Anda di halaman 1dari 10

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metodologi kajian merupakan suatu perancangan yang rapi dari segi perjalanan projek semester akhir ini. Bagi melicinkan perjalanan projek akhir, metodologi haruslah disusun dengan sebaik mungkin. Dengan ini, setiap peringkat perjalanan projek tidak akan terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan atau dengan lebih tepat lagi, hasil akhir kajian akan menepati kehendak permasalahan yang hendak diselesaikan. Justeru itu, amat penting untuk mengetahui dan memahami dengan mendalam setiap proses yang terdapat dalam struktur metodologi kajian.

Antara yang perlu dilakukan ialah dengan mendapatkan semua maklumat yang berkaitan dengan pendawaian kereta. Langkah berikutnya ialah proses penghasilan litar Automatic Turn Off Headlamp. Litar yang dihasilkan ini diuji bagi memastikan samaada ianya berfungsi ataupun tidak.

Secara umumnya kaedah atau langkah kerja yang akan dijalankan untuk menyiapkan projek dibahagikan kepada beberapa peringkat yang utama. Antara peringkat tersebut adalah seperti yang dinyatakan di bawah :-

i. ii. iii.

Kajian literatur. Menghasilkan litar Automatic Turn Off Headlamp. Melaksanakan ujian ke atas litar yang telah dihasilkan.

Rajah 3.1 : Perjalanan Projek

3.2

Fasa 1

3.2.1

Mengenal pasti masalah

Seperti mana yang kita tahu dalam dunia hari ini, orang ramai begitu sibuk dan penat dengan rutin harian mereka. Disebabkan kesibukan dan kepenatan yang melanda mereka, ada sesetengah perkara yang mereka terlepas pandang dan juga terlupa. Hal ini sedikit sebanyak melibatkan pengguna pacuan empat roda dimana ada segelintir pengguna pacuan empat roda yang kadang kala terlupa untuk menutup lampu kenderaan masing-masing apabila enjin mereka telah dimatikan. Hal ini akan menyebabkan kenderaan mereka kehabisan bateri, lalu membuatkan kenderaan tidak boleh hidup. Ini akan menyusahkan pengguna kenderaan jika ingin menggunakannya, dan seolah-olah menjadi satu masalah berat kepada mereka.

3.2.2

Menentukan tajuk

Disebabkan pemasalahan yang berlaku itu, kami telah cuba untuk memikirkan bagaimana untuk mengelakkan daripada

berlakunya hal ini. Akhirnya kami telah mendapat satu idea di mana kami akan mencipta suatu alat yang diberi tajuk Automatic Off Headlamp Kit .

3.2.3

Objektif

Berikut merupakan objektif projek :

i.

Bagi mengelak dari berlakunya masalah kehabisan bateri di atas kesalahan atau kecuaian pengguna kenderaan sendiri terutamanya pengguna kereta.

ii.

Menjadikan projek ini mampu dimiliki oleh semua jenis kenderaan tidak kira samada kereta dari kelas ekonomi mahupun kereta-kereta mewah.

3.2.4

Skop Kajian

Projek ini dijalankan untuk mendapatkan penghasilan sistem automatic turns off headlamp pada kos yang paling minima dan kualiti terbaik. Automatic turns off headlamp ini kebiasaanya hanya terdapat pada kereta-kereta mewah sahaja kerana mungkin kos pembuatannya adalah tinggi ataupun kos ilmu untuk mempelajari membuat sistem ini adalah mahal.

3.2.5

Sorotan Kajian / Kajian Literatur :

Pada peringkat awalan projek, kajian-kajian literatur iaitu kajian yang terdahulu adalah termasuk pengumpulan maklumat dari sumber-sumber seperti internet dan sumber-sumber yang

berhubungkait dengan ujian yang kami jalankan. Pengumpulan maklumat daripada kajian literatur amat penting terutama sebagai langkah awalan kajian. Ia juga dapat mengenal pasti permasalahanpermasalahan utama yang berkaitan dengan litar (kajian yang dibuat).

3.2.5.1 Proses menjalankan soal selidik

Seperti mana amalan sesetengah penyelidik yang lain, kaedah yang biasa digunakan dalam menyampaikan soal selidik adalah melalui kaedah temuramah dengan pihakpihak yang berkenaan.

Kaedah Temuramah Dalam kaedah ini, satu hari yang telah ditetapkan akan dibuat atau dijalankan. Proses temuramah ini dijalankan dengan pihak yang terlibat. Pihak yang terlibat akan diajukan soalan tentang perkaraperkara yang ingin ditanyakan yang berkaitan dengan projek yang akan dijalankan.

3.3

Fasa 2

3.3.1

Perlaksanaan Kajian

3.3.2

Kerja-kerja Pemantauan

3.3.3

Mengambil Bacaan Bagi Analisa Data

3.4

Fasa 3

3.4.1

Analisis Data

3.5

Fasa 4

3.5.1

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat kami simpulkan berdasarkan projek ini ialah pengguna kenderaan perlu memiliki Automatic Off Headlamp Kit ini kerana setiap manusia sering melakukan kesilapan atau kecuaian.Jadi tidak mustahil salah seorang daripada kita akan melakukan kesilapan ini iaitu tidak mematikan suis lampu sebelum meninggalkan kenderaan. Tambahan pula, projek ini tidak mahal dan semua orang mampu memilikinya. Automatic Off Headlamp Kit, ialah satu produk wajib dimiliki oleh semua pengguna kenderaan. Jika bateri suatu kenderaan telah habis, ia memerlukan proses jumper dari bateri kenderaan lain, atau bateri perlu di cas semula. Dan ia akan sedikit sebanyak akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Tambahan pula, jika kita dalam situasi yang memerlukan pengguna untuk bergegas.

3.5.2

Cadangan

Bagi pada masa akan datang, projek boleh diubah dan ditingkatkan lagi kecanggihannya mengikut perkembangan teknologi pada masa akan dating dan mengikut perkembangan teknologi sekeliling.

Banyak cadangan yang boleh didapati untuk meningkatkan lagi projek ini diantaranya ialah:

i.

Kita boleh menyertakan projek ini dengan membuat tambahan iaitu menghidupkan lampu secara automatik pada masa-masa yang tertentu. Contohnya apabila hari sudah gelap ataupun apabila hari hujan. Ini juga dapat mengelakkan kecuaian pengguna kereta terutama sekali

pada waktu hujan. Para pengguna kereta sering terlupa untuk menyalakan lampu pada waktu hujan, hal ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

ii.

Pada masa akan datang kita juga boleh menggunakan Automatic Off Headlamp Kit pada semua jenis kenderaan besar seperi lori dan sebagainya. Para pengguna lori ini juga mungkin menghadapi masalah yang sama dan secara tidak langsung semua pengguna kenderaan harus

memilikinya. Tambahan pula dengan kosnya juga tidaklah begitu tinggi.

iii.

Kit ini mungkin juga kita boleh dipelbagaikan fungsinya dengan membuat penambahan bagi mengingatkan kita untuk memperbaharui cukai jalan, hal ini juga merupakan suatu kecuaian pengguna yang sering dialami oleh pengguna kenderaan.

3.6 Langkah Perlaksanaan Projek

Berikut adalah langkah perlaksanaan projek kami :-

Mula

Pengenalan dan pemilihan tajuk projek

Pembentangan dan proposal

Reka cipta litar

Pengumpulan bahan

Pemasangan litar

Pengujian litar

Persediaan laporan akhir

Rajah 3.6.1 : Langkah Perlaksanaan Projek

i.

Pencarian dan pemilihan tajuk sesuai (Pemilihan tajuk projek boleh dilakukan dengan memilih tajuk yang disarankan oleh tenaga pengajar atau pilihan tajuk pelajar sendiri jika mendapat persetujuan dari tenaga pengajar atau penyelia).Projek yang dipilih ialah Automatic Off Headlamp Kit.

ii.

Kajian Lapangan (Literature Review) Kajian ini merujuk kepada kajian perpustakaan yang mana, pelajar adalah dikehendaki membuat kajian terhadap projek yang sedia ada di pasaran, kelemahan-kelemahan yang wujud, masalah-masalah yang cuba hendak selesaikan.Masalah adalah pengguna kereta sering mengalami kehabisan bateridi atas kecuaian diri sendiri.

iii.

Membuat kajian reka bentuk projek Terdapat beberapa reka bentuk yang dihasilkan. Kemudian pemilihan reka bentuk yang sesuai dilakukan. Pemilihan reka bentuk adalah berdasarkan kesesuaian untuk diletakkan di kotak suis didalam kereta.

iv.

Menyediakan kertas cadangan projek (proposal) Kertas cadangan projek bagi Automatic Off Headlamp Kit dihantar bagi mendapatkan pandangan supervisor berkenaan projek yang bakal dijalankan.

v.

Pembentangan proposal

Anda mungkin juga menyukai