Anda di halaman 1dari 4

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini dan secara am nya bab
ini akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang hasil dapatan kajian yang
telah dianalisis dalam bab 4. Hasil dapatan ini disokong dengan pendapat - pendapat
yang boleh mengukuhkan hasil analisis kajian. Kesimpulan pula, dibuat berdasarkan
kepada perbincangan keatas dapatan kajian yang telah diperolehi dan beberapa
cadangan juga turut dikemukakan bagi diguna pakai untuk kajia-kajian lanjutan yang
akan dilakukan kelak

Dalam bab ini juga, perkara yang berkaitan adalah berkenaan objektif kajian
dan juga cadangan terhadap kajian yang dijalankan. Selain itu, kesimpulan telah
dibuat bagi ujikaji ini.

5.2 Perbincangan dan kesimpulan

Hasil dari kajian, maklumat tentang permasalahan dan kehendak yang


diinginkan oleh penyelidik telah berjaya diperoleh hasil daripada borang soal selidik
kepada pelajar tahun akhir Politeknik Kota Bharu. Setelah melalui fasa-fasa yang
telah dibincangkan dan strategi turut berjalan seiring.
Ujian tersebut telah dilakukan untuk melihat kesegaran dan percepatan bagi
sayuran untuk tumbuh iaitu dengan membandingkan tanaman secara manual dan
tanaman seacra hidroponik. Seterusnya, hasil daripada kajian ini kami dapati
menanam secara hidroponik ternyata menjadikan tanaman tersebut lebih segar dan
selamat

Selain itu, tahap keberkesanan jaring adalah dinilai supaya serangga perosak
tidak dapat masuk dan tidak merosakkan tanaman. Seterusnya, penggunaan cahaya
lampu dapat meningkatkan kadar pertumbuhan.

5.3 Kesimpulan

Hydroponics adalah kaedah pertanian tanpa menggunakan media tanah, tetapi dengan
menggunakan penyelesaian mineral nutrien atau bahan lain yang mengandungi unsur-
unsur nutrien. Teknik hidroponik ini juga dijamin kebebasan dari perosak dan
penyakit, tumbuhan tumbuh dengan lebih cepat dan penggunaan baja yang lebih
efisien, jika terdapat tumbuhan mati yang dapat diganti dengan tanaman baru dengan
mudah tumbuhan akan memberikan hasil yang terus berlanjut, dan sebagainya.

Beberapa faktor penting yang mesti dipertimbangkan ialah penyelesaian nutrien,


media, dan oksigen. Prospek perniagaan menggunakan teknik penanaman hidroponik
sangat baik.

Dalam kajian ini, keberkesanan tanaman hidroponik lebih difokuskan kepada


kebersihan dan kesegaran sayuran. Kebanyakan sayur didapati segar akibat
penggunaan baja kimia yang berlebihan dan akan mengakibatkan kesan sampingan
terhadap pengguna. Oleh sebab itu, penanaman hidroponik amatlah bagus untuk
memastikan sayuran tersebut lebih segar dan tidak memudaratkan kesihatan pengguna
kerana ia tidak mempunyai bahan kimia serta penggunaan jaring bagi memastikan
serangga perosak tidak dapat masuk merosakkan tanaman.

5.4 Cadangan

“Design instant vegetables corner” merupakan satu kaedah tanaman yang digunakan
untuk menjadikan tanaman lebih segar dan bersih dalam mengelakkan tanaman
tesebut daripada bahan kimia serta rosak daripada serangga.

Berikut merupakan beberapa perkara yang dicadangkan untuk mempertingkatkan lagi


kajian yang akan dilakukan terhadap sistem tersebut . keberkesanannya :-

1. Penggunaan jaring dapat meningkatkan lagi kesegaran disebabkan ianya


tidak dimasuki oleh perangga perosak
2. Tidak menggunakan baja kimia terhadap tanaman, hanya menggunakan air
dan baja AB
3. Penggunaan cahaya dengan menggunakan LED

5.5 Rumusan

Hasil dari ujikaji yang telah dijalankan ke atas “Design instant vegetables
corner” dapat dirumuskan bahawa telah mencapai objektif kajian iaitu dapat
menghasilkan tanaman yang segar dan bersih. Selain itu, setelah menggunakan sistem
ini tanaman yang dijual dan dimakan juga tidak berbahaya kepada pengguna kerana
terhindar daripada kimia dan pengawetan serta dapat mengelakkan pengguna daripada
mudah terkena penyakit

Anda mungkin juga menyukai