Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


TAHUN AKADEMIK JANUARI-MEI 2023

Program: Ijazah Sarjana Muda Nama Pelajar:


Perguruan (PISMP)
Kod: PIMK3093 Semester / Tahun: Semester II Tahun 2
Ambilan: Jun 2021
Nama Kursus: Pedagogi Pendidikan Kumpulan: PAI 1, PAI 2,PAI 3 dan PAI 4
Islam 2 (Ibadah, Akhlak dan Jawi)
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. PENULISAN RPH 25 Februari 2023 31 Mac 2023
2. PEMBENTANGAN 3 April 2023 11 April 2023
3. KUIZ 20 Februari 2023 6 Mac 2023

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menjelaskan kandungan bidang ibadah, akhlak dan jawi Pendidikan Islam sekolah
rendah. (C2, P2, A4, PLO1).
2. Menganalisis strategi pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dalam
bidang ibadah, akhlak dan jawi. (C4, PLO1, PLO3, CTPS2).
3. Membina rancangan pengajaran dan pembelajaran semester, mingguan dan harian yang
lengkap dan berkesan dalam bidang ibadah, akhlak dan jawi. (C6, PLO3, CTPS3).
4. Melaksanakan pengajaran Mikro bidang ibadah, akhlak dan jawi Pendidikan Islam
sekolah rendah melalui pembentangan. (C6, PLO2, PLO4, CS2).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus :


Pelajar dapat
1. Membina Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dalam bidang Ibadah, akhlak
dan Jawi untuk semua Tahun 1 hingga Tahun 6
2. Melaksanakan pengajaran mikro dan membentangkan dalam kelas berkaitan
pelaksanaan pengajaran mikro
3. Menjelaskan secara terperinci kandungan bidang ibadah, akhlak dan jawi untuk
Tahun 1- 6 dalam soalan kuiz yang dikemukakan.

Kelancaran pengajaran dan pembelajaran seseorang guru adalah berkait rapat dengan
kebijaksanaan guru membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan sesi pengajaran.
Sebagai guru profesional, merancang dan membina Rancangan Pengajaran amat penting
dan bersesuaian dengan tugas sebagai pengurus bilik darjah.

Anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN RPH (30%)

Sediakan 3 RPH yang setiap satunya dalam bidang ibadah, akhlak dan jawi berdasarkan
tajuk yang telah dicerakinkan (KPPB- PIMK3093) Rancangan Pengajaran Harian itu
mestilah mempunyai format yang betul dan mengandungi maklumat-maklumat yang
diperlukan (PRKA3012) serta mestilah mengikut Garis Panduan Pengajian Profesional
IPGM

TUGASAN 2: KUIZ (10%)


Anda akan dikemukakan soalan kuiz yang meliputi tajuk:
i. Kandungan ibadah, akhlak dan jawi Sekolah Rendah
ii. Kaedah dan teknik pengajaran Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh ilmuan Islam
iii. Kaedah dan teknik pengajaran bidang ibadah, akhlak dan jawi Sekolah Rendah

TUGASAN 3: PEMBENTANGAN (10%)


Anda dikehendaki memilih salah satu kemahiran mikro dan melaksanakan pengajaran
berdasarkan kemahiran yang telah dipilih serta membuat rakaman sebagai bukti (dokumen)
serta membentangkan di hadapan kelas. Pembentangan hendaklah menyertakan
pengalaman melaksanakan pengajaran mikro

ARAHAN TUGASAN:
Tugasan perlu mematuhi prosedur berikut:

1. Format penulisan Rancangan Pengajaran Harian hendaklah mengandungi


komponen seperti berikut:
1.1 Matapelajaran
1.2 Tahun
1.3 Bilangan murid
1.4 Tarikh/hari
1.5 Masa
1.6 Tajuk
1.7 Pengetahuan sedia ada
1.8 Standard kandungan
1.9 Standard Pembelajaran
1.10 Objektif pembelajaran
1.11 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
1.12 Gabungjalin
1.13 Penyerapan ilmu
1.14 Penerapan nilai
1.15 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
1.16 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
1.17 Sumber/ bahan bantu mengajar
1.18 Kemahiran Insaniah
1.19 Pedagogi Masa Kini (PMK)
2. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Anda boleh digagalkan
sekiranya terdapat bukti amalan ini berlaku dan dikesan dengan jelas.

3. Muka depan tugasan hendaklah mengikut templat terkini kerja kursus IPGKTAA

4. Tugasan ini akan dinilai merujuk kepada rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

________________________________ _________________________
(SAFINAH BT YAAKOB ) ( USTAZ HAIRULAZAM AB RAHMAN)
Penyelaras Kursus PIMK3093 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan Kampus Tengku Ampuan Afzan

Disahkan oleh :

_______________________________________
(DR WAN AZLAN B WAN ADNAN@REFOL )
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan

Anda mungkin juga menyukai