Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)

TAHUN AKADEMIK: OGOS - DISEMBER 2023

Program: PISMP AMBILAN JUN 2022 Nama Pelajar:

Kod:ELMK3093 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1


Ambilan: Jun 2023/2027
Nama Kursus:
Teori Etika Moral Kumpulan: Y-ELMK1 & Y-ELMK2

Tarikh
Tugasan Tarikh Mula
Hantar/Pelaksanaan
1. Penulisan 29.8.2023 18.9.2023

2. Persembahan 19.9.2023 25.10.2023

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep teori dalam Pendidikan Moral. (C2, HPP1)


2. Membanding bezakan teori etika dan teori perkembangan psikologi moral ( C4, HPP7, KMN1)
3. Menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan insan menyeluruh (C5, A4, HPP2,
HPP5, KKG2, KMK2) "
Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2

Objektif Pentaksiran Berterusan ini:

Pelajar akan dapat:

1. menjelaskan satu daripada empat teori etika dan memberi satu contoh isu moral
tempatan yang boleh dikaitkan dengan teori tersebut dalam penulisan esei

2. membanding beza kelebihan dan kekurangan antara dua teori etika atau dua teori
perkembangan psikologi moral dan menyatakan dapatan analisis melalui persembahan.

Tidak dapat dinafikan bahawa negara kita sedang menghadapi krisis moral. Pelbagai
tingkah laku yang menyeleweng dapat dilihat setiap masa. Malah ada yang melampau batasan
sehingga menjadi jenayah seperti buli dan jenayah siber.
Pada masa yang sama, terdapat pelbagai teori etika yang boleh menjelaskan bagaimana
tingkah laku-tingkah laku yang tidak diingini ini muncul disamping mencadangkan jalan
penyelesaiannya. Sebagai bakal guru Pendidikan Moral, anda perlu tahu secara mendalam
mengenai teori-teori ini supaya anda mampu berhadapan dengan isu-isu moral di sekolah nanti.
Oleh yang demikian, anda dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut:
TUGASAN 1: Penulisan (20%) (KPPB bersama ELMK3103)

Sila pilih satu teori etika yang telah dipelajari dan jelaskannya dengan terperinci berserta satu
contoh isu moral tempatan yang boleh dikaitkan dengan teori tersebut

Panjang esei adalah 800 patah perkataan

KPPB ELMK 3103 / ELMK3093:Tugasan ini berkongsi big idea (melahirkan pelajar dan
masyarakat Malaysia yang bermoral, bersatupadu dan bertoleransi) dengan kursus ELMK3093
Teori Etika Moral. Kursus ELMK3103 menekankan keperluan nilai murni dalam pembangunan
insan melaui kefahaman teori-teori yang mendasari tingkah laku manusia, manakala kursus
ELMK3093 menekankan perkembangan moral Insan secara menyeluruh

TUGASAN 2: Persembahan (30%)

Anda dikehendaki membentangkan perbandingan antara dua teori etika atau dua teori
perkembangan psikologi moral dari sudut kelebihan dan kekurangan serta menyatakan dapatan
analisis.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

Tugasan 1:

1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu tetapi pelajar boleh berkolaborasi dalam mencari
maklumat.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i) Font ialah Arial dan saiz huruf ialah 11.
ii) Saiz kertas ialah A4 dan jidar kiri ialah 1½”, dan jidar lain ialah 1”.
iii) Langkau 1½ baris.
iv) Rujukan mengikut format dan gaya APA.
v) Lampiran.

3. Tulisan haruslah menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah. Amalan plagiat
adalah dilarang keras.
4. Panjang esei 800 perkataan (tidak termasuk lampiran).
5. Tugasan ini membawa markah wajaran 20%
6. Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar kepada pensyarah dalam bentuk bercetak dan
PDF dan dimuat naik bersama-sama dengan Borang Maklum Balas Kerja Kursus
(Projek/Amali) ke tapak GC yang disediakan. Tugasan yang dihantar lewat akan
menjejaskan keputusan pentaksiran. Kelewatan melebihi 7 hari akan menyebabkan anda
mendapat gred gagal, dikehendaki mengulang dan hanya diberikan markah lulus minimum
sahaja.
7. Pelajar dikehendaki mematuhi arahan dalam BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN
KKBI EDISI PELAJAR yang telah diedarkan kepada pelajar.

Tugasan 2:

1. Tugasan ini adalah individu tetapi pelajar boleh berkolaborasi dalam mencari maklumat.
2. Tempoh pembentangan ialah 30 minit.
3. Pembentangan mesti menggunakan aplikasi khas untuk pembentangan seperti power point
presentation atau lain-lain.
4. Pembentangan hanya dalam Bahasa Melayu.
5. Tugasan ini membawa markah wajaran 20%

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.............................................. ...............................................
(Dr. Yusoff bin Yaacob) (TUAN HAJI AMIR BIN HASSAN)
Penyelaras Kursus ELMK3093 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Ipoh IPG Kampus Ipoh

Disemak oleh: Disahkan oleh:

____________________________
(DR. RIZALMAN BIN MUHAMMAD) ……………….................................
Ketua Jabatan (Nama :
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai