Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2021

Program:
Nama Pelajar:
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Semester / Tahun: 2 / 2
Kod: MPU3081
Ambilan: Jun 2020
Nama Kursus: Kokurikulum
Kumpulan: PISMP SEM 4 (4.01 – 4.09)
-Persatuan
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Kertas Kerja 15 November 2021 29 November 2021

2. Laporan Kajian Kes 30 November 2021 8 Disember 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghurai konsep dan identiti persatuan. (C2, LO1)

2. Menghasilkan kertas kerja penubuhan persatuan mengikut tatacara dan kaedah


standard
penubuhan persatuan. (C6, A4, LO1, LO3, CTPS2)

3. Menganalisis maklumat berkaitan penubuhan persatuan dan aktiviti penjanaan


kewangan
berpandukan analisis SWOT. (C4, LO3, LO7, CTPS3, KK1)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menghasilkan satu kertas kertas kerja bagi menubuhkan satu persatuan merangkumi
pengenalan, peraturan, tatacara, kaedah dan aktiviti

2. Menganalisis menggunakan pendekatan SWOT dalam kajian kes berfokus kepada


aktiviti, perkhidmatan, strategi menjana sumber kewangan dan kekuatan, kelemahan
serta penambahbaikan bagi persatuan yang dipilih dalam bentuk laporan.

1
Tugasan Kerja Kursus 100%

Pengetahuan berpersatuan amat penting dikuasai oleh siswa pendidik. Aktiviti berpersatuan
ini dapat membantu mereka apabila berada di sekolah dan dalam kehidupan bermasyarakat.
Selain itu, tugasan ini dapat membuka peluang kepada pelajar dalam kemahiran berfikir
melalui analisis SWOT. Penguasaan bidang Kokurikulum Persatuan dapat melahirkan
pelajar yang bukan sahaja mempunyai jati diri, malahan mampu mengapresiasi pelbagai
kemahiran bersosial dalam kehidupan harian mereka.

Berdasarkan konsep persatuan, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Kertas Kerja (60%)

Berdasarkan konsep persatuan seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Pendidikan, anda
dikehendaki:

1. Menyediakan satu Kertas Kerja Penubuhan Persatuan berasaskan satu


matapelajaran yang diajar di sekolah seperti hobi dan rekreasi, atau apa-apa
persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
2. Menggunakan maklumat yang perlu dimuatkan dalam kertas kerja seperti, nama
persatuan, identiti persatuan konsep/teori persatuan, kaedah
penubuhan persatuan, logo, moto, lagu, jawatankuasa, dan perancangan aktiviti
tahunan yang perlu dimuatkan ke dalam kertas kerja untuk
menyempurnakan tugasan dalam kursus MPU3081.
3. Menyediakan kertas kerja penubuhan persatuan yang tidak melebihi 1500 patah
perkataan (tidak termasuk rujukan). Jumlah patah perkataan dicatat pada muka
surat akhir kertas kerja.

Tugasan 2: Laporan Kajian Kes (40%)

Berdasarkan pengendalian persatuan semasa PBS 3, anda dikehendaki:

1. Menjelaskan tentang satu persatuan di sekolah anda dan menggunakan analisis


SWOT untuk menganalisis persatuan itu.
2. Fokus analisis yang harus dipilih berdasarkan perancangan persatuan,
perlaksanaan aktiviti dalam persatuan, penyertaan pelajar, pengurusan, strategi
menjana sumber kewangan, inventori atau penilaian dan penambahbaikan
3. Menyediakan laporan kajian kes yang tidak melebihi 800 patah perkataan
(tidak termasuk rujukan). Jumlah patah perkataan dicatat pada muka surat akhir
laporan.

2
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

Tugasan ini adalah tugasan individu.

1. Tugasan ini perlu dilaporkan dalam bentuk kertas kerja dan laporan kajian kes dan
penulisan perlu bertaip dengan fon Arial saiz 11 dan langkau 1.5 baris.
2. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan (sekurang-kurangnya dua buah buku, dua sumber internet,satu
jurnal, dan dua bahan bercetak yang lain).
3. Penulisan rujukan mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association).
4. Penulisan kertas kerja dan laporan kajian kes harus menunjukkan keaslian,
kematangan dan bermutu.
5. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa,
laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Muka depan tugasan hendaklah menggunakan format yang terkini seperti berikut :
i. Nama pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh hantar
viii. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
8. Tugasan anda mesti dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.Tugasan kerja kursus
yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred tugasan
anda.
9. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah 100%.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

VERONICA CRISTOBEL KHALIZA ABDUL KADIR


(VERONICA CRISTOBEL. A) (KHALIZA BT. ABDUL KADIR)
Pensyarah/ Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
Unit Kokurikulum Unit Kokurikulum
IPGK Pendidikan Islam IPGK Pendidikan Islam

Disahkan oleh:

3
WAN NAZROL WAN NOH
(WAN NAZROL BIN WAN NOH)
Ketua Unit
Unit Kokurikulum
IPGK Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai