Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2019


Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: RBTS3052 Semester / Tahun: Semester 2 Tahun 1


Ambilan: Jun 2018
Nama Kursus: Seni dalam Pendidikan
Kumpulan: Reka Bentuk dan Teknologi

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Ulasan Kritis 28.1.2019 1.3.2019


11-15.3.2019
2. Penghasilan Kit Persembahan 18.2.2019
selepas persembahan

3. Persembahan 11.3.2019 - 15.3.2019

4. Laporan Reflektif 15.3.2019 8.4.2019

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan teori pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni dalam Pendidikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran melalui rujukan sumber terkini (C5, P2, A3, PLO1,
PLO6, LL1).
2. Mengaplikasikan elemen Seni dalam Pendidikan dalam aktiviti meneroka, memperoleh
pengalaman, dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak di sekolah rendah
(C3, P4, A4, PLO2, PLO3, CTPS1).
3. Menilai aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam pengkhususan Reka Bentuk dan
Teknologi secara bertulis (C5, A3, PLO3, CTPS2).
4. Mempersembahkan aktiviti seni dalam pendidikan dengan menggunakan kit persembahan
bagi Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah rendah (C6, P7, A5, PLO2,PLO3, PLO5, CTPS4,
TS4).
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Membuat ulasan kritis satu penulisan berkaitan Seni dalam Pendidikan (SDP) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dari aspek teori pembelajaran, konsep asas atau elemen seni
melalui rujukan sumber terkini.
2. Menghasilkan kit pembelajaran berteraskan SDP yang menyumbang kepada pencapaian
hasil pembelajaran yang akan dipersembahkan secara kumpulan bagi satu standard
kandungan dalam mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT) sekolah rendah.

3. Mempersembahkan aktiviti SDP secara berkumpulan bagi satu proses pengajaran dan
pembelajaran RBT sekolah rendah, menggunakan kit pembelajaran SDP yang dihasilkan
bersandarkan hasil pembelajaran satu standard kandungan yang dirancang bersama.

4. Menilai aktiviti SDP yang dipersembahkan menggunakan kit yang disediakan melalui
penulisan laporan reflektif.

1
Seni Dalam Pendidikan (SDP) mampu membangunkan insan secara holistik meliputi
perkembangan murid dalam konteks individu mahupun sosial berlandaskan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkesan (Mat Desa 2002). Ini selaras dengan teori
konstruktivisme yang menegaskan bahawa kanak-kanak aktif membina pengetahuan dan
interaksi sosial dalam persekitaran kondusif melalui aktiviti meneroka, eksperimen dan
mengolah objek.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:


TUGASAN 1: Ulasan Kritis (25%)
Secara individu, hasilkan satu ulasan kritis berkaitan aspek teori pembelajaran, konsep asas dan
elemen seni berdasarkan satu penulisan ilmiah berkaitan SDP dalam proses PdP, dalam anggaran
1000 patah perkataan.

Tugasan 1 ini perlu merangkumi:


1. Ringkasan berkaitan isi penting artikel.
2. Hujah dan ulasan anda meliputi kekuatan dan kelemahan perbincangan/ penulisan ilmiah
berkaitan SDP dari aspek teori pembelajaran, konsep asas atau elemen seni.
3. Penilaian sejauh mana maklumat dalam artikel boleh membantu dalam proses PdP
berkesan, bersandarkan bukti sumber bacaan terkini.
Lampirkan salinan fotostat penulisan ilmiah yang diulas dan hantar tugasan 1 pada 3 Mac 2019.

TUGASAN 2: Penghasilan Kit Persembahan (Pembelajaran) (15%)


Secara Individu, sediakan satu kit pembelajaran berteraskan SDP bagi mencapai hasil pembelajaran
satu standard kandungan dalam RBT sekolah rendah.
Bagi menyempurnakan tugasan 2 anda perlu:
1. Pilih satu standard kandungan daripada DSKP RBT sekolah rendah bersama rakan
kumpulan yang dibentuk untuk tugasan 3.
2. Analisis standard pembelajaran dan bentukkan hasil pembelajaran.
3. Berdasarkan hasil pembelajaran, secara individu, buat perancangan kit pembelajaran
berteraskan SDP yang mesra dan fleksibel agar memberi peluang semua murid
mengguna/memanipulasi kit secara aktif dalam proses PdP.
4. Sediakan manual kit yang mesra pengguna.
Hantar kit pembelajaran bersama manual pada hari pembentangan antara 11 Mac hingga 15 Mac
2019.

TUGASAN 3: Persembahan (10%)


Secara kumpulan, anda dikehendaki membuat persembahan aktiviti SDP dengan menggunakan kit
pembelajaran dalam proses PdP bagi hasil pembelajaran satu standard kandungan RBT sekolah
rendah.
Secara kumpulan, anda perlu:
1. Berbincang dan berkolaborasi merancang dan menyelaras satu persembahan aktiviti SDP
dengan menggunakan kit pembelajaran yang dibina bagi memenuhi tugasan 2 di atas.
2. Bekerjasama mempersembahkan aktiviti SDP secara bersama dalam tempoh 30 minit.
Tunjukkan bagaimana kit mesra dan fleksibel terhadap murid agar memberi peluang
semua murid mengguna/memanipulasi kit secara aktif dalam proses PdP.
3. Sediakan slaid pembentangan menggunakan digital too ls yang sesuai.
Tugasan 3 akan dinilai antara 11 Mac hingga 15 Mac 2019.

2
TUGASAN 4: Laporan Reflektif (15%)
Secara individu, sediakan laporan reflektif dalam anggaran 750 patah perkataan berdasarkan
penilaian aktiviti SDP yang dilaksanakan secara berkumpulan. Penilaian merangkumi sejauh mana
aktiviti SDP dapat membantu mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan

Tugasan 4 perlu merangkumi:

1. Perbincangan kekuatan dan kelemahan aktiviti SDP yang telah anda dan rakan kumpulan
persembahkan bagi membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
2. Penilaian sejauh mana aktiviti SDP mesra dan fleksibel agar memberi peluang semua
murid mengguna/memanipulasi kit secara aktif dalam proses PdP.

3. Rumusan Laporan ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.
Hantar tugasan 4 pada 8 April 2019.

Catatan Tambahan bagi Tugasan 1 dan Tugasan 4:


1. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


a. Font Arial
b. Saiz huruf – 11
c. Langkau 1.5 baris

3. Sertakan bibliografi menggunakan format APA terkini sekurang-kurangnya daripada 5 rujukan


terkini yang berkualiti.

4. Amalan meniru kerja rakan dan plagiat tidak dibenarkan dan tindakan akan diambil.

5. Format muka depan hendaklah mengikut templet pada helaian berikut;

Disedi Disediakan oleh: Disem Disemak oleh:

____________________________ _____________________________
(Nam((HASSMANI CHE OMAR @ CHE HASAN) (Nam(( )
Pensy Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus / Pensyarah
Kanan

Disah Disahkan oleh:

_____________________________
(Nam(( )
Ketua Ketua Jabatan

3
JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
Nama & No. Kad Pengenalan

Nombor Matriks

Kod & Nama Kursus

Nama Pensyarah
Pembimbing
Deskripsi Tugasan Individu

“Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini
saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya dijelaskan
sumbernya”.

Tanda tangan pelajar :_____________________ Tarikh:_________________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar:_______/_______/_______ Diterima oleh : _____________________

Tarikh disemak : _______/_______/_______ Dinilai oleh : _____________________

Markah :

Anda mungkin juga menyukai