Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Semester/Tahun: DUA/TIGA

Kod: MPU3112
Ambilan: JUN 2018
Nama Kursus: BINA INSAN GURU Kumpulan: D1, D2, D3, D4, D5,
(BIG) D6, D7,

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. KERTAS KERJA (BERKUMPULAN) 11 Jun 2021 18 Jun 2021

2. LAPORAN REFLEKTIF 28 Jun 2021 2 Julai 2021


21 Jun 2021 25 Jun 2021
3.PEMBENTANGAN (REFLEKSI)
21 Jun 2021 25 Jun 2021
4.PENILAIAN AMALI BERTERUSAN

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal ,mental,emosi,rohani dan sosial melalui
penglibatan dalam semua aktiviti. (P6, LO2, LO8, EM 1)
2. Mempamerkan ciri-ciri kerohanian , nilai etika dan akhlak keguruan melalui penyertaan sepanjang
aktiviti. (A5, LO2, LO8, EM3)
3. Mengaplikasikan kemahiran mengendali, bekerjasama dalam satu pasukan dengan ciri-ciri
kepemimpinan dan menunjukkan sikap sukarelawan melalui setiap aktiviti yang disertai. (P6, LO5,
LO8, LO9, TS3, EM1. LS1)
4. Mengorganisasi langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum,semasa dan selepas
melaksanakan semua aktiviti yang dirancang dengan mematuhi Standard Prosedur Operasi
(SOP). (C4, P6, A4, LO3, CTPS2)
5. Membentang rumusan refleksi terhadap persekitaran yang berbeza berdasarkan aktiviti yang
dilaksanakan mengikut kreativiti pelajar.(C5, A3, LO3, LO4, CPTS4, CS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,4 dan 5


Objektif Kerja Kursus:
Pelajar dapat:

1. Menghasilkan kertas kerja secara berkumpulan berdasarkan format yang lengkap.


2. Menulis laporan reflektif selepas perlaksanaan aktiviti berdasarkan persekitaran berbeza dengan
mempamerkan kemahiran berfikir aras tinggi.
3. Membentangkan refleksi holistik yang menunjukkan pemikiran kritikal berkaitan aktiviti yang
disertai.
4. Mempamerkan serta mengaplikasi daya tahan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani, sosial
nilai etika dan akhlak keguruan melalui penglibatan dalam semua aktiviti.

Pembangunan insan guru merupakan perkara yang sangat penting dalam pembangunan latihan
guru. Selaras dengan itu, Program Bina Insan Guru (BIG) ini bertujuan untuk melahirkan siswa
pendidik yang mempunyai jati diri yang kukuh, daya tahan emosi, mental dan kekuatan fizikal,
memiliki ciri-ciri kepimpinan, menunjukkan kerja berpasukan, mengamalkan sosialisasi dan
menunjukkan pemikiran yang kritikal semasa melaksanakan setiap aktiviti. Oleh yang demikian,
pelajar diwajibkan menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah, penglibatan dengan
komuniti setempat dan berinteraksi dengan sekolah seperti yang dirancang dalam program BIG.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut:


Tugasan 1: Kertas Kerja (Kumpulan ) - 25%
Dalam merancang sesuatu program supaya pelaksanaannya lancar dan bersistematik, Kertas Kerja
adalah suatu instrumen yang perlu dibentangkan. Anda perlu menunjukkan keupayaan yang tinggi
untuk merancang aktiviti dalam memastikan pelaksanaan projek berjaya direalisasikan.
Pelajar dikehendaki menghasilkan kertas kerja program Bina Insan Guru secara berkumpulan
dengan lengkap (setiap kumpulan tidak melebihi 3 orang). Kertas kerja hendaklah mengandungi 1000
patah perkataan.

Kertas Cadangan hendaklah merangkumi aspek-aspek berikut:


1.1 Pendahuluan/Tujuan
1.2 Rasional
1.3 Matlamat
1.4 Objektif
1.5 Kumpulan sasaran
1.6 Masa dan Tempat
1.7 Senarai Ahli Jawatankuasa
1.8 Anggaran Perbelanjaan
1.9 Tentatif program
1.10 Penutup
1.11 Senarai nama peserta
1.12 Lampiran lain yang berkaitan
Tugasan 2: Laporan Reflektif (Individu) - 20 %
Dokumentasi merupakan suatu proses merekod dan mengilustrasikan sesuatu program yang telah
dilaksanakan bagi tujuan rujukan. Anda dikehendaki menyediakan satu dokumentasi yang berkaitan
Program Perkhemahan BIG (secara keseluruhannya) yang telah anda rancang dan laksanakan
berdasarkan proses sebelum, semasa dan selepas program tersebut.
Pelajar dikehendaki menghasilkan laporan reflektif tentang pelaksanaan aktiviti berdasarkan
persekitaran dan situasi yang berbeza.

Laporan hendaklah merangkumi perkara:

2.1 Pengalaman.
2.2 Analisis SWOT atau CIPP atau mana-mana model yang sesuai untuk membuat analisis.
2.3 Rumusan dan kesimpulan
2.4 Lampiran gambar aktiviti.

Tugasan 3 : Pembentangan Refleksi (Individu) - 5 %


Pelajar dikehendaki membentangkan refleksi setelah selesai melaksanakan setiap aktiviti semasa
perkhemahan BIG dijalankan. Refleksi melibatkan pengalaman dan dikaitkan dengan peranan
sebagai siswa pendidik, bakal guru dan senario pendidikan pada masa kini.

Tugasan 4: Penilaian Amali Berterusan (50%)


Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti dengan mempamerkan serta
mengaplikasikan daya tahan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani, sosial, nilai etika, kerjasama,
kepimpinan dan akhlak keguruan serta mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dan
pencegahan berdasarkan SOP.
Perkhemahan BIG berdasarkan:
4.1 Daya Tahan Dan Kekuatan Fizikal, Mental, Emosi, Rohani Dan Sosial
4.2 Ciri-Ciri Kerohanian, Nilai Etika Dan Akhlak Keguruan
4.3 Kemahiran Mengendali, Bekerjasama, Kepimpinan, Sikap Sukarelawan
4.4 Langkah-Langkah Keselamatan Dan Pencegahan Sebelum, Semasa Dan Selepas

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Tugasan 1 secara kumpulan (tidak melebihi 3 orang), Tugasan 2, 3 dan 4 adalah secara
individu.
2. Format penulisan Tugasan 1 dan 2 adalah seperti berikut :
2.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.
2.2 Font Arial.
2.3 Saiz huruf 12.
2.4 Langkau 1.5 baris.
3. Rujukan format APA ( American Psychological Association ).
4. Lampiran mesti disertakan.
5. Jawab dalam Bahasa Melayu.
6. Panjang tugasan tidak kurang 1000 patah perkataan Tugasan 1 dan Tugasan 2.
7. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
9. Tugasan ini hendaklah disiapkan pada atau sebelum 14 Oktober 2019
bagi Tugasan 1 dan Tugasan 2.
10. Tugasan 1 membawa markah 25 % dan Tugasan 2 sebanyak 20 %.
11. Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy.
12. Bagi Tugasan 3 dan 4 akan dinilai sepanjang perkhemahan secara berterusan.
13. Tugasan 3 membawa markah 5 % dan Tugasan 4 membawa markah 50 %.
14. Bahagian kulit luar Kerja Kursus dan Laporan Reflektif hendaklah dilengkapi dengan
maklumat berikut :
a) Nama Pelajar
b) Angka giliran / Nombor matrik
c) Nombor Kad Pengenalan
d) Kumpulan / Unit
e) Kod dan Mata Pelajaran
f) Nama Pensyarah
g) Tarikh Hantar

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRETERIA BERIKUT


1. Isi kandungan kertas kerja yang lengkap, menyeluruh dan terperinci.
2. Tugasan merangkumi perkara seperti yang dinyatakan dalam soalan.
3. Bukti dan bahan yang dapat menyokong hujah hendaklah dikemukakan.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan esei/ laporan/ refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang
sesuai dan tiada esalahan ejaan dan mempamerkan pemikitan kritikal.
6. Rujukan perlu daripada pelbagai sumber yang sahih dan relevan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________________ _____________________________
(Nama: ) (Nama: )
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /
Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: )
Ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai