Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2020

Program : PISMP Nama Pelajar :

Kod : ELMK3013 Semester / Tahun : Semester : Satu Tahun : Satu

Ambilan : Jun 2020


Nama Kursus :
Kumpulan : BKD,BM SK DAN BM SJKC
PENGENALAN KEPADA
KONSEP MORAL

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Penulisan Esei (30%)

-Individu (15%) 23 September 2020 05 Oktober 2020

-Kumpulan (15%) 05 Oktober 2020 17 Oktober 2020

Pembentangan ( 10%)

-Individu (5%) 16 Oktober 2020 21 Oktober 2020

-Kumpulan (5%) 22 Oktober 2020 26 Oktober 2020

KUIZ (10%) 26 Oktober 2020 02 November 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep asas moral dalam konteks masyarakat Malaysia.


2. Membezakan ciri-ciri moral dengan adat, peraturan, undang-undang dan agama di
Malaysia.
3. Menghubungkait pernyataan normatif dan deskriptif dengan fungsi nilai dalam
konteks pendidikan.
4. Membentangkan analisis ciri-ciri pembentukan insan bermoral secara terpimpin.
5. Menilai model insan terpilih dalam bidang pendidikan sebagai idola melalui
pembentangan.

Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1,2,3,4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat :

1. Menghasilkan penulisan esei dengan menjelaskan, menganalisis, menilai dan


menghubungkait antara pernyataan normatif dan deskriptif dengan fungsi nilai

1
dalam konteks pendidikan secara individu.
2. Menghasilkan penulisan esei dengan menjelaskan, menilai dan menganalisis ciri-ciri
insan bermoral terpimpin secara berkumpulan.
3. Mengorganisasikan maklumat berkaitan ciri-ciri imsan bermoral terpimpin melalui
pembentangan secara individu.
4. Membentangkan salah satu model insan terpilih dalam bidang pendidikan sebagai
idola secara berkumpulan.
5. Menjawab soalan struktur (item saoalan terhad) sebayak 6 soalan tentang konsep
asas moral dalam konteks masyarakat Malaysia dan perbezaan ciri-ciri moral dari
sudut adat, peraturan, undang-undang dan agama di Malaysia.

Stimulus:
Kemoralan atau etika perlu mempunyai kandungan yang tersendiri daripada peraturan
masyarakat dan sifat keperibadian mulia. Justeru kemoralan tidak boleh lari dari
peraturan, norma, tradisi atau adat kebiasaan dalam masyarakat. John Wilson (1973),
peraturan masyarakat dan sifat keperibadian mulia perlu difahami oleh setiap individu.
Manakala Lickona (1991) pula menyatakan untuk menjadi seorang yang bermoral,
seorang itu perlu mengetahui kebaikan, menginginkan kebaikan dan melakukan
kebaikan.

Pelajar diarahkan untuk melakukan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : PENULISAN INDIVIDU (15 markah)

Menjelaskan, menilai dan menganalisis hubungkait pernyataan normatif dan deskriptif dengan
fungsi nilai dalam konteks pendidikan melalui penulisan secara individu.

Penulisan esei 500 patah perkataan secara individu.

TUGASAN 2: PENULISAN KUMPULAN (15 markah)

Menjelaskan nilai dan menganalisis ciri-ciri pembentukan insan bermoral secara terpimpin
melalui penulisan secara berkumpulan dan mengorganisasikan maklumat-maklumat tersebut
melalui pembentangan secara individu.

Penulisan esei 500 patah perkataan secara berkumpulan.

TUGASAN 3: PEMBENTANGAN INDIVIDU (05 MARKAH)

Mengorganisasikan maklumat berkaitan ciri-ciri insan bermoral terpimpin melalui


pembentangan secara individu.

Pembentangan 30 minit.

TUGASAN 4: PEMBENTANGAN KUMPULAN (05 markah)

Menilai salah satu model terpilih dalam bidang pendidikan sebagai idola dan
membentangkannya secara berkumpulan.

Pembentangan 30 minit.

2
TUGASAN 5 : KUIZ ( 10 markah)

Menjawab soalan struktur (item respon terhad) sebanyak 6 soalan tentang konsep asas moral
dalam konteks mesyarakat Malaysia, perbezaan ciri-ciri moral dari sudut adat, peraturan,
undang-undang dan agama di Malaysia.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan terdiri dari tugasan individu dan kumpulan.


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penyediaan tugasan adalah seperti berikut:
3.1 Saiz fon Arial 11 dan langkau 1.5 baris.
3.2 Muka depan hendaklah mengikut tamplet terkini.
3.3 Power point menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, menarik dan jelas.
3.4 Jumlah slaid power point (PPT) tidak melebihi 10 slaid.
3.4 Prosedur rujukan perlu mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association).
4. Penulisan kajian akademik harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
6. Tugasan ini memberikan markah keseluruhan sebanyak 50 marakah.
7. Liputan isi yang menyeluruh, lengkap dan terperinci.
8. Menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
9. Rujukan harus daripada pelbagai sumber seperti jurnal, buku rujukan dan sumber
laman sesawang (internet).

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(Rahmah Hj Ag Besar) (Dr.Sabariah Bahrun)


Pensyarah/ Penyelaras Kursus Pakar Bidang(SME)/Penyelaras
Kursus/Pensyarah Kanan

Disahkan oleh :

(Kamarulzaman Ideres)
Ketua Jabatan JAPIM

Anda mungkin juga menyukai