Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK 2019

Program : PISMP Nama Pelajar :


Semester / Tahun : 1 / Tahun 1
Kod : PAKK3193 Ambilan : Jun 2019
Kumpulan : Unit PAKK SK/SJKT/SKJC

Nama Kursus : Pengajian Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Akademik (40%)


(NPDL PAKK3193, PAKK3303, PAKK3313 1 Ogos 2019 28 Ogos 2019
dan PAKK3183)

2. Pembentangan (10%) 1 Ogos 2019 7 Ogos 2019

3. Kuiz (10%) 29 Ogos 2019 4 September 2019

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep dan prinsip kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. (C5, A3, PLO1)
2. Menerangkan pengaruh pelbagai model dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia melalui
pembentangan. (C4, A3, PLO3, CTPS2, PLO4, CS2)
3. Menganalisis kandungan kurikulum PERMATA Negara, Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR Tahun 1 & 2) dan Dokumen
Standard Prasekolah Pendidikan Khas. (C4, A3, PLO3, PLO5, CTPS3, TS1)
4. Merancang pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan berdasarkan perkembangan dan
bidang pembelajaran. (C6, P7, A4, PLO2, PLO5, PLO6, TS4, LL3)

Kerja Kursus ini adalah bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pada akhir pelaksanaan kerja kursus, pelajar dapat:

1. Menghasilkan satu penulisan akademik berkaitan penganalisisan kurikulum pendidikan awal


kanak-kanak (PAKK), pengaruh model-model dalam PAKK dan perancangan aktiviti berdasarkan
kurikulum yang dianalisis (C4, C6).
2. Membentangkan pelbagai model PAKK dan pengaruhnya ke atas kurikulum PAKK (C4).
3. Menjawab soalan kuiz berkaitan konsep dan prinsip kurikulum PAKK, pengaruh pelbagai model
dalam PAKK dan kandungan kurikulum PAKK (C5).

1
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK (40%)


(TUGASAN New Pedagogies for Deep Learning, NPDL PAKK3193, PAKK3303, PAKK3313 dan
PAKK3183)

Sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) yang profesional, kemahiran dan pengetahuan
mengenai pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu sentiasa diperkemas. Guru perlu melengkapkan diri
dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan dalam perkembangan pesat
dunia pendidikan. Guru PAKK yang profesional diharap dapat membuat anjakan paradigma kepada
kepelbagaian budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran (Wong, Noriati & Boon, 2018).

Secara individu, huraikan aspek profesionalisme guru Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK3303).
Bincangkan bagaimana guru tersebut dapat menganalisis kurikulum PAKK dengan mengambil kira
model-model PAKK (PAKK3193), kepelbagaian budaya, pendidikan abad ke-21 (PAKK3313) dan
ketidaksempurnaan perkembangan potensi, sosial serta emosi kanak-kanak (PAKK3183). Selanjutnya,
secara berkumpulan rancangkan satu aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak berdasarkan
kurikulum PAKK yang anda pilih (PAKK3193).

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN (10%)

Melalui pembentangan berkumpulan, huraikan pelbagai model yang diambil kira dalam pembentukan
kurikulum PAKK di Malaysia. Bandingkan model-model tersebut dan perincikan bagaimana model
berkenaan memberi pengaruh kepada kurikulum PAKK.

TUGASAN 3: KUIZ (10%)

Secara individu, anda dikehendaki menjawab tiga (3) soalan kuiz yang menyentuh perkara-perkara
bekaitan konsep dan prinsip kurikulum pendidikan awal kanak-kanak, model-model dalam pendidikan
awal kanak-kanak di Malaysia dan kandungan kurikulum PAKK. Soalan kuiz berbentuk esei dan tempoh
masa menjawab adalah 30 minit.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 merupakan tugasan Penulisan Akademik NPDL yang melibatkan kursus-kursus


PAKK3193, PAKK3303, PAKK3313 dan PAKK3183. Perkara berikut perlu diberi perhatian unuk
Tugasan 1:
(a) Penulisan akademik perlu dilaksanakan secara individu. Sebahagian daripada tugasan
tersebut dilaksanakan secara berkumpulan.
(b) Panjang penulisan akademik 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran.
(c) Liputan dan isi kandungan perlu kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta
dengan hujahan yang matang dan sokongan hujah daripada pelbagai sumber rujukan.
(d) Sila rujuk rubrik pemarkahan untuk pentaksiran keseluruhan penulisan akademik.
2. Tugasan 2 adalah pembentangan secara berkumpulan. Masa yang diperuntukkan 30 minit dan
dilaksanakan di luar waktu interaksi bersemuka.
2
3. Tugasan 3 merupakan tugasan individu iaitu kuiz berbentuk esei dengan peruntukan masa 30
minit.
4. Amalan plagiat sama sekali tidak dibenarkan.
5. Rujukan perlu daripada pelbagai sumber ilmiah seperti buku, jurnal berwasit, sumber internet
sahih dan bahan bercetak ilmiah yang lain.
6. Bagi mendapatkan hasilan kerja kursus yang menepati standard, perkara berikut perlu dipatuhi:
(a) Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
(b) Fon digunakan adalah Arial dengan saiz huruf 11, langkau 1.5.
(c) Penulisan teks dan sumber rujukan perlu mengikut gaya American Psychological
Association (APA) yang terkini.
(d) Teks yang dihantar perlu dikepilkan dengan:
(i) Borang Maklum balas
(ii) Soalan Kerja Kursus
(iii) Panduan Pemarkahan

Anda mungkin juga menyukai