Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2017

Program : PISMP Nama Pelajar :

Kod Kursus : SCES3052 Semester / Tahun : Semester 2 / Tahun 1

Nama Kursus : Ambilan : Jun 2016


Seni Dalam Pendidikan
Kumpulan : Sains

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Ulasan kritis 12 Februari 2017 16 Februari 2017

2. Penghasilan Kit Persembahan 26 Januari 2017 9 Mac 2017

3. Persembahan 26 Mac 2017 30 Mac 2017

4. Laporan reflektif 2 April 2017 6 April 2017

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan teori pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni dalam Pendidikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran melalui rujukan sumber terkini (C5, P2, A3, PLO1,
PLO3, PLO6, CTPS2, LL1)

2. Mengaplikasikan elemen Seni dalam Pendidikan dalam aktiviti meneroka, memperoleh


pengalaman, dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak di sekolah
rendah (C3, P4, A4, PLO3, CTPS1)

3. Menilai aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam pengkhususan sains secara
bertulis (C5, A3, PLO3, CTPS2)

4. Mempersembahkan aktiviti seni dalam pendidikan dengan menggunakan kit


persembahan bagi sains di sekolah rendah (C6, P7, A5, PLO2, PLO3, PLO5, CTPS4,
TS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat :

1. Mengulas secara kritis mengenai perkaitan teori pembelajaran, konsep asas dan elemen
seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah rendah
(CLO1 : C5, P2, A3, PLO1, PLO3, PLO6, CTPS2, LL1)
2. Menghasilkan kit pembelajaran yang mengintegrasikan ketiga-tiga elemen seni dalam
pendidikan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah rendah bagi satu
subtajuk yang sesuai (CLO4 : C6, P7, A5, PLO2, PLO3, PLO5, CTPS4, TS4)

3. Mempersembahkan aktiviti seni dalam pendidikan dengan menunjukkan penggunaan kit


pembelajaran yang telah dihasilkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains
sekolah rendah bagi subtajuk yang dipilih (CLO4 : C6, P7, A5, PLO2, PLO3, PLO5,
CTPS4, TS4)

4. Menulis laporan reflektif mengenai projek penghasilan kit pembelajaran dan penggunaan
kit pembelajaran tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah
rendah (CLO3 : C5, A3, PLO3, CTPS2)

Rangsangan / Stimulus:

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengenalan Seni dalam Pendidikan, kanak-
kanak, deria dan seni, pelaksanaan aktiviti mengenal irama, warna, dan ruang, pengetahuan
dan kemahiran asas seni dalam pendidikan, pengendalian aktiviti meneroka, memperoleh
pengalaman, dan ekspresi melalui seni serta aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1 : Ulasan Kritis [Individu (25%)]

1. Anda dikehendaki mengulas secara kritis mengenai perkaitan teori kecerdasan pelbagai,
teori konstruktivisme dan teori hoka hoki, konsep asas serta elemen seni dalam
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains sekolah rendah.

Catatan : Panjang penulisan adalah sebanyak 1000 patah perkataan.

Tugasan 2 : Penghasilan Kit Persembahan [Individu (15%)]

1. Dalam kumpulan berdua atau bertiga, hasilkan secara individu kit pembelajaran yang
mengintegrasikan dua atau tiga elemen seni dalam pendidikan untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran Sains sekolah rendah.
2. Setiap ahli kumpulan hendaklah memastikan ketiga-tiga elemen seni dalam pendidikan
diterapkan pada gabungan produk yang dihasilkan.
3. Anda perlu memilih satu subtajuk Sains sekolah rendah bagi kelas tertentu untuk
penghasilan kit pembelajaran tersebut.

Tugasan 3 : Persembahan [Berkumpulan (10%)]

1. Secara berkumpulan, anda dikehendaki mempersembahkan aktiviti seni dalam


pendidikan dengan menunjukkan penggunaan kit pembelajaran yang telah dihasilkan
dalam Tugasan 2 di hadapan kelas.

Catatan : Masa yang diperuntukkan bagi slot persembahan ini adalah selama 20 minit
sementara 10 minit berikutnya adalah sesi soal jawab.

2. Oleh kerana penghasilan kit pembelajaran dilakukan secara berkumpulan, anda perlu
merancang bersama-sama ahli kumpulan agar tidak berlaku pertindihan persembahan.
2
Tugasan 4 : Laporan Reflektif [Individu (20%)]
1. Tulis satu laporan reflektif mengenai projek penghasilan kit pembelajaran dan
penggunaan kit pembelajaran tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Sains yang telah anda persembahkan.

Catatan : Panjang penulisan adalah sebanyak 750 patah perkataan.

2. Isi kandungan laporan hendaklah merangkumi pengetahuan baharu yang anda


peroleh, sebarang kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti serta cadangan
penambahbaikan terhadap pelaksanaan projek tersebut.

3
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Penulisan harus ditaip menggunakan huruf jenis Arial bersaiz 11, langkau 1.5 baris dan
margin 2.5 cm sekeliling.
2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan “citation” yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan
ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah
dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.
7. Senarai rujukan hendaklah mengikut format American Psychological Association
(APA).
8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
9. Penghasilan kit pembelajaran yang berkualiti dengan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
10. Slot persembahan yang menarik dan inovatif.
11. Menunjukkan kolaborasi dan komitmen yang amat tinggi.
12. Tugasan ini hendaklah diserahkan pada tarikh yang ditetapkan. Markah akan ditolak
bagi serahan lewat.
13. Kulit hadapan tugasan hendaklah mengandungi butiran berikut:
i) Nama
ii) Angka Giliran & Nombor Kad Pengenalan
iii) Kumpulan
iv) Kod & Nama Kursus serta Tajuk Tugasan
v) Nama Pensyarah

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(A’INI FARIZA BT. MOHAMMAD YULAN) ( )

Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)/Penyelaras


Kursus/Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

(ASMAHAN BT. ABDUL HADI)

Ketua Jabatan
Jabatan Sains
IPG Kampus Darulaman

Anda mungkin juga menyukai