Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI

 Tajuk aktiviti:
Persembahan Projek Penggal 1
 Tarikh dan lokasi:
Kelas masing-masing mengikut guru matapelajaran
 Nama penganjur:
Guru Matapelajaran
 Tarikh laporan disediakan:
Jan-Mei 2019

Laporan Eksekutif
1.0 Pengenalan
Tujuan program dilaksanakan adalah untuk memenuhi sukatan matapelajaran
Pendidikan kesenian Muzik tahap 1.

2.0 Latar Belakang


 Dilaksanakan Selepas penggal semester pertama dan kedua

 Bilangan peserta yang hadir:


Murid-murid yang terlibat adalah murid Tahap 1

 Matlamat yang ingin dicapai:


Projek kesenian merupakan aktiviti yang dijalankan setelah murid melalui satu proses
pembelajaran yang merangkumi disiplin seni visual dan muzik dalam bentuk persembahan.
Projek ini merupakan gabungan aktiviti yang dirancang berdasarkan sesuatu tema.
Berlandaskan tema ini, murid akan menjayakan pameran dan persembahan Antara
persembahan yang boleh dijalankan oleh murid ialah pameran, sketsa muzikal,
persembahan boneka dan nyanyian. Setiap persembahan menggunakan hasil kerja yang
dipelajari dalam seni visual untuk disepadukan dalam persembahan yang
akan dijayakan.
 Kaedah pelaksanaan:
Berdasarkan pengajaran dan pengajaran yang telah dipelajari sepanjang penggal.

 Bahan-bahan peralatan yang digunakan:


Hasil Karya murid-murid Tahap 1. Membuat persembahan nyanyian dan tarian.

 Aktiviti-aktiviti yang diikuti:


Pameran Kesenian dan persembahan kumpulan.

 Pengendali:
Guru Matapelajaran Pendidikan Kesenian (Muzik & Seni Visual)

3.0 Huraian Penilaian


 Maklumbalas peserta:
Peserta sangat teruja dan seronok serta dihargai.

4.0 Pencapaian Aktiviti


 Hasil yang dicapai dari pelaksanaan aktiviti:
Peserta dapat mempersembahan hasil karya masing-masing.

 Perbandingan hasil dengan matlamat:


Melalui dapatan yang diperolehi daripada projek penggal 1 ini murid lebih berkeyakinan
terhadap diri mereka dan murid lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Sesuai
dengan matlamat dan kementerian iaitu Murid menghayati dan menghargai nilai estetik karya
sendiri, rakan, tempatan dan luar negara. Aktiviti ini boleh dijalankan secara lisan, penulisan,
persembahan dan pameran. Menerusi modul ini, murid memberi fokus kepada aktiviti
pendengaran dan pemerhatian secara aktif seterusnya memberi respon terhadap karya
tersebut secara kritis. Murid dapat membuat perkaitan antara kesenian yang dipelajari dengan
disiplin ilmu yang lain.Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghargai dan mensyukuri
keindahan alam ciptaan Tuhan.
5.0 Kemajuan/Masalah
Secara ringkas, huraikan kemajuan/masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan aktiviti:
Terdapat murid-murid yang sukar untuk mendengar arahan dan memerlukan bimbingan
yang lebih khusus.

6.0 Cadangan
Huraikan cadangan untuk penambahbaikan:
Jumlah murid-murid di dalam kelas perlu dikurangkan agar pengajaran dapat dilaksanakan
dengan lebih optimum.

7.0 Penutup
 Rumusan aktiviti:
Perlu penambahbaikan dan bimbingan khusus, serta kerjasama daripada setiap guru
matapelajaran. Kekangan masa juga memainkan peranan dalam melaksanakan aktiviti
projek penggal ini.

Anda mungkin juga menyukai