Anda di halaman 1dari 3

1.

Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan


2. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasil kerja.
4. Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang
dibuat.
5. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran Iain.

TEORI PEMBELAJARAN

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Ekspresi

Emosi

Imaginasi

a) Peranan ekspresi

Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi,
idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk
murid membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan persepsi, meningkatkan
kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

b) Peranan emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi
yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i) Seronok dan tenang


ii) Kurang seronok dan cemas

Emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan perubahan proses
fisiologi, diri dan psikologi (Mohmood Nazar Mohamad, 1991).

Jika seseorag itu memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi, orang tersebut akan lebih
mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat
sebarang masalah baru.

i) Kecerdasan emosi
Konsep IQ dan EQ
Intelligence – Dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti
membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan
Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sehingga
sekarang. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ
tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak
(neurologi) mendapati bahawa emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ).

Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang.
Menurut Coleman (pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya
menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktor-faktor
lain.
c) Peranan imaginasi

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan:

i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.


ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaanya secara lahiriah.

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran
dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur, dan irama (Russel, 1968).

Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya


menggunakan lagu untuk memperkenalkan konsep “lebah”. Semasa kanak-kanak menyanyi
lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah yang sedang terbang.
Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Hal ini membantu pembelajaran
tentang konsep tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri
dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta
sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam
memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Anda mungkin juga menyukai