Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Bagi subjek Generik Statistik Asas yang berkod GSA1072 semua pelajar
PPISMP telah diberikan tugasan yang menjadi penyumbang terbesar pada
pemarkahan penuh selain daripada markah yang diperoleh daripada peperiksaan
semata-mata. Kami dikehendaki untuk mengumpul sekurang-kurangnya 30 data
kuantitatif dengan dua pembolehubah tentang tinggi dan jisim badan seterusnya
mencari nilai indeks jisim badan (BMI) pelajar-pelajar PPISMP ambilan Jun 2019
bagi membuat satu laporan kajian dalam bentuk statistik.

2.0 Penulisan refleksi

Kami dikehendaki menyediakan satu penulisan refleksi tentang tugasan


laporan kajian yang telah kami lakukan sebelum ini. Menurut Norlia Mat, et. al
(2019), penulisan refleksi merupakan salah satu dari komponen kemahiran belajar
yang sangat diperlukan kerana dapat memberi banyak kebaikan kepada seseorang
individu. Penulisan refleksi membolehkan seseorang menyedari kekuatan,
kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap sesuatu perkara.
Terdapat banyak kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh saya lihat
daripada proses menyiapkan tugasan laporan kajian saya.

2.1 Kekuatan dan kelemahan

Setelah mendengar taklimat kerja kursus, saya terus merancang untuk


mendapatkan data mentah iaitu jisim(kg) dan tinggi(m) pelajar yang diperlukan
daripada sampel pelajar PPISMP. Di sinilah bermulanya cabaran pertama yang saya
hadapi kerana kami perlu mencari data yang berlainan antara rakan sekelas. Saya
telah mengambil keputusan untuk mengumpul data daripada pelajar PPISMP kelas
2.12 dan 2.03 tetapi mendapat maklum balas tentang data tinggi dan berat mereka
sedikit lambat dari tarikh yang saya inginkan. Setelah mendapat maklumat dan data
daripada mereka, saya terus membuat jadual untuk data-data mentah tersebut dan
mengira Indeks Jisim Badan (BMI) bagi pelajar-pelajar tersebut. Nilai BMI saya
peroleh dari rumus BMI= jisim (kg)/(tinggi(m)xtinggi(m)) (Jamilah Ahmad, et. al,
2012).

Seterusnya, semasa melakukan analisis data, saya berasa sedikit buntu pada
mulanya kerana tidak tahu susunan yang diperlukan dan apa yang perlu dianalisis,
namun setelah berbicang dengan rakan-rakan sekelas, saya mula faham dengan
lebih jelas tentang analisis data. Kemudian, saya menyusun semua data yang
diperoleh mengikut tertib dan mengelaskan antara data terkumpul dan data tak
terkumpul bagi memudahkan lagi proses analisis data. Setelah data-data dianalisis
dan dikelaskan, barulah saya dapat mewakilkan data-data tersebut dalam bentuk
perwakilan data secara TMK dan manual. Bagi perwakilan data secara TMK saya
telah memilih carta palang, carta pai, histogram dan ogif. Pengalaman saya yang
pernah mempelajari subjek ICT dan kemahiran menggunakan Excel banyak
membantu dan menjadi kekuatan saya dalam menggunakan perisian ini bagi
membuat pengiraan dan mewakilkan data secara TMK. Setelah proses perwakilan
data, kelemahan yang saya dapati ialah saya tidak tahu dan tidak jelas tentang cara
untuk menyusun kedudukan data-data dalam bentuk visual ini. Saya dan rakan-
rakan juga tertanya- tanya di mana perlu kami letakkan proses pengiraan, sama ada
di bawah analisis data atau perbincangan dan apa perbezaan antara analisis dan
perbincangan. Namun, saya dapat mengatasi kelemahan ini dengan kekuatan saya
untuk bertanya kepada pensyarah iaitu Dr. Amalina binti Suhaimi tentang perkara
tersebut. Kemudian, barulah kami jelas tentang susunan kedudukan maklumat-
maklumat yang perlu ada.

Bagi proses pengiraan, saya mengalami sedikit kesukaran pada awalnya


kerana kurang pasti tentang cara pengiraan data tak terkumpul dan data terkumpul.
Tetapi, setelah merujuk semula semua bahan pembelajaran yang diajar oleh Dr.
Amalina, saya dapat melakukan proses pengiraan dengan baik berpandukan
formula-formula tertentu. Kekuatan yang saya dapati ialah, saya melakukan kedua-
dua pengiraan sukatan kecenderungan memusat bagi data terkumpul dan data tak
terkumpul kerana digalakkan oleh Dr. Amalina sedangkan kebanyakan rakan-rakan
saya hanya melakukan pengiraan untuk data terkumpul. Namun, terdapat juga
kelemahan dari segi kecuaian yang saya lakukan semasa awal proses pengiraan ini
kerana saya telah menggunakan rumus bagi populasi sedangkan tugasan kajian
saya adalah untuk sampel pelajar. Saya berasa bersyukur kerana Dr. Amalina sering
berpesan tentang perkara yang perlu kami beri perhatian dan kecuaian yang perlu
kami elakkan semasa melakukan tugasan. Selain itu, semasa menulis perbincangan,
terdapat kelemahan yang dapat saya kesan iaitu kebolehan saya untuk
menginterpretasi data adalah sederhana. Saya memerlukan bimbingan dan tunjuk
ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan serta contoh yang dilihat di internet untuk
melakukan perkara ini. Penggunaan ayat untuk melakukan interpretasi data tidak
sejelas dan sehebat rakan-rakan saya yang lain tetapi, saya tetap tidak berputus asa
dan terus melakukan tugasan saya dengan bersungguh-sungguh dan sebaik
mungkin untuk mendapat hasil yang cemerlang.
Secara keseluruhannya, saya dapati bahawa terdapat banyak kekurangan
atau kelemahan yang saya perlu perbaiki dalam melakukan laporan kajian. Antara
kelemahan yang paling ketara ialah kecuaian saya dalam melakukan tugasan yang
boleh membawa kepada perubahan hasil data. Saya terpaksa mencetak laporan ni
sebanyak dua kali kerana kesalahan yang saya lakukan menyebabkan berlaku
banyak pembaziran kertas. Namun, kelemahan ini dapat saya tampung dengan
kesungguhan dan semangat saya dalam menyiapkan tugasan dengan tidak
mengenal erti putus asa. Saya sering tidur lewat dan berjaga malam bersama rakan
sebilik saya untuk menyiapakan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga sangat
bersyukur kerana dikurniakan pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar,
galakan dan sentiasa mengingatkan tentang tugasan yang perlu disiapkan.

3.0 Penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang saya boleh lakukan ialah, membuat rancangan


atau jadual sebelum memulakan sesuatu tugasan dengan menyusun perkara yang
saya perlu lakukan dahulu atau kemudian. Rancangan atau jadual seperti ini akan
menjadikan kerja yang saya lakukan lebih sistematik dan tersusun serta
mengurangkan risiko kekurangan atau tercicir maklumat yang diperlukan. Saya juga
boleh menambah perwakilan data lain yang telah dipelajari seperti plot kotak, plot
garisan dan sebagainya untuk menunjukkan variasi dan kefahaman saya terhadap
apa yang telah diajar. Selain itu, saya juga perlu lebih behati-hati dalam melakukan
sesuatu pengiraan dengan merujuk formula yang betul dan meminta rakan-rakan
atau pensyarah untuk memeriksa cara pengiraan saya. Saya juga perlu membahagi
masa dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan daripada melakukan kerja di akhir
waktu yang boleh menyebabkan berlaku banyak kesalahan kerana tergesa-gesa
untuk menyiapkan tugasan. Di samping itu, saya perlu menjadi lebih berani dan rajin
untuk bertanya pensyarah tentang perkara yang saya kurang jelas atau tidak fahami
supaya hasil tugasan lebih berkualiti.

4.0 Rumusan

Penulisan reflektif ini membuatkan saya menyedari segala kelemahan dan


kekuatan saya dalam menulis satu laporan kajian. Hal ini dapat dijadikan pengajaran
dan peringatan supaya tidak melakukan perkara yang salah dengan berulang.
Penambahbaikan juga perlu dilakukan dalam menyiapkan sesuatu tugasan supaya
tidak kekal di tampuk yang lama dan terus bergerak maju ke hadapan.
Rujukan

Jamilah Ahmad, et. al. (2012). Diperoleh pada 10 Mac 2020 daripada
http://www.myhealth.gov.my/indeks-jisim-tubuh-ijt/

Norlia Mat, et. al. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Penulisan refleksi 1

2.1 Kekuatan dan kelemahan 1

3.0 Penambahbaikan 3

4.0 Rumusan 3

Anda mungkin juga menyukai