme pemampat untuk melakukan kerja mampatan pegas gegelung bagi
tujuan mempercepatkan kerja serta menjimatkan tenaga.Pemilihan bahan juga penting
kerana kekuatan dan kelemahan projek bergantung kepada sejauh mana bahan yang
digunakan berfungsi dengan baik. Sifat-sifat mekanikal bahan perlu dititikberatkan
memandangkan produk yang akan dibuat perlulah mempunyai ciri-ciri kekuatan dan
keteguhan struktur. Sifat pembuatan juga penting di mana ia menerangkan tentang
kesesuaian sesuatu bahan dengan proses yang akan dilaluinya. Ianya termasuk sifat
kebolehmesinan, kebolehterikan, kebolehtuangan, kebolehkimpalan, dan sebagainya.
Daripada pernyataan tersebut dapat disimpulkan bahawa pemilihan bahan yang
sesuai untuk tujuan pembuatan adalah merupakan satu perkara yang kompleks.
Pemilihan jek pula hendaklah sesuai dengan struktur yang akan dibina nanti. Ini adalah
kerana proses pembuatan itu sendiri melibatkan pelbagai disiplin daripada reka bentuk,
pemilihan bahan, perancangan pengeluaran sehinggalah kepada pemilihan proses yang
paling sesuai.

Anda mungkin juga menyukai