Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK OGOS – DISEMBER 2023

Program: PISMP Ambilan Jun 2022/2027 Nama Pelajar:

Kod: ELMK3083 Semester / Tahun: I /1

Nama Kursus: Ambilan: JUN 2022/2027


Pengenalan Kepada Konsep Moral Kumpulan: Y-ELMK1, Y-ELMK2

Tugasan Tarikh Mula Tarikh


Hantar/Pelaksanaan
28/08/2023 15.9.2023
1. Ulasan Kritis (Individu)
29/08/2023
29/08/2022 26.09.2023
2. Persembahan (Individu)

01/9/2022

Hasil Pembelajaran Kursus: 22/9/2022

1. Menjelaskan konsep asas moral dan nilai dalam konteks masyarakat Malaysia. (C3, HPP2,
KKG1)
2. Menghubungkaitkan aliran pemikiran moral dalam konteks pendidikan (C4, A4, HPP2, HPP9,
KKG2, KMP1)
3. Menilai model insan terpilih secara terpimpin dalam pembentukan ciri insan bermoral sebagai
idola (C5, HPP2, KKG7)

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar akan dapat:

1. Mengemukakan peranan konsep-konsep asas moral dalam kehidupan masyarakat Malaysia


melalui ulasan kritis
2. Mengaitkan aliran-aliran pemikiran moral dalam konteks pendidikan di Malaysia melalui
persembahan.
PERNYATAAN: Akhlak dan moral merupakan faktor yang penting dalam membina serta
membentuk masyarakat yang sejahtera dan bahagia zahir dan batin. Justeru itu amat penting
bagi setiap insan untuk mempunyai pengetahuan mendalam mengenai konsep asas moral
teori-teori etika dan aliran-aliran moral. Pada zaman yang menyaksikan kemerosotan moral ini,
teori-teori tersebut mampu menjadi panduan setiap insan dalam menangani isu-isu moral yang
semakin meruncing. Sebagai bakal guru , khususnya guru Pendidikan Moral perlu memahami
selok belok konsep dan aliran moral dan mampu mencadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai
bagi mengukuhkan moral murid.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1.Ulasan Kritis (Individu – 20%)


Anda dikehendaki membuat ulasan kritis terhadap artikel akademik dengan menjelaskan beserta contoh,
konsep etika, akhlak dan moral yang sesuai dengan konteks masyarakat di Malaysia.
Ulasan kiritis anda hendaklah tidak lebih dari 800 patah perkataan dan mengandungi perkara dibawah:

i. Pengenalan
ii. Ringkasan dan ulasan kandungan artikel
iii. Ulasan kritis artikel
iv. Penutup atau kesimpulan

Tajuk artikel: Konsep Insan Bermoral Mengikut Acuan Malaysia

2. Persembahan (Individu – 30%)


Secara individu anda dikehendaki membuat persembahan yang menjelaskan dengan terperinci
hubungkait antara aliran-aliran pemikiran moral dalam konteks pendidikan di Malaysia.

(KPPB ELMK3093 - Big Idea: Pembentukan Insan Bermoral)

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

a) Tugasan 1 dan Tugasan 2 adalah tugasan secara individu tetapi pelajar dibenarkan
mengumpul data secara kolaboratif.

b) Format penulisan tugasan bagi Ulasan Kritis adalah seperti berikut:


i) Fon ialah Arial dan saiz huruf ialah 11.
ii) Saiz kertas ialah A4 dan jidar kiri ialah 1½”, dan jidar lain ialah 1”.
iii) Langkau 1½ baris.
iv) Rujukan mengikut format dan gaya APA.(Jika berkenaan)
v) Lampiran. (Jika berkenaan)

c) Tulisan haruslah menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah. Amalan


plagiat adalah dilarang keras.

d) Panjang ulasan 800 perkataan (tidak termasuk lampiran).

e) Tugasan ini membawa markah peratusan wajaran 50 markah


Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________ _____________________________
(Nama: MD SHAHAIDIL BIN AB RAHMAN). ( AMIR BIN HASSAN )
Penyelaras Kursus ELMK3083 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Ipoh IPG Kampus Ipoh

Disemak oleh: Disahkan oleh:

_______________________________
(Nama: DR.RIZALMAN BIN MUHAMMAD ) (Nama: MASTURA BINTI KARIMUDIN)
Ketua Jabatan Pemeriksa Dalaman
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai